You are on page 1of 8

BAB 2 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL

TUMBUHAN

2.1 Pengenalan

Hasil Pembelajaran

1. Menyatakan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan.


2. Menjelaskan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan.

Nota
Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan :

2.1 PENGENALAN
2.2 IKLIM
2.3 TANAH
2.4 BIOSIS
2.5 GENETIK
2.6 PENGAWALATUR PERTUMBUHAN

2.2 FAKTOR IKLIM

Hasil Pembelajaran

1. Mengenalpasti unsur iklim yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan.

Nota

Unsur iklim - cahaya, suhu, hujan dan angin

2.2.1 Cahaya

Hasil pembelajaran

1. Menamakan proses yang dipengaruhi cahaya yang memberi kesan terhadap


pertumbuhan dan hasil tumbuhan
- fotosintesis
- kefotokalaan
2. Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan cahaya diperlukan untuk
fotosintesis.
3. Menghuraikan proses fotosintesis dan kefotokalaan.
4. Menginterprestasi pemerhatian eksperimen menunjukkan cahaya diperlukan
untuk fotosintesis.
5. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi fotosintesis dan kefotokalaan.
6. Membuat inferens eksperimen menunjukkan cahaya diperlukan untuk
fotosintesis.
7. Menyatakan dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya
oleh tumbuhan.
8. Menyenaraikan dan menghuraikan kaedah-kaedah yang digunakan bagi
penerimaan cahaya yang optimum.
Nota

Proses yang dipengaruhi cahaya : Fotosintesis dan Kefotokalaan

a. Fotosintesis

• Satu proses tumbuhan menghasilkan karbohidrat dan oksigen daripada karban dioksida, air dan
tenaga cahaya matahari.

• Proses ini berlaku dalam kloroplas.

• Fotosintesis terdiri dua peringkat:

i. Tindak balas cahaya


- memerlukan cahaya matahari dan berlaku dalam kloroplas.

ii. Tindak balas gelap


- berlaku tanpa cahaya dalam kloroplas .

• Faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis:

i. Keamatan cahaya dan suhu


- kadar fotosintesis bertambah sehingga suatu had bila keamatan
cahaya atau suhu bertambah

ii. Gelombang cahaya


- gelombang cahaya berwarna biru dan merah diserap dengan lebih
berkesan oleh klorofil dan digunakan sebagai tenaga dalam tindak
balas cahaya.

b. Kefotokalaan

• Reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam


• Tanaman tempoh siang pendek seperti orkid Phaleonopsis, kacang soya,nanas dan ubi keledek.
• Tanaman tempoh siang panjang seperti gandum, pokok jarak dan ubi kentang.
• Tanaman tropika seperti kelapa, padi dan mangga neutral terhadap tempoh siang.
Faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan

1. Keluasan permukaan daun


• lebih luas permukaan daun didedahkan kepada cahaya matahari maka lebih banyak sel daun
dapat menjalankan fotosintesis.

2. Susunan daun
• Tegak – lebih banyak daun terdedah kepada cahaya
• Mendatar – cahaya tertumpu kepada bahagian atas tumbuhan

3. Topografi
• merujuk kepada keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata atau tinggi rendah.
• Permukaan bumi yang bersudut tepat dengan pancaran cahaya matahari akan menerima lebih
banyak cahaya matahari.
4. Naungan
• mengurangkan penerimaan cahaya oleh tumbuhan.
• Untuk melindungi pokok yang sensitif terhadap cahaya matahari.
Kaedah untuk menggalakkan penggunaan / mendapat cahaya yang optimum
1. Memilih tapak yang sesuai.
 kawasan rata, lapang dan saliran air yang baik.

2. Menanam pada jarak yang sesuai.


 mengurangkan persaingan
 penggunaan tanah secara maksimu
 Corak penanaman – sistem segi empat, sistem segi tiga dan sistem siku keluang

3. Menyediakan sokongan.
 supaya tumbuhan memanjat mendapat cahaya yang optimum.
 Jenis sokongan
Sokongan kayu tunggal - lada hitam
Sokongan kayu junjung – kacang panjang
Sokongan berpara - peria, petola
Sokongan berpagar - tomato

4. Mengawal rumpai.
 mengelak persaingan mendapatkan cahaya dan nutrien.
5. Membekalkan cahaya tiruan.
 Lampu pijar
- bekal cahaya warna biru hingga inframerah.
- penggunaan tenaga elektrik tidak cekap

 Lampu pendaflour
- bekal kurang cahaya warna merah dan inframerah.
- penggunaan tenaga elektrik yang cekap

6. Menanam tanaman selingan.


 gunakan ruang antara tanaman kekal dengan menanam tanaman jangka pendek
7. Mencantas.
 membuang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan.
 tujuan untuk membenarkan lebih banyak cahaya diterima oleh bahagian tumbuhan
2.2.2 Suhu

Hasil pembelajaran

1. Menjelaskan dan menerangkan bagaimana suhu memberi kesan terhadap percambahan


biji benih, transpirasi, kualiti hasil tumbuhan dan fizikal tumbuhan.

