You are on page 1of 154

Media Approach: dayang

FADE IN

EXT. SEBUAH JAJAHAN DI MUAR – MALAM

Peta Muar di awal kurun ke 18.

NARATOR LELAKI (V.O.)


Menurut catatan sejarah, Muar pernah menjadi
pelabuhan alternatif bagi pedagang tempatan, selepas
pelabuhan Melaka, sejak zaman Portugis di Melaka
hingga ke zaman Johor di bawah pemerintahan Sultan
Abu Bakar.

Muar terkenal kerana peranan rempah dan lada hitam,


sebagai komoditi utama dunia pada ketika itu, yang
didagangkan melalui pelabuhan ini..

Sungai Kesang hingga ke Sungai Ledang, adalah


penghubung utama untuk mengangkut barangan dagang
ke kuala Muar. Sambil itu juga, Sungai Muar berfungsi
sebagai penghubung penduduk berulang-alik ke Pahang
kerana hulu sungainya dikatakan berpunca dari Tasik
Bera.

Peta terbakar.. Kebakaran ditumpukan pada kawasan Padang


( antara Tanjung Emas dan Parit Jawa)..

NARATOR PREMPUAN (V.O.)


Kawasan yang sedang terbakar ini, dikenali sebagai
Parit Sakai sekarang, Ia terletak di antara Tanjung Emas
dan Parit Jawa.. (Pause) Apabila dibuka dahulu, oleh
perantau dari Bugis serta kepulauan Sumatera dan
orang-orang Melaka yang terusir oleh Portugis, ia
dikenali sebagai PADANG.

1
Media Approach: dayang

Vague & distorted images:


Dalam api yang sedang marak ini, kelihatan dua orang manusia (Panglima
Hitam dan Tok Beta) sedang bertarung.

NARATOR LELAKI (V.O.)


Padang di kuasai oleh Orangkaya Aris dan
pentadbirannya dibantu oleh penghulu Datuk Pabetah
(Pause), juga dikenali sebagai Tok Beta oleh warga
tempatan.
Di bawah pentadbiran dinamik dua tokoh ini,
kemakmuran Padang sentiasa menjadi rebutan berbagai
pihak..
Panglima Hitam, seorang ketua lanun yang kejam dan
tamak, adalah ancaman ketara bagi keamanan Padang..
Beliau bercita-cita untuk menguasai pentadbiran dan
sekali gus memonopoli kegiatan ekonomi Padang.

Panglima Hitam silap langkah.. Tok Beta elak.. Panglima Hitam tersungkur..
Dari atas kuda Orangkaya Aris belenggu Panglima Hitam dengan “pasak
batin” – Empat bulatan cahaya, membelenggu pergerakan Panglima Hitam..
Setiap satu di lengan kiri dan kanan, serta keting kiri dan kanan..

ORANGKAYA ARIS
Panglima Hitam..! Kau kubebaskan, jika berjaya
leraikan ungkapan ini..!
Mencipta lebihn bila lebihan diperlukan;
Mencipta kekurangan bila kekurangan diperlukan;
Mencipta lebihan supaya kekurangan dapat dirasai; dan
Mencipta kekurangan supaya lebihan dapat dirasai..

Kita dengar panglima Hitam nenjerit (persis laungan orang yang tak mahu
menerima kekalahan)..

2
Media Approach: dayang

NARATOR PEREMPUAN (V.O.)


(Kesal) Sayang..! Anak-anak yang diharap untuk
melebar tamadun, asyik bercakaran dalam sebuah
kemakmuran.. (Pause) Di mana silapnya?

NARATOR LELAKI (VO)


Nafsu..!

Pertarungan disaksikan oleh (imej-imej), Raja Muda Gowa yang berdiri


ditangah-tengah dua lembing (Lembing laki-bini)..

Api yang sedang marak serta semua “vague dan distorted images,” bertukar
menjadi kilauan obor-obor dan pelita-pelita yang sedang menerangi kecerian
Pekan Padang yang sedang berpesta..

CUT:

3
Media Approach: dayang

EXT. TAPAK PESTA – MALAM

Kelihatan 5 tandu diarak masuk ke dalam tapak pesta dan disambut oleh
Orang Kaya Aris dan Datuk Beta.. Daeng Marewah, Daeng Parani, Daeng
Chelak, Daeng Manambun dan Daeng Kenasi duduk di tandu masing-
masing.. Awang dan 5 pemuda lain menandu usungan Daeng Kenasi.. Daeng
Kenasi merenung badik “mambang berulang” yang tersisip di belakang
Awang..

20 Hulubalang Bugis bertindak sebagai pengawal pengiring kepada


perarakan diraja. 10 orang di hadapan dan 10 orang di belakang..

Bachok dan rakan-rakan, sibuk ke hulu ke hilir perarakan, berlagak untuk


menonjolkan diri kepada orang ramai.. Mereka menghunus badek supaya
orang-ramai yang berpusu-pusu untuk melihat wajah 5 anak raja Bugis dari
dekat, membuka laluan kepada perarakan rombongan diraja..

Bachok ternampak Dayang berdiri di celah-celah orang ramai.. Bachok


terkedu melihat kecantikan Dayang.. Dayang sorokkan muka di sebalik kain
tudung.. Melalui kain tudung jarang Dayang, kita nampak:
• Bachok menghampiri Dayang..
• Wajah Bachok (“control handsome”)..
Dayang malu setelah mengetahui dia menjadi sasaran nafsu deria
penglihatan Bachok.. Dayang tarik Mayang supaya beredar dari situ.. Bachok
tercegat di tengah-tengah orang ramai.. (memerhati Dayang beredar)..

Rombongan Di Raja berhenti di hadapan kemah diraja yang dihias indah..


Orang Kaya Aris dan Datuk Beta, iring rombongan Di Raja ke meja
santapan.. Awang bertindak sebagai pengawal keselamatan 5 Daeng..

4
Media Approach: dayang

DI MEJA SANTAPAN

Terhidang di meja santapan adalah gubahan lauk-pauk, seperti yang sering


kita lihat di meja makan pengantin masakini.. Ia terdiri dari Gulai ikan,
ketam, udang galah, dan ayam.. Gubahan sayur dan bermacam ulaman, turut
menyerikan meja santapan.. Turut terhidang adalah kuih-muih yang
diperbuat dari tepung beras, jagung, sagu ubi dan pisang..

Lima anak raja Bugis bersila di tempat yang telah dikhaskan.. Persembahan
tarian yang mengalu-alukan kedatangan diraja, bermula.. Tetamu diraja
dipelawa untuk memulakan santapan..

DAENG CELAK
Kami bangga, Datuk Penghulu dan Tun Orangkaya Aris
bersusah payah meraikan kedatangan kami.

ORANG KAYA ARIS


Ah, apalah keraian ini, dibandingkan dengan kesudian
yamtuan berlima berkunjung di Padang..

DATUK BETA
Iya, benar kata Orangkaya itu.. Wajah yamtuan berlima
mmperingatkan kami tentang kegemilangan kerajaan
Gowa di Makassar..

DAENG MAREWAH
Ah, Datuk Penghulu Pabetah dan Orangkaya.. Malam
ini kan malam keraian.. Mengapa pula soal siasah di
utamakan?

Para pelayan melayan Orang Kaya Aris dan tetamu dirajanya..


Kumpulan penari mulakan persembahan untuk menceriakan majlis santapan..

5
Media Approach: dayang

GELANGGANG PERSEMBAHAN

Dayang dan rakan-rakan berada di tepi gelanggang.. Bachok dan rakan-


rakan berada jauh sedikit dari kumpulan Dayang.. Bachok seronok lihat
persembahan.. Semangat Bachok mula berkobar.. Bachok dan rakan-rakan
sengaja kepung Dayang..

BACHOK
Pasang kajang di Tanjung Bidara; Alpa seluang si
manja kini.. Kanda bujang dinda dara; Mengapa diluang
waktu begini

Dayang terasak ke atas gelanggang.. Ini menyebabkan “Pasangan Bachok


dan Dayang,” kelihatan seperti sepasang penari utama..

Persembahan LAGU & TARIAN membayangkan:


• Dayang bersikap jinak-jinak merpati.
• Bachok persis helang mengintip anak ayam.

TEPI GELANGGANG PERSEMBAHAN

Panglima Hitam ketawa sendirian melihatkan peristiwa “Dayang-Bachok..”

KEMAH SANTAPAN

Awang dan Rakan berbisik-bisik..

RAKAN 1
Anak maklong kau dah kena kebas..! Tak cemburu?

AWANG
Dayang milik emak-bapak dia..

6
Media Approach: dayang

Aku tak berhak cemburu..


RAKAN 2
Tak terkilan?
Kebiadaban berlaku sewenang-wenangnya?

lAwang menjeling ke arah gelanggang persembahan.. Awang nampak Dayang


mengerling ke arahnya, seolah-olah meminta Awang selamatkan dia dari
“kenakalan” Bachok..

DI MEJA PAK LONG DAN MAK LONG

Paklong dan Maklong terhenti makan..

PAK LONG
Hegh..! Inilah sebabnya saya tak suka Dayang datang ke
pesta ni..!

MAKLONG
Sudahlah.. Tak habis-habis dengan “hegh” awak sejak
petang tadi..! (Muncung arah meja diraja) Tu..
Santapan dimeja santapan tu.. Siapa yang masak dan
mengubahnya? Dayang kan? Perhiasan di rumah
Orangkaya Aris dan Tok Beta, Dayang juga yang
gubah, kan?

PAKLONG
Dayang bukan untuk jejaka sebarangan..! Dayang saya
didik dan saya pupuk, untuk golongan bangsawan,
orang bergelar.. Orang kenamaan..!

MAK LONG
Daeng-Daeng berlima tu bukan anak raja?

Paklong terima saranan Maklong.. Paklong sambung makan..

7
Media Approach: dayang

GELANGGANG PERSEMBAHAN

Tarian tamat.. Dayang cuba tinggalkan gelanggang joget.. Bachok halang


Dayang.. Dayang terlepas dari halangan Bachok.. Bachok cekup lengan baju
Dayang.. Pergerakan Dayang terhenti.. Dalam protes, Dayang tenung mata
Bachok.. Bachok senyum.. Dayang mendengus marah.. Dayang pulas jari
Bachok yang masih mencekup lengan bajunya.. Bachok terpaksa biarkan
Dayang pergi, setelah nampak Pak Long tersenyum sinis ke arah dia..

KEMAH SANTAPAN

Awang ternampak seorang lelaki cuba bunuh salah seorang Daeng.. Awang
segera hunus badik dan menerpa ke arah lelaki.. Awang tak sempat
bertindak.. Tiba-tiba, entah dari mana, kita nampak “penendang Bachok”
menerjah ke dada lelaki.. Lelaki terpelanting ke belakang dan di berkas oleh
pengawal lain..

Orang ramai gempar seketika, dan kembali tenang setelah lelaki itu dibawa
pergi.. Dengan badik masih terhunus, Bachok berdiri megah sambil Slow Pan
semua orang:
• Wajah-wajah orang ramai di keliling gelanggang
• Wajah-wajah Orang Kaya Aris & Isteri, Datuk Beta & Ister,
Temenggung Ahmad & isteri serta 5 orang tetamu diraja di kemah
diraja..
• Wajah-wajah Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Mayang
dan ahli keluarga Orang Kaya Aris, dan Tok Beta (Penghulu Pabetah)

Daeng Parani masuk ke tengah gelanggang untuk dapatkan Bachok..

DAENG PARANI
Syabas.. Syabas, orang muda.. Tak sangka, Padang
memiliki seorang hulubalang yang boleh dibanggakan..

8
Media Approach: dayang

DAENG PERANI (samb.)


Sebut kehendak kamu..! Apa sahaja..!
Insya-Allah, aku bagi pihak Kesultanan Gowo dari
Makassar akan laksanakan..

Dengan penuh hormat, Bachok melutut untuk merafak sembah..


Panglima Hitam, yang sudah lama memantau situasi Bachok dari jauh,
melangkah masuk sambil membongkok-bongkok hormat ke arah tetamu diraja
sebelum merafak sembahnya kepada Daeng Parani..

PANGLIMA HITAM
Bachok anak didik paling cemerlang di perguruan
hamba.. Jika Yamtuan Daeng Parani perkenankan,
hamba cadang Bachok digelar “Orang Kuat Panglima
Padang.”

Daeng Parani fikir, kemudian bincang dengan pembesar lain.. Panglima


Hitam, Bachok dan hadirin tunggu dengan penuh debaran.. Akhirnya, Daeng
Chelak hunuskan keris panjangnya dan letak keris di atas bahu Bachok..

DAENG CHELAK
Aku, Daeng Chelak, mewakili saudara-saudaraku
Daeng Marewah, Daeng Parani, Daeng Manambun dan
Daeng Kenasi; dengan ini, mengiktiraf Bachok sebagai
“Orang Kuat Panglima Padang,” mulai saat ini..

Bachok menoleh kepada Maklong dan Paklong.. Paklong angguk-angguk


senyum kepada Bachok..

PAK LONG
(Kepada Mak Long) Handal juga “Datuk Bachok” tu..

MAK LONG

9
Media Approach: dayang

Nak jadikan menantulah tu? Hegh, tak hingin saya..!


ANJUNG RUMAH ORANGKAYA ARIS

Mak Ngah dan Pak Ngah berada di anjung rumah Orangkaya Aris..
Mereka turut memerhati perkembangan di kemah santapan..

MAK NGAH
Saya suka dengan budak Dayang tu bang..
Memasak pandai, mengemas-menghias pandai,
menenun-mengayam pandai, suara merdu, rupa-paras
ada dan sopan-santun dipuji ramai.. Kita jodohkan
Awang dengan dia apa kata?

PAK NGAH
Apa mimpi awak, tiba-tiba fikir nak bermenantu?

MAK NGAH
Dayang anak Kak Long saya.. Saya tak mahu harta
peninggalan kakak sendiri, jatuh ke keluarga lain..

PAK NGAH
Pasal kepentingan peribadi, awak sanggup anak kita
tersiksa dengan syarat-syarat, Bang Long nanti?

MAK NGAH
Syarat apa?

PAK NGAH
Hegh, sebut sahaja, di pelusuk mana dalam Riau-Johor-
Lingga-Pahang, yang tak tahu pasal syarat “tiga ratus
tujuh puluh dan tujuh duit,” Abang Long awak tu..

MAK NGAH
Ai, sesama keluarga, nak bersyarat-syarat juga?

10
Media Approach: dayang

DI TEMPAT ORANGKAYA ARIS DAN TOK BETA

Tok Beta dan Orangkaya Aris, terpaksa sorokkan kekecewaan mereka


terhadap pengiktirafan diraja yang baru diumumkan..

TOK BETA
Kalau sah pengiktirafan ini, Bachok berhak digelar
Datuk..

Orangkaya Aris jeling arah Panglima Hitam..


Panglima Hitam sengeh sinis.. Kita nampak cahaya 4 pasak batin,
bersinar di lengan dan keting Panglima Hitam.. Pasak batin di lengan
kanan, pecah dan bertukar menjadi gelung suasa.. Panglima Hitam
tanggalkan gelung dari lengan kanan, beredar dari kemah santapan..

ORANGKAYA ARIS (O.S)


Pandai Panglima Hitam cipta kelebihan..
Hati-hati Tok Beta, nampaknya dia masih berusaha
untuk melawan kita..

Daeng Kenasi nampak Awang masukkan semula badiknya ke dalam sarung..

DAENG KENASI
(Bisik kepada Awang) Badik tu?

Sebagai menghormati tetamu diraja, Awang tak berkata apa, cuma menunggu
sahaja perkatan yang bakal dikatakan oleh Daeng Kenasi..

DAENG KENASI
Anda pernah terfikir, falsafah di sebalik “seorang teruna
bersama badik “mambang berulang”?

Awang pandang badiknya..

11
Media Approach: dayang

CUT:
EXT. SIMPANG KE RUMAH DAYANG – MALAM

Pesta tamat, dan kita nampak warga Padang berjalan balik ke rumah masing-
masing dengan bersuluhkan andang-andang yang diperbuat dari pelepah
kelapa kering dan pelita.. Dayang (bawa pelita), Mak Long, Mak Ngah dan
Mayang berada dalam kumpulan ini.. Bachok dan rakan-rakan mengekor dari
belakang.. Bachok cuba cari jalan untuk mencuri perhatian Dayang.. Mayang
tarik baju Dayang..

MAYANG
(Bisik) Kak, abang Bachok ikut kita..

DAYANG
Ish, biarkanlah dia..!
Orang tak tahu mengurus sopan, tak layak dilayan.

Awang, jauh di belakang, mengawas tingkah laku Bachok.


Kumpulan Dayang membeluk ke kiri (simpang rumah Awang dan Dayang)..
Bachok dan rakan-rakan terhenti di persimpangan jalan.. Bachok cuba
lambai kepada Dayang.. Bachok terkilan kerana Dayang tidak hiraukan dia..

Awang melewati Bachok yang masih tercegat di simpang.. Awang sengeh


sinis kepada Bachok.. Bachok marah sendirian bila nampak Dayang sengaja
perlahankan langkah untuk jalan seiring dengan Awang..

CUT:

12
Media Approach: dayang

EXT. RUMAH DAYANG – ANJUNG – SIANG

Rumah Dayang yang sedia mewah itu, dihias lagi dengan serba kemewahan,
sesuai dengan majlis menerima tetamu yang datang merisik.. Pak Long
berlegar-legar di halaman rumah.. Diperhatikan oleh Panglima Hitam..
Panglima Hitam tersengeh sahaja melihat Pak Long resah..

PAK LONG
Ish, ish.. Serba salah saya dibuatnya.. (Pause) Nak
ditolak, dia anak adik ipar saya.. Nak diterima begitu
sahaja, dia bukan calun dalam perancangan saya..!

PANGLIMA HITAM
Ai, orang bertandang tentu faham adat bertandang?
Kalau tidak, jangan pandai-pandai, berhajat-hajat
dangan “dara pingitan” orang..

PAK LONG
Tiga ratus tujuh puluh dan tiga duit, bersama mastuli
kuning telur, maksud panglima?

Panglima Hitam gelak dan beredar..


Mak Long muncul di muka pintu, dan buat gesture supaya Pak Long masuk..

MAK NGAH (V.O.)


Nampak lantang di hujung sana, Tanah rata tidak
bertepi.. Kami datang membawa makna, Salah kata
harap maafi..

MAK LONG (V.O.)


Sarang tempua di tepi kota, Rumpun semilu di hujung
negeri.. Makna dibawa silalah kata, Jangan malu sesama
sendiri.

13
Media Approach: dayang

CUT TO:
INT. RUMAH DAYANG – RUANG TAMU – SIANG

Istidat merisik sedang berlansung..


Orang Kaya Aris berperanan sebagai kepala majlis.. Datuk Beta di sebelah
Orang kaya Aris.. Di kanan mereka, duduk pihak Pak Long & Mak Long dan
di sebelah kiri ada Mak Ngah dan Pak Ngah..

Di tengah-tengah mereka kelihatan:

• Sebuah tepak sirih yang mengandungi sebentuk cincin emas tumpat,


belah rotan, di atas taburan duit-duit perak..
• Tepak sirih dikelilingi oleh piring-piring dan pinggan-pingan dari
China, berisi kuih-kuih, diperbuat dari beras, ubi, sagu dan pulut..
• Sedulang buah-buahan: duku, rambutan dan limau bali..

MAK NGAH
Kayu lintang di hujung huma,
Nampak bercantum di hujung dahan;
Kami datang hendak bertanya,
Bunga sekuntum sudahkah bertuan.

MAK LONG
Nampak bercantum di hujung dahan,
Tempat memanjat panglima kota;
Bunga sekuntum belum bertuan,
Apakah hajat bertanyakan kita.

MAK NGAH
Kampung Pagoh kampung kota,
Bunga kenanga sedang berkembang;
Kalau sungguh bagai dikata,
Sudikah bunga disunting kumbang?

14
Media Approach: dayang

PAK LONG
Kalau Pagoh kampung jati,
Tempat penambang orang Melaka;
Kalau sungguh kumbang berhati,
Sanggupkah terbang setinggi cempaka.

PAK NGAH
Jangan gugup ke Bukit Linggi,
Makan nangka dari Asahan;
Kumbang sanggup terbang tinggi,
Kalau cempaka merendah dahan.

PAK LONG
Walaupun nangka dari Asahan,
Makanlah lemang Tanjung Batu;
Tidak cempaka merendah dahan,
Sudah memang tinggi begitu.

MAK NGAH
Dari Penyengat pergi Melaka,
Serang desa bersenjata panah;
Hendaklah ingat setinggi cempaka,
Sampai masa jatuh ke tanah.

Mak Long sedia berkompromi, dan tujukan pantunnya kepada Pak Long..

MAK LONG
Bandar Melaka Bukit China,
Tempat panglima membeli parang;
Belum cempaka layu hina,
Patut terima petikkan orang.

Pak Long fikir dan mengangguk..

15
Media Approach: dayang

Mak Ngah tolak tepak sirih yang mengandungi cincin emas belah rotak ke
arah Mak Long.. Pak Long sekat pergerakkan tepak sirih..

PAK LONG
Izinkan saya menetapkan syaratnya dulu..
(Setelah tiada bantahan dari sesiapa)
Setuju tak pihak kumbang sediakan; Wang hantaran tiga
ratus tujuh puluh dan tujuh duit? Diiring kain mastuli
Bugis warna kuning telur, cukup buat sepasang baju,
siap tudungnya sekali.. Dan, syarat ini mesti ditunaikan
dalam tempuh pertunangan selama 3 Tahun.

CUT:

16
Media Approach: dayang

EXT/INT. RUMAH PANGLIMA HITAM – SIANG

Rumah Panglima Hitam tersergam seperti sebuah istana lama, terletak di


kaki sebuah bukit curam dan berbatu.. Dikelilingi oleh hutan tebal..

Kita memasuki rumah Panglima Hitam, dan berhenti di sebuah ruang luas
yang kelihatan seperti ruang mengadap kepunyaan seorang yang berkuasa
mistik lagi magis.. Walaupun hari masih siang, suasana dalam rumah, suram
dan ngeri..

Panglima Hitam sedang susun buah catur, Bersila di atas sebuah pentas
usang, berenda kuning dan beranak tangga tiga.. Bachok bersila di kaki
pentas..

Panglima Hitam siap atur buah catur dan sengeh ke arah Bachok..
Panglima Hitam buat gerak-mula permainan catur..

PANGLIMA HITAM
Kalau kau terkilan, aku juga terkilan..

Panglima Hitam pelawa Bachok untuk main sama.. Bachok menolak, seolah-
olah ingin mengatakan dia tidak layak untuk bercatur bersama Panglima
Hitam.. Panglima Hitam cekup dagu Bachuk.. Panglima Hitam gelak, sambil
belek-belek wajah Bachok..

PANGLIMA HITAM
Menurut firasat aku, Bachok.. Walaupun Dayang sudah
menjadi tunang Awang, (Pause), kau lebih berjaya
untuk menjiwai rindu kesumat gadis pingitan itu..
Yakinlah..!

CUT:

17
Media Approach: dayang

EXT. LUAR KAWASAN RUMAH DAYANG - SIANG

Efx Bunyi: Dayang sedang humming sebuah lagu rindu..

