You are on page 1of 6

Malayan Union merupakan sebuah konfederasi negeri-negeri Melayu dengan Negeri-

Negeri Selat (tanpa Singapura yang menjadi sebuah crown colony di bawah pentadbiran
British). Ia merupakan pewaris Malaya British dan ditubuh untuk memudahkan
pentadbiran tanah jajahan British di Semenanjung Melayu. Ia ditubuh pada April 1946
oleh British. Antara butiran penting Malayan Union merupakan:
2. Kewarganegaraan yang memberi hak saksama kepada semua rakyat, tidak kira
bangsa;
3. Kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli;
4. Penukaran Sultan kepada Presiden.
5. Sultan-sultan, pemerintah negeri-negeri Melayu, terpaksa memberi semua kuasa
mereka kepada Mahkota British, kecuali dalam hal-hal budaya atau agama.
6. Malayan Union akhirnya diperintah oleh seorang Gabenor British.

Britih telah menubuhkan Malayan Union pada 1 April 1946 sebagai persediaan Tanah
Melayu ke arah pembentukan kerajaan sendiri. Selain itu, penubuhan Malayan Union
juga adalah untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang cekap dan seimbang di antara
negeri. Malayan Union juga akan mewujudkan bangsa Malayan Union supaya golongan
pendatang dapat melupakan negara asal mereka. Malayan Union juga dapat menjimatkan
kos pentadbiran selain mengawal kuasa politik orang Melayu. British juga dapat
menguasaipentadbirannegeri-negeriMelayu.

Polisi Union
Bertujuan untuk membentuk Malaya baru. Polisi ini tidak dipersetujui oleh Roland
Braddel.

Britih telah menubuhkan Malayan Union pada 1 April 1946 sebagai persediaan Tanah
Melayu ke arah pembentukan kerajaan sendiri. Melalui penggabungan ini, Tanah Melayu
akan diberi latihan ke arah berkerajaan sendiri sesuai dengan Piagam Atlantik 1945.
Piagam tersebut menganjurkan masa depan sesebuah negara ditentukan oleh rakyatnya
sendiri. Selain itu, penubuhan Malayan Union juga adalah untuk mewujudkan sebuah
pentadbiran yang cekap dan seimbang di antara negeri. Malayan Union juga akan
mewujudkan bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan
negara asal mereka. Malayan Union juga dapat menjimatkan kos pentadbiran selain
mengawal kuasa politik orang Melayu. British juga dapat menguasai pentadbiran negeri-
negeriMelayu.

kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United


Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II
tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU)

Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir
Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama.
Motivasi bagi polisi Malayan Union
James Allen yang telah membentangkan analisis Malayan Union yang terpanjang dan
yang paling lengkap sejauh ini yang mana beliau mencadangkan 3 motif utama kerajaan
British terhadap komitmen mereka terhadap polisi ini iaitu: Hasrat mereka untuk
memberi peluang kepada orang melayu untuk membentuk kerajaan sendiri, hasrat untuk
mewujudkan kestabilan politik dan ketenteraan yang mantap dan kukuh,yang mana ianya
juga adalah disebabkan kekecewaan orang melayu terhadap kerajaan British selama ini.

Ada sebab yang diragui keikhlasan pihak British terhadap hasrat mereka yang
berselindung disebalik keinginan mereka yang mahukan orng melayu mempunyai
identiti politik sendiri yang kukuh dan mantap serta cukup yakin dapat menubuhkan
kerajaan sendiri yang luas dan berjaya justru orang melayu akan terhutang budi terhadap
mereka yang merangka polisi Malayan Union ini.Namun begitu Malayan Union ini
barangkali cuma dilihat sebagai satu langkah awal (dalam jangkamasa yang panjang)
kearah kemerdekaan semenanjung Tanah Melayu.
.
Hasrat untuk mewujudkan infrastruktur politik asas yang kukuh yang mempunyai
halatuju kearah pemerintahan sendiri,yang berdasarkan komitment ideologi umum,adalah
merupakan satu penghargaan terhadap sebuah kemerdekaan.Namun begitu secara
dibawah sedar,semua ini ada hubungkaitnya dengan kepentingan British(sekutu politik
dan ketenteraan Britain yang penting) atau sekurang kurangnya orang melayu tidaklah
menentang dasar dasar yang digubal dan dirangka oleh mereka.

Menurut Profesor Northedge


Sejarah sejauh ini merupakan isu global yang terbesar dan terpenting dalam hubungan
anglo amerika yang mana ianya merupakan konflik antara imperialisma British dan
sekutunya tentang satu wawasan.Pada penghujung satu peperangan seolah olah
penubuhan semula empayar British adalah objektif utama polisi amerika.

Ditanah melayu British berada dalam kedudukan tersendiri yang mana mereka berasa
perlu untuk menjajah untuk mengambil alih kuasa pentadbirannya.Justru itu polisi union
ini ditubuhkan sebagai merampas semula tanah melayu secara sah.Ashley Clark yang
mewakili jabatan luar Negara dalam mesyuarat pentingnya yang pertama mengenai
jawatankuasa kabinet perang ditanah melayu dan borneo, mempertikaikan ,agak jelas
ketara kemungkinan reaksi amerika bahawa, sekalipun sebesar zarah pun kuasa sesebuah
pemerentahan,ianya perlu dilaksanakan dan dibentangkan dengan penuh hati hati.

Peranan Amerika yang berselindung dalam menentukan keputusan tentang polisi union
ini, walau pun bukan sebagai sebuah kerajaan pusat, tidak tercatat dalam kesusasteraan
dan sejarah disekolah sekolah menengah negara ini.Begitu juga peranannya yang selalu
bersifat pasif dan tidak begitu telus.

Sesungguhnya salah satu faktor yang dilaksanakan dgn begitu pantas oleh pejabat perang
British ialah , memulakan perbincangan serius tentang pemulihan tanah melayu selepas
perang.Ini merupakan persoalan amerika dalam bulan feb 1943 tentang pemulihan
industri getah ditimur jauh.Amat jarang dikenal pasti bahawa keperluan pemulihan segera
industri getah dan timah ditanah melayu ini merupakan motivasi utama penubuhan
kerajaan yang kukuh,berpusat dan bersatu secara efisien di tanah melayu.

Seperkara lagi yang tidak disedari ialah bahawasanya hasrat untuk mewujudkan semangat
nasionalisma dan kesedaran orang melayu,satu wawasan yang berhubungkait dengan
komitmen British terhadap satu cara penjajahan yang ideal,adalah kebarangkalian motif
utama mereka menubuhkan polisi union ini.Keputusan yang dibuat tidak melambangkan
wujudnya kesedaran orang melayu sepertimana pentingnya penubuhan Negara melayu
namun ianya hanya dianggap sebagai prasyarat terhadap orang melayu dibawah sedar.

Justru itu terdapat dua halangan besar yang perlu dikurangkan sepenuhnya yang mana
ianya amat jelas dan ketara dilihat berda dalam laluan mewujudkankan kesedaran orang
melayu iaitu “Parochialisma Negara” dan “Maruah Dinastik”.

Pada 11 Oktober 1945, Harold MacMichael dihantar ke Tanah Melayu untuk


mendapatkan tandatangan Sultan-sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Beliau
melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober hingga 21 Disember 1945. Parlimen British telah
mengeluarkan “kertas putih” yang mengandungi cadangan-cadangan MU.

