You are on page 1of 7

Sejarah MelakaSejarah Melaka bermula dengan

pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara,


seorang bangsawan Srivijaya dari
Palembang, keturunan majapahit, pada tahun antara
1400 hingga 1403.
Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja
pertama dan pengasas Kerajaan Majapahit (1293-
1309)yang menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri
Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan
Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana
Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan
Majapahit.
Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri
Iswari. Si puteri
kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri
Sarawardani.
Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki
anak bernama
Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat
neneknya, Ratu Tribuana
Tunggadewi, memerintah Majapahit.
Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110
tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun
1511.
Untuk rencana lanjutan, lihat Kesultanan
Melaka.Pemerintahan JajahanMelaka ditawan oleh
Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada
24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan
strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia
Timur. sultan Mahmud Shah,
Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah
pedalaman dan
menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan
serangan
sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya,
pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di
bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri
Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang
melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa
melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar,
Sumatra di mana beliau mangkat dua tahun kemudian.
St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di
Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546
dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai
pusat operasinya di Timur.
Pada tahun 1641, pihak Belanda
menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis
melalui bantuan Sultan
Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak
berminat menjadikan
Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara
Timur dan Barat
tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan
Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat
pentadbiran mereka.
Fort A'' Formosa: Perobohan oleh pihak British
dihentikan oleh Sir
Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di
Melaka. Apa yang
ketinggalan dipelihara sehingga hari ini. (Gambar oleh:
Cornell Japanese Animation Society)
Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak
British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun
1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh
Syarikat Hindia-Timur British (British East India
Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah
jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan
Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan
Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas
pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang
menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya
menjadi Malaysia.
Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah"
pada 15 April 1989.

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni


Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 -
6 Disember 1990) merupakan
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955,
dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada
tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia
pada tahun 1963
merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang
teragung. Biasanya
dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai
"Bapa
Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah
sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar.
Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa
Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke
rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku
kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan
bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul
Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu
siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku
dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku
Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan
belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School).
Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan
pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya
ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang
yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku
menerima Biasiswa
Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej
St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan
penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United
Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika
Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine
kerana dasar aparteid (''kulit berwarna'') masih
diamalkan, beliau membantah kepada William Peel,
Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua
sekolah itu terpaksa meminta maaf.
Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa
beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju
Melayu
yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah
pakaian Barat di
kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England,
Tunku amat
berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu,
siap dengan tengkolok.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-
undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V.
Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar
kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-
siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah,
dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa
berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki
peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana
terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan
kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau
memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England
untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge
kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan
keputusannya yang lalu.
Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-
undang di Inner Temple
pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku
bertugas sebagai Pegawai
Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah
pada tahun 1931, dan
dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang
pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau
Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat
British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas
sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani
bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan
Pengerusi Lembaga
Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai
Petani telah
dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.
Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat
kali yang ketiga
untuk menyambung pelajaran undang-undangnya.
Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali
ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita
bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940,
beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah
Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan
Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu
berumur 80 tahun, sewapegawai British hendak
membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah
seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya
sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara
Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu
bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang
Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di
Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu
Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak
berpuas hati dengan tindakan Tunku yang
membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan
Kedah.
Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa
semula ke Alor Star. Jepun
mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi
pentadbirannya
diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun.
Sultan Abdul Hamid
meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun
memerintah, Tunku kekal sebagai
Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata,
seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang
gunting di pekan Alor Star.
Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner
Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku
bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih
sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu
Britain,
dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih
sebagai
setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan
Pelajar India Islam"
yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga
berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon
Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi
peguam pada tahun 1949.
Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku
memulakan pertandingan
bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola
Merdeka" pada tahun
1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai
presiden pertama
untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah
jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.