Bachok sedang duduk atas dahan sebatang pokok rimbun, di tepi sebuah
kawasan hutan.. Sambil mengukir sebatang ranting dengan badiknya, Bachok
memerhati ke arah dalam kawasan rumah Dayang.. (Kawasan rumah di
pagar dengan tembuk pokok renik yang tebal, untuk menghalang sebarang
pencerobohan)..

POV BACHOK:

Lanskap di kawasan rumah Dayang persis sebuah taman bunga dan terdapat
berbagai pokok hiasan yang ditanam atau diatur indah dan menyamankan..
Di satu sudut kawasan ini, ada sebuah kawasan semaian anak-anak pokok..

Kelihatan Dayang sedang menyemai benih bunga ke dalam satu kotak


semaian, di tepi bangsal semaian (greenhouse)..

CUT TO:

18
Media Approach: dayang

EXT. RUMAH AWANG – SIANG

Orangkaya Aris dan Pak Ngah berbual dalam patio, di halaman rumah..

ORANGKAYA ARIS
Awang banyak membantu urusan Padang dengan
pedagang luar.. Kita kehilangan dia, kalau dia terpaksa
merantau..

PAK NGAH
Bachok ada.. Orangkaya latihlah dia..

Orangkaya Aris menggeleng..

ORANGKAYA ARIS
Beginilah Ngah..
Untuk mengelak kehilangan Awang dari Padang, saya
sanggup biaya perkahwinan Awang-Dayang? Awang
ada tokoh sebagai pengganti kepimpinan di sini.. Rugi
kita kalau Awang celaka dalam perantauan..

PAK NGAH
Ah Orang kaya, Adat bujang, jika ingin berumahtangga,
harus mengembara mencari belanja. Malu kami
sekeluarga kalau dikatakan, menepis cabaran adat..

TIDAK JAUH DARI ORANGKAYA ARIS DAN PAK NGAH

Awang sedang mengusap seekor anak kucing (COMEL).. Mendengar sahaja


perbualan kedua orang tua itu, tetapi tidak berani masuk campur..

CUT:

19
Media Approach: dayang

INT. RUMAH AWANG – RUANG REHAT – MALAM

Awang tertidur di tengah-tengah ruang rehat.. Comel lelap di tepi badan


Awang.. Awang bermimpi..

MIMPI AWANG

Awang berada dalam satu dimensi berkabus..


Daeng Kenasi menjelma, dan campak badik mambang berulang ke udara..
Daeng Kenasi hilang.. Badik mambang berulang, terawang-awang di
hadapannya, seolah-olah mengajak dia melangkah ke satu destinasi yang
belum diketahui.. Imej Raja Muda Gowa sedang bersemayam berada dalam
ruang misteri itu..

RAJA MUDA (ECHO)


Awangggg….!
Makassar ada seribu jawapan untuk kau..!

Awang tersentak dari tidur, dan mendapati Mayang sedang menepuk-nepuk


bahunya.. Mujur Awang tak siku Mayang..

AWANG
Ish Mayang..! Nasib baik kau adik angkat tersayang
abang.. Kalau tak naya ajer kau tadi..

Comel terjaga.. Mayang ambil Comel..

MAYANG
Meh comel..! Bahaya, lama-lama dengan pendekar kaki
tidur ni.. Dahlah tu, bila tidur kuat mengigau pulak tu..

AWANG
(Pujuk) Eh Mayang.. mari kejap, mari kejap.. Abang tak
sengaja, takkan marah..

20
Media Approach: dayang

Mayang kembali (dengan Comel) dan duduk hadapan Awang..

MAYANG
Abang nak keluar merantau?

AWANG
Mana Mayang tahu?

MAYANG
Eleh, abang sebut makassar banyak kali tadi, kenapa?
Sebab itulah Mayang kejutkan abang..

Awang ambil Comel dari Mayang.. Termenung sebentar..

MAYANG
Abang nak bawa Comel sama?

AWANG
(Serah kucing kepada Mayang)
Tolong sampaikan, kepada Kak Dayang (Pause)
Katakan sekali abang kirim salam.. Suruh dia jaga
Comel baik-baik, masa abang tak ada nanti..

MAYANG
Eleh, comel kucing abang, serahlah sendiri?
(Beredar) Uweekkk..!

CUT:

21
Media Approach: dayang

INT. RUMAH AWANG – RUANG REHAT – MALAM

Pak Ngah, Mak Ngah dan Awang sedang berbincang..


Mayang sibuk bermain dengan anak kucing..

PAK NGAH
Adat melatih kita tabah, sabar dan tawakal mengharung
dugaan (Pause) Melatih kita bersusah payah sikit, untuk
nafkah anak-isteri tanpa mengharap bantuan orang tua..
Yang mustak sekali, berlatih jadi suami atau bapa
bertanggungjawab, dalam kebahagian keluarga.

MAK NGAH
Sudahlah tu, panjang sangat meleter..!
(Sengeh kepada Awang)
Rancangan pelayaran kau macam mana..

AWANG
Awang nak berlayar dan bekerja di Siak dulu.. Bila
cukup tambang, barulah Awang ke Makassar.
(Ambil Comel dari tangan Mayang..)
Tapi, sebelum berangkat, Awang nak jumpa Dayang,
emak boleh tolong aturkan?

PAK NGAH
Astaghfirullahal’azim.. (Pause) Hey Awang, tak ada
dalam resam kita, anak teruna bebas bergaul dengan
anak dara orang..! Kalau terlanjur, aku berkongsi aib,
tau..!

MAK NGAH
Alah abang ni, kesitu pulak dia..
Mana boleh terlanjur kalau saya yang temankan dia?!
CUT:

22
Media Approach: dayang

INT. RUMAH DAYANG – DAPUR – MALAM

Mak Ngah teman Mak Long di dapur, menyediakan minuman..

MAK NGAH
Along ingat lagi tak, macam mana siksanya kita bila
kena kurung selepas bertunang..

MAK LONG
Haah, siapa tak ingat, leher awak tu menjenguk macam
bangau panjat para, mengintai ayah si Awang lalu..

MAK NGAH
Eleh, mengata kita konon..
Leher dia kalahkan leher burung unta tak sedar..

MAK LONG
Oh, yang tak elok semuanya kita, ya?!

Mak Long & Mak Ngah gelak-gelak dan cubit-mencubit sesama mereka..
Ccomel berlari masuk ke ruang dapur.. Diikuti oleh Dayang. Mak Long dan
Mak Ngah berhenti bergurau..

MAK LONG
Hah Dayang, kamu tinggalkan Awang?

DAYANG
Nampak comel tak?

Dayang nampak comel menyorok tepi almari dapur..


Dayang ambil comel dan tinggalkan ruang dapur..
Kita ikut Dayang untuk ke bahagian anjung rumah..

CUT TO:

23
Media Approach: dayang

EXT. RUMAH DAYANG – ANJUNG – MALAM

Dayang dan comel tiba di serambi anjung.. Mayang terlentuk, tidur duduk di
bucu serambi.. Awang berdiri, memerhati arah kegelapan malam.. Dayang
menghampiri Awang, dari belakang.. Awang terlalu hiba untuk menoleh
kepada Dayang..

DAYANG
Kalau adat-adat yang susah, dihapuskan, kan senang?
(Risau lihat Awang menung.. cuba ceriakan Awang..)
Tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyuh berlari;
Ku pinang-pinang tak dapat, ku pujuk-pujuk ku bawa
lari.. (tergelak dengan jenaka sendiri..)
Heee, abang mesti tak berani buat camtu, kan?

Awang senyum dan menoleh kepada Dayang.. Dayang melangkah rapat ke


badan Awang.. Dayang tersentak dan berhenti melangkah apabila tersedar
dia terlalu rapat dengan Awang.. Dayang tutup wajahnya dengan tudung..
Awang rapatkan muka ke permukaan tudung yang menutup wajah Dayang..
Awang nampak bibir Dayang melirik senyuman..

SUARA HATI AWANG (ECHO) (VO)


Bicara kelembutan menyingkap redupmu
suara lirih, manja membelai
entah mengapa aku dipagut resah
entah mengapa rindu memuncak
bila menyahut sebuah kehadiran..

Mayang terjaga, sengeh kepada Dayang dan Awang..

MAYANG
Rapat sangat tu..!

CUT TO:

24
Media Approach: dayang

EXT. PANTAI – TAMBATAN PERAHU – PAGI

Kelihatan Mak Long, Pak Long, Dayang (Comel bersamanya), Mayang, Mak
Ngah dan Pak Ngah sedang mengucap selamat jalan kepada Awang.. Ramai
pemuda Padang berada dalam kelompok kedua, tidak jauh dari keluarga Pak
Long dan Pak Ngah.. Setelah bersalaman dengan semua orang, Awang
berdiri di hadapan kumpulan Pak Long dan Pak Ngah untuk beri amanat
terakhirnya untuk semua yang hadir..

AWANG
Kalau saya keluar melaksana adat, yang tinggal, harap-
harap, biarlah setia menjaganya..

Dayang terkedu.. Hanya air mata mengiring pemergian Awang..

INTERCUT TO:

EXT. PANTAI – PONDOK NELAYAN – PAGI

Bachok sedang memerhati situasi Awang dari pondok nelayan..


Panglima Hitam berada di bahagian tepi pondok, kelihatan seperti sedang
beri taklimat penting kepada beberapa orang yang kelihatan seperti lanun..
Lanun-lanun beredar selepas terima taklimat..
CUT TO:

EXT. PANTAI – TAMBATAN PERAHU – PAGI

Pak Long, Mak Long, Dayang, Mak Ngah, Pak Ngah dan Mayang, sedang
melambai-lambai ke arah sekuci yang sedang berlayar meninggalkan
tambatan.. Sekuci yang dinaiki Awang hilang dari pandangan.. Dayang tak
dapat menahan sedih.. Dayang tinggalkan tambatan.. Diikuti oleh Mak Long,
untuk sabarkan Dayang.. Orang lain beredar sama, selepas Mak Long dan
Dayang beredar..
CUT:

25
Media Approach: dayang

EXT. PANTAI - BANGSAL NELAYAN – SIANG

Rombongan yang menghantar Awang Belayar, lalu hadapan bangsal yang


terletak tidak jauh dari pengkalan.. Pak Long nampak Bachok..

PAK LONG
Hah Datuk?! Mengapa di sini sahaja?

BACHOK
Di sini, atau di pengkalan, sama juga Pak Long..

Pak Long beri gesture, ajak Bachok jalan sama.. Bachok ikut..

PAK LONG
Apa pendapat Datuk tentang pelayaran Awang?

BACHOK
(Jeling Dayang) Pasir Panjang kampung pusaka, redup
teduh di sini-sana; Masa panjang jangan dijangka, kalau
jodoh tidak ke mana..

MAK LONG
Eh Datuk, mengusik la pulak. dia..

Dayang tak layan pantun Bachok.. Dayang alih perhatiannya ke arah lain..
Bacuk fikir sejenak.. Kemudian…

BACHOK
Hmm, kata orang, merantau menyeberang lautan tak
selamat sekarang.. Kalau tak mati dibaham jerung, mati
beragan disiksa lanun.. Kalau tidak pun, dia akan
ditawan Belanda, dijadikan ‘kelasi abdi’ sepanjang
hayat..
CUT:

26
Media Approach: dayang

EXT. TENGAH LAUTAN - SIANG

Awang bersaorangan, termenung dalam sekuci.


Nakhoda sekuci hairan dengan sikap “membisu” Awang..

NAKHODA
Baru senja pertama, sudah rindukan kampung?
(Sengeh kerana Awang tak beri response)
Di kalangan pemuda Padang, Awang yang aku kenal,
terkenal dengan semangat kembara.. Apa mungkin, ini
Awang yang lain?

Sebuah sekuci lanun menjelma entah dari mana, dan menghimpit sekuci yang
di tumpang Awang.. Lanun-lanun naik ke sekuci.. Mereka menyerang dan
merompak selagi termampu.. Nakhoda dan kelasi-kelasi bertahan selagi
terdaya..

Dua orang lanun menghampiri Awang.. Awang tidak mampu tentang lanun-
lanun..

LANUN #1
Apa kau ada untuk kami?

AWANG
Tak ada apa-apa..

LANUN #2
Mustahil..!

2 lanun (berbadan tegap) serang Awang..


Awang tewas.. Lanun tidak jumpa sebarang benda berharga di badan
Awang.. Lanun rampas badik Awang.. Awang sentap badik dari tangan lanun
dan terjun ke laut.. (Dalam keadaan cedera)..
CUT TO:

27
Media Approach: dayang

EXT. TENGAH LAUTAN

Awang tergapai-gapai dalam ombak ganas.. Awang hampir lemas..


Imbasan wajah Dayang, menjelma untuk beri Awang sedikit semangat..

DAYANG (V.O.)
Abang..
Telah ku selak jendela harapan, agar ia melebar
kekuatan, yang selama ini abang hilangkan, entah ke
mana..
Telahku bisik bicara hati, bahawa rindu ini tiada
sempadan.. Tidak siapa berhak memisahkannya, walau
dilontar ke lautan fana..

Wajah Dayang menghilang..


Muncul satu tangan-maya menarik keluar awang dari keganasan gelora..

CUT:

28
Media Approach: dayang

EXT. PANTAI SIAK – AWAL PAGI

DEKAR jumpa Awang terdampar di pantai.. Dekar teteskan air ke bibir


Awang.. Awang sedar dari pengsan..

AWANG
(Lemah) Dayang?

DEKAR
(Gelak) Aku Dayang? Kau ni buta apa?!

AWANG
Ah, Mungkin aku sudah berada di Makassar..

DEKAR
Tuan, terdampar di pantai Siak.. Kalau ingin cari
Dayang di Makassar, cuba-cubalah ke pengkalan Siak..
Situ ramai saudagar Bugis yang dapat membantu..

Awang bangun.. Perbetulkan pakaian dan beredar..

DEKAR
Nak kemana tu?

AWANG
Pengkalan Siak..

DEKAR
Pengkalan Siak arah sana?

Awang melangkah ikut panduan Dekar..

DEKAR
Bukan situ.. Sana..

29
Media Approach: dayang

Awang ikut arah baru..

DEKAR
Sana..

Awang tukar arah sekali lagi..

DEKAR
Sana..!

Dekar ketawa kerana Awang dapat diperbodohkan dengan mudah..

DEKAR
Resam orang sesat begitulah..
Mudah sangat dipermainkan orang..

Awang menjeling marah (tetapi masih mampu bersabar).. Awang duduk


semula..

AWANG
Badut.. Lagak kau kalahkan seorang pendita!?

Dekar terus ketawa.. Akhirnya Awang turut ketawa..

CUT TO:

30
Media Approach: dayang

EXT. SIAK – KAWASAN HUTAN TEBAL – SIANG

Awang dan Dekar sedang mengembara..

DEKAR
Jadi, setelah berjaya pinang ini Dayang, kau terpaksa
merantau jauh, cari belanja mas kawin?

AWANG
Orang bercinta, elok berjauhan..

DEKAR
Bodoh..!

AWANG
Dekar..!?

Awang capai kayu (sama panjang dengan sebilah lembing) dan cuba pukul
Dekar dengan kayu.. Serangan Awang (ala silat lembing) ditangkis dengan
mudah oleh Dekar.. Dekar berjaya rampas kayu dari Awang dah tusuk hujung
kayu ke dada Awang yang jatuh terlentang, kerana silap langkah..

DEKAR
Dah, jangan tanya kenapa aku bodohkan kau, kerana
kau memang bodoh..

Dekar bantu Awang bangun dan serahkan semula kayu kepada Awang..

AWANG
Aku berani terima cabaran adat.. Sekurang-kurangnya,
aku ada hargadiri di situ..

DEKAR
Sahut cabaran adat songsang, buat apa?

31
Media Approach: dayang

DEKAR (samb)
Orang yang meletak harga kepada anaknya, memang
bodoh.. Tetapi orang yang melayan cabaran bodoh, dia,
sama ada orang berani yang bodoh, atau orang berani
yang diperbodoh-bodohkan..

Awang bosan.. Awang berhenti, dan enggan ikut Dekar.. Dekar teruskan
perjalanan.. Awang rasa dia ada peluang untuk serang Dekar sekali lagi..
Awang berlari seperti seorang pembawa lembing dan cuba “tikam” dari
belakang.. Tanpa menoleh, Dekar capai kayu dari tangan Awang.. Kayu
terlepas dari tangan Awang dan Awang terhumban kehadapan..

DEKAR
Kau seorang sabar yang tak pandai bertenang.. Mudah
tertekan dan menganggap tekanan itu satu ancaman..
Akibatnya, untuk mengelak ancaman, kau mengancam
diri sendiri..!

Awang semakin marah dan serang Dekar.. Dekar belasah Awang


(Menggunakan gerak silat yang lucu, sumbang, tetapi mengelirukan Awang)..
Awang keletihan.. Awang keluarkan badik, dan tunggu tindakan Dekar..

DEKAR
(Dalam hati) Mambang Berulang?!
(Kepada Awang) Sudah teruk dibelasah, baru hunus
badik? Jantan apa kau ni?!

Dekar menghambur ke udara dan mendarat jauh dari sasaran Awang..


Awang bergerak untuk menghampiri Dekar.. Pergerakan Awang terbatas
kerana dia terpijak kawasan “pasir jerlus”.. Awang bernasib baik kerana
sempat berpaut pada satu rangkaian akar tergantung..

Dekar tinggalkan Awang untuk selesaikan masalah sendiri.. Awang berjaya


keluar dari pasir jerlus.. (Sambil dihantui oleh ketawa mengusik Dekar)..

32
Media Approach: dayang

EXT. BAHAGIAN LAIN HUTAN

Dekar sedang panggang ayam.. (Atau apa sahaja).. Awang muncul dan cuba
serang Dekar.. Dekar tidak bergerak.. Malah, tanpa menoleh kepada Awang,
Dekar hulur ayam panggang ke arah Awang dengan selamba..

DEKAR
Lapar?

Awang ambil ayam panggang.. Makan dengan gelojoh..

DEKAR
Perolehan tidak terbatas pada apa yang berjaya dimiliki
sahaja.. Kehilangan juga ada nilai yang harus direnung..
(Pause) Pendek kata, kita mesti merenung, segala
pengalaman yang telah dan bakal dialami tentang
kedapatan dan kehilangan..

AWANG
Pelabuhan Siak jauh lagi?

DEKAR
Makanlah dulu..

FLASH

Imbasan (kurang jelas) “lembing laki-bini dan lambang Kesultanan Gowa,”


bermain-main fikiran Awang..

DISSOLVE:

33
Media Approach: dayang

EXT. TEMPAT YANG SAMA - MALAM

Awang termenung.. Pemerhatiannya terfokus kepada Dekar yang sedang


tidur.. Nyamuk ganggu tidur Dekar.. Dekar tampar nyamuk.. Lengan baju
Dekar terselak.. Awang nampak gelang suasa di lengan kanan Dekar.. Awang
menghampiri Dekar.. Awang mengamati lambang yang ada di gelang suasa..

Setelah mengamati lambang, Awang keluarkan badik yang tersisip di


belakang pinggangnya.. Seolah-olah ingin membandingkan persamaan pada
badik dan lambang di gelang suasa.. (Kita tidak nampak persamaan di gelang
dan badik dan tidak faham rasional pada tindakan Awang).. Dekar tersentak
dari tidur.. Dekar melatah apabila mendapati muka Awang beradat rapat
pada dirinya..

DEKAR
Hey, kau nak perkosa aku?!

AWANG
(Geli geleman dengan soalan itu)
Ceh, ada ke?!

Awang berundur sedikit.. Dekar sedar bahawa Awang telah nampak lambang
dan gelang suasa di lengannya..

CUT TO:

34
Media Approach: dayang

EXT. HUTAN – SIANG

Awang dan Dekar masih mengembara dalam hutan..

AWANG
Kita tak seperti menuju Pelabuhan.. Kita semakin jauh
ke pendalaman..

DEKAR
Ini jalan pintas..

AWANG
Dekar.. Sejak kita berkenalan, aku tak pernah nampak
kelurusan kau..

DEKAR
Mana ada manusia lurus dalam dunia ini?

Seekor binatang buas menjelma.. (Makhluk jadian)..

DEKAR
Makhluk jadian..! Lari..

Awang dan Dekar terpaksa berpecah.. Makhluk kejar Awang..


Awang terperangkap di tebing cerun tinggi.. Makhluk terkam.. Awang berjaya
elak.. Makhluk terhumban ke gaung..

Awang lega dan berdiri di tepi tebing, dan nampak pelabuhan Siak, dari situ..

CUT:

35
Media Approach: dayang

EXT. PENGKALAN SIAK – SIANG

Awang merayau-rayau dalam kawasan pengkalan sambil menyusur tambatan


untuk mencari perahu dagang Bugis.. Awang tiba tepi sebuah tambatan.. Ada
sekumpulan pekerja tambatan sedang bercatur.. Tidak siapa menperdulikan
kedatangan Awang.. Awang duduk di satu sudut lengang, dan perhati suasana
di meja catur.. Pada ketika itu, ADI dan seorang LELAKI BELANDA sedang
kusyuk bertaruh catur..

CUT TO:

INT. PADANG – RUMAH DAYANG – BILIK SITI – MALAM

Mayang baring di katil Dayang (sudah sedia berselimut).. Dayang datang ke


katil dan tidur sebelah Mayang.. Sebelum tidur mereka berbual-bual..

DAYANG
Kesian abang Awang kan, merantau jauh tak berteman..

MAYANG
Haah, kesian dia..

DAYANG
Orang tak serik merempuh gelora selalunya berjaya
dengan cita-cita..

MAYANG
Kalau gagal?

DAYANG
Hmm, Mayang fikir macam mana?

CUT TO:

36
Media Approach: dayang

INT. RUMAH PANGLIMA AWANG – MALAM

Panglima Hitam sedang main catur dengan Bachok..


Bachok buat pergerakan silap.. Raja Putih Bachok terdedah untuk serangan
buah catur Panglima Hitam.. Panglima Hitam gelak..

PANGLIMA HITAM
Kau tak kenal peranan anak-anak catur kau..!
Seorang pemain mesti bijak mengaturcara.. Bila pandai
mengatur langkah, anak catur yang paling lemah boleh
kelirukan lawan.. Contohnya begini..

Panglima Hitam checkmate raja putih Bachok dengan pawn sahaja..

CUT TO:

EXT. SIAK – PELABUHAN SIAK – MEJA CATUR – MALAM

Adi tersengeh ke muka orang Belanda..

ADI
Kau kalah..!

Adi hentak knight untuk checkmate raja hitam.. Orang Belanda mengaku
kalah, serah pertaruhannya dan beredar.. Sambil mengumpulkan wang dan
barangan yang telah dimenangi, Adi menoleh kepada Awang..

ADI
Siapa kau? Sudi bertaruh catur dengan aku?!

AWANG
Pertaruhan itu judi.. Judi itu haram..

37
Media Approach: dayang

ADI
Kau orang baru.. Syarat orang baru, mesti menang catur
sebelum dibenar kembara di dunia kami..

Orang ramai menjerit-jerit untuk meransang Awang menyahut cabaran Adi..

ADI
Hah, apa lagi..

Awang tercabar.. Awang jalan ke meja catur.. Sambil menyusun buah-buah


putih, Adi persila Awang duduk.. Awang duduk, dan susun buah hitam..

