You are on page 1of 4

A.

Samad Said
A. Samad Said (lahir: 9 April 1935) ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah
dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).
Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat
pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria,
Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah
menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:

Salina
Langit Petang
Sungai Mengalir Lesu
Hujan Pagi
Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri.
Adik Datang
Cinta Fansuri

Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan
Rindu Ibu (2004).
Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).
Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana,
Manja, Mesra dan Shamsir.
Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi
titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil di ujana
kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian dan
kecermatannya sebagai pengarang pengarang yang menuangkan nurani seninya. A. Samad Said
berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan
bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang
luas.

Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri,
Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing
Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh
keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan formal di Sekolah Melayu
Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya
dalam kelas petang di Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956).

Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita
Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan
terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The
New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang
aktif berkarya.

Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak
membaca karya sastera dalam dan luar negera geperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya,
Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel yang ditulis oleh Oliver Twist,
Wuthering Height, dan Almayer's Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen
daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri. Kegiatan
menterjemah beberapa karya asing juga secaran tidak langsung memperkuatkan minatnya
terhadap kesuasteraan.

Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tida jemu menghasilkan puluhan
karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di
persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak
Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah
Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu
Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi
(1999) dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan
puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh
Wira Bukit Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina,
Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau.

Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memertabatkan


kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai
anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah
Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).
Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah
kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua
Negeri Melaka. (Dewan Sastera Ogos 2003)
Hasil karya:

Z'aba
Z'aba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973; nama penuh: Zainal Abidin bin Ahmad)
merupakan seorang ahli bahasa yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa
Melayu.
Dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri
Sembilan, beliau telah khatam Al-Quran ketika berusia tujuh tahun, menghafal Surah Yassin dan
berzanji.
Z'aba mulai bersekolah ketika berusia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir. Tidak lama
selepas itu, Z'aba bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut.
Pada 1915, Z'aba berjaya tamat (Senior Cambridge), menjadi pemuda Melayu pertama dari
Negeri Sembilan yang menamatkan tingkatan satu ke Senior Cambridge dalam tempoh enam
tahun.
Z'aba mulai menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor Bahru pada
tahun 1916. Rencana pertamanya berjudul "Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling" telah
diterbitkan dua kali oleh Utusan Melayu. Kelebihan Z'aba adalah keupayaannya mengabung
kesemua aspek dari bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, dan politik dalam
penulisannya. Dia turut tekun menulis mengenai kemunduran orang Melayu yang menjadikan
kerajaan koloni British syak. Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan, dia kekal aktif. Ketika
berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, Z'aba memusatkan usahanya menggabung tatabahasa
Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dang menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam
penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum.
Perkhawinan pertamanya pada 1917 tidak kekal tetapi dia mempunyai anak perempuan yang
dibesarkannya. Z'aba kemudiannya berkahwin dengan Fatimah Umar. Z'aba meneruskan kerjaya
penulisannya dengan menulis semula penulisan rencana keugamaannya untuk diterbitkan sebagai
buku. Usaha pertamanya, Umbi Kemajuan diterbitkan pada 1932.
Z'aba turut aktif dalam khidmat masyarakat. Ini termasuk menjadi Penasihat Umum bagi
Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada 1937, dan pada 1945 sebagai Yang Dipertua Persatuan
Melayu Selangor. Pada tahun 1946, di kongres menentang pembentukan Malayan Union, dia
dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO dan pada
tahun yang sama dia menamatkan kerjaya politiknya selepas Piagam UMNO diterima dan
diluluskan. Pada tahun 1947, dia mula berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Melayu di
Universiti London. Di bersara daripada perkhidmatan kerajaan ketika berusia 55 tahun.
Khidmat Z'aba masih diperlukan dan pada tahun 1953 dia dilantik sebagai pensyarah senior di
Jabatan Pengajian Melayu (Malay Study Department (JPM)) di Universiti Malaya, Singapore.
Bersama dengan Ungku Aziz, dia mengatur pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua
tahun kemudian pembentukan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya.
Z'aba memduduki peperiksaan akhir kursus luar Universiti London dan menerima Master of Arts
Second Class (Lower) ketika berusia 59 tahun. Z'aba menerima gelaran Pendeta sacara rasmi,
dalam bentuk songkok pada 1956 dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor
Bahru. Semua titik peluh yang Z'aba curahkan kedalam hasil kerjanya adalah kerana dia mahu
meletakkan bahasa Malay diperdana tanpa meminta penghormatan. Malah dia pernah menolak
bintang penghormatan Pingat Manku Negara - yang membawa gelaran Dato', dan juga Bintang
Kebesaran Brunei. Bagaimanapun pada tahun 1962, dia akhirnya bersetuju menerima anugerah
Pingat Manku Negara yang membawa gelaran Tan Sri.
Z'aba telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Bintang
Panglima Mangku Negara (gelaran "Tan Sri"). Beliau juga mendapat Ijazah Doktor Kehormat
Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973
Z'aba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Dia menyumbang
dengan lebih lanjut apabila dia diberikan tanggungjawab untuk merancang kurikulum sekolah,
sebagai penterjemah, pensyarah dan semasa era Jepun diberikan tanggungjawab bagi menulis
buku yang boleh digunakan di Malaya dan Sumatera.
Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Z'aba meninggal pada 23 Oktober 1973 ketika
berusia 78.