You are on page 1of 3

Creativity and Drawing Abilities of Chinese Students in Hong Kong: Is There a Connection?

Kreativiti dan kebolehan melukis terhadap pelajar cina di Hong Kong : Adakah ia berhubung kait?

Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin ilmu yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Oleh yang demikian, menyedari bahawa pendidikan seni amat penting dalam memudahkan proses pembelajaran dalam meningkatkan kreativiti pelajar, reformasi pendidikan di Hong Kong telah berupaya untuk mempromosikan pendidikan seni iaitu menerusi usaha-usaha untuk menggalakkan ekspresi kreatif melalui beberapa bentuk seni yang berbeza. Dalam mengekspresikan kesenian, melukis telah disarankan sebagai sebuah cara yang terbaik untuk membolehkan pelajar mengekspresikan kreativiti mereka dengan kemampuan yang tinggi dalam seni visual. Oleh yang demikian kajian mengenai perkaitan di antara lukisan pelajar dengan tahap kreativitinya adalah perlu untuk dilakukan. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menyelami kemampuan dalam aktiviti melukis serta tahap kreativiti pelajar cina di Hong Kong iaitu dengan berdasarkan kepada prestasi lukisan mereka serta meneliti hubungannya terhadap ciri-ciri artistik diri pelajar tersebut iaitu melalui penglibatan mereka dalam aktiviti melukis. Dalam menjayakan kajian ini, seramai 105 orang pelajar cina di Hong Kong yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah telah melibatkan diri dalam kajian ini secara sukarela dan mereka telah dipilih melalui penyertaan program mencari bakat dari Universiti China Hong Kong.

Manakala kaedah atau metod yang digunakan menerusi kajian ini ialah dengan cara menyelesaikan dua tugas dalam aktiviti melukis yang diberikan iaitu yang menggunakan kaedah ujian kebolehan melukis Clark dan laporan penilaian peribadi melalui soal selidik yang merangkumi skala ciri-ciri artistik dalam skala pemeringkatan ciri-ciri unggul terhadap perilaku pelajar serta dengan menggunakan kaedah senarai semak dalam aktiviti melukis. Lukisan-lukisan tersebut dinilai berdasarkan kepada kebolehan pelajar tersebut dalam melukis dan kreativitinya dan dinilai oleh tiga orang seniman dalam bidang seni visual sebagai hakim. Hasil daripada dapatan kajian ini, penilaian didapati lebih bersetuju terhadap kadar kebolehan melukis pelajar daripada kreativiti pelajar. Penilaian dalam kebolehan melukis dan kreativiti pelajar didapati agak sederhana tetapi mempunyai nilai disebaliknya yang saling berhubungkait. Sementara itu, penilaian terhadap kemampuan melukis didapati berhubung kait secara nyata terhadap penilaian ciri-ciri artistik diri pelajar dan aktiviti melukis, manakala penilaian kreativiti didapati berhubung kait dengan kadar yang sedikit dan berubah-ubah. Kesimpulan daripada kajian ini memberikan bukti yang menyokong kepada perhubungan di antara kebolehan melukis dengan kreativiti seseorang. Selain itu, hasil dapatan kajian juga didapati bahawa kreativiti dapat ditingkatkan melalui penglibatan dalam kegiatan melukis selain dapat mengukuhkan ciri-ciri artistik yang diterapkan melalui peningkatan dalam kebolehan melukis. Melalui aktiviti melukis, sepertimana yang dilakukan menerusi kajian ini, sememangnya salah satu cara yang dapat membantu mengembangkan kreativiti seseorang. In kerana lazimnya setiap lukisan yang dihasilkan pastinya merupakan imaginasi ataupun idea yang lahir daripada pemikiran seseorang itu sendiri. Maka secara tidak langsung ia mampu membantu menggerakkan dan mengaktifkan minda seseorang itu untuk terus berfikir secara kreatif dan inovatif.

Komponen kreativiti memberi fokus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Oleh itu, penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti seni, seperti lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama dan puisi akan membolehkan seseorang murid menyatakan idea dan ekspresi dirinya. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri dan mengenali cita rasa sendiri. Selain itu, penglibatan dalam aktiviti seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir, pengetahuan dan kemahiran melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel. Sesuai sepertimana menurut June King McFee, kreativiti itu ditakrifkan sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru atau mampu mengolah idea baru dan lain yang lebih bermakna. Oleh itu, dalam bidang pendidikan, para pendidik dalam usaha mereka mengenal pasti pelajar yang kreatif perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti ( Morgan & Forster 1999). Menurut Goh (1993) pula kefahaman mengenai konsep kreativiti penting kepada para pendidik kerana ia menyediakan satu garis panduan untuk mereka merancang, mereka dan melaksanakan program latihan khas untuk meningkatkan kreativiti pelajar seperti dengan cara penghasilan karya dan produk kerana setiap hasil seni yang dijelmakan melalui pemikiran akan ada cetusan idea yang kreatif dan penonjolan inovatif.

You might also like