ADI
Apa pertaruhan kamu?

AWANG
Aku perantau fakir..

Adi seluk kocek Awang.. Setelah meraba-raba beberapa “poket kosong” Adi
sentap badik dari belakang pinggang Awang.. Adi hempas badik ke atas
meja..

ADI
(Tenung mata Awang)
Perantau fakir bersenjata badik, hah?!

AWANG
Baiklah, apa pula pertaruhan kau?

ADI
Ni..! Semua yang kau nampak ni, milik kau, kalau kau
menang.. (Pause) Tapi, kalau kau kalah, badik kau
milik aku..! Setuju?

38
Media Approach: dayang

Awang tak jawab.. Tetapi merenung tajam ke anak mata Adi..


Adi gerakkan, soldadu putih di hadapan permaisuri putih, dua langkah
kehadapan.. Awang gerakkan ‘soldadu hitam,’ dua langkah kehadapan, untuk
sekat pergerakan lanjut soldadu putih..

DISSOLVE:

Pertandingan catur berada di peringkat pertengahan.. Pertahanan dan


serangan Awang-Adi seimbang.. Awang terleka, Adi tewaskan buah catur
(Bishop) Awang, yang terletak di satu petak stretegik.. Adi gelak.. Awang
membalas dengan mengancam kedudukan permaisuri putih dan ‘kota putih’
sekali gus.. Adi kelam-kabut dan undurkan permaisuri putih.. Awang ‘makan’
kota putih dan ancam kedudukan Raja Putih..

DISSOLVE:

Permaisuri putih tak mampu pertahankan Raja Putih.. Adi dapat merasai
pertahanannya sudah runtuh..

ADI
Brensek..! (Tumbuk meja..)

AWANG
Kemarahan, bukan pelerai masalah..

Adi bangun dan lari bersama “pertaruhannya”.. Awang tak kejar Adi..
Awang ambil badik dari meja dan sisip ke belakang pinggang..

CUT TO:

39
Media Approach: dayang

EXT. TAMBATAN – PADEWAK (KAPAL ) DAGANG BUGIS – MALAM

Dari atas padewak dagang (di atas bumbung bilik juragan), Seorang
saudagasr Bugis (GALIGO), ketawa puas setelah menyaksikan kejayaan
Awang..

GALIGO
Orang muda, anda ada kebolehan.. Untuk orang seperti
anda, saya sanggup bayar 200 setahun kalau berlayar
dengan Dang Ratna.

Awang tercegat, tak tahu nak kata apa.. Galigo isyarat kelasi.. Kelasi hulur
tangga.. Awang melangkah ke tangga, untuk naik ke padewak.. Awang
nampaknama DANG RATNA terpapar di dinding padewak

Awang masih skeptik untuk naik ke Dang Tatna..

AWANG
Tuan siapa? Mungkin tuan bukan orang yang saya cari..

GALIGO
Aku Galigo.. Nakhoda Galigo..!

CUT:

40
Media Approach: dayang

EXT. DI LUAR HALAMAN RUMAH DAYANG – SIANG

Bachok sedang menyusur tembuk renik yang memisahkan halaman rumah


Dayang dengan kawasan kampung.. Bachok ternampak sebuah lubang besar
di dasar tembuk renik.. Bachok terhenti dengan tiba-tiba, apabila Comel
berlari keluar kawasan, melalui sebuah lubang besar, di dasar pagar renik..

Sejurus kemudian, kita nampak tangan Dayang terjulur dan mula meraba-
raba ke semua arah (untuk mencari Comel)..

DAYANG (OS)
Comel, cttt-cttttt-ctttttt.. Comel.. Janganlah begitu..
Kan Kak Dayang kata, Comel dilarang keluar dari
kawasan ini..

Dayang merangkak keluar, melalui lubang besar..


Setelah separuh badan Dayang berada di luar lubang, rangkak Dayang
terhenti, kerana ternampak kaki Bachok.. Dayang mendongak ke atas..

Bachok tersengeh ke arah Dayang.. Dayang tersengeh malu dan berundur ke


dalam kawasan dengan serta-merta.. Bachok perhati lubang yang telah
ditinggalkan oleh Dayang..

DAYANG (OS)
Comel kita terlepas.. Boleh tolong carikan, tak?

Bachok perhati lubang buat seketika..


Sambil berfikir Bachok pantau kawasan semak.. Bachok nampak Comel
tertenggek atas tunggul.. Bachok beredar untuk dapatkan Comel..

BACHOK
Comel.. Comel.. ctt-ctt-ctt..! Mari sini sayang..
Tak baik tinggalkan Kak Dayang sorang-sorang..
Nanti dia merana seorang, kesian dia..

41
Media Approach: dayang

Setelah dapatkan Comel, Bachok kembali ke lubang..


Bachok mencangkung dan hulur Comel melalui lubang.. Dayang cuba ambil
Comel.. Bachok tarik Comel keluar dari lubang.. Dayang gapaikan tangan
untuk ambil Comel.. (Kita nampak cincin bertunang di jari manis Dayang)..
Bachok hulur Comel sekali lagi.. Kali ini Dayang berjaya capai Comel..
Bachok lepaskan Comel..

Dayang berundur ke sebalik tembuk renik..

DAYANG
Terima Kasih..

BACHOK (OS)
Pak Long ada rumah? Boleh beri tahu dia aku ada sikit
urusan dengan dia? Aku segan nak jumpa dia..

DAYANG
Kalau segan nak jumpa dia, macam mana nak berurusan
dengan dia?

Kita nampak Mayang berdiri cekak pinggang di belakang Dayang..

MAYANG
Aaaa, mengadu dengan Mak Long, Kak Dayang berbual
dengan orang luar..

DAYANG
Eleh, kalahkan “Mak Nenek” ..!

MAYANG
Siapa orang tu..

DAYANG
Entah..

42
Media Approach: dayang

EXT. DUSUN TINGGAL – SIANG

Establish sebuah dusun tinggal, berlatarkan hutan berbukit-bukau..


Dari jauh, kita nampak Pak Long, Panglima Hitam dan Bachok sedang
berkuda ke arah simpang untuk masuk ke dusun tinggal..

PANGLIMA HITAM
Bachok nak belajar berkebun dan bertanam..
Orang Belanda di Melaka, tawarkan dia bekal rempah-
ratus untuk pasaran Eropah.
Pak Long sanggup sama-sama berusaha ladang rempah
dengan Bachok? Kalau sanggup “Datuk Bachok” kita
ni, tak ada masalah, separuh tanah ini jadi kepunyaan
Pak Long..

PAK LONG
Menggantikan hutan tebal ke ladang rempah, bukan
perkara main-main.. Sekurang-kurangnya, Datuk mesti
berlatih dan tahu seluk-beluk bercucuk tanam, sebelum
mula..

BACHOK
Kalau saya mulakan dengan berlatih tanam bunga,
macam mana?

PAK LONG
(Mukanya berubah sedikit.. Kerana skeptik dengan
hajat Bachok) Hmm, nak berlatih tanam bungaya..!?

CUT:

43
Media Approach: dayang

INT. RUMAH DAYANG – MALAM

Mak Long tuang kopi ke cawan Pak Long.. Dayang duduk bersimpuh tepi
Mak Long.. Setelah menghirup kopi, Pak Long mulakan bicara..

PAK LONG
Datuk Bachok tawar sebahagian tanahnya, kalau kita
berusahasama, dengan ladang rempahnya..

MAK LONG
Amboi?! Pemurahnya dia..

PAK LONG
Tapi, sebelum itu, Dayang kena ajar dia seluk-beluk
menyemai anak pokok.. (Pause) Menyemai anak bunga,
pilihan Datuk Bachok..

Dayang menjeling keliru ke arah Mak Long..

MAK LONG
Orang kasar macam Datuk Bachok, faham ke falsafah
berkebun-bunga?

PAK LONG
Datuk Bachok nak berubah perangai, tak elok kalau kita
gagalkan dia.. (“senyum patriakal” ke arah Dayang)..

DAYANG
Maaf ayah, Dayang tak benarkan Bachok usik, bunga-
bunga Dayang..! (Beredar..)

PAK LONG
Dayang..! Ini perintah ayah..!
CUT:

44
Media Approach: dayang

EXT. LAUTAN NUSANTARA – PADEWAK GALIGO – MALAM

Awang dan Galigo sedang main catur.. Tiba-tiba Awang tersentak..


Tangannya terlanggar beberapa buah catur di papan catur..

GALIGO
Teringat kampung?

AWANG
Nakhoda pernah terfikir tak, betapa manusia sanggup
mencipta dalih untuk menidakkan kita?

GALIGO
Manusia ditidakkan kerana banyak sebab.. Apa dosa
anda di kampung?

AWANG
Tak ada, rasanya.. Tapi saya khuatir, saya bakal menjadi
mangsa pada cita-cita dan hayalan orang lain..

GALIGO
(Gelak) Atau mungkin sebaliknya?

Awang tak tahu jawapan.. Awang beredar dari tempat main catur..

CUT TO:

45
Media Approach: dayang

INT. TAMAN BUNGA DI HALAMAN RUMAH DAYANG – PONDOK


SEMAIAN BUNGA - SIANG

Dayang, ditemani Mak Long, Mak Ngah dan Mayang berada dalam pondok
semaian bunga..

Pak Long dan Bachok tiba.. Bachok mengharapkan supaya Dayang beri ucap
selamat datang.. Tetapi, Dayang tunduk sahaja..
Mak Long tunduk-tunduk sengeh, sebagai menghormati kedatangan Bachok..
Mak Ngah mencebek cemburu (kerana Bachok berjaya “menerjah” ke dalam
hidup harian Dayang)..

PAK LONG
Er, Datuk, saya serahkan Datuk kepada guru Datuk..
Pelajarilah apa jua ilmu yang Datuk ingin pelajari..
(Terfikir sesuatu..)
Heh, ilmu berkebun bunga sahaja tau..!

Mak Ngah beredar.. Pak Long dan Mak Long tak sedap hati..

PAK LONG
(Kepada Mak Long) Kenapa pulak tu?

MAK LONG
Bakal menantu diceroboh, siapa tak kecil hati, bang?!

PAK LONG
Hegh, sempitnya fikiran..!
(Perhati Dayang dan Bachok)
Hah Datuk, Dayang.. Anggap pertalian kamu berdua,
pertalian guru dan murid.. Tak lebih dari itu.. (Beredar)

Mak Long serba salah untuk tinggalkan Dayang berduaan bersama Bachok..

46
Media Approach: dayang

MAK LONG
(Kepada Mayang) Mak Long dan Pak Long nak pujuk
emak kamu, Mayang tolong temankan Kak Dayang, ya..
(Bergegas untuk ikut Pak Long..)

Mayang bersedia untuk menjadi “pengawal peribadi” Dayang..


Bachok ternampak sederet anak bunga yang baru mula bertunas.. Sebelum
menyentuh semaian tersebut, Bachok pandang Dayang.. Dayang beri reaksi
yang memprotes cubaan Bachok..

BACHOK
(Kepada Mayang) Kenapa?

MAYANG
Setiap bunga yang disemai, ada kenangan tersendiri..
Kak Dayang tak suka orang lain ganggu kenangan yang
tersendiri tu..

BACHOK
Oh..

MAYANG
Orang yang ingin berkebun, kena sesuaikan dirinya
sebagai pekebun..

BACHOK
Maknanya?

MAYANG
Pakaian pekebun, tak sama dengan pakaian panglima
bergelar yang berhajat nak mengadap Sultan..!

Bachok belek dirinya yang berpenampilan persis seorang Datuk Bergelar,


lengkap dengan bintang darjah kebesaran..

47
Media Approach: dayang

MAYANG
Pekebun mesti ada kelengkapan sendiri..
Cangkul, tajak, sabit, gunting, pungkis dan benih bunga
yang ingin dia pelajari..

Bachok pandang Dayang untuk minta penjelasan..

DAYANG
Setiap bidang ada cabangnya; setiap cabang ada
seninya; seni ada indahnya, dan indah ada seninya
(Pause) Untuk menghargai sifat kesenian dan
keindahan kita mesti ada peraturan..

Bachok cuba tafsir kata-kata Dayang..

DAYANG
Tapi kita mesti ingat.. Bukan semua yang indah itu
beseni, dan semua yang berseni itu indah..

Bachok bingung.. Bachok beredar..


Mayang dan Dayang gembira dengan pengunduran Bachok..

MAYANG
Agak-agak dia datang lagi, tak?

DAYANG
Orang macam itu, pandai ke mengaku kalah?

CUT:

48
Media Approach: dayang

EXT. HUTAN BERHAMPIRAN DUSUN TINGGAL – SIANG

Bachok, berpakaian seperti seorang peladang, sedang merayau-rayau,


meredah semak samun, dalam hutan.. Ada sesuatu yang dicari oleh Bachok,
tetapi, Bachok sendiri tidak tahu apa yang dicarinya.. Akhirnya Bachok
nampak bunga-bunga liar.. Bachok belek bunga liar..

BACHOK
Mungkin bunga ini sesuai untuk jadi hiasan..
(Fikir) Tapi, mana satu benihnya? Keratan ke? Biji ke?
Atau akarnya? (Fikir lagi) Ahh, bawak balik pokonya
sekali, biar Dayang tentukan yang mana satu, lagi
senang..

Bachok gali berbagai jenis pokok yang tidak sesuai untuk dijadikan pokok
hiasan.. Kantung Bachok penuh dengan sekelip mata.. Bachok kekok berjalan
dalam hutan bersama kantung penuh dengan “rumpai” yang disangkanya
benih pokok hiasan.. Bachok tergelicik dan jatuh berguling ke dasar gaung..

CUT TO:

DASAR GAUNG

Bachok terlentang kaku.. Seluruh badannya kesakitan.. Dari posisi sebegitu,


Bachok pantau kanopi pokok-pokok besar.. Di akhir pemantauan, Bachok
ternampak sekelompok orkid liar tumbuh subur di celah-celah dahan tinggi..
Orkid liar sedang berbunga mekar..

BACHOK
Eh, bunga apa tu?

Bachok bingkas bangun, tanpa menghiraukan sakit-sakit di badannya..

CUT TO

49
Media Approach: dayang

DI DAHAN TINGGI

Bachok sudah berada di dahan tinggi..


Oleh kerana Bachok “gayat ketinggian,” dan orkid liar berada di hujung
dahan, Bachok terpaksa panjangkan capaiannya semaksimum boleh (dari
tempat yang difikirkan paling selamat), untuk dapatkan orkid liar..

Capaian Bachok hampir berjaya dapatkan orkid.. Malangnya, kedudukan


Bachok pula tidak stabil.. Bachok terjatuh dari dahan.. Walau bagaimanapun,
Bachok berjaya cekup orkid liar, sebelum dia jatuh..

Sekali lagi, Bachok terlentang kesakitan, di atas tanah..

DISSOLVE:

INT. RUMAH DAYANG – PONDOK SEMAIAN – SIANG

Mayang berdiri tepi Dayang yang sedang menerangkan nama-nama pokok


yang dibawa oleh Bachok.. (Kita tak nampak Bachok).. Dalam keadaan
“geram,” Dayang sebut nama pokok sambil tunjukkan anak-anak pokok itu
kepada kita..

DAYANG
Ini anak Petai.. Ini anak Tungkat Ali.. Ini anak Kacip
Fatimah.. (Rehat sebentar) Ini bitanggor.. Ini kruing..
Ini meranti.. (Mengeluh marah..) Masya-Allah Awak
nak berlajar berkebun bunga atau berkebun balak?

Sekarang baru kita nampak Bachok.. (Gaya seorang pekebun).. Dari dalam
kantung, Bachok keluarkan orkid liar..

BACHOK
Ini?

50
Media Approach: dayang

DAYANG
Ini Anggerik.. Anggerik Puteri Gowa, jolokannya..!
(Tergamam, dan sambut orkid dengan cermat..)
Ini kali pertama saya melihatnya, menguntum mekar..

BACHOK
Puteri Gowa, boleh disemai?

DAYANG
Sesuatu yang dirampas dari hunian semula jadinya,
akan hilang semangat.. Tanpa semangat, ia takkan
bertunas..

BACHOK
Pulihkan semangat dia..

DAYANG
Kalau bertunas sekalipun, mungkin makan masa..

BACHOK
Berapa lama?

DAYANG
Enam ke tujuh bulan, mungkin.. Dan kalau bernasib
baik, bertahun-tahun kemudian, baru menghasilkan
mekar, seperti ini..

CUT:

51
Media Approach: dayang

EXT. PERAIRAN MAKASAR – MALAM

Dang Ratna baru berlabuh..


Awang dan Galigo berbual-bual sambil perhati pantai..

GALIGO
Kalau tiga ratus tujuh puluh dan tujuh duit, serta kain
mastuli yang dicari, saya pasti awak dapat lebih dari itu,
kalau kekal dengan saya..

Awang merenung horizon..

AWANG
Selain menyempurna syarat bertunang, saya berhajat,
memijak kaki di Tanah Bugis..

GALIGO
Tak bimbang, merantau lama-lama, tinggalkan kekasih?
Putih mata tu nanti..

AWANG
Insya-Allah, kalau manusia pegang janji, ia takkan
berlaku.

GALIGO
Hmm, kalau awak yakin, tak apalah..
Tapi manusia, tetap manusia..

Awang cuba telan saranan ‘negatif’ Galigo..

GALIGO
Keadaan di Makassar tak tenteram.. Awak perlu
seorang teman yang biasa dengan Makassar..

52
Media Approach: dayang

AWANG
Apa yang perlu saya tahu tentang Makassar?

GALIGO
Kesultanan Gowa dah lima puluh tahun tumbang
ditangan Belanda.. Di kiri kita Benteng Ujung Padang,
yang dah ditukar nama kepada Fort Rotterdam.. (Pause)
Sejak benteng terakhir Bugis, Benteng Somba Opu,
direbut Verenigde Oost-Indische Compagnie, Kerajaan
Gowa hidup dalam buangan di Benteng Anak Gowa, di
Taenga, seberang Sungai Jeneberang.. Tu.. Sayu-sayu,
di sebelah kanan kita, tu..

AWANG
Kalau begitu, besuk, pagi-pagi kita ke Fort Rotterdam..
CUT:

EXT. MAKASSAR - MUARA SUNGAI JENEBERANG – AWAL PAGI

Kelasi Dang Ratna, turunkan sebuah sampan ke permukaan air.. Di


ikuti oleh Awang dan Galigo yang turun melalui tangga yang di hulur
ke sampan, oleh dua orang kelasi lain..

Galigo dan Awang mendayung sampan, menuju pengkalan Bontoala..


Di wajah Awang, ada “Cita dan Cinta”..

DAYANG (VO)
Daun ketumbar menimpa dahan, kembang cempaka di
tepi taman, turun ke lembah menanam kandis, angin
meniup teratak di paya;
Jika sabar terima dugaan, itu tanda orang beriman, tidak
mudah digoda iblis, akhirnya hidup ke puncak jaya..

CUT:

53
Media Approach: dayang

INT. MAKASSAR – LUAR TEMBUK FORT ROTTERDAM – SIANG

Awang dan Galigo, berada di kawasan perniagaan di luar Fort Rotterdam..

GALIGO
Jangan terpengaruh sangat dengan kata-kata manis
belanda di sini..

AWANG
Biasalah, sikap penjajah keparat memang macam itu..

GALIGO
Tapi jangan keparatkan mereka depan-depan.. Nahas
anda nanti..

AWANG
Heh-he itu saya tahu.. Keparatan Belanda di sini dengan
Belanda di Melaka memang tak ada bezanya..

GALIGO
Itu memang sikap samajagat penjajah..
Ada ke patut, kita dituduh lanun dan pengganas setiap
kali kita tegur sikap mereka? Padahal selama ini, kita
bukan tak bekerjasama..!

AWANG
Heh, memang tak patut.. (Terfikir sesuatu) Tapi Tuan
Nakhoda Galigo tetap berurusan dengan Belanda-
belanda ini, kan?

GALIGO
Hehe orang muda, adat cari makan memang gitu, ah..

CUT TO:

54
Media Approach: dayang

EXT. GERAI KAIN DAN HASIL KRAFTANGAN TEMPATAN

Galigo singgah di sebuah gerai kenalannya.. Awang tinggalkan Galigo, untuk


buat window shopping di gerai Chendrasari ..

GALIGO
(Melaung) Awang..! Berhati-hati bila berurusan..!

CHENDRASARI sedang punggah hasil tenunan tempatan untuk diniagakan


kepada seorang peniaga Belanda (SAMENTHA).. Seorang pegawai tinggi
Belanda (TUAN ROOSELAAR) berada dalam gerai Cendrasari..

Awang ternampak Samentha membelek kain mastuli, warna kuning telur..


Awang bergegas ke Chendrasari.. Awang beri salam..

CHENDRASARI
Saya sibuk sekarang.. Sebut hajat mu segera..

AWANG
Itu kain mastuli?

CHENDRASARI
Semua mastuliku, sudah ditempah compagnie, untuk
selama-lamanya..

AWANG
Saya nak beli kain mastuli kuning telur, sekadar cukup
untuk sepersalinan pakaian wanita, lengkap dengan
tudungnya.. Itu sahaja, tak lebih dari itu..

CHENDRASARI
Faham makna “sudah ditempah compagnie?”

55
Media Approach: dayang

Chendrasari bosan dan teruskan urusannya dengan Samentha, seolah-olah


Awang tiada di sisinya.. Awang tarik mastuli dari tangan Samentha..

AWANG
Heh, tenguk sekejap, boleh?

Rooselaar menerpa keluar..

ROOSELAAR
Hey Bugis..! Berani kau hina perempuan Belanda?!
(Acu pistol ke kening Awang)

AWANG
Perlu ke, kau bedil kepala aku, kerana sepasang
mastuli?

Samentha tertarik lihat Awang.. Samentha isyarat pegawai Belanda supaya


alih muncung musket dari kening Awang.. Rooselaar peluk pinggang
Chendrasari dan masuk semula ke dalam gerai.. (Mereka kelihatan intim)..

SAMENTHA
Itu Chendrasari.. Agen niaga VOC paling efektif untuk
berurusan dengan warga tempatan..

Awang beredar tanpa mastuli..

SAMENTHA
Tunggu..!

Awang berhenti dan menoleh kepada Samentha..

SAMENTHA
Ingin melawat Kota Rotterdam?

56
Media Approach: dayang

Awang fikir sebentar sebelum ikut Samentha..

SAMENTHA
Keberanian anda tadi sungguh luarbiasa..

AWANG
Maafkan saya, mungkin tadi saya terlalu ghairah untuk
berbeli..

SAMENTHA
Anda tidak kelihatan seperti seorang pedagang,
mahupun seorang penjenayah..

AWANG
Diperingkat ini, anggap sahaja saya ini seorang
pelancong dari Padang, Muar..

SAMENTHA
Oh, orang Johor..

CUT TO:

57
Media Approach: dayang

INT. GUDANG PERNIAGAAN BELANDA

Kita melalui sebuah gudang yang penuh tersusun dengani guni-guni rempah..
Barang kraftangan tempatan (Kepulauan Sulawesi), serta barangan dari
Eropah, Timur Tengah, India dan China..

Ramai pekerja tempatan dikerah bekerja dalam gudang..

