You are on page 1of 3

LATIHAN ILMU PENDIDIKAN

(a) Nyatakan enam ciri guru seperti yang dimaksudkan dalam Falsafah Pendidikan
Guru
• bepekerti mulia
• berpandangan progresif dan saintifik
• bersedia menjunjung aspirasi negara
• menyanjung warisan kebudayaan negara
• menjamin pekembangan individu
• memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu
• memelihara suatu masyarakat yang demokratif
• memelihara suatu masyarakat yang progresif
• memelihara suatu masyarakat yang disiplin

(b) Senaraikan enam aspek yang ditekankan dalam wawasan pendidikan seperti
diwar-warkan dalam Wawasan 2020.
• Perpaduan
• pengurusan dan kepimpinan
• khidmat penyayang
• pengupayaan
• sistem pengesanan
• budaya ilmu
• budaya cemerlang
• sekolah penyayang

(c) Nyatakan perspektif yang ditekankan dalam aliran progressivisme terhadap


pendidikan.
• berdasarkan minat murid
• isi kandungan yang interdisiplin
• melibatkan aplikasi masalah manusia
• menekankan pengalaman langsung
• tumpuan kepada pembelajaran aktif dan relevan
• menggunakan pendekatan deduktif untuk pengajaran

(d) Senaraikan peranan guru sebagai agen perubahan yang membawa


perkembangan secara professional.
• Guru yang berfikiran terbuka dan sanggup mengikuti perkembangan
• Guru yang mengubah pemikiran pelajar supaya lebih kreatif dan inovatif
• Guru yang menjadi role model kepada murid
• Guru yang sentiasa mempelajari kaedah-kaedah baru dan aplikasi
• Guru yang sentiasa bersedia untuk meningkatkan ilmu sesuai dengan
perkembangan dan budaya ilmu
• Guru yang mempunyai sikap positif yang dapat menerima perubahan
yang berlaku
• Guru yang dapat melakukan perubahan

(e) Beri empat contoh naluri yang terdapat pada manusia.


• ingin tahu
• ingin memperolehi
• peniruan
• seksual
• keibubapaan
• kemasyarakatan
• pemusnahan dan pembinaan

(f) Senaraikan empat jenis perbezaan individu.


• Fizikal
• Kognitif
• Sosial
• Emosi
• Rohani

(g) Berikan tiga ciri pemikiran divergen


• Kepelbagaian
• Fleksibel
• Keaslian
• Terperinci

(h) Berikan tiga cara mengendali personaliti yang introvert.


• memberi peneguhan positif/pujian
• memberi motivasi
• melibatkannya dalam aktiviti pembelajaran
• membentuk aktiviti kumpulan
• melibatkan murid yang bersahsiah positif membimbing murid yang
introvert

(i) Huraikan lima ciri-ciri guru yang boleh menghadapi cabaran masa kini dan dan pada
masa hadapan.
• beriltizam
• berwawasan
• berpandangan global
• berpandangan positif
• berpengetahuan
• menyesuaikan diri
• berkemahiran dalam teknologi pendidikan
• lain-lain jawapan yang munasabah

(j) Huraikan empat unsur yang dikaitkan dengan pemikiran kreatif.


• idea yang banyak
• kemudahlenturan
• keaslian
• penghuraian
• lain-lain jawapan yang munasabah

(k) Huraikan empat ciri birokrasi yang diamalkan dalam sistem pentadbiran sekolah.
• Hierarki autoriti – sistem kawalan berasaskan siapa lapor kepada siapa
• Sistem berprosedur – pentadbiran tertakluk kepada proses dan prosedur
• Pembahagian tenaga buruh – pembahagian berasaskan kepada tahap-tahap
pengurusan
• Pemilihan kakitangan – berdasarkan kelulusan/pangkat
• Pentadbir – tertakluk kepada peraturan dan disiplin

(l) Huraikan lima cara bagaimana guru dapat membantu muridnya membina
konsep kendiri yang positif
• membuatkan murid merasa diri mereka adalah berharga
• aktiviti kumpulan berdasarkan kebolehan
• galakan, pujian, dorongan
• fokus kepada usaha murid dan bukan kebolehan semata-mata
• tekankan penerapan nilai-nilai murni dalam Pendidikan moral dan agama.
• membantu pelajar memperolehi kemahiran bersosialisasi dan berkomunikasi
• membantu pelajar menghapuskan sikap malu bertanya
• lengkapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran seperti pengurusan masa,
pengurusan tekanan.
• mengelolakan kem motivasi/kem bina semangat
• lain-lain jawapan yang munasabah