2. Menyatakan dan menghuraikan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan suhu yang
sesuai.

Nota

Kesan suhu

1. Percambahan biji benih


 suhu yang terlalu rendah atau tinggi akan mengganggu percambahan biji benih.
 suhu 21oC – 43oC meningkatkan respirasi biji benih dan menggalakkan percambahan biji
benih

2. Transpirasi
 Suhu meningkat kadar transpirasi akan meningkat.

3. Kualiti hasil
 Suhu rendah mengurangkan respirasi dan aktiviti enzim - hasil dapat disimpan lama

4. Fizikal tumbuhan
 suhu yang terlalu tinggi atau rendah akan membantutkan pertumbuhan/kecederaan
tanaman

Kaedah untuk mendapatkan suhu yang sesuai

1. Memilih tapak
 tanah tinggi suhu rendah seperti Cameron Highlands sesuai untuk teh dan kubis
 tanah rendah, suhunya tinggi, sesuai untuk tanaman tropika seperti kelapa sawit dan getah

2. Menyediakan naungan
 untuk mengurangkan kesan peningkatan suhu
 untuk tumbuhan yang mempunyai tisu yang lembut/anakbenih
 contoh – jaring, daun kelapa

3. Menyediakan sungkupan
 mengurangkan kesan pemanasan permukaan tanah
2.2.3 Hujan

Hasil pembelajaran

1. Menjelas dan menerangkan bagaimana air memberi kesan terhadap fotosintesis,


penyerapan dan translokasi nutrien, transpirasi dan kesegahan sel.

2. Menyata dan menghuraikan kaedah untuk mendapat bekalan air yang optimum

Nota

Kesan air

1. Fotosintesis
 air kurang - liang stoma daun akan tertutup
 kekurangan air akan mengganggu proses fotosintesis

2. Penyerapan dan translokasi nutrien


 air sebagai pelarut utama nutrien
 air sebagai medium untuk tindak balas biokimia
 pengangkutan air dan bahan terlarut – dari akar ke bahagian lain melalui
xilem
 bahan tersintesis di daun – dari daun ke bahagian lain melalui floem

3. Transpirasi
 proses sejatan air melalui stoma menghilangkan haba dan menyejukkan daun

4. Kesegahan sel
 air cukup, sel segah dan daun berkembang sempurna untuk terima cahaya

Kaedah mendapatkan air yang mencukupi:

1. Melakukan pengairan yang sesuai


 Membekalkan air yang mencukupi kepada tanaman
 Kaedah sistem pengairan titisan dan percikan

2. Melakukan penyaliran yang sesuai


 Mengeluarkan air yang berlebihan dari kawasan penanaman
 untuk mempastikan oksigen dalam tanah cukup
 contoh perparitan

3. Menanam pada masa yang sesuai


 elak kemarau atau banjir
2.2.4 Angin

Hasil pembelajaran

1. Menjelaskan bagaimana angin memberi kesan terhadap transpirasi


pendebungaan, penyebaran penyakit dan perosak dan fizikal tumbuhan.

2. Menyenarai dan menjelaskan amalan untuk mengelakkan cedera ribut.

Nota

Kesan angin
1. Transpirasi
 angin bertiup - kadar transpirasi bertambah

1. Pendebungaan
 memindahkan debunga dari bunga jantan ke stigma di bunga betina.

3. Penyebaran penyakit dan perosak


 memindahkan spora kulat melalui tiupan angina
 contoh penyakit seperti karat,bintik daun, kulapuk daun dan penyakit hawar.
 serangga juga dipindahkan oleh angin seperti afid, trip dan ulat bungkus.

4. Fizikal tumbuhan
 kerosakan secara mekanik ke atas tanaman - contoh pokok tumbang, dahan patah.

Amalan untuk mengelakkan kerosakan oleh ribut

1. Adang angin
 menanam pokok besar di sekeliling ladang

2. Memilih tapak
 elak daripada menanam pokok pisang dan sesetengah klon getah di kawasan yang
mengalami tiupan angin kencang

3. Menyediakan sokongan
 untuk mengelak pokok mudah tumbang terutama anak pokok
 membina struktur sokongan untuk pokok-pokok besar yang ditanam semula dalam
landskap

4. Menanam pada jarak yang sesuai


 menanam pada jarak yang sesuai menghasilkan tanaman kuat dan tegap supaya
tidak mudah tumbang ditiup angin.