SAMENTHA (VO)
Peneroka Belanda pertama jejak kaki di sini pada 1596,
adalah moyangku, Cornelis De Houtman.. Dia
kembangkan pengaruh Verenigde Oost-Indische
Compagnie di Makassar

AWANG (VO)
Samentha De Houtman, tentu sebutan cantik, dalam
sebutan Belanda..

SAMENTHA (VO)
Walaupun, saya di beri penghormatan kendali VOC,
atas jasa moyang saya itu, tapi, minat sebenar saya,
mengkaji adat resam dan mengumpul busana nusantara..

Dari gudang, kita melalui sebuah pintu untuk sampai ke pejabat Samentha..

PEJABAT SAMENTHA

Pejabat Samentha luas dan kelihatan mewah.. Bermotif Eropah, dipengaruh


sentuhan nusantara.. Awang berdiri sebelah satu set catur bermutu tinggi
yang diperbuat dari gading gajah.. Samentha, rambut bersanggul dan
berpakaian kebaya, berdiri belakang Awang.. Awang sedang meneliti
berbagai koleksi pakaian timur dalam sebuah kabinet cermin, yang berukuran
sama panjang dan sama tinggi dengan permukaan dinding pejabat
Samentha..

58
Media Approach: dayang

SAMENTHA
Apa yang menghimbau anda ke Makassar?

AWANG
Cinta, cita, dan citra..

SAMENTHA
Wow..! Menarik..!
Sudi terangkan motif di sebalik tiga perkataan besar itu?

AWANG
Di kampung saya ada ibu, ayah, adik, seorang tunang..
Dan mendahului semua itu, ada sebuah peradatan yang
tak boleh dinafikan..

Samentha fikir sebentar, sambil meneliti wajah Awang..

SAMENTHA
Saya perlu seorang pintar, jujur, dan setia untuk
mengurus gudang saya..

AWANG
Ya, dengan kuasa dagang sebesar ini, orang sebegitu
memang perlu.. Tapi saya bukan orangnya..

SAMENTHA
Bersama compagnie, anda akan dilatih menjadi
pedagang samajagat.. Ada peluang jelajah dunia..
Tambah ilmu pengalaman..

Awang menyusur kabinet pameran.. Samentha ikut..

59
Media Approach: dayang

Awang berhenti di sebuah meja.. Atas meja ada dulang tembaga yang
mengandungi banyak kain yang sesuai untuk pakaian lelaki, wanita melayu..
Atas lipatan kain-kain ada kotak kecil berisi wang bernilai beberatus ringgit..
AWANG
Jarang saya dengar Belanda melatih warga madani dan
plebeian menjadi bijak pandai dan kaya raya....

SAMENTHA
Saya bawa anda di sini, kerana keihklasan saya..
(Berdiri tepi dulang tembaga.. Fikir)
Tentu kampung dan tunang tersayang, merindui anda..
Kandungan di dulang ini anda punya, sebagai upah-
mula, bekerja dengan kami.. Elok rasanya kalau ole-ole
pengganti diri, dikirim-kirimkan dulu, sementara
menunggu kain mastuli siap ditenun..

Awang belek kain-kain atas dulang.. Samentha serah kotak kecil berisi wang
kepada Awang.. Walaupun serba salah, Awang terpaksa terima wang itu..

SAMENTHA
Kapal kami akan ke Melaka sebulan-dua lagi..
Melalui utusan kami, saya boleh uruskan pakaian-
pakaian ini, sampai ke Padang dalam keadaan baik..

Samentha isyarat seorang pembantu.. Pembantu menghampiri dulang dan


bungkus kain-kain dalam beberapa bungkusan hadiah..

SAMENTHA
Sebagai wakil VOC, anda diterima, di mana sahaja..
Chendrasari akan bantu anda tentang beberapa prosedur
yang harus diketahui..

CUT:

60
Media Approach: dayang

INT. GERAI CHENDRASARI – SIANG

Awang berdiri di tengah-tengah dewan pameran gerai..


Pintu pejabat Chendrasari terbuka.. Rooselaar keluar dari pejabat
Chendrasari sambil betul-betulkan bajunya.. Diikuti oleh Chendrasari yang
membetul-betulkan rambutnya.. Setelah Rooselaar beredar, Cendrasari
menghampiri Awang..

CHENDRASARI
Semestinya abang ada tarikan tersendiri untuk menarik
perhatian Samentha dan dilantik agen VOC pada
pandang pertama.. Tahniah..!

AWANG
Bercakap melalui pengalaman?

Chendrasari jalan ke tingkap untuk perhati Rooselaar beredar..

CHENDRASARI
Nusantra sedang terjajah.. Pilihan kita hanya dua..
Bekorban atau tekorban..! Saya mengalami kedua-
duanya sekali.. Serentak..!

Awang menghampiri Chendrasari..

AWANG
Awak mewah, walaupun menganggap diri terdera..

CENDRASARI
Sari orang perempuan, bang.. Senyuman sahaja yang
Sari ada, untuk mengubat air mata.. Dalam merencana

61
Media Approach: dayang

kaedah sendiri untuk memerdeka maruah bangsa, Sari


dituduh bersekongkol dengan compagnie.. Diri tercabul
jadi sebutan, jiwa tekorban tak siapa tahu..
AWANG
Ah Sari, awak mengingatkan saya kepada Dayang..

CENDRASARI
Abang ada Dayang?

AWANG
Sebelum berlayar dulu, kata Dayang..
Di ombak kita berserak, di badai kita bersirai, taufan
teduh kita lalu.. (Pause) Waktu susah kita berkuak, di
zaman sempit kita bercerai, di saat bahagia kita
bertemu..

CHENDRASARI
Abang, kata Sari begini pula..
Di ombak kita bersorak, di badai kita bersurai, sama jua
memegang kemudi.. (Pause) Dalam cara, kita
serempak, tempat tujuan kita sesuai, baru terjelang
tanah tepi..

AWANG
Sari..! Kata-kata tu, sungguh selari dengan Dayang..

CHENDRASARI
Hmm, bertuah Dayang ini, kerana sentiasa dalam
kenangan abang..

CUT:

62
Media Approach: dayang

INT. RUMAH DAYANG – BILIK DAYANG – PAGI

Dayang baru siap mandi pagi dan sedang bersolek di cermin solek..
Kedengaran Bachok beri salam dari luar rumah..

EXT. ANJUNG RUMAH DAYANG – SIANG

Dayang menjenguk dari sebalik pintu dan nampak, Bachok bergaya segak,
seperti seorang Datuk Panglima.. Tidak seperti hari-hari lepas, di mana dia
kelihatan seperti seorang pekebun.. Terbeliak mata Bachok, melihat keayuan
Dayang yang baru mandi dan bersolek.. Rambut ikalnya masih basah..

BACHOK
Maaf kalau mengganggu..
Tunas anggerik puteri Gowa, dah besar?

DAYANG
Jangan ganggu dia, boleh?

BACHOK
Tenguk sekejap, takkan tak boleh?
(beredar ke arah pondok semaian)

DAYANG
(Kejar dari belakang) Hey hey Bachok.. Jangan berani
masuk pondok semaian kita, tanpa kebenaran..!

POV BACHOK (semasa menunggu Dayang)

63
Media Approach: dayang

SLO-MO: Dayang berlari dalam ‘angin sepoi bahasa’.. Rambutnya


mengerbang.. Tangannya kembang seolah-olah ingin memeluk Bachok, di
akhir lariannya..

BACHOK (VO)
Err Dayang, kau tak menghormati gelaran aku.. Susah
sangat ke kalau sebut “datuk” di pangkal nama aku?

DAYANG (VO)
Panggil kau Datuk Bachok? Uweekkk..

Bachok menanti ketibaan Dayang, dengan penuh harapan..

SLO-MO tamat.. Bachok tersentak dari lamunan.. Dayang tiba hadapan


Bachok.. Dayang kelihatan marah sedikit..

DAYANG
Hey, Datuk Bachok..! Tolong baca bibir kita, ni..!

Kita nampak BIBIR Dayang, mengatakan…

DAYANG
Pondok semaian itu, pondok semaian kita..!
Tak siapa boleh masuk ke situ, tanpa restu kita..!

BACHOK
(Senyum sahaja) Iyalah iyalah.. Janganlah marah..

DAYANG
Siapa tak marah, kalau perangai Datuk, tak berubah-
ubah..! Degil..!!

CUT:

64
Media Approach: dayang

EXT. TAPAK BUNGA-BUNGAAN - SIANG

Dayang dan Bachok sedang berdiri rapat sambil perhati anak anggerik puteri
gowa (sudah menerbitkan banyak daun), yang tergantung di sebatang para
tinggi, di satu sudut redup..

DAYANG
Puteri Gowa dah berdaun lebat..
Ia patut dipindahkan ke tempat sesuai..

BACHOK
Kembalikan dia ke tempat asalnya?

DAYANG
Kalau Datuk fikir perlu, pulangkanlah.. Tapi, kalau
ingin terus memilikinya, tempatkan sahaja di batas-
harap yang sama dengan hunian semula jadinya..

BACHOK
Boleh turunkan dia? Saya nak tenguk, dari dekat..

Dayang ambil bangku dan letak bangku setentang dengan anggerik yang
sedang tergantung.. Dayang sengseng lengan sebelum naik ke atas bangku..
Bachok perhati LENGAN GEBU Dayang..

Dayang berpijak atas bangku untuk capai pasu yang tergantung itu..
Oleh kerana Dayang di atas bangku, Muka Bachok berada sama paras
dengan pusat Dayang.. Apabila Dayang cuba capai anggerik, Baju singkat

65
Media Approach: dayang

Dayang terangkat sedikit.. Menampakkan bengkung sulaman emas, yang


melilit pinggang dayang..

Anggerik terlalu tinggi.. Dayang terpaksa berjengket, untuk capai anggerik..


Tapi masih tak kesampaian.. Baju singkat Dayang semakin terangkat..
Bachok nampak KULIT PERUT Dayang.. Dayang hilang imbangan.. Dayang
terpaksa bertungkat di bahu Bachok.. Bachok bantu Dayang untuk imbangkan
badan..

Dayang stabil semula.. Dayang cuba capai anggerik sekali ligi.. Capaian
Dayang masih tidak sampai, walaupun Dayang menggapai semaksimum
boleh.. Bachok ambil peluang.. Bachok rapatkan pipinya ke perut Dayang,
peluk pinggang/peha Dayang dan angkat Dayang..

Dayang TERKEDU.. Walau bagaimanapun, Dayang berjaya capai pasu


anggerik.. Bachok longgarkan pelukannya.. Badan Dayang menggelongsur di
badan Bachok, untuk kembali berdiri di atas tanah..

Bachok tidak lepaskan Dayang.. Mata mereka bertentang.. Anggerik puteri


gowa, berada di tengah-tengah jalur-penglihatan Bachok dan Dayang..

Mayang, entah datang dari mana, tiba-tiba berdehem..


Bachok senyum.. Dayang meronta sedikit, untuk lepaskan diri dari Bachok..

DAYANG
Datuk dera perasaan kita..

BACHOK
(Lepaskan Dayang) Saya tak lulus ujian?

Dayang diam sahaja.. Bachok tinggalkan Dayang..


Dayang senyum kepada Mayang.. (Banyak penjelasan yang harus
diperjelaskan kepada Dayang)..

66
Media Approach: dayang

CUT:

INT. RUMAH PANGLIMA HITAM – SIANG

Panglima Hitam duduk hadapan papan catur..


Dia merenung “percaturan” di peringkat separuh jalan, di atas papan catur..
Setelah lama berfikir, Panglima Hitam cuba gerakkan buah putih.. Tangan
Kiri Panglima Hitam terketar-ketar.. Lengan berasap untuk mengiring
kemunculan cahaya “pasak batin”.. Pasak batin bertukar menjadi gelung
suasa.. Panglima Hitam tanggalkan gelung suasa.. Senyum sambil merenung
keluar rumah..

PANGLIMA HITAM
Tepat jangkaan aku.. (Gelak..)
Bachok.. Kau pelerai segala masalah aku..!

Panglima Hitam gelak.. Panglima Hitam hulurkan tangan kanan ke udara..


Satu mangkuk membakar kemeyan terbang masuk ke tapak tangan Panglima
Hitam..

Gelak Panglima Hitam semakin kuat.. Mencerminkan, keriangan Panglima


Hitam meraikan kejayaannya melepasi ujian Orangkaya Aris..

Panglima Hitam menoleh ke bawah.. Dia serius semula apabila nampak dua
cahaya (pasak batin) masih menggelung keting kiri dan keting kanannya..

PANGLIMA HITAM
Jangan risau Orangkaya.. Kekuasaan kau akan pudar
melalui banyak ketidakjangkaan yang bakal aku
rencana..

67
Media Approach: dayang

Panglima Hitam kembali ke papan catur, dan gerakkan pawn putih, untuk
melindungi kedudukan bishop yang sedang diancam oleh queen hitam.

CUT:

EXT MAKASSAR – KAPAL DANG RATNA – MALAM

Galigo, main catur seorang diri.. Awang besiap-siap untuk tidur..

GALIGO
Tak minat main sepapan, sebelum tidur?

AWANG
Sebenarnya, saya tak minat catur..

GALIGO
Anda bercatur, tak seperti orang tak minat catur..

AWANG
Dalam catur, permaisuri berkuasa.. Setiapkali nak
melangkah, lelaki kena akur dan bergantung pada
kuasanya.. Terpaksa sabung nyawa untuk pertahan
kedudukannya atau mengelak dari padah yang boleh
diwujudkannya..

GALIGO
(Gelak) Oh, rupanya anda terkilan dengan keadaan
sendiri..

Awang cuba lelapkan mata.. Galigo sambung main catur..

CUT:

68
Media Approach: dayang

EXT. HUTAN REKREASI DI LUAR TEMBUK FORT ROTTERDAM –


SIANG

Awang sedang berlatih menembak dengan Samentha (Musket Bugis).. Mereka


berburu dan menembak apa sahaja yang sesuai dijadikan bahan sasar..
Beberapa orang pembantu, patuh mengikut dari belakang untuk membawa
kelengkapan menembak Samentha dan Awang.. Chendrasari ada sama dalam
kumpulan ini..

SAMENTHA
Kami datang ke nusantara dengan semangat God-Gold-
and Glory (Istilah Belanda?)..

AWANG
Chritopher Columbus, bila menemui dunia barunya, dan
Alfonso de Albuquerque bila datang ke Melaka,
amalkan ungkapan sama.. Bila berjaya dapatkan emas,
kemulian, dan keagungan, mereka mula bersikap
seperti orang tidak bertuhan.. Membunuh, merompak,
menindas.. Rakus mengikut suka..

SAMENTHA
Tanah dan khazanah bumi, kan pemberian Tuhan?
Melalui kepakaran kami, dangan sedikit usaha orang di
sini, kan nikmatnya dapat dikongsi sama?

Samentha nampak setangkai buah hutan yang sedang ranum..

69
Media Approach: dayang

Pembantu hulur musket kepada Samentha.. Samentha membidik, lantas


memicu – Musket meletup, setangkai buah hutan BERKECAI..! (Kecuali sebiji
buah yang masih “mempertahankan kedudukannya”)..

SAMENTHA
Salah orang sini juga..! Bila dipelawa berkongsi sama,
kalian menentang, mengganas tanpa sebab..
Giliran Awang untuk menembak..
Awang tembak sebiji buah yang terlepas dari tembakan Samentha.. Sasaran
Awang tidak tepat.. Walau bagaimanapun, buah berbuai-buai dan akhirnya
terlekang dari tangkai.. Awang sambut buah (sebelum jatuh ke tanah) dan
serah kepada Samentha..

AWANG
Tahukah anda, perasaan orang yang terjajah? Mereka
merungut kerana anda yang mewah dan bertamadun,
adalah lebih pengganas dan sengaja tidak mahu keluar
dari kongkongan nafsu tamak lagi buas..!

SAMENTHA
Hah.. Dalam kelantangan sebegitu, anda tak sedar, anda
sudah lama dengan kami.. Sudah kaya kerana kami..

Kerana kesal dengan komen Awang, Samentha berjalan laju, tinggalkan


Awang dan Chendrasari jauh di belakang..

CHENDRASARI
Samentha bos kita.. Tak patut kata begitu kepadanya..

AWANG
Bos kena pandai mendengar dan menafsir isi hati rakan.

CHENDRASARI
Dah mula menafsir isi hati, nampak?

70
Media Approach: dayang

Kampung halaman lama tertinggal, lupa?

Imbasan lembing dan mohor kesultanan Gowa, bermain di kepala Awang..

DEKAR (VO) (ECHO)


Awanggg.. Jangan leka.. Pencarian kau belum selesai..
CUT:
EXT. RUMAH ORANGKAYA ARIS – ANJUNG – SIANG

Orangkaya Aris kelihatan sedang berfikir sesuatu..


Tok Beta dan Bachok, kelihatan seperti sedang menunggu Orangkaya Aris
berkata sesuatu.. (Bachok berpakaian lengkap, seperti seorang panglima
yang baru balik dari medan perang)..

ORANGKAYA ARIS
Dah ada tiga tahun Awang merantau?

TOK BETA
Ada agaknya..

ORANGKAYA ARIS
Susah saya kalau Awang tak ada.. Banyak urusan rasmi
tergendala..

TOK BETA
Datuk Bachok kan ada? Dengan pengalaman setahun
lebih meronda perairan, tentu dia dah matang.. Kan
begitu Datuk?

Bachok sengeh sahaja..


Orangkaya Aris perhati Bachok, atas bawah..

CUT TO:

71
Media Approach: dayang

INT. RUMAH ORANGKAYA ARIS – PEJABAT PERIBADI

Orangkaya Aris iring Bachok masuk pejabat.. Bachok didudukkan ke sebuah


kerusi, pada sebuah meja besar.. Orangkaya Aris serah kertas dan pen bulu
ayam kepada Bachok.. Bachok terkebil-kebil..

ORANGKAYA ARIS
Karangkan saya sepucuk warkah untuk Johan Frederik
Gobius di Melaka, tentang kekesalan Padang, mengenai
pencerobohan kapal-kapal Belanda, di Sungai Muar..
(Pause) Katakan juga kepada dia, segala cukai bersabit
pelayaran dan perdagangan di situ, hak Padang.. Bukan
Belanda.. (Habis idea..)

BACHOK
Ada lagi?

ORANGKAYA ARIS
Yang lain, karanglah sendiri..
Pastikan Belanda menghormati amaran kita..!
Siapkan warkah ini, hari ini juga..

Orangkaya Aris beredar.. Bachok bangun dari kerusi, dan menjenguk keluar
tingkap.. Bachok layan kebosanannya dengan membelek-belek perabut mahal
dalam pejabat.. Bachok tertekan butang rahsia.. Sebuah kabinet rahsia
terbuka.. Bachok nampak beberapa set “gelung suasa” (untuk kegunaan
pasak batin) tersimpan dalam kabinet tersebut.. Bachok tutup kabinet rahsia

72
Media Approach: dayang

dan kembali ke kerusi.. Tetapi idea masih tak ada.. Bachok tinjau semula di
tingkap.. Orngkaya Aris masih di halaman, berborak dengan beberapa orang
rakan saudagar.. Bachok “menyelinap” keluar, ikut pintu belakang..

CUT TO:

INT. TAMAN BUNGA SEMAIAN DAYANG – SIANG

Anggerik Puteri Gowa sudah hidup subur..


Dayang sedang mengalih anak-anak anggerik Puteri Gowa ke beberapa pasu
semaian lain.. Di sebelah Dayang kelihatan sepasu Anggerik Puteri Gowa
(benih asal) yang telah matang, berdaun lebat dan sudah mengeluarkan
putik-putik bunga.. Dayang tersentak bila nampak Bachok sudah lama
memerhatikan dia.. Bachok menghampiri Dayang dan nampak anak-anak
anggerik di tangan Dayang..

BACHOK
Itu, puteri gowa yang saya tinggalkan dulu?

DAYANG
Puteri Gowa Datuk, dah menyubur lama.. Ini anak-anak
tunasnya..

BACHOK
Oh, tepat seperti saya jangkakan.. Dayang, “cempaka
padang” bertangan sejuk..

DAYANG
Ah Datuk, riak pula nanti, bila dipuji setinggi itu..

BACHOK
Saya ada satu rahsia untuk Dayang..

73
Media Approach: dayang

DAYANG
Ha-hah sejak berpelayaran lama, dah pandai “ada rahsia
untuk Dayang”?

CUT:

EXT. KEBUN TINGGAL KEPUNYAAN BACHOK – SIANG

Awan mendung seperti nak hujan..


Bachok dan Dayang menyusur laluan kebun, untuk ke sebuah petak semaian
anggerik, di satu kawasan rahsia dalam kawasan kebun tinggal..

BACHOK
Kau sebahagian dari alam.. Tak sepatutnya kau asyik
terperuk sahaja di rumah..

DAYANG
Dayang ada ayah, ada ibu..

BACHOK
Dan ada tunang?
Heh, ya.. Terlupa aku tentang perkara itu..

DAYANG
Dayang tertakluk pada banyak peraturan..

BACHOK
Bercakap tentang peraturan, teringat aku peraturan-
peraturan yang dikenakan, semasa mengawal perairan..

DAYANG
Wah, tentu dah banyak pengalaman berguna, bila hidup
dikawal peraturan?

74
Media Approach: dayang

Bachok dan Dayang sudah berada di petak semaian anggerik..

BACHOK
Hah amacam?

Dayang terpegun melihat banyak anggerik dan bunga-bunga tersemai di situ..


Petak semaian bersemak kerana lama tak berjaga..

DAYANG
Masa ketiadaan Datuk, siapa jaga petak semaian ini?

BACHOK
Dua-tiga orang pemuda malas..

Sambil mencabut-cabut rumput, Bachok sambung bercerita..

BACHOK
Aku belajar ilmu telahan, dari penglima-panglima yang
jauh berpengalaman dari aku..

DAYANG
Ilmu telahan? Apa tu?

BACHOK
Ilmu meramal dan meneroka takdir..

Bachok menghampiri Dayang..


Dayang berundur sedikit, kerana Bachok terlalu rapat dengan dia..

BACHOK
Takdir menetapkan pertembungan untung nasib, dalam
kehidupan..

75
Media Approach: dayang

DAYANG
Hehe Datuk, sejak terlibat dengan kerahan tenaga ni,
cakap Datuk macam Datuk Laksamana ternama.. Cita-
cita nak jadi peladang rempah, macam mana?

BACHOK
Melalui telahan, kita meramal masa depan..
BACHOK (samb.)
Setelah memahaminya, segala kemungkinan dapat
ditangan mengikut kesan-kesan yang kita ingin..

Dayang bersandar di pokok, sambil menggigit hujung jari telunjuknya..

DAYANG
Heh, Dayang tahu, Datuk sebenarnya, nak jadi ahli
nujum, ek?

BACHOK
(Gelak) Dayang, kau tak seperti dulu.. Kau periang
sekarang..

Bachok menghampiri Dayang..

AWANG (VO)
Kalau saya keluar melaksana adat, yang tinggal, harap-
harap, biarlah setia menjaganya..

Dayang beredar (jalan undur) dari pokok.. HUJAN RENYAI mula turun..

DAYANG
Dayang nak balik..

Dayang lari cari tempat berteduh.. Bachok ikut Dayang..

76
Media Approach: dayang

CUT:

EXT RUMAH DAYANG – ANJUNG – SENJA

Mak Long dan Mak Ngah sedang berbual di anjung.. Di tangan Mak Ngah
ada bungkusan (untuk Dayang, dari Awang).. Perbualan Mak Long dan Mak
Ngah terhenti bila nampak: Dayang, diiring oleh Bachok, tiba di halaman
rumah.. (Dayang kelihatan lusuh dengan baju yang masih lembab)..

Dayang dan Bachok terhenti di tengah halaman rumah bila nampak Mak
Ngah sedang menunggu di anjung.

MAK LONG (OS)


Hah itu pun Dayang balik..

Mak Ngah pandang Bachok dan Dayang, seolah-olah mengsyaki “sesuatu”


telah berlaku antara Dayang dan Bachok..

Bachok beredar.. Dayang terkedu seketika sebelum berlari-anak untuk masuk


ikut pintu belakang..

MAK NGAH
(Lembut) Dayang, sekejap Nak..!

Dayang terhenti..
Tanpa berbicara, Mak Ngah serah bungkusan kepada Dayang..

CUT TO:

77
Media Approach: dayang

EXT FORT ROTTERDAM – PEJABAT SAMENTHA – MALAM

Tangan Awang CHECKMATE raja Samentha di atas papan catur yang


tinggal dua castle (Awang) dan raja (Samentha)..
Samentha terima kekalahan dengan tenang..

AWANG
Hah, pelik kemenangan ini.. “Berkuasa di daerah sifar-
penghuni”?

SAMENTHA
Inilah lelaki, tak pernah puas hati..
(Senyum lihat Awang gelisah) Terkenang orang jauh?

AWANG
(Mengeluh) Haaa Makassar Makassar..
Sayang rasanya hendakku tinggalkan tempat ini..

SAMENTHA
Oh ya, duit terkumpul dah lebih mencukupi, Kain
mastuli sudah tak masalah, dan tempuh syarat
pertunangan semakin hampir.. (Pause) Anda yakin,
Dayang masih menunggu? (Cium tapak tangan
Awang.)
Tinggallah di sini dengan saya..

78
Media Approach: dayang

Awang sentap tangannya dari ciuman Samentha

SAMENTHA
Awang..! Anda bersikap perkauman..
Saya pun perempuan juga, walaupun orang Belanda..!

Awang tidak mahu bertengkar dengan Samentha.. Awang capai sebuah


teropong panjang (satu kanta), jalan ke tingkap dan teropong keluar tingkap..

POV TEROPONG:
Anak kapal Dang Ratna sedang memuatkan barang dagang ke dalam Dang
Ratna..

DAYANG (VO)
Abang
Bila sepi mengulit rindu; Dayang meronta, menggapai
berterusan pada kehilangan sebujur ‘ada.’
Setiap kali, bisikan syahdu itu membakar keinginan;
Dayang berkejar, mengejar imbauan yang hilang
bersama kabut pagi..
Bila mengenang abang, Dayang belajar, bahawa
kehilangan wujud di mana-mana.. Tanpa dikehendaki,
ia milik kita.. Sebab itu di dalam mencari, jangan
ditanya apa yang ditemui.. Kerana naluri kita akan terus
mencari, dan terlupa, bahawa hanya kesetiaan sahaja,
pelerai segala rindu, pilu dan sepi..

Samentha menghampiri Awang dan berdiri belakang Awang..

SAMENTHA
Anda terlalu jujur tarhadap cinta..

AWANG
Salah ke saya bersikap begitu?

79
Media Approach: dayang

SAMENTHA
Keterlaluan-jujur, menghakis sifat penialaian semula
seseorang..

Samentha beredar dalam keadaan kecewa..


Awang masih merenung arah pengkalan..
CUT:

INT. BILIK DAYANG – MALAM

Dayang duduk hadapan meja solek..


Dayang buka bungkusan dan keluarkan sehelai tudung dari dalam
bungkusan.. Bersama tudung ada surat dari Awang.

Dayang pakai tudung dan pandang arah cermin.. Setitis air mata mengalir ke
pipi.. Dayang baca surat Awang..

AWANG (VO)
Dayang,
Abang tak mahir melarik kata.. Tapi apa yang pasti,
jauh dilubuk hati ini, ada rindu berbaur ragu..
Ah, perlukah abang menganggap ragu itu, sebuah lagu
citra, yang menghias cinta dan cita – dendangan
kembara sunyi, di daerah masa yang tak berwaktu..
Dayang,
Ada kalanya abang biarkan cinta menjerat segala-
galanya.. Sengaja abang biarkan ia begitu, tanpa
bertanya mengapa ia berlaku.. Kerana, kau menghidang
harap.. Menghidup tabahku.. Jangan biarkan abang
terluka, leka mengharap ketulusan yang tiada..

CUT:

80
Media Approach: dayang

EXT. TAMAN BUNGA DAYANG – PAGI

Mayang mengintai dari sebalik rumpun bunga..


Dayang duduk atas batu.. Dayang pakai tudung yang baru diterima dari
Awang.. Bachok berdiri belakang Dayang.. Oleh kerana Dayang terlalu lama
diam dan tunduk, Bachok jalan kehadapan Dayang dan selak tepi tudung
Dayang untuk menjenguk wajah Dayang..

BACHOK
Kau gundah sejak tadi..

Dayang alihkan muka supaya jari Bachok terkeluar dari tepi tudungnya..

DAYANG
Tudung ini hadiah dari abang Awang.. Bersamanya
tersisip sepucuk surat rindu yang mengelirukan.. Rindu
berbaur ragu, itulah nukilan hatinya.. (Pause) Seolah-
olah tahu, Dayang tak ikhlas dengannya.

BACHOK
Orang rindu memang cemburu..

DAYANG

81
Media Approach: dayang

Tolong Datuk, kalau Datuk kesian, dan ingin mengerti


perasaan Dayang, mulai pagi ini, hentikan kunjungan
Datuk ke pondok semaian Dayang..

BACHOK
Dayang?

Dayang tinggalkan Bachok..


Mayang keluar dari tempat menyorok.. Ikut Dayang beredar..

CUT:
EXT. PELABUHAN ROTTERDAM – SIANG

Chendrasari temankan Awang di pengkalan..

CHENDRASARI
Samentha terkilan dengan sikap abang.. Abang zalim,
meragut jiwanya, tanpa amaran..

AWANG
Itu kata Samentha atau kata Sari?

CHENDRASARI
Apa yang abang hendak Sari katakan? Bagi pejuang
seperti Sari, kadang-kadang tu, zalim satu kemestian..

AWANG
Ha-hah?

CHENDRASARI
Sari kagum, walaupun bukan dalam kadar keseluruhan,
abang ada cara, melukakan hati seorang penjajah..

AWANG

82
Media Approach: dayang

Tapi itu tak bermakna abang seorang zalim, kan?

CHENDRASARI
Pergilah bang.. Sari doakan keselamatan abang buat
selama-lamanya.. Di lain masa, kalau ada kesempatan,
jenguk-jenguklah Sari di sini.. Sari akan menunggu
dengan hati terbuka..

CUT:

EXT. MUARA SUNGAI JENEBERANG – SIANG

Dang Ratna sedang belayar menuju samudera luas..


Awang dan Galigo berbual-bual di bahagian hadapan Dang Ratna..

GALIGO
Ini kali pertama, Dang Ratna sarat sesarat padewak
Belanda, bila tinggalkan Makassar..

AWANG
Alhamdulillah..

GALIGO
Di Padang, saya pernah mendengar nama Panglima
Hitam.. Anda pernah berguru di perguruan Panglima
Hitam?

AWANG
Pernah, tapi tak lama.. Panglima Hitam mengajar kami
tunduk dan bergantung dengan makhluk halus..

GALIGO
Masakan ilmu anda datang sendiri?

83
Media Approach: dayang

AWANG
Saya berguru di Melaka masa berurusniaga di Melaka
bagi pihak Orangkaya Aris.. (Pause) Di situ, sambil
dilatih memperkuat semangat menentang musuh, kami
diasuh bersabar, bertawakal dan beriktikad dengan
keEsaan Allah dalam semua keadaan..

Sebuah kapal perang Belanda menghampiri Dang Ratna..


Kelasi yang berjaga-jaga di puncak tiang layar utama, melaung..

KELASI
Ho-hoi.. Kapal Belanda di hadapan..!

Semua kelasi Dang Ratna bergegas ke posisi masing-masing..

INTERCUT TO:
KAPAL PERANG BELANDA

Tentera Belanda sedia untuk menyerang..


Tuan Rooselaar dan Samentha kelihatan mengepalai stretegi Belanda..

CUT TO:

DANG RATNA

Galigo dan Awang bersedia tepi sebuah meriam..


Kapal perang Belanda menghampiri Dang Ratna..

ROOSELAAR
Dang Ratna tidak dibenar tinggalkan Makassar..!

GALIGO

84
Media Approach: dayang

Ahh Tuan Rooselaar, mengapa dengan kerterburuan ni?


Dang Ratna, tak pernah langgar syarat kommissioner
pelabuhan..

SAMENTHA
Kali ini ada..
Dang Ratna melarikan “harta” kerajaan Belanda..
(Keluarkan surat perjanjian perkhidmatan yang ada
tanda tangan Awang..) Nampak surat perjanjian ini?

GALIGO
Pihak kami tak pernah tandatangan sebarang perjanjian..
SAMENTHA
Ini perjanjian Awang untuk berkhidmat dengan VOC..
Tempuh perjanjian ini belum tamat..

Galigo menoleh kepada Awang..

GALIGO
Anda ada perjanjian dengan compagnie?

Awang angguk..

GALIGO
Apa dalam surat perjanjian tu?

Awang geleng..

GALIGO
Tak tahu? Berat..!
(Kepada Samentha) Bacakan kandungan perjanjian tu..

SAMENTHA

85
Media Approach: dayang

Membuat perjanjian dengan Verenigde Oost-Indische


Compagnie, bermakna, membuat perjanjian dengan
kerajaan Belanda.. (Pause) Menurut perjanjian yang
telah dipersetujui dan ditandatangani oleh pihak Awang,
dan tanpa paksaan oleh pihak-pihak lain, beliau
mengaku untuk berkhidmat dengan compagnie, selagi
bulan dan matahari berlegar dan tidak luput dari kitaran
cekerawala..

GALIGO
(Kepada Awang)
Hah, Awang.. Tengkuk anda dalam bahaya..!

SAMENTHA
Awang mencabul penjanjian sendiri.. Awang berhak
diadili oleh mahkamah kami.. Serahkan Awang dengan
segera..!

GALIGO
(Kepada Awang) Apa pendapat anda?

Awang ambil pencucuh dari penembak meriam..


Satu tembakan meriam bergema di samudera Nusantara..

CUT TO:

EXT. BENTENG ANAK GOWA – PENGKALAN – SIANG

Orang-orang di tambatan terkejut bila mendengar bunyi tembakan meriam di


muara.. semua orang terhenti dan menoleh ke arah muara..

Kelihatan Dang Ratna dan Kapal belanda sedang berkonflik..

Bilangan orang ramai di pengkalan, bertambah..

86
Media Approach: dayang

CUT TO:

DANG RATNA

Peluru meriam dari Dang Ratna, mengenai bahagian kapal perang Belanda..
Beberapa orang kelasi Belanda terhambur ke udara..

Berlaku pertempuran meriam yang sengit antara Dang Ratna dan kapal
perang Belanda.. Kedua-dua kapal mengalami kerosakan.. Tetapi tidak siapa
yang berundur..

CUT TO:
EXT. BENTENG ANAK GOWA – SIANG

Orang di pengkalan semakin ramai.. Mereka nampak kepulan asap dari Dang
Ratna dan Kapal Belanda.. Kelihatan dua orang besar istana turut sama
bersesak di tengah-tengah orang ramai..

PEMBESAR 1
Apa agaknya masalah padewak tu, sampai diburu
Belanda?

PEMBESAR 2
Hegh, sengaja cari penyakit..!
Nanti, kerana dia, Kita pula yang dianggap Belanda,
membakar semangat pergaduhan dengan mereka..

CUT TO:

KAPAL PERANG BELANDA

87
Media Approach: dayang

Keadaan sungguh chaotic dalam kapal Belanda.. Rooselaar dan Samentha


bertengkar dan beri arahan-arahan sendiri kepada penembak-penembak
meriam yang hampir dengan mereka..

Dang Ratna masih bertahan dan mampu beri tembakan balas kepada kapal
Belanda.. 40% bahagian kapal Belanda sudah ranap.. Akhirnya..

ROOSELAAR
Tak sangka.. Kapal dagang Bugis lebih handal dari
kapal perang kita..

SAMENTHA
(Marah) Kerana ketidaksangkaan itu, anda tak bawa
cukup kelengkapan untuk bertempur?

ROOSELAR
Jangan salahkan saya.. Menurut laporan anda, Awang
dan Galigo, dua orang Bugis yang mudah dijinakkan..
Kalau anda kata mereka pengganas tegar, awal-awal
lagi saya kerah armada dari Batavia untuk berkas
mereka..

SAMENTHA
Okeylah okeylah, saya silap.. Apa tindakan seterusnya?

ROOSELAAR
Lupakan Awang dan Galigo..

SAMENTHA
Tapi mereka pengganas..

ROOSELAAR

88
Media Approach: dayang

Ah sudahlah tu.. Awang bukan orang Makassar, dia


akan balik ke Muar.. Biarlah belanda-belanda di Melaka
tangani keganasan dia..

SAMENTHA
Oh, macam itu pula?

ROOSELAAR
Jangan nak berperang dengan saya pula..!

SAMENTHA
Hey tak malu ke, Padewak Bugis, tak mampu pintas..!

ROOSELAAR
Kalau hendak sangat Awang, seranglah sendiri.. Saya
tak mampu korbankan orang-orang saya kerana cinta
bodoh anda dengan Bugis tu..
DANG RATNA

Walaupun Dang Ratna mengalami kerosakan, tapi masih mampu berlayar..


Kelasi Dang Ratna bersorak gembira, bila melihat kapal perang Belanda
berpatah arah..

AWANG
Kita tak akan sampai ke Muar dalam keadaan begini..

GALIGO
Tempuh pertunangan anda dah tamat tempuh kan?

AWANG
Takkan terlambat sebulan dua, mereka tak boleh sabar?

GALIGO

89
Media Approach: dayang

Baiklah, kalau anda kata begitu, kita berpatah ke


Benteng Anak Gowa..

AWANG
Istana Raja Muda Gowa, di situ juga, kan?

GALIGO
Hmm..

CUT:

EXT. MUARA SUNGAI JENEBERANG – BENTENG ANAK GOWA –


PENGKALAN – PETANG

Warga Benteng anak Gowa berhimpun di tambatan..


Jauh di horizon mereka nampak Dang Ratna (masih ada kesan terbakar dan
berasap), menghampiri pengkalan..

Suasana yang mula-mula sepi, bertukar riuh-rendah..

ORANG 1
Eh, Padewak Dang Ratna..!?

ORANG 2
Nakhoda Galigo kalahkan kapal Belanda..!

Semua orang bersorak..

90
Media Approach: dayang

Pengkalan di Benteng Anak Gowa bagaikan berpesta.. Ada yang berpeluk-


peluk sesama mereka.. Ada yang menari-nari di sepanjang jalan, sambil
memberi tahu orang yang belum tahu, tentang perkembangan Dang Ratna..

Dang Ratna menghimpit tambatan.. (Kerosakan di bahagian penting Dang


Ratna, jelas kelihatan)..

Tepukan orang ramai semakin gemuruh menyambut ketibaan Dang Ratna..


Tangga di turunkan.. Nakhoda Galigo muncul.. Diikuti oleh Awang.. Kelasi-
kelasi cedera, dipapah oleh rakan-rakan..

FLASH
Imbasan Badik, Lembing laki-bini dan suara Raja Muda menghantui fikiran
Awang..

PENGKALAN

Sebaik sahaja Galigo dan rombongan memijak kaki di tambatan, sekumpulan


hulubalang Gowa, tampil dengan wajah garang..

KETUA HULUBALANG
Tuan Nakhoda, Benteng Anak Gowa tidak menerima
kedatangan Dang Ratna.. Tuan tidak dibenarkan
berlabuh di pengkalan ini..

GALIGO
Sejak bila Anak Gowa tak menerima kedatangan aku?

KETUA HULUBALANG
Tuan bergaduh dengan Belanda.. Jangan bawa musibah
ke benteng terakhir kami..

91
Media Approach: dayang

GALIGO
Dang Ratna rosak teruk.. Anak-anak padewak ramai
yang cedera.. Zalim kelian kalau tak faham masalah
pelayaran aku..

Galigo dan rombongan bergerak (arah istana).. Kumpulan Hulubalang cuba


tahan, tetapi tak mampu halang rombongan Galigo yang sedia memprotes
dengan saki baki semangat pertempuran di laut, tadi..

DARI TAMBATAN KE ISTANA

Imbasan Badik, Lembing laki-bini dan suara Raja Muda menghantui Awang
di sepanjang perjalanan.. Imbasan yang samar-samar ini, beransur-ansur
menjadi jelas, apabila rombongan menghampiri pintu gerbang istana..

PINTU GERBANG ISTANA ANAK GOWA - PETANG

Rombongan tiba di pintu gerbang.. Galigo arah rombongannya berhenti di


hadapan pintu gerbang.. Ketua Hulumalang arah kumpulan, supaya
mengawas rombongan Galigo..

Imbasan dan suara masih menghantui Awang..

Awang ternampak logo Kerajaan Gowa terpapar di atas pintu gerbang..


Awang keluarkan badik dari belakang pinggang.. Awang layangkan badik..
Posisi hulu badik setentang dengan logo kerajaan Gowa.. Imbasan badik dan
lembing laki-bini semakin jelas.. Kelihatan logo yang sama pada hulu badik
yang tergambar dalam imbasan yang menghantui Awang selama ini.. Dan,
Awang mendapati di hulu badik “mambang berulang” ada juga logo yang
serupa..

92
Media Approach: dayang

Kita lihat visual ketiga-tiga logo bercantum dan menghasilkan cahaya pada
badik mambang berulang dan logo di atas pintu gerbang..

Ketua Hulubalang tergamam melihat peristiwa ini.. Dia tinggalkan


rombongan Galigo dan tergesa-gesa masuk ke perkarangan istana..

Rombongan Galigo tunggu tindakan lanjut dari pihak istana.. Sebentar


kemudian, ketua hulubalang muncul semula.. Sikapnya berubah.. Dengan
serba rendah diri, ketua hulubalang mempersilakan Awang, Galigo dan
rombongan masuk istana..

HULUBALANG
Tuan Awang, dua belas pembesar istana sedang
menunggu.

Galigo hairan kerana Awang mendapat penghormatan dengan tiba-tiba..


Walau bagaimanapun, Galigo senyum sahaja..
CUT TO:
INT. ISTANA ANAK GOWA – PETANG

Awang (badik masih di tangannya) dan rombongan berdiri hadapan pintu


utama sebuah dewan yang cukup luas.. Fokus Awang tertumpu pada sebuah
singgahsana kosong (yang masih mengekalkan ciri-ciri kegemilangan
kesultanan Gowa).. Singgahsana ini, terletak di hujung dewan.. Di hadapan
singgahsana kosong ada satu set papan catur.. Kemewahan dan kehalusan
seni ukir pada papan dan buah catur ini, melambangkan kekuasaan pada
yang empunya set..

Di hadapan singgahsana dan set catur, tersusun dua baris meja bermain
catur.. Enam di kiri dan enam di kanan.. Di tengah-tengah dua barisan meja,
ada laluan lapang untuk sampai ke singgahsana kosong.. Di setiap meja, ada
watak-watak pembesar Gowa, yang sedang menunggu ketibaan Awang untuk
bertarung catur dengan mereka.. Meja terletak samajarak, antara
singgahsana kosong dan pintu dewan..

93
Media Approach: dayang

HULUBALANG
Dipersilakan masuk Tuan..

Beberapa orang petugas istana (perempuan) pelawa Galigo dan rombongan


ke tempat duduk khas.. Kita nampak ramai penonton VIP sedang menunggu
dengan “solemn” di tempat duduk masing-masing.. Sebelum beredar, Galigo
berbisik kepada Awang..

GALIGO
Pastikan anda menang..

AWANG
Kalau kalah?

GALIGO
Hmm saya tak pernah nampak kelibat sesiapa jua,
selepas tewas dalam cabaran ini..
Galigo beredar ke tempat yang telah dikhaskan, sambil menoleh-noleh
kepada Awang yang sedang jalan berhati-hati ke meja pertama.. Pembesar #1
gerakkan buah putih.. Awang buat gerak balas..

Awang menoleh ke Pembesar #2.. Pembesar #2 pelawa Awang untuk mulakan


gerak.. Awang buat gerak mula..

INTERCUT TO:

EXT. PADANG – SEBUAH MARKAS LANUN DI TEPI PANTAI –


MALAM

Tiga platoon lanun sedang berbaris (dalam formasi kawad)..


Setelah tamat periksa barisan, Panglima Hitam berdiri di hadapan ketiga-tiga
platun lanun.. (Cahaya pasak batin di kiri-kanan keting Panglima Hitam
menghantui dan membatas pergerakan Panglima Hitam)..

94
Media Approach: dayang

PANGLIMA HITAM
Percaturan kita sudah di kemuncak.. Lupakan kegagalan
lampau.. Pokoknya kita ada azam.. Azam kita adalah
PADANG..! (Pause) Bagaimana ia harus dilakukan?
(Kepada seorang lanun bangang) Bagaimana?!!

Lanun bangang tak berani jawab..


Panglima Hitam lempang lanun bangang..

PANGLIMA HITAM
Kunci kejayaan bergantung pada tindakan pantas, luar-
biasa dan berpandangan jauh.. Dan paling mustahak..
Cepat rebut kesempatan pada peluang yang terbentang..

CUT TO:

INT. ISTANA ANAK GOWA – MALAM

Dua belas papan catur sudah berada di peringkat pertengahan permainan..


Awang berdiri di hadapan meja kedua belas.. Sambil fikir, Awang merenung
ke arah singgahsana kosong.. (Imbasan suara Raja Muda masin menghantui
fikiran Awang)..

INTERCUT TO:

EXT. PADANG – MARKAS LANUN – MALAM

Panglima Hitam bincang stretegi dengan beberapa orang pegawai (pangkat


rendah) lanun.. Peta Asia Tenggara (versi 1700an) terbentang hadapan
mereka.. Perbincangan tertumpu pada Daerah Muar dan padang..

PANGLIMA HITAM

95
Media Approach: dayang

(Tegas) Bangunkan segala agakan bernas dengan bijak..


Lahirkan gerak yang mengelirukan musuh dengan licik
dan berkesan.. Dan teruskan kitaran ini tanpa jemu,
dengan penuh nekad dan tekad..

DISSOLVE:

EXT. ISTANA ANAK GOWA – DEWAN CATUR – PAGI

Sembilan meja catur sudah dikosongkan.. Kita nampak sembilan pembesar


sudah duduk di bangku penonton VIP..

Awang bergerak ke meja kesepuluh.. Awang checkmate Pembesar #10..


Pembesar #10 beredar ke kerusi penonton..

Pembesar #11 dapat nasib yang sama.. Awang bergerak ke meja pembesar
#12..
Setelah beberapa gerakan-gerakan genting antara mereka, Pembesar #12
resign dan beredar ke tempat duduk penonton..

Awang berdiri hadapan singgahsana kosong.. (Gelak raja muda bertukar dari
ECHO ke gelak realiti..).. Raja Muda muncul dan berdiri segak di
hadapan Awang.. (Berbeza sekali dengan Awang yang moyok sedikit
setelah bertarung catur semalaman).. Tanpa sepatah kata, Raja Muda
duduk di singgahsana dan isyarat Awang untuk bercatur dengan dia..

Awang menoleh kepada Galigo.. Galigo angguk..


Awang menghampiri meja catur diraja.. Petugas istana mempersilakan
Awang duduk.. Awang duduk, letak badik tepi papan catur, dan tunggu Raja
Muda mulakan gerak pembukaan.. Raja Muda tenung logo di hulu badik
mambang berulang..

RAJA MUDA
Badik ini kepunyaan siapa?

96
Media Approach: dayang

AWANG
Keluarga patek.. Sudah 3 keturunan kami mewarisinya..

RAJA MUDA
Hmm beta tak bermimpi lagi..

AWANG
Tuanku?

RAJA MUDA
Tepat tafsiran Dekar..
Kamu memiliki ciri-ciri tuan empunya badik yang
sering menjelma dalam mimpi beta..

AWANG
(Menoleh kiri-kanan) Dekar?!!
Sambil menggerakkan buah putih, Raja Muda tenung mata Awang..

MONTAGE
Beberapa pergerakan ala grandmaster dunia..

DISSOLVE:

INT. DEWAN CATUR – SIANG

Awang CHECKMATE Raja Hitam, dengan menggunakan buah Permaisuri..


Raja Muda Gowa, tersentak, kerana tewas di tangan Awang.. Rakyat dan
penonton tidak berani raikan kemenangan Awang.. Raja Muda, walaupun
terkilan, terpaksa tunjuk semangat kesukanan.. Setelah Raja Muda tepuk
tangan, barulah kita nampak penonton dan rakyat jelata tepuk tangan..
Penonton VIP beri standing ovation untuk kedua-dua pihak yang bertanding..

97
Media Approach: dayang

Raja Muda berdiri dan beri isyarat supaya semua orang diam.. Semua
hadirin diam dan duduk semula..

RAJA MUDA
Syabas Awang.. Dua belas pembesar istana, termasuk
beta, belum setanding dengan kamu, rupanya..

Awang melutut untuk sambut salam Raja Muda dan cium tangan Raja Muda..

RAJA MUDA
(Kepada hadirin) Adat perantau mencari luak; Adat
berluak mencari negeri; Adat bernegeri makmurkan
warga; Adat warga pertahankan Raja;
Adat berjuang – biar putih tulang, jangan putih mata;
Tapi, Adat bertanding – kalah-menang lumrah sahaja;
Kalah jadi pengajaran, menang dibuat teladan..

Dua orang pembawa hadiah, tampil kehadapan majlis.. Mereka membawa:

• Sepeti(serdahana besar) wang emas;


• Kain mastuli berbagai warna

Kemudian, kelihatan sepasang lembing pusaka diraja Bugis (Lembing Laki-


Bini) di bawa masuk oleh dua orang kepala adat (penyimpan lembing
diraja).. Lembing laki-bini, diletakkan di tepi Awang, hadapan Raja Muda..

Awang terkejut, kerana salah seorang kepala adat ini adalah Dekar.. (Gelung
suasa, berlogo Gowa, yang pernah dilihat Awang masa di Siak, tertayang
megah di lengan kanan Dekar).. Raja Muda hunus keris panjang dan letak
atas bahu kanan Awang..

RAJA MUDA

98
Media Approach: dayang

Awang, dengan kejayaan kamu hari ini, Beta


anugerahkan kamu seperti apa yang kamu lihat di
hadapan kita ini..
Sepeti wang emas bernilai seribu,
Kain mastuli tujuh persalinan, dan
Sepasang lembing pusaka kesultanan Bugis..
Mewarisi lembing ini bermakna, kamu layak digelar,
Datuk Awang, Datuk Orang Kaya Bijaksana Gowa..

CUTTO:

EXT. PERKARANGAN ISTANA ANAK GOWA – SIANG

Awang sedang mengelamun di satu kawasan landskap..

SUPER IMPOSE: Dayang dirundung rindu..

DAYANG (VO)
Abang, Jalan terlalu berliku untuk Dayang berencana,
kerana Dayang tak pandai melirik kata.. Apatah lagi, di
hujung liku, menanti danau keliru.. (Pause) Tapi
percayalah abang, Dayang akan terus gigih mengungkai
simpulan sukar ini.. Walaupun dipaksa merangkak di
hamparan ranting dan deduri ancaman..

Awang tersentak dari lamunan.. “Hah?!”

99
Media Approach: dayang

Dekar dan Raja Muda sudah berada di sisi Awang.. Awang serta merta
bangun kerana menghormati kehadiran Raja Muda.. Raja Muda isyarat
supaya Awang kasual..

RAJA MUDA
Ah Datuk, maafkan beta.. Beta tidak berniat ganggu
kedamaian Datuk.. Duduklah..

Setelah Raja Muda duduk, Awang duduk semula di tempat asalnya..

DEKAR
Bermimpi di siang hari?

AWANG
Entahlah Dekar.. Banyak sangat mimpi-mimpi aku
selama ini, mula menjadi kenyataan..

DEKAR
Apa mimpi Datuk kali ini?
AWANG
Dayang.. Dia dipaksa merangkak di hamparan ranting
dan deduri ancaman.. Apa maksud dia?

DEKAR
(Fikir sebentar) “Dayang” bermaksud kampung
halaman. Kampung halaman, menghimbau Datuk
pulang, agaknya..

AWANG
Dengan lembing laki-bini dan gelaran yang ada,
tanggungjawab aku, kan di sini?

RAJA MUDA
Itu bukan harapan kami di Benteng Anak Gowa..

100
Media Approach: dayang

Sejak jatuhnya Benteng Ujung Padang dan Benteng


Somba Opu ke tangan penjajah, diikuti pula dengan
kemangkatan ayahanda beta, Sultan Abdul Jalil, Raja
Gowa ke sembilan belas (Pause) Kerajaan Gowa-Talla
sudah berakhir.. Istana Benteng Anak Gowa, hanyalah
cebis kenangan dalam sebuah kerajaan buangan..

AWANG
Kalau kita bersatu, kegemilangan Gowa boleh
dikembalikan..

RAJA MUDA
Bukan di sini..! Ikutlah jejak ramai bangsawan dan
warga Gowa yang telah berkampung ke daerah lain..
Kan mereka makmor di sana..

AWANG
(Kepada Dekar) Apa lagi tafsiran “dayang” dalam
mimpi tadi?
DEKAR
Padang di persimpangan berliku.. Jangan biarkan
Dayang merangkak di hamparan duri, menuju danau
keliru..

Awang risau.. Raja Muda gelak untuk ceriakan Awang..

RAJA MUDA
Ah Dekar, anda merisaukan Datuk Awang..
(Kepada Awang) Datuk.. Tafsiran mimpi, andaian
sahaja.. Tapi, walau apapun, beta yakin; dua remaja
bercinta kalau terpisah lama, sudah tentu dilamun rindu
(Gelak sambil pandang Dekar) Bukan begitu Dekar?

AWANG

101
Media Approach: dayang

(Tersipu-sipu) Dekar, aku tak perlu pandangan lanjut..


Ini bukan kali pertama kau menggusik aku..

DEKAR
Orang rindu, kalau tak diusik, akan kaku beraganlah
dia, kan tuanku?

Raja Muda dan Dekar gelak.. Awang sengeh kerana malu alah..

CUT:

EXT. MUARA SUNGAI JENEBERANG – BENTENG ANAK GOWA –


TAMBATAN – PETANG

Dang Ratna hampir siap diperbaiki.. Kelihatan Galigo sedang bercerita


dengan tiga orang pekerja yang menyapu damar cair ke retak-retak kecil di
dinding Dang Ratna..

GALIGO
Bugis tidak kalah.. Aku masih ingat catatan Tun Sri
Lanang mengatakan “tidak melayu hilang di dunia..”

PEKERJA #1
Tun Sri Lanang siapa?

GALIGO

102
Media Approach: dayang

Ah kelian tak membaca..! Kelian tak peka dengan


pengorbanan pejuang nusantara, rupa-rupanya..!

PEKERJA #2
Tuan Nakhoda baca di mana catatan begitu?

GALIGO
Aku dengar dari kenalan, masa dalam pelayaran..

PEKERJA #3
Eleh, kalau setakat dengar-dengar, tuan samalah dengan
kami.. Tak membaca juga..!

Awang tiba.. Pekerja pura-pura tekun buat kerja.. Galigo sambut


Awang..

GALIGO
Assalamualaikum Datuk, ceria nampaknya hari ini?

AWANG
Angkat sauh, labuhkan layar, kita berlayar sekarang
juga..

Tiga kelasi tersentak..

PEKERJA #1
Dang Ratna belum didamar sepenuhnya..

AWANG
Angin ke Johor tengah sesuai sekarang.. Aku tak mahu
ketinggalan angin..

CUT TO:

103
Media Approach: dayang

EXT. PENGKALAN BENTENG ANAK GOWA – SIANG

Layar Dang Ratna dilabuhkan.. Dang Ratna bergerak perlahan, untuk keluar
dari pengkalan Benteng Anak Gowa..

DI ATAS DEK

GALIGO
Kalau tak ada aral, empat-lima bulan lagi, kita akan tiba
di perairan Muar.. Insya-Allah..

AWANG
Hmm.. Insya-Allah..

GALIGO
Di Siak, saya ada sebuah sekuci..
Kalau Datuk sudi, sekuci itu saya hadiahkan kepada
Datuk sebagai tanda persahabatan kita..

AWANG
Mengumpan saya untuk terus berlayar dengan Dang
Ratna?

GALIGO
Saya bukan Samentha.. Saya ikhlas..
Sebagai penyerinya, saya akan lengkapkan sekuci itu
dengan sebuah meriam kecil.. Sesuai untuk kepulangan
seorang Datuk Orangkaya Bijaksana Gowa..

AWANG
Saya kagum dengan Samentha..
Dia ingin menyamajagatkan nusantara, tapi nusantara,
tak faham maksudnya..

104
Media Approach: dayang

GALIGO
Mengapa samajagatkan pemikiran nusantara?
Mengapa tidak dinusantarakan pemikiran samajagat?

AWANG
Ha ha ha.. Nusantara Boleh..!

GALIGO
Ya, Nusantara boleh..!

CUT:

EXT. KAWASAN DUSUN – SIANG

Panglima Hitam cuba masuk sempadan kebun.. Tetapi dia di halang oleh
jaringan “pagar batin”.. Terpancar cahaya seperti pagar elektrik yang
tersentuh, setiap kali Panglima Hitam cuba menyeberangi sempadan..

PANGLIMA HITAM
Hah, ini mesti sempadan kebun Orangkaya Aris..!

Cahaya pasak batin di kiri-kanan keting Panglima Hitam bersinar-sinar dan


mencengkam ketingnya, setiap kali dia cuba melangkah masuk ke dalam
sempadan larangan.. Panglima Hitam kesakitan.. Tetapi dia seperti “alah
bisa tegal biasa” dengan kesakitan itu..

PANGLIMA HITAM

105
Media Approach: dayang

(Sambil mengusap keting)


Tak lama lagi Orangkaya.. Tak lama lagi…

CUT TO:

EXT. KEBUN TINGGAL – PETAK BUNGA BACHOK – SIANG

Awang sedang merumput di petak semaian anggerik.. Awang excited bila


nampak sepasu anggerik Puteri Gowa mekar berbunga..
Panglima Hitam muncul..

PANGLIMA HITAM
Nikmat hasil tangan pertama kita, harus dikongsisama
dengan orang teristimewa..
(Hulur “bunjut kuning” kepada Bachok..)
Ini bungkusan baja untuk puteri gowa kau.. Bawa
anggerik ini ke Dayang, dan minta ajar, tentang seluk
beluk memindah bunga ke tempat yang lebih selesa..

106
Media Approach: dayang

Gunakan baja ini masa memindahkannya nanti.. Tapi..


(Pause) Pastikan Dayang tak nampak kau gunakan baja
ini untuk Puteri Gowa..

AWANG
Heh, baja ini rahsia perdagangan kita ek?

PANGLIMA HITAM
Begitulah lebih kurang..! Seelok-eloknya, biarlah puteri
gowa tinggal tetap di perkarangan rumah Dayang..

BACHOK
Hee, setiap kali orang lalu, tentu semangat puteri gowa,
akan meresap ke jiwa mereka..

PANGLIMA HITAM
Ya, terutama sekali Orangkaya Aris dan Tok Beta..

CUT TO:

INT. TAMAN BUNGA DAYANG – PETANG

Bachok hulur anggerik puteri gowa (yang berbunga mekar) kepada Dayang..

DAYANG
Datuk.. Kan kita sama-sama setuju, Datuk tak datang ke
taman Dayang lagi?

BACHOK
Apalah erti pencapaian murid, jika tak mengenang jasa
guru..

DAYANG

107
Media Approach: dayang

Baiklah, Dayang terima alasan itu.. (belek puteri gowa)


Tak sangka, murid nakal macam Datuk, cemerlang
dalam diam-diam..

BACHOK
Ada seperkara lagi yang aku perlu tahu.. Tolong
tunjukkan cara mengalih anggerik..

DAYANG
Oh, nak belajar mengalih bunga? (Fikir)
Di hadapan serambi, ada sepohon pokok rendang.. apa
kata kita alih puteri gowa ke sana?

BACHOK
Pak Long, Mak Long tak marah, aku ganggu kau?

DAYANG
Ayah dan emak ke rumah Mak Ngah.. Bincang pasal
abang Awang tak balik-balik, khabarnya..

CUT TO:
EXT. RUMAH DAYANG – SERAMBI – PETANG

Bachok perhati Dayang buat demo mengalih orkid ke pokok tumpang,


menggunakan medium sabut dan arang.. Setelah selesai, sediakan medium,
Dayang serah Puteri Gowa, kepada Bachok..

DAYANG
Ini puteri gowa Datuk, alihlah sendiri..
Sekurang-kurangnya bila Dayang beranak-cucu nanti,
Dayang boleh katakan kepada mereka, anggerik ini
disemai dan dibelai oleh murid terbaik Dayang..

Bachok kekuk.. Dayang perbetulkan..

108
Media Approach: dayang

Tangan dan sisi badan mereka, bersentuhan..

BACHOK
Sabut tak cukup..

DAYANG
Sekejap..

Bila Dayang beredar, Bachok masukkan bunjut ke dalam medium tempelan..

Kita dengan VO Panglima Hitam gelak..

Dayang kembali semula.. Dayang bantu Bachok untuk sudahkan proses


menempel okid ke pokok tumpang.. Tangan dan badan mereka bersentuh-
sentuhan sekali lagi..

DAYANG
Berita yang digembar-gembur tentang abang Awang
sejak kebelakangan ini, merisaukan Dayang..

BACHOK
Ah Dayang, apa nak dirisaukan.. Awang yang aku kenal
sejak kecil, bukan macam itu.. Awang tak tahu erti
kalah dan putus asa.. Awang tak pernah mungkir janji..

Dayang belek cincin bertunang di jari manis..

BACHOK
Tapi kalau sudah takdir Awang kecundang dalam
pelayaran…

DAYANG
(Menyampuk) Datuk..!? Kenapa kata begitu..

109
Media Approach: dayang

BACHOK
Heh, maaf Dayang.. Inilah kelemahan aku.. Tak pandai
sesuaikan pandangan, mengikut perasaan orang lain..

DAYANG
Dayang kesal, ada yang mencemuh, mengatakan abang
Awang tak ingat kampung halaman, kerana dah berjaya
di tempat orang..

Bachuk pegang tangan Dayang.. Bachok bermain-main dengan cincin


bertunang yang berada di jari manis Dayang..

BACHOK
Awang dah tinggalkan kita.. Berdosa kita pada diri
sendiri, kalau meratapi orang yang pergi entah ke
mana..

Jiwa Dayang terperangkap..

CUT TO:
EXT. KAWASAN RUMAH PANGLIMA HITAM – SIANG

Panglima Hitam sedang bersenam (gerak silat pulut)..


Tiba-tiba, “pasak batin ketiga” bercahaya di kaki Panglima Hitam.. Proses
penanggalan pasak berlaku sekali lagi.. Gelung suasa menjelma dan tanggal
dari kaki panglima Hitam.. Panglima Hitam kutip gelung suasa..

Panglima Hitam menghambur ke udara dan mendarat di hadapan pintu


rumahnya.. Panglima Hitam puas hati dan gelak..

PANGLIMA HITAM

110
Media Approach: dayang

Terima kasih Bachok.. Sudah tiga tahun, kaki aku


terpasak.. Sudah tiga tahun, aku tak menghambur
begini..

DISSOLVE :

INT. RUMAH PANGLIMA HITAM – BILIK RAHSIA – MALAM

Awang ikut Panglima Hitam (dari belakang) ke pintu sebuah bilik rahsia..

PANGLIMA HITAM
Jangan bimbang.. Masakan Pak Long menolak
pinangan Bachok yang bergelar “Datuk Bachok” Kan
itu kesumat dia selama ini?

BACHOK
Yang itu, saya yakinlah.. Tapi..

Panglima Hitam serta merta berpaling kepada Bachok..

PANGLIMA HITAM
Shhhhh…. !

Mereka sampai di pintu bilik rahsia..


Panglima Hitam tekan butang rahsia.. Pintu terbuka.. Kita nampak sebuah
dewan yang melambangkan perbendaharaan seorang lanun yang hidup
dalam dunia ilmu hitam..

Panglima Hitam dan Bachok melangkah ke dalam bilik rahsia.. Suasana


dalam bilik sungguh menakjubkan, bagi yang ingin berfantasi dalam dunia
ilmu hitam dan “berfoya” dengan hasil rompakan..

Panglima Hitam buka sebuah peti wang emas..

111
Media Approach: dayang

PANGLIMA HITAM
Risau tentang tiga ratus tujuh puluh dan tujuh duit?
Risau tentang kain mastuli kuning telur siap dengan
tudung kepalanya sekali?

Bachok melopong melihat kemewahan yag tak pernah dilihatnya selama ini..

PANGLIMA HITAM
Pilih Bachok.. Ambillah sebanyak mana yang kau ingin.

Panglima Hitam tinggalkan Bachok.. Bachok “gayat” seketika..


Kegayatan Bachok terhenti apabila ternampak tiga gelung suasa terletak di
atas meja..

BACHOK
Gelung ni sama macam gelung di rumah Orangkaya
Aris.. Apa kaitannya?

CUT:

EXT. RUMAH DAYANG – MALAM – HUJAN RENYAI-RENYAI

Establish rumah Dayang.. Rumah Dayang kelihatan pilu dalam hujan renyai,
walaupun ia terang benderang, diterangai banyak obor dan lampu-lampu..

Di halaman rumah ada sebuah kereta lembu..


Mayang berdiri di tangga anjung.. Memerhati arah kereta lembu..

DALAM KERETA LEMBU

112
Media Approach: dayang

Bachok, berpakaian rasmi seorang Datuk bergelar, sedang menunggu sambil


memerhati arah rumah.. Datuk Bachok mengunyah sirih..

CUT TO:

INT. RUMAH DAYANG – RUANG TAMU

Orang kaya Aris dan Datuk Beta sedang menyaksikan Pak Long dan Mak
Long menerima lamaran Bachok.. Bachok diwakili oleh Panglima Hitam..

Mak Ngah dan Pak Ngah turut diundang, untuk majlis putus tunang antara
Awang dan Dayang, dengan cara baik..

TOK BETA
(Kepada Pak Ngah) Jadi Ngah, Ngah tak ada halangan
dengan perubahan macam ini?

PAK NGAH
Iyalah, jika dah tersurat, apa gunanya menongkah
takdir..

TOK BETA
Syabas Ngah.. Sikap beginilah seelok-eloknya, demi
keamanan Padang.. (Pause) Bak kata orang..
TOK BETA (samb.)
Jika hendak mengenal orang berbangsa, lihatlah kepada
budi bahasa..
Jika hendak mengenal orang berbahagia, sangat
memelihara yang sia-sia..
Jika hendak mengenal orang yang berilmu, bertanya dan
belajar tiadalah jemu..
Jika hendak mengenal orang berakal, di dalam dunia
mengambil bekal..

113
Media Approach: dayang

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai, lihat


pada ketika bercampur dengan orang ramai..

PANGLIMA HITAM
Izinkan saya mencelah Tok..

Tok Beta angguk..

PANGLIMA HITAM
Bila mendengar khabar, menerimanya hendaklah sabar..
Bila mendengar aduan, membicarakannya hendaklah
cemburuan..
Bila perkataan lemah-lembut, orang lekas mengikut..
Bila perkataan kasar, lekas orang gusar..
Bila berbuat pekerjaan benar, tak ada orang berbuat
onar..

ORANGKAYA ARIS
Hmm, nampaknya kita semua leka berkata-kias, terlupa
pula pokok-perkara..

PANGLIMA HITAM
Heh, betul tu, Orangkaya..
(Serah cincin kerat rotan kepada Pak Long)
Inilah syarat tanda dari jejaka yang berhajat..
Pak Long belek cincin..

ORANG KAYA ARIS


Berpandukan gaya membelek cincin tu, tak salahlah
kalau saya beranggapan, pinangan Datuk Bachok
diterima?

PAK LONG
Hmm begitulah resamnya..

114
Media Approach: dayang

(Pandang Mak Ngah dan Pak Ngah.. Buat-buat kesal)


Hmm iyalah.. Kalau dah tak jodoh tu, saya tak boleh
buat apa.. Saya minta maaf atas perkembangan ini..

DATUK BETA
Bila tarikh pernikahan Datuk Bachok dan Dayang?

PAK LONG
Sesegera mungkin.. Kerana Awang, Dayang terlanjur
umur.. Tak indah kalau “Seri Cempaka Padang” mala di
atas pelamin..

CUT TO:

INT. BILIK DAYANG

Setitis air mata mengalir di pipi..


Tingkap bilik terbuka oleh deruan angin yang menerjah masuk.. Seolah-olah
ingin menyampaikan berita (yang tak pernah sampai-sampai) dari Awang..
Deruan angin, menghembus-lembut ke wajah Dayang yang sedang bersedih..

AWANG (VO)
Dayang,

115
Media Approach: dayang

Jangka waktu yang ditetapkan memang sudah tiga bulan


berlalu.. Kelewatan ini bukan disengajakan.. Entah
kenapa, pelayaran yang dirancang sering sahaja
tergendala oleh berbagai rintangan..
Abang tak faham, kenapa susah sangat bagi abang
untuk menghampiri pantai kampung halaman sendiri..
Abang tak tahu, bagaimana perkhabaran rindu ini, dapat
disampaikan ke pendengaran Dayang.. Berbagai ikhtiar
telah dilakukan, segalanya tak berhasil..
Dayang..
Kau bunga suci pengharum taman hatiku.. Tunggulah
kepulangan abang.. Walau apapun terjadi, abang tetap
akan pulang ke pangkuan Dayang..

Mak Long, Isteri Orangkaya Aris dan Isteri Tok beta, bawa Panglima
Hitam masuk bilik Dayang.. Mak Long sarungkan cincin ke jari manis
Dayang..

CUT TO:

DEWAN MAJLIS BERTUNANG

Mayang sedang mengintai dari celah pintu..


Mak Ngah dan Pak Ngah sedang bermuram.. Tetamu lain sudah beredar..

PAK NGAH
Apa nak dihairankan? Dayang, Bachok selalu berdua-
duaan di belakang emak-bapak dia, dah lama aku
dengar..

116
Media Approach: dayang

MAK NGAH
Saya tak percaya Awang takkan balik lagi..

PAK NGAH
Tapi kenyataannya, dia patut sampai tiga bulan dulu..
Hah mana dia? (Fikir sebentar) Entah-entah tergila-
gilakan gadis Makassar, budak ni? Hegh.. Lupa ke dia,
yang dia tu merantau kerana menanggung adat?

MAK NGAH
Abang percayalah fitnah-fitnah tak bertanggungjawab
tu?

PAK NGAH
Entahlah.. Terpulanglah kepada iman anak awak.. Iman
tak teguh, jangankan adat, hukum Tuhan dilanggar
orang..

MAKNGAH
Ah, kita tak didik anak kita begitu..!

CUT:

EXT. RUMAH DAYANG – HALAMAN – SIANG

Penduduk Padang sedang bergotong royong mendirikan kemah kenduri dan


pelamin besar untuk perkahwinan Dayang-Bachok.. Orangkaya Aris, Tok
Beta, Pak Ngah dan Pak Long turut serta dalam gotong royong ini.. Bachok
berehat dalam satu kemah kecil, jauh dari hiruk pikuk orang bergotong
royong.. Orangkaya Aris ajak Tok Beta berkunjung ke kemah Bachok..

BACHOK

117
Media Approach: dayang

Heh, Orangkaya, Tok Beta.. Orang-orang tu tak


benarkan saya buat kerja..

TOK BETA
Panglima Hitam mana?

BACHOK
Maaf Tok, sejak semalam saya tak nampak dia.

Orangkaya Aris pandang muka Tok Beta..

BACHOK
Er Orangkaya, tanya satu boleh?

Orangkaya Aris tenung muka Bachok untuk tunggu soalan..

BACHOK
Ada kemungkinan tak, Orang kaya pernah seguru
dengan Panglima Hitam?

ORANGKAYA ARIS
Hah seguru?

BACHOK
Kalau tak pernah tak apalah, saya tanya sahaja..
TOK BETA
Kenapa?

BACHOK
Saya pernah ternampak tiga gelung suasa di rumah
Panglima Hitam.. Gelung-gelung suasa tu, sama dengan
gelung-gelung dalam gerobok, pejabat Orangkaya..

ORANG KAYA & TOK BETA

118
Media Approach: dayang

Apa???

FLASHBACK PANTAS
Panglima Hitam silap langkah.. Tok Beta elak.. Panglima Hitam tersungkur..

CUT TO:

EXT. RUMAH PANGLIMA HITAM – PETANG

Orangkaya Aris dan Tok Beta tiba di halaman rumah Panglima Hitam..
Mereka beri salam beberapa kali tapi tiada jawapan dari Panglima Hitam..

TOK BETA
Saya tak sedap hati dengan perkembangan ini..

CUT TO:

HALAMAN RUMAH PANGLIMA HITAM

ORANGKAYA ARIS
Kalau betul kata Bachok tentang gelung suasa tu,
maknanya, tiga pasak batin kita dah terungkai.. Kiasan
kita untuk Panglima Hitam, memakan diri sendiri..!

TOK BETA
Mungkin dia menunggu di tempat dia terhukum dulu..

INTERCUT:

FLASHBACK PANTAS
Kelihatan, Panglima Hitam (berkuda) membakar kampung..
Peha kuda Panglima Hitam kena lembing.. Kuda menghambur kesakitan,
Panglima Hitam tercampak ke tanah..

119
Media Approach: dayang

CUT TO:

KAWASAN BUKIT BERBATU – LEWAT PETANG

Orangkaya Aris dan Tok Beta, sedang mendaki lereng bukit..

FAST FLASHBACK
Dari atas kuda Orangkaya Aris belenggu Panglima Hitam dengan “pasak
batin” – Empat bulatan cahaya, membelenggu pergerakan Panglima Hitam..
Setiap satu di lengan kiri dan kanan, serta keting kiri dan kanan..

ORANGKAYA ARIS
Panglima Hitam..! Kau kubebaskan, jika berjaya
leraikan ungkapan ini..!
Mencipta lebihan bila lebihan diperlukan;
Mencipta kekurangan bila kekurangan diperlukan;
Mencipta lebihan supaya kekurangan dapat dirasai; dan
Mencipta kekurangan supaya lebihan dapat dirasai..

Panglima Hitam kelihatan seperti seekor harimau yang sudah terperangkap.

CUT TO:

EXT. PUNCAK BUKIT BERBATU – LEWAT PETANG

Orangkaya Aris dan Tok Beta tiba di puncak bukit.. Di situ mereka nampak
Panglima Hitam tertonggok atas batu, sambil bermain-main dengan tiga
gelung suasa..

Panglima Hitam, mencebik dan menjeling sahaja kepada Orangkaya Aris dan
Tok Beta, sebelum mula bercakap..

120
Media Approach: dayang

PANGLIMA HITAM
Hari ini, giliran kelian pula untuk leraikan ungkapan
aku..!
Bila bersebab tentu ada penyebab, Bila berakibat tentu
ada pengakibat..
Mungkinkah bersebab kerana akibat, atau mungkinkah
berakibat kerana sebab?

ORANGKAYA ARIS
(Kepada Tok Beta) Kita silap besar, benarkan Bachok
nikah dengan Dayang..!

TOK BETA
Tangani masalah Panglima Hitam dulu..

Orang kaya Aris dan Tok Beta buka langkah untuk serang Panglima Hitam..

PANGLIMA HITAM
Kelian dah terlambat..!

Panglima Hitam menghambur ke udara..

CUT:

INT. RUMAH DAYANG – DEWAN MAJLIS AKAD NIKAH – MALAM

Dewan dipenuhi oleh sanak saudara dan rakan taulan kedua mempelai..
Bachok bersila di ruang khas, di tengah-tengah majlis.. Panglima Hitam tidak
kelihatan dalam majlis ini.. Begitu juga Orangkaya Aris dan Tok Beta..

EXT. SERAMBI

Angin malam bertiup kencang..

121
Media Approach: dayang

Para petugas masih sibuk buat persedian akhir (di mana perlu) di kemah
kenduri.. Pak Long berdiri di serambi dan perhati arah jalan masuk ke
rumahnya.. Pak Long kelihatan runsing.. Pak Long nampak Pak Ngah duduk
di hujung serambi.. Pak Long menghampiri Pak Ngah..

PAK LONG
Majlis dah semakin lewat.. Orangkaya Aris dan Tok
Beta tak sampai-sampai.. (Pause) Panglima Hitam pun,
tak ada nampaknya..

PAK NGAH
Kalau iyapun ada urusan yang tak dapat dielakkan,
takkan serentak?

PAK LONG
Jemputlah ke dalam.. Kalau mereka tak sampai sekejap
lagi, kita teruskan majlis..

PAK NGAH
Eloklah tu.. Syarat nikah; ijab kabul, mas kawin, wali,
saksi, pengantin lelaki dan pengantin perempuan, semua
tu dah ada kan?

PAK LONG
Ngah jadi saksi bagi pihak pengantin lelaki, boleh?
EXT. PUNCAK BUKIT BERBATU – MALAM

Tangan dan kaki Orangkaya Aris dan Tok Beta, terbelenggu di sebuah batu
hampar.. Dalam keadaan cedera dan lemah, mereka perhati Panglima Hitam
berdiri bertafakur menghadap laut, macam orang menunggu “saat mistik”
berlaku ke atas dirinya..

CUT TO:

122
Media Approach: dayang

INT. RUMAH DAYANG – MALAM

Majlis akad nikah sedang berlansung.. Pak Long mewalikan pernikahan..


Bachok sedang melafazkan akad..

BACHOK
Saya terima akan nikahnya dengan mahar……., tunai..

Ribut kencang melanda persekitaran rumah sebaik sahaja Dayang dan


Bachok selesai diijabkabulkan..

CUT TO:

EXT. PUNCAK BUKIT BERBATU – MALAM

Panglima Hitam masih bertafakur..


Angin kencang bertiup.. Satu rangkaian kilat dan petir menyambar kawasan
puncak bukit..

Kaki kiri Panglima Hitam berasap..


“Pasak Batin” terakhir menjelma di kaki kiri Panglima Hitam (dalam bentuk
cahaya).. Bersinar-sinar.. Pasak Batin bertukar menjadi gelung suasa panas..
Membara dan berasap.. Bara bertukar malap dan akhirnya terpadam..
Gelung suasa tanggal dan jatuh ke tanah.. Panglima Hitam gelak..

Jasad Panglima Hitam bertukar ke profil seorang ketua lanun yang ganas
dan garang (seperti profilnya di babak pembukaan).. Panglima angkat tangan
kirinya ke udara.. Sebilah parang panjang terbang dan masuk ke dalam tapak
tangan Panglima Hitam.. Sambil menghayun parang panjang ke semua arah,
Panglima Hitam ketawa.. Dan memandang arah laut..

Kilauan dari ketajaman parang panjang Panglima Hitam, sesekali, berkilau


ke wajah Orangkaya Aris dan Tok Beta.. (masih terbelenggu di batu
hampar).. Panglima Hitam menoleh ke arah laut..

123
Media Approach: dayang

DI PERAIRAN

Kita nampak 20 perahu lanun (sederhana besar) menyalakan obor-obor..


(sebagai tanda, mereka sedang menunggu arahan Panglima Hitam)..

DI PUNCAK BUKIT

Panglima hitam menoleh semula kepada Orangkaya Aris dan Tok Beta..

PANGLIMA HITAM
Orang kaya.. Penghulu Datuk Pabetah..
Telah lama aku impikan, rimba tanpa ranjau, pantai
tanpa lumpur dan halaman tanpa sampah seperti kelian
berdua..!

Dengan selamba, Panglima Hitam campak empat gelung suasa ke Orangkaya


Aris dan Tok Beta.. Kemudian, dengan angkuh dan bongkak, Panglima Hitam
menjerit.. Bergema…!!!

PANGLIMA HITAM
Padang kepunyaan aku..!

CUT:

EXT. PENGKALAN PARIT RAJA, MUAR - SIANG

Orang-orang di tambatan sedang leka dengan kerja masing-masing..


Ada yang menampal perahu dengan damar cair, ada yang membetul jaring,
ada yang memunggah barang dagangan dari sekuci ke gedung berhampiran
dan sebagainya..

LELAKI (VO)
(Melaung) Sekuci masuk tambatan..

124
Media Approach: dayang

DI SEKUCI

Sebuah sekuci berlayar menghampiri tambatan..


Kita sedang melihat muncung meriam kecil yang berada di bahagian hadapan
sekuci.. Meriam meletup dan memuntahkan peluru (bola besi)..

Peluru meriam terbang di angkasa menuju tambatan..

ORANG #1 (OS)
Apa tu?

ORANG #2 (OS)
Taik bintang?

ORANG #3 (OS)
Bukan, langsuir terbang..

ORANG #4 (OS)
Bukan bukan bukan..! Itu peluru meriam, dari sekuci
yang baru masuk tambatan tu..!

SEMUA ORANG (OS)


Lariiii…..!

DI TAMBATAN

Peluru meriam mendarat dalam air, tepi tambatan kosong..


Pekerja yang sedang menunggu bertempiaran lari..
Orang ramai yang berada berhampiran tambatan, turut lari bertempiaran,
cari perlindungan..

DI SEKUCI

125
Media Approach: dayang

Awang, kelihatan seperti seorang saudagar kaya dan berjaya, berdiri megah
dan gagah di bahagian hadapan sekuci.. Lembing Laki-Bini berada di
tangannya.. Awang gelak-gelak, kemudian melaung gembira.. Galigo berdiri
sebelah Awang..

AWANG
Ho-hoi orang Padang.. Awang dah pulang..!!!

Awang gelak, melihat kawasan menjadi lengang kerana kenakalannya..


Galigo menggeleng sahaja..

DI SEBALIK REBAN AYAM

Seorang makcik menjenguk dari sebalik reban ayam..

MAKCIK
(Senyum) Ceh Awang..! Perangai tak ubah-ubah..!
Macam budak-budak..!

DI TAMBATAN

Orang ramai keluar dari tempat persembunyian masing-masing dan berlari


sambil bersorak “Awang dah balik dan sebagainya,” menuju tambatan, untuk
menyambut kepulangan Awang..

AWANG
(Kepada Galigo) Tuan Nakhoda nak ikut sama?

GALIGO
Baliklah dulu, saya takkan kemana selagi semua
kekayaan Datuk belum dipunggah ke darat..

AWANG

126
Media Approach: dayang

Kalau begitu, saya bawa berangan perlu sahaja untuk


perkahwinan saya..

Awang dibantu untuk naik ke tambatan.. Awang Cuma bawa Lembing Laki-
bini, Peti duit kecil dan parcel kain mastuli..

CUT TO:

EXT LALUAN MENUJU RUMAH AWANG - SIANG

Setibanya di kampung, Awang berselisih dengan beberapa orang kampung


yang sedang menuju ke rumah Dayang.. Semua yang berselisih dengan
Awang, berpakaian cantik, sesuai untuk ke majlis kenduri..

AWANG
Tak Mungkin..!

127
Media Approach: dayang

Awang nampak Mayang dan rakan-rakan sebaya bermain-main di tepi jalan..


Mayang nampak Awang..

MAYANG
Abang Awang..! Abang Awang dah balik..!

Mayang tinggalkan rakan-rakan dan berkejar untuk dapatkan Awang..


Mayang terus masuk ke dalam dakapan Awang..

AWANG
Mayang sihat? Semua orang sihat?

Mayang angguk sahaja.. Setelah lepaskan rindu.. Awang keluarkan anak


patung hasil kraftangan Gowa.. Awang serah anak patung kepada Mayang..

AWANG
Cantik kan? Anak patung buatan Gowa?

MAYANG
Gowa? Kat kebun bunga Kak Dayang, ada anggerik
Puteri Gowa.. (Pause) Abang Bachok yang hadiahkan
tunasnya kat Kak Dayang dan mereka sama-sama bela
sampai anggerik tu membiak dan berbunga mekar..

Awang terkedu..
EXT. RUMAH DAYANG – HALAMAN – SIANG

Kumpulan nafiri, gong serta gendang mengarak ketibaan pengantin lelaki..


Dan dimeriahkan lagi oleh riuh-rendah, sorak-sorai orang ramai..

Sebentar kemudian, kita nampak Mak Andam pimpin Dayang keluar dari bilik
pengantin, untuk ke pelamin.. Pelamin, berbentuk tiga tingkat.. Berhias indah
dan mewah, sesuai dengan persandingan orang berada lagi bergelar..

128
Media Approach: dayang

Dayang mengenakan pakaian pengantin dari kain mastuli kuning telur..

CUT TO:

EXT. KEBUN TINGGAL – TAPAK SEMAIAN BACHOK – SIANG

Awang dan Mayang berdiri di tengah-tengah petak semaian orkid..

AWANG
Ini kebun Kak Dayang?

MAYANG
Tak ini kebun Abang Bachok..

AWANG
Hmm mereka ada usahasama kebun anggerik?

MAYANG
Kak Dayang dah kawin dengan Abang Bachok.

AWANG
Dayang?!

EXT. AWAN PETANG

Awan larat berarak mendung.. Angin bertiup kencang.. Pokok-pokok


melentuk-liuk.. Kita dengar bisikan rindu Awang, dalam nada tegas..

AWANG (ECHO) (VO)


Dayanggggggg…!

129
Media Approach: dayang

EXT. RUMAH DAYANG – PETANG

Kemah-kemah kenduri dipukul angin..


Majlis kenduri berjalan seperti biasa walaupun angin bertiup kencang..

Tidak siapa menyedari “angin yang membawa bisikan Awang” berhembus-


lalu, melintasi kawasan majlis kenduri..

AWANG (ECHO) (VO)


Dayanggggggg…!

PELAMIN

Dayang sedang bersanding dengan Bachok..

AWANG (ECHO) (VO)


(Berbisik ringkas) Dayang…!

DAYANG
(Tersentak..) Hah?!

MAK ANDAM
Eh Budak nih.. Duduk diam-diam sikit, tak boleh?
Malulah orang tenguk awak begitu..

Dayang pantau halaman kenduri.. Dayang nampak ramai tetamu sedang


menikmati juadah kenduri.. (Awang tidak kelihatan)..

AWANG (VO)
Awak pernah dilamun perasaan yang memaksa awak
memaparkan sikap terburuk awak? (Pause) Contohnya..
Perasaan yang mencuit keangkuhan.. Perasaan untuk
melukakan atau menyakiti seseorang, atau, Perasaan
yang mengakibatkan perendahan martabat awak..

130
Media Approach: dayang

Mak Long hairan lihat Dayang tercari-cari (akan sesuatu)..

AWANG (VO)
Jika rasa tercabul, apa tindakan awak? Haruskah kita
bersabar? Haruskah kita melenting arah punca
pencabulan itu? (Pause) Ah Dayang, tentu awak tak
faham apa yang abang katakan ini..

Air mata mengalir di pipi Dayang.. Mak Andam menggeleng dan terpaksa
buat “touch up” pada solekan Dayang..

MAK ANDAM
(Berbisik sambil sapu bedak) Biasalah tu.. Anak gadis
di ambang persandingan memang suka menangis..
Makcik pun, bila nak bersanding dulu, menangis gak..!
Heeeee seronok kan, dapat bebas dari pingitan orang
tua..

CUT TO:

HALAMAN RUMAH

Walaupun angin bertiup kencang, majlis kenduri tetap ceria..


Kemah makan penuh sesak dengan orang menjamu selera.. Kemah joget,
penuh dengan muda-mudi bertandak.. Kanak-kanak berkejar-kejaran..

Awang muncul dari luar kawasan rumah.. Bersama Awang ada Lembing
Laki-Bini dan bungkusan mastuli serta wang hantaran.. Oleh kerana orang

131
Media Approach: dayang

bersesak-sesak, tidak siapa memperdulikan kehadiran Awang. Awang


berjalan dicelah-celah orang ramai untuk menghampiri pelamin..

Awang melewati kita..


Kita nampak badek mambang berulang tersisip di belakang pinggang
Awang..

DI PELAMIN

Dayang tunduk membisu, Mak Andam angkat dagu Dayang..


Dayang bagaikan ingin memprotes.. Dayang alih kepalanya dari tapak
tangan Mak Andam.. Dayang tersentak sekali lagi,kerana nampak Awang
sedang berdiri di pintu gerbang yang memisahkan kawasan pelamin dengan
khemah kenduri.. Awang buka bungkusan kain mastuli dan kotak wang
hantaran.. Kecerian majlis, sepi dengan tiba-tiba.. Suasana bertukar tegang..

AWANG
Walau terlambat, saya tetap kembali dengan apa yang
telah dijanjikan..!

Bersama Lembing Laki-Bini Awang melangkah ke pelamin.. Dalam keadaan


Dayang dan Awang hanya mampu bertentang mata sahaja.. Bachok raba
badiknya.. Awang sua Lembing Bini kepada Dayang..

AWANG
Lembing ini, Lembing Bini gelarannya..
Demi keselamatan, terimalah dan jagalah dia elok-elok..
Dayang hulur kedua tangannya.. Lembing Bini bagaikan rela diserahkan
kepada Dayang.. Lembing Bini bergerak masuk ke tapak tangan Dayang
dengan sendirinya..

Pak Long menghampiri Dayang.. Awang berundur dari Dayang..


Bachok bersedia dengan badeknya.. Mata Awang mengawas gerak Bachok..

132
Media Approach: dayang

HALAMAN RUMAH

Galigo tiba dan gemparkan suasana kenduri yang telah sepi dan tegang itu..

GALIGO
Lanun serang pengkalan..!

DI KAWASAN PELAMIN

Bachok tersentak dan tak jadi cabar Awang..

BACHOK
Hah? Panglima Hitam..!?

Orang ramai gempar..


Bachok, Awang, Pak Long dan Dayang berpandangan sesama mereka..
Mak Long tiba untuk sama-sama berbincang..

PAK LONG
(Kepada Mak Long) Kumpulkan semua kanak-kanak
dan orang perempuan, carikan tempat selamat untuk
mereka..

Tanpa banyak soal, Mak Long beredar.. Diikuti oleh wanita dan kanak-kanak
yang berada di kawasan kenduri.. Galigo menghampiri Awang..

AWANG
Nakhoda?

GALIGO
Kelasi Dang Ratna sedang mempertahankan pengkalan
Muar, termasuk sekuci Datuk..

133
Media Approach: dayang

Pak Long mengalami sindrom “dilema-bapa mertua-gila-menantu bergelar.”


Pak Long pandang Bachok dan Dayang..

PAK LONG
Datuk? Datuk Awang? Datuk Awang dah ada sekuci?

AWANG
(Kepada Bachok) Siapa kau sebut tadi?

PAK LONG
Haah, kenapa Datuk Bachok sebut nama Panglima
Awang?

BACHOK
Entahlah “ayah,” Saya rasa kita sedang barada dalam
satu percaturan.. Siapa pemain utamanya saya tak tahu..

FLASHBACK
Awang sedang perhati keadaan Panglima Hitam, dari jauh..
Bachok mencangkung tepi Panglima Hitam yang telah “terpasak batin.”..
Bachok senyum sinis bila Panglima Hitam merenung dia.. Dengan nakal,
Bachok libas-libas lengan Panglima Hitam dengan ranting kecil..

BACHOK
Ceh, lanun ternama di seluruh nusantara, tewas mudah
di tangan Orang Kaya Aris!?

PANGLIMA HITAM
(Garang) Orang muda, siapa nama kau?

BACHOK
Bachok..!

PANGLIMA HITAM

134
Media Approach: dayang

Aku suka dengan sikap kau – suka mempermainkan


orang.. Dan, pada firasat aku, kau akan menjadi teman
baik aku..

DI HADAPAN PELAMIN

AWANG
Kalau lanun-lanun tu menguasai Muar, kedaimaian
Padang terancam.. (Pandang Bachok) Apa pendapat kau
Bachok?

PAK LONG
Heh, Datuk Awang, menantu saya ni bukan Bachok..
Tapi, Datuk Bachok..

BACHOK
Saya tak masuk campur pertelingkahan orang lain..

AWANG
Bachok, dengar sini baik-baik..
Adat manusia bertanah; adat tanah bersempadan; adat
sempadan bernegeri; adat bernegeri berkepimpinan;
adat pemimpin menjaga maruah warga dan adat warga
menjaga maruah bangsa dan ugama..
(sinis kepada Bachok) Adat apa pula pegangan kau?

PAK LONG
Sudahlah tu Datuk-Datuk berdua.. Pengkalan kita
sedang diancam.. Rugi kita, kalau asik bertelingkah
panjang..

AWANG
Saya dan Nakhoda Galigo nak pertahankan pengkalan..

135
Media Approach: dayang

(Pandang Pak Long) Terpulanglah.. Kawasan tanjung


di selatan dan tebing Sungai Muar di utara, rapuh kalau
tak ada sesiapa mempertahankannya..

Awang dan Galigo beredar.. Dayang serba salah untuk panggil nama
Awang..
Muka Bachok, berwajah seorang pengecut.. Pak Long fikir sebentar dan
kemudian isyarat kepada anak-anak buahnya..

PAK LONG
20 orang ikut aku berjaga di tanjung selatan.. Yang lain,
bertahan di tebing Sungai Muar..
(Pandang Bachok) Pimpin kumpulan di sungai Muar,
boleh?

Bachok menggeleng.. Angguk.. Dan menggeleng semula..


Pak Long kecewa dengan sikap Bachok.. Pak Long beredar.. Anak-anak buah
Pak Long beredar sama.. Dayang menyampah tenguk Bachok (tak ada teloq)..

DAYANG
Ayah, tunggu..!

PAK LONG
Kau bertahan di rumah.. Lembing pemberian Datuk
Awang, mungkin dapat membantu..

CUT:

EXT. TAMBATAN – PETANG

Pekerja tambatan sedang bertarung dengan lanun..

EXT LAUT – PETANG

136
Media Approach: dayang

Dang Ratna melepaskan tembakan meriam ke arah sekuci lanun yang sedang
menghampiri mereka..

Kelihatan beberapa perahu lanun menghampiri padewak dagang yang


berlabuh berhampiran Dang Ratna.. Meriam-meriam dari Dang Ratna
tembak perahu lanun itu.. Pergerakan perahu lanun tergendala..

EXT. TANJUNG DI SELATAN PADANG – PETANG

Pak Long mengepalai orang-orangnya mempertahankan kawasan tanjung..

EXT. TEBING SUNGAI MUAR – PETANG

Pertahanan di tebing, lemah kerana tidak ada ketua..


Pihak lanun berjaya menaiki tebing dan mara ke kawasan darat (menuju
rumah Pak Long).. Pihak padang yang masih bertahan, cuba lambat-
lambatkan kemaraan lanun.. Ramai tekorban..

EXT. RUMAH DAYANG – PELAMIN

Bunyi orang bertempur mempertahankan kemaraan lanun dari sebelah tebing


Sungai Muar, jelas kedengaran dari halaman rumah Dayang..

Bachok mundar-mandir.. Dayang berdiri gagah bersama Lembing Bini


DAYANG
Orang yang berjaya memusnakan pertunangan orang
lain, orang yang sudah berpengalaman berjaga di
perairan selama setahun, takkan takut berhadapan
dengan sekumpulan kecil, lanun?

137
Media Approach: dayang

BACHOK
Ini hari perkahwinan kita.. Abang tak mahu rosakkan
rentak rai hari bersejarah kita..

DAYANG
Keraian kita rosak sejak tadi.. Datuk tak sedar lagi?

BACHOK
Dayang, kau tak boleh kata begitu.. Ini arahan abang..

DAYANG
Buktikan, yang Datuk layak dan berhak beri arahan
kepada Dayang..

BACHOK
Kau bermuslihat dengan aku?

DAYANG
Ini kan kenyataan.. (Tunjuk arah Sg Muar) Tu..! Datuk
tak dengar.. Pertahanan kita sedang berundur dari tebing
Sungai Muar..

Kita dengar bunyi orang mengerang kena tetak, dan laungan berkobar-kobar
pihak lanun untuk mara dan terus mara.. Bachok rasa tercabar..

BACHOK
Baiklah, abang akan buktikan, abang layak untuk
memiliki Dayang..!
EXT. PERTAHANAN TEBING SG MUAR..

Bachok menyertai kumpulan pertahanan.. Bachok amok lanun.. Ramai lanun


tewas di tangan Bachok.. Tetapi bilangan lanun terlalu ramai untuk
dipatahkan..

138
Media Approach: dayang

EXT. TANJUNG DI SEBELAH SELATAN

Pak Long rebah (mati) kena lembing lanun.. Pertahanan menjadi lemah serta
merta.. Mereka berundur sambil mempertahankan diri mereka dari serangan
lanun yang semakin menggila itu..

EXT. HALAMAN RUMAH DAYANG – PELAMIN

DAYANG
Ayah..?!

Lembing Bini bergerak-gerak dalam genggaman Dayang.. (Seolah-olah


memaksa Dayang tinggalkan pelamin untuk ke medan tempur)..

EXT. LAUT

Kelasi kapal berjaya patahkan serangan lanun terhadap kapal-kapal yang


berlabuh.. Situasi di laut, kembali tenang.. (Berlatarkan perahu lanun yang
karam dan terbakar)..

EXT. KAKI BUKIT BERBATU – LEWAT PETANG

Dayang berlari-lari anak untuk ke tanjung di sebelah selatan..


Gerak Dayang, seolah-olah di heret oleh Lembing Bini untuk mendaki lereng
bukit berbatu.. Dayang ikut “kehendak” Lembing Bini..
EXT. TAMBATAN – SENJA

Awang dan Galigo masih bertahan di tambatan..


Tumpuan di sekuci Awang..

139
Media Approach: dayang

EXT. PUNCAK BUKIT BERBATU – LEWAT PETANG

Dayang tiba di puncak bukit.. Dayang mendapati Orangkaya Aris dan Tok
Beta sudah menjadi tawanan Panglima Hitam (terbelenggu di batu hampar)..

Besi-besi yang membelenggu kelihatan seperti sudah tertanam-mati ke dalam


batu.. Kekuatan fisikal bukan solusi untuk mencabut belenggu yang terpasak
ke batu pejal..

ORANGKAYA ARIS
Umpil dengan lembing awak..

Entah bagaimana, tanpa perancangan, mata lembing tersentuh satu belenggu


besi.. Belenggu serta-merta cair, tangan Orangkaya terlepas.. Dengan kaedah
ini, Dayang dan Lembing Bini, berjaya lepaskan semua belenggu besi yang
memasak kaki dan tangan Orangkaya Aris dan Tok Beta (kelihatan lemah
kerana teruk dibelasah dan sudah 24 jam tak makan-minum)..

ORANGKAYA ARIS
Apa sedang berlaku di Padang?

DAYANG
Dua perkara.. Satu perkara baik dan satu perkara buruk..

TOK BETA
Perkara buruk dulu..

DAYANG
Lanun menyerang Padang..

TOK BETA
Hah, Panglima Hitam buat angkara..!

140
Media Approach: dayang

ORANGKAYA ARIS
Yang baiknya?

DAYANG
Abang Awang pulang dari perantauan, pada saat-saat
Dayang bersanding dengan Bachok..

Terpancar keriangan di wajah Orangkaya Aris dan Tok Beta..


Orangkaya Aris terbatuk-batuk..

ORANGKAYA ARIS
Ayah kamu orang terpenting Padang, ketiga selepas
kami berdua.. Saya yakin matlamat serangan Panglima
Hitam akan berkesudahan di rumah kamu.. Bawa kami
ke sana..

Dayang papah Orangkaya Aris dan Tok Beta, serentak di kiri-kanannya..


Dari atas bukit, mereka nampak Padang sedang sensara, diserang lanun..
Asap tebal menjulang di sana-sini..

Satu gugusan angin membawa awan tebal ke ruang udara Padang.. Gugusan
angin berubah menjadi lembaga samar, yang seterusnya berpecah tiga dan
menjunam ke Tambatan, Tebing Sg. Muar dan Tanjung di bahagian selatan..

CUT TO:

EXT. TEBING SG. MUAR

Panglima Hitam menjelma (bersama parang panjang) dan bantu lanun untuk
kalahkan pihak pertahanan.. Bachok nampak Panglima Hitam.. Bachok
terleka dan diserang dari belakang oleh seorang lanun.. Bachok cedera

141
Media Approach: dayang

parah, tapi masih boleh berundur tanpa bantuan, sambil bertahan dari
serangan lanun yang cuba bunuh dia..

EXT. TAMBATAN

Panglima Hitam muncul di Tambatan.. Pertahanan Padang mengalami nasib


sama seperti pertahanan di Sg Muar.. Awang arah orang-orangnya supaya
berundur ke rumah Dayang..

EXT. TANJUNG DI SEBELAH SELATAN

Gugusan angin bawa Panglima Hitam mendarat di kawasan tanjung..


Pertahanan di tanjung sudah lama berundur (sebaik sahaja Pak Long
terbunuh)..

Panglima Hitam puas bila nampak mayat Pak Long yang telah dibaringkan di
atas batu besar.. Turut kelihatan, banyak pejuang Padang terbujur di sana
sini.. Panglima Hitam meludah kepada bangkai seorang lanun..

EFX: Suara Panglima Hitam sudah berubah GARAU..

PANGLIMA HITAM
Hegh.. Tak boleh harap..!

CUT TO:

HALAMAN RUMAH DAYANG

Dayang, Orangkaya Aris, Tok Beta dan gugusan angin yang membawa
Panglima Hitam tiba serentak di halaman rumah.. Ketika ini, Awang, Galigo,
Bachok dan sekumpulan kecil pejuang Padang sedang giat mempertahankan

142
Media Approach: dayang

serangan lanun).. Panglima Hitam, terkilan lihat Orangkaya dan Tok Beta,
masih hidup..

PANGLIMA HITAM
Liat betul nyawa kelian?!

Panglima Hitam cuba serang Orangkaya dan Tok Beta.. Dayang tayang
Lembing Bini ke arah Panglima Hitam.. Kilauan mata lembing mengaburkan
mata Panglima Hitam buat sementara waktu.. Panglima Hitam tersentak..

PANGLIMA HITAM
Hah, mana kau dapat lembing tu?

“Kesaktian” Lembing Bini lindung Dayang, Orangkaya Aris dan Tok Beta
dari ancaman Panglima Hitam.. Mereka berjaya masuk ke dalam rumah..

Bachok mula lemah, kerana banyak kehabisan darah..


Awang bantu Bachok untuk naik kerumah..
Galigo mengetuai pertahanan di halaman..

CUT TO:

DALAM RUMAH – RUANG TAMU

(Teknik silat kombat menggunakan Lembing, Parang panjang dan Badik


digunakan dalam pertarungan ini)..

Orangkaya Aris dan Tok Beta, direhatkan di satu sudut selamat..


Dayang kawal mereka dengan Lembing Bini..
Bachok (badik dan parang panjang) dan Awang (badik dan lembing)
bertahan di hadapan Dayang (lembing)..

Panglima Hitam (parang panjang dan dibantu oleh ilmu hitam) marah kerana
ramai lanun dibunuh oleh Awang dan Bachok..

143
Media Approach: dayang

Ada juga seorang-dua lanun yang berjaya melepasi pertahanan Awang dan
Bachok.. Tetapi Dayang berjaya kalahkan mereka..

INTERCUT TO:

HALAMAN RUMAH – HADAPAN PELAMIN

Galigo dan pejuang Padang masih bertarung untuk menyekat lanun naik ke
rumah.. Ramai tekorban.. Tetapi kita nampak, kemenang di pihak Galigo..

CUT TO:

DALAM RUMAH – RUANG TAMU

Panglima Hitam tinggal seorang diri untuk berhadapan dengan Bachok,


Awang dan Dayang..

Bachok silap langkah.. Panglima Hitam terajang dada Bachok.. Bachok


muntah darah.. Panglima hitam sauk perut Bachok dengan parang
panjangnya.. Perut Bachok terburai.. Bachok terhoyong hayang dan rebah ke
lantai..

Awang menjadi tumpuan serangan Panglima Hitam.. Awang teruk kena


pukulan batin dari Panglima Hitam.. Awang kehabisan tenaga.. Muka dan
badannya luka-luka..

Awang dapat satu sepakan padu.. Awang terhempuk ke dinding lalu terjelepuk
di situ (sebelah Bachok).. Lembing Laki masih di tangan Awang.. Panglima
Hitam menghampiri Awang dengan langkah nekad seorang pembunuh kejam..

PANGLIMA HITAM
(Angkuh)
Ini sahaja ilmu yang kau dapat masa di perantauan?

144
Media Approach: dayang

AWANG
(Ikhtiar terakhir)
La ilaha illallah..! Allahu Akbar..

Petir berdentum..
Dayang tersentak dan melopong melihat Awang di ambang kekalahan..

DAYANG
Abang Awang..

Dengan lemah, Awang menoleh kepada Dayang..


Panglima Hitam kian menghampiri Awang..

Bersama Lembing Bini, Dayang bergegas ke sisi Awang..


Lembing Laki bergerak-gerak, seolah-olah minta dilepaskan dari
genggaman..

Lembing Laki terlepas dari genggaman Awang..


Melihatkan peristiwa ini, Dayang lepaskan Lembing Bini dari pegangannya..

Lembing Laki dan Lembing Bini bertaut menjadi satu.. (Di udara)..
Gandingan Lembing-lembing ini, menjerlus ke dada Panglima Hitam
(bahagian jantung).. Lembing keluar semula ikut belakang dada dan terpacak
di dinding..

Panglima Hitam ketawa, kerana dia sangka gandingan Lembing Laki-Bini


tadak mampu mencederakannya..

Guruh berdentum sekali lagi..


Kilat menyambar masuk ke ruang tamu dan memanah badan Panglima
Hitam.. Panglima Hitam rebah.. Badan Panglima Hitam rentung dan
bertukar menjadi abu..

145
Media Approach: dayang

Gandingan lembing Laki-Bini bercerai semula, dan kita nampak dua lembing
terpacak di dinding..

Keadaan kaku buat seketika.. Tidak siapa berani bergerak..


Akhirnya, Dayang bangun dan meluru ke Awang dan Bachok.. Dayang dakap
Awang.. Tanpa dirancang, rindu Awang-Dayang terlerai dalam satu aksi
yang penuh emosi.. Tiada kata-kata dapat menggambarkan kerinduan
mereka..

Akhirnya…

AWANG
Dayang..

DAYANG
Ya bang..

AWANG
Datuk Bachok suami kau.. Utamakan dia..
Dia berhak mendapat perhatian seorang isteri..

Dayang terima nasihat Awang..


Dayang beralih ke Bachok.. Dayang ngeri lihat perut Bachok sudah terburai..
Walau bagaimanapun, Dayang tanggalkan tudung kepala dan lilit luka di
perut Bachok.. Dayang menangis di sisi Bachok.. Bachok dalam keadaan
nazak..

Tanpa disedari oleh Dayang, Awang bangun (dalam serba kesakitan) untuk
beredar.. Awang ternampak dua lembing terpacak di dinding.. Awang jalan ke
dinding dan cabut Lembing Laki dari dinding.. Galigo papah Awang keluar
dari rumah Dayang..

Dayang masih meratap di sisi Bachok..

146
Media Approach: dayang

BACHOK
(Lemah) Dayang.. jangan diratap kecelakaan aku..
(Pause) Kerana Panglima Hitam, Orangkaya Aris dan
Tok Beta bertelagah, berebut kuasa sesama mereka..
Kenapa aku, Awang dan kau dipercaturkan?

DAYANG
(Usap rambut Bachok)
Datuk, Datuk parah.. Jangan banyak fikir..

FLASHBACK

POV BACHOK (semasa menunggu Dayang di hadapan pondok semaian)


SLO-MO: Dayang berlari dalam ‘angin sepoi bahasa’.. Rambutnya
mengerbang.. Tangannya kembang seolah-olah ingin memeluk Bachok, di
akhir lariannya..

END FLASHBACK

Dayang masih mengusap rambut Bachok..

BACHOK
Mengapa berDatuk-Datuk dengan aku..
Susah sangat ke untuk panggil aku abang?

Dayang cuba sesuaikan dirinya untuk laksana permintaan Bachok..


Bachok sangka Dayang menolak permintaannya..
BACHOK
Tak apalah Dayang, Aku tak akan memaksa..

Bachok terbatuk.. Darah mengalir dari mulut Bachok..


Dayang lap darah di mulut Bachok dengan menggunakan hujung baju..

BACHOK

147
Media Approach: dayang

Tolong sampaikan salam aku kepada Datuk Awang..


Katakan aku berdosa dengan dia.. Aku minta maaf..

DAYANG
Abang.. Luka abang parah.. Janganlah banyak fikir..

Bachok senyum bila Dayang sebut “abang..”

BACHOK
Terima kasih, Dayang..

Bachok menghembus nafas terakhir..


Dayang ingin meraung, tetapi apabila menoleh, dia nampak, semua orang
tua-tua dan warga Padang yang terselamat sudah berhimpun, mengelilingi
dia.. Dayang menoleh semula kepada Bachok.. Dayang dakap mayat Bachok
seperti dakapan seorang isteri yang menghormati kematian suami tercinta..

DAYANG
(Perlahan sahaja..) Abang…!?

CUT TO:

EXT. HALAMAN RUMAH DAN DEWAN BERSANDING – PETANG

Kawasan rumah dan dewan bersanding kelihatan seperti padang jarak


padang tekukur.. Kemah-kemah majlis, roboh.. Periuk-belanga, pinggan-
mangkuk, dan sampah-sarap bertaburan.. Mayat bergelempangan di sana-
sini..

148
Media Approach: dayang

Ramai pihak keluarga memeriksa mayat-mayat yang terbujur di halaman..


Termasuk Mak Ngah dan Pak Ngah – mereka mencari Awang..

CUT TO:

EXT. LALUAN KE TAMBATAN MUAR – LEWAT PETANG

Pak Ngah dan Mak Ngah masih mencari-cari Awang dalam himpunan mayat-
mayat bergelimpangan..

MAK NGAH
(Kepada Pak Ngah)
Kurang satu seratus dah tekorban..!

PAK NGAH
Awang?

MAK NGAH
Awang tak ada di sini..
(Gembira) Awang masih hidup..

Mak Ngah dan Pak Ngah perhati arah tambatan.. Mak Ngah bangun dan lari
ke arah tambatan.. Pak Ngah ikut dari belakang..

CUT TO:

EXT. TAMBATAN – LEWAT PETANG

Galigo bantu Awang (letih dan luka-luka) untuk naik ke sekuci..


Pergerakan mereka terhenti bila dengar suara Dayang memanggil dari jauh..

GALIGO
Saya tunggu Datuk di sekuci..

149
Media Approach: dayang

Dengan bertungkatkan Lembing Laki, Awang tunggu kedatangan Dayang..


Dayang sampai di hadapan Awang..

DAYANG
Maafkan Dayang, bang..
Dayang tak terdaya menidakkan kehendak orang tua..

AWANG
Dayang lupa agaknya.. Abang merantau selama ini,
juga, atas kehendak orang tua Dayang..!

Awang tidak mahu perkecilkan hati Dayang.. Awang ingin peluk Dayang..
Tetapi naluri Awang “menolak” keinginan ini.. Dayang tak dapat menahan
sebak.. Dayang peluk Awang..

DAYANG
Kita mangsa kelicikan orang lain..

AWANG
Mengapa salahkan orang? Kan kita yang menyalaherti
kemurnian adat dan siasah sendiri?

DAYANG
Tapi, mengapa Dayang yang teruji? Mengapa Dayang
seorang sahaja yang dipaksa memahami idaman
berbagai pihak? (Dalam sedih, Dayang kelihatan kesal)
DAYANG (samb.)
Ayah tak bertanggungjawab.. Tok Beta, Orangkaya
Aris, Panglima Hitam tak bertanggungjawab.. Mak
Ngah tak bertanggungjawab..! Bachok tak bertanggung-
jawab.. (Menangis)
Abang sama juga.. Tak bertanggungjawab..!

150
Media Approach: dayang

Awang terharu bila mendengar ‘rintihan marah’ Dayang..


Awang tenung wajah Dayang dan sapu airmata di pipi Dayang..

DAYANG (samb.)
Semua anggap Dayang, ‘ilham peransang’ kepada cita-
cita mereka.. Apa salah Dayang, sampai dijadikan
begini?

Awang lepaskan dirinya dari pelukan Dayang..


Awang, menoleh ke sekuci.. Kita nampak Awang berdiri antara sekuci dan
Dayang..

AWANG
Dayang, dalam ketidakbertanggungjawaban abang, tak
seorang pun tahu, abang sudah menangis sejak
memulakan pelayaran, dulu..
Tak sangka, tak ada ketawa riang seperti apa yang
diharapkan, menyambut kepulangan abang..

Dayang perhati Awang melangkah perlahan ke arah sekuci..

DAYANG
Abang merajuk?
Seorang wira berhati cekal, merajuk?

Setelah beberapa tapak, Awang berhenti dan menoleh kepada Dayang..


Dayang melirik senyum..
DAYANG
Walaupun sudah diijabkabulkan semalam, Dayang
masih seperti Dayang yang abang tinggalkan tiga tahun
dulu.. (Pause) Fikiran tidak ternoda dan diri masih suci,
belum dicabuli sesiapa..

Awang ingin menggeleng.. Tetapi, Awang tak jadi menggeleng..

151
Media Approach: dayang

DAYANG
Abang di perantauan bagaimana?
Kumbang kembara tentu kehausan madu.. Mustahil,
kalau tak berperhentian di jambangan mekar..

Awang terbayang wajah Chendrasari dan Samentha..

AWANG
Kalau abang percaya Dayang belum tercabul dan ternoda,
kenapa pula ragukan abang?

Dayang menghampiri Awang..

DAYANG
Tapi abang tak seperti orang yang mempercayai Dayang..
Abang nak tinggalkan Dayang.. Abang zalim..! Baru sahaja
muncul selepas lama menghilang, kenapa tingalkan Dayang
tiba-tiba?

AWANG
(Terharu.. Awang peluk Dayang..)
Masa ketiadaan abang, lakukan dua perkara untuk
abang, boleh?

DAYANG
(Cuba senyum ke wajah Awang) Hm-mmm?!
AWANG
Rindukan abang dan disamping itu bawalah abang ke
mana sahaja Dayang pergi..

Dayang semakin sebak dengan permintaan Awang..

DAYANG

152
Media Approach: dayang

Abang?! Abang nak Dayang nangis kuat-kuat ke?!

Dayang rangkul badan Awang dengan penuh kasih-sayang..


Awang beri response yang meyakinkan..

AWANG
Tak siapa boleh merampas abang dari Dayang..
Masa susah-senang Dayang; marah, gembira, gagal
ataupun berjaya; dalam apa jua keadaan dan perasaan
sekalipun, anggap abang ada di sisi Dayang.. Dengan
cara itu kita masih bersama, kan?

Dayang angguk-angguk manja dan sandarkan kepalanya ke dada.. Awang


merenung jauh.. Mak Ngah, Pak Ngah dan sekunpulan warga Padang
menghampiri Dayang/Awang..

Nakhoda Galigo melaung dari atas sekuci..

GALIGO (V.O.)
Semua naik.. Sekuci berlayar sebentar lagi..!

Kedengaran anak kapal bersahut-sahutan sesama mereka, untuk tarik sauh


dan labuhkan layar.. Walaupun layar sudah dilabuhkan.. Dayang dan Awang
masih berpelukkan..

Freeze..
CUT:
EPILOG

NARATOR LELAKI (VO)


Adat berumahtangga hanya satu..
Tanggungjawab suami melindung keluarga..

153
Media Approach: dayang

Tanggungjawab isteri menjaga suami.. Dan, dalam


ketiadaan suami, isteri harus menjaga kehormatan diri,
disamping menjaga harta dan kepentingan suaminya..

154