Pembangkang Union Polisi

3 September 1945: Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah Melayu
yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.Bertentangan dengan jangkaan British,
penduduk Melayu, yang biasanya bersikap lemah lembut dan sering boleh di arah untuk
melakukan itu dan ini telah bangun bersama-sama untuk membantah skim yang baru itu.
Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukan
yang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Pemimpin-pemimpin Melayu dan
pesara-pesara British daripada Perkhidmatan Awam di Tanah Melayu telah mengetuai
bidasan terhadap rancangan Malayan Union, dan membidas MacMichael kerana
menggunakan 'ugutan' untuk memperolehi persetujuan daripada sultan-sultan Melayu.
Pegawai-pegawai ini bertindak meLobi Tanah Melayu di Parlimen antara bekas pegawai-
pegawai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang mengambil bahagian adalah
Swettenham, dan, Winstedt. Mereka turut menulis surat-surat kepada akhbar nasional
dan untuk merayu kepada Perdana Menteri United Kingdom agar menghentikan usaha
menukar status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada tanah jajahan. Kegiatan
seumpama ini mewujudkan tanggapan bahawa terdapat tentangan yang hebat terhadap
Malayan Unionbukan sahaja daripada penduduk Tanah Melayu malahan daripada
pegawai dalaman British sendiri.

Penentangan terhadap Malayan union

Pengenalan dan penubuhan MU telah menimbulkan penentangan hebat dari orang


Melayu. Sebabnya:
1. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Sultan-sultan
Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan
tandatangan Sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Semasa diminta
menandatangani persetujuan tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-
cadangan yang terkandung dan perlembagaan MU. Sultan-sultan juga tidak diberi
masa cukup untuk meneliti kebaikan dan keburukan MU. Selain itu, mereka juga
tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri
sebelum menandatangani persetujuan penubuhan MU. Ugutan Harold MacMichael
telah menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana Sultan enggan
menandatangani persetujuan penubuhan MU, Sultan tersebut akan dianggap pro-
Jepun dan disingkirkan dari takhta. Contoh yang jelas ialah Sultan Badlishah yang
diberi kata dua sama ada menandatangani persetujuan penubuhan MU atau turun dari
takhta.
2. Kekuasaan dan kewibawaan Sultan
Penubuhan MU akan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan. Walaupun
kedudukan Sultan dikekalkan, tetapi kekuasaan dan kewibawaan mereka
dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa pentadbiran. Kuasa Sultan hanya
tertumpu dalam hal-ehwal Islam dan adat resam Melayu. Malah kuasa Sultan dalam
hal-ehwal Islam juga terjejas apabila British mencadangkan penubuhan Majlis
Mesyuarat Agama yang dipengerusikan oleh Gabenor. Sultan-sultan dianggap
sebagai pelindung orang Melayu. Kemerosotan kuasa Sultan bererti kehilangan
kuasa orang Melayu.
3. Hak istimewa
Penubuhan MU akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang
Melayu sebagai bumiputera Tanah Melayu kerana perlembagaan MU memberi hak
dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan
keturunan. Orang Melayu tidak mahu hak istimewa dinikmati oleh orang Cina dan
India yang dianggap pendatang yang menumpang di Tanah Melayu. Penghapusan
hak istimewa menyebabkan orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh orang
Cina akan bertambah besar dan ini akan meluaskan jurang ekonomi antara orang
Melayu dengan Cina.
4. Hak kerakyatan
Orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut
prinsip jus soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat
kerakyatan yang longgar kerana merek masih tidak yakin dengan taat setia orang
Cina dan India terhadap Tanah Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar
akan menyebabkan ramai orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu.
Orang Melayu bimbang orang Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan
menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu. Kebimbangan
mereka bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah Melayu hanya 49.46% daripada
jumlah penduduk Tanah Melayu.
5. Balas dendam
Orang Melayu juga menentang MU kerana mereka menyedari perlembagaan MU
merupakan balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun.
James V. Allen dalam bukunya “The Malayan Union” mendakwa sejak kekalahan
British di tangan Jepun, majoriti pegawai British bersikap anti Melayu kerana
kecewa dengan tindakan orang Melayu bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya,
perlembagaan MU amat merugikan orang Melayu, terutamanya yang berkaitan
dengan hak istimewa dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan.
6. Masa cemas
MU dilaksanakan pada masa cemas dalam hubungan antara orang Melayu dan Cina
akibat pemerintahan Jepun. Oleh itu, orang Melayu mendakwa perkembangan ini
dilaksanakan dalam suasana anti Melayu dan pro Cina kerana MU merugikan orang
Melayu dan menguntungkan orang Cina.
7. Orang Melayu tidak terlibat
Orang Melayu tidak terlibat dalam merangka perlembagaan MU. Perlembagaan itu
dirancang oleh Pegawai British dalam MPU di London. Pendapat orang Melayu
langsung tidak diminta oleh British semasa mereka merangka perlembagaan tersebut.

bentuk penentangan

1. Akhbar
Akhbar-akhbar telah memainkan peranan penting dalam membangkitkan
penentangan orang Melayu terhadap MU. Akhbar-akhbar telah mendedahkan
keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang Melayu jika MU
dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang
MU. Orang Melayu juga diseru supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud
dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu digabungkan
bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap MU. Berita tentang
penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orang-orang
Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan
Melayu, Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya.
2. Kerjasama
Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah bersatu dan
bekerjasama dalam usaha menentang MU. Mereka telah menulis surat kepada Raja
British dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
memohon sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga
mendesak Kerajaan British dan Pejabat Tanah Jajahan membatalkan rancangan
penubuhan MU dan merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah
Melayu khususnya yang dapat melindungi kepentingan orang Melayu. Bekas
pegawai British tersebut telah menulis dalam akhbar di Britain, terutamanya akhbar
Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu.
Antara bekas pegawai British tersebut ialah Frank Swettenham, Rolland Braddle dan
Winstreadt. Orang-orang Melayu telah mengadakan perarakan dan perhimpunan di
semua ibu negeri dan di bandar-bandar lain di Tanah Melayu untuk menunjukkan
bantahan mereka terhadap MU. Sebagai contoh: pada 15 Disember 1945, 10 ribu
orang telah berkumpul di hadapan istana di Kota Bahru semasa Harold MacMichael
menemui Sultan untuk mendapatkan tandatangan. Pada 25 Januari 1946, hampir
5000 orang telah mengadakan perhimpunan di Padang Mahkamah, Alor Setar. Pada
10 Februari 1946, perhimpunan yang dihadiri oleh 15 ribu orang diadakan di Johor
Bahru. Satu perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih 50 ribu orang diadakan di
Kuala Kangsar pada 10 Mac 1946.
3. Kongres
Hasil dari daya usaha Kesatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn bin Jaafar, Kongres
Melayu Se-Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala
Lumpur pada 1-4 Mac 1946. Kongres tersebut dihadiri 107 perwakilan dan 56
pemerhati dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu. Kongres tersebut
telah mendesak orang Melayu supaya bersatu dan berusaha untuk menentang MU.
Kongres tersebut juga mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah pertubuhan Melayu
yang akan dianggotai oleh orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pada 29 dan 30
Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya Kedua diadakan di Kuala Lumpur bagi
membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut. Akibatnya lahirlah
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO dalam
Kongres Melayu Se-Malaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dato’ Onn bin
Jaafar dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama.
4. Pemulauan
Walaupun mendapat tentangan orang Melayu, British tetap mahu melaksanakan MU.
Akibatnya, Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah
memulaukan upacara panubuhan MU dan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor
pertama pada 1 April 1946.
5. Perkabungan
Selama seminggu sejak penubuhan MU, orang Melayu telah mengadakan
perkabungan untuk menunjukkan betapa sedihnya mereka akibat penubuhan MU.
Dalam perkabungan tersebut, lelaki Melayu memakai songkok yang dililit kain putih
manakal wanita Melayu melilitkan kain putih di lengan baju. Perkabungan orang
Melayu mendapat simpati orang asli. Diberitakan dalam akhbar Pelita Malaya,
bertarikh 5 April 1946, orang-orang Sakai di Ulu Langat telah keluar ke Pekan
dengan memakai bunga-bunga kabung.
6. Ahli Melayu
Ahli-ahli Melayu dalam Majlis Penasihat menarik diri untuk menunjukkan bantahan
mereka terhadap MU.