You are on page 1of 4

INTERAKSI 11- PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN Definisi Penilaian - kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan

n belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Penilaian- satu kaedah untuk mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan keperibadian siswa atau peserta didik. Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan. Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.

Penilaian pembelajaran adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes. Penilaian Pembelajaran merupakan salah atau cara guru mengetahui perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan keperibadian siswa atau peserta didik.

PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN TEMA : PENGALAMAN i. KOMPETENSI ASAS ii. INDIKATOR iii. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN Kegiatan Awal Kegiatan Inti Kegiatan Akhir iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN v. PENILAIAN Huraian i. KOMPETENSI ASAS 1. PKN 1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah

ii. INDIKATOR Menyatakan contoh hidup rukun di rumah atau di sekolah Menjelaskan akibat hidup tidak rukun Menyebutkan manfaat hidup

iii. LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN A. KEGIATAN AWAL 1. Doa bersama 2. Absensi siswa 3. Apresiasi 1. Menceritakan hidup rukun di rumah 2. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah 3. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain) 4. Memberi contoh hidup rukun di rumah 5. Memberi contoh hidup rukun di sekolah 6. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun 7. Menyebutkan manfaat hidup rukun 8. Menyapa teman sebaya dengan benar 9. Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang lain 10. Membuat kalimat sapaan secara lisan 11. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)

A. KEGIATAN Inti 1. Menyapa teman sebaya dengan sopan 2. Membuat kalimat sapaan(lisan) 3. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana) 4. Membuat kalimat Tanya dengan betul

C. KEGIATAN AKHIR 1. Siswa melaksanakan tugas portfolio 2. pelajaran ditutup dengan lagu Aku Anak Sihat

iv. METODE, SUMBER, MEDIA a) METODE 1. Soal Jawab 2. permainan bahasa 3. demonstrasi

b) SUMBER 1. Buku Tematik Kelas I(berdasarkan tema) c) MEDIA 1. Kad bilangan 2. Kad abjad 3. Kad kata vi. PENILAIAN Lisan Bertulis Perbuatan Portfolio

CIRI-CIRI PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN 1) KAEDAH JIGSAW 2) KRITIKAN TERBUKA 3) PENILAIAN RAKAN KUMPULAN Huraian KAEDAH JIGSAW Satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar. Dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006). Kaedah jigsaw menekankan 5 perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu: Pergantungan secara positif . Tanggungjawab Interaksi secara terus (bertentang mata) Mempraktikkan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian Penilaian kendiri secara berterusan

KRITIKAN TERBUKA membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakanrakan sekelas. Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi. Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan 5 perkara: 1)Intonasi dan kejelasan suara, 2)Keyakinan diri di khalayak ramai, 3)Kelancaran bahasa, 4) Penampilan, 5)Maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada. Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Meningkatkan kemahiran komunikasi awam dalam kalangan pelajar.

Penilaian Rakan Kumpulan (PRK) - Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajarpelajar (Kaufman et al. 2000). - Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut. - Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.