You are on page 1of 10

UCAPAN YB DATO SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA PERASMIAN SEMINAR KEUSAHAWANAN KEBANGSAAN

2012 JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI 31 OKTOBER 2012 (2.30 PETANG)

KELESTARIAN KEUSAHAWANAN MEMACU EKONOMI MAPAN

Assalamualaikum wrt. wbt., Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

1. Pertamanya, sukalah saya melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapat kita bersama-sama hadir pada petang yang berbahagia ini ke Seminar Keusahawanan Kebangsaan Kolej Komuniti 2012. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Pengajian Kolej Komuniti atas jemputan seterusnya merasmikan majlis hari ini.

2. Saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah atas inisiatif yang telah diambil oleh Jabatan Pengajian Kolej Komuniti kerana menganjurkan seminar ini dan saya percaya ia adalah satu lagi usaha murni untuk memupuk dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan para pelajarnya. Harapan saya agar penganjuran ini mampu merangsang aktiviti keusahawanan yang menggalakkan dan

Page | 1

seterusnya melahirkan usahawan yang berilmu serta berkemampuan untuk bersaing di peringkat tempatan mahupun global.

Tuan-tuan dan Puan-puan, (KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR IPT)

3. Kejayaan kita merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, amat bergantung kepada usaha kita menjayakan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang bertujuan mentranformasikan pertumbuhan ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi. Dalam menjayakan model ini, keusahawanan yang menjadi salah satu daripada terasnya perlu dijaya dan digerakkan agar ekonomi negara sentiasa dinamik sekaligus

memperkukuhkan produktiviti negara.

4. Seperti yang kita sedia maklum, keusahawanan bermula dengan wujudnya usahawan yang berpotensi, iaitu seseorang individu yang bukan sahaja mempunyai keberanian untuk menceburkan diri dalam aktiviti keusahawanan semata-mata, malah mempunyai kepercayaan dan keupayaan untuk melakukannya. Berdasarkan kajian mengenai persepsi, niat dan sikap masyarakat terhadap bidang keusahawanan yang dijalankan oleh Global Entrepreneurship Monitor (GEM) di 54 buah Negara, Malaysia didapati berada di kedudukan yang agak

Page | 2

rendah dari segi niat individu untuk menjadi usahawan iaitu hanya mencapai skor sebanyak 8.7% berbanding Negara-negara yang mempunyai skor tertinggi seperti Colombia (55.8%), Chile (46%) dan China (42.8%).

5. Kajian yang dibuat oleh pihak Kementerian juga mendapati bahawa bidang keusahawanan masih lagi belum menjadi sebagai kerjaya pilihan dalam kalangan pelajar IPT tempatan. Sebagai contoh bagi tahun 2011 hanya sekitar 1% sahaja graduan dan lulusan IPT yang menceburi bidang keusahawanan dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian iaitu seramai 776 orang daripada universiti awam, 259 orang daripada lulusan politeknik dan 126 orang daripada lulusan KOLEJ KOMUNITI.

6. Sehubungan itu, usaha yang bersepadu perlu diambil bagi menerapkan nilai dan budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia, terutamanya di kalangan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi tempatan termasuk di Kolej Komuