You are on page 1of 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) JIT SIN A

KERTAS KERJA PROGRAM KECERIAAN BILIK BANTU MENGAJAR DAN PERPUSTAKAAN

TEMPAT: DEWAN SJK(C) JIT SIN A Jalan Berapit, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

TARIKH: 10 - 17 JULAI 2013

DIANJURKAN OLEH: GURU-GURU PELATIH IPG KAMPUS TUANKU BAINUN NG BI LIU LAU SHI HONG TAN HUI YEE TEH SHIN YUAN

PROGRAM KECERIAAN BILIK BANTU MENGAJAR DAN PERPUSTAKAAN 1.0 Nama Program Program Keceriaan Bilik Bantu Mengajar dan Perpustakaan

2.0 Dikemukakan Oleh: Guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Perguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Ng Bi Liu Lau Shi Hong Tan Hui Yee Teh Shin Yuan

3.0 Rasional : 3.1 Memberi keselesaan dan kemudahan kepada para guru untuk mengakses bahan bantu mengajar dengan mudah dan cepat mengikut mata pelajaran. 3.2 Memberi kemudahan kepada para guru untuk mengakses bahan bantu mengajar mengikut jenis seperti bahan elektronik, bahan konkrit, carta grafik dan sebagainya. 3.3 Meningkatkan kekerapan guru dalam menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar untuk menarik minat murid dan mencapai kecemerlangan dalam prestasi. 3.4 Mengemaskini bahan bantu mengajar dengan menggantikan bahan yang lama dan tidak praktikal dengan bahan yang baru serta bersesuaian dengan kurikulum. . 3.5 Memberi peluang kepada murid-murid untuk melapangkan fikiran melalui permainan tradisional di sudut ilmu perpustakaan

4.0 Matlamat dan Objektif : 4.1 Merancang dan melaksanakan projek untuk mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, bersih dan ceria 4.2 Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akuntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas

4.3 Mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan guru-guru sekolah. 4.4 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang dan indah. 4.5 Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah. 4.6 Memberi pengalaman sebenar kepada guru pelatih dalam menceriakan suasana sekolah. cantik

5.0 Sasaran Semua guru dan murid

6.0 Tarikh Aktiviti 10 - 17 JULAI 2013

7.0

Masa 7.30 a.m 6.45a.m.

8.0

Tempat Bilik Bantu Mengajar dan Perpustakaan SJK (C) Jit Sin A

9.0

Nama AJK Pelaksana Penaung: Penasihat: En. Ooi Chuan Eng Pn. Hor Hooi Fung Pn. Wong Bee Hong

Penyelaras:

Lau Shi Hong Ng Bi Liu Tan Hui Yee Teh Shin Yuan

10.0

Pelaksanaan

Jadual Pelaksanaan Program Keceriaan Bilik Bantu Mengajar Dan Perpustakaan Tarikh 10.07.2013 Aktiviti - Mengunjung ke bilik bantu mengajar dan perpustakaan untuk meninjau persekitaran - Merancang pelan pelaksanaan untuk menghiaskan bilik bantu mengajar dan perpustakaan 11.07.2013 - Memindahkan bahan bantu mengajar yang lama seperti rak gantung grafik lama, komputer yang tidak berfungsi, bahan bercetak yang dalam kurikulum lama ke stor - Mengemaskini bahan bantu mengajar jenis grafik yang baru dengan menyusun serta mengelas semula di rak-rak yang bersesuaian mengikut mata pelajaran - Memindah dan menyusun semula rak-rak bahan bantu mengajar supaya kedudukannya memberi keselesaan kepada guru-guru untuk mengakses - Memindah dan menyimpan bahan konkrit ke dalam almari - Mengemas kini bahan digitial mengajar 12.07.2013 - Melekatkan label subjek pada setiap rak - Menyapu lantai 15.07.2013 16.07.2013 - Menghiaskan papan kenyataan dalam perpustakaan - Menyediakan sudut rekreasi permainan tradisional seperti congkak di perpustakaan 17.07.2013 - Melekatkan label untuk memimpin murid ke perpustakaan di sekeliling sekolah.

11.0 Bil

Anggaran Perbelanjaan Peralatan Harga Jumlah (RM) 8.00

1.

Kertas warna

1 rim x RM8.00

2.

Barang Hiasan

1 bungkus x RM5.00

5.00

3.

Kad Manila

6 keping x RM 0.50

3.00

4.

Kertas Laminate

1 bungkus x RM 10.00

10.00

JUMLAH Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM26.00

26.00

12.0

Penilaian Penilaian akan dijalankan semasa dan selepas program dijalankan.

13.0

Penutup Keberkesanan program ini amat bergantung kepada semua pihak terutamanya guru bertugas Bilik Bahan Membantu, Puan Hor serta Ketua Panitia Seni, Puan Wong dan sokongan daripada pihak pentadbir SJK(C) Jit Sin A.

Disediakan oleh, .. (Teh Shin Yuan) Guru Pelatih IPG Kampus Tuanku Bainun

Disemak oleh,

......................................... (PN. Hor Hooi Fung) Guru Penasihat SJK (C) Jit Sin A, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Diluluskan oleh,

.......................................... (Encik Ooi Chuan Eng) Guru Besar, SJK (C) Jit Sin A, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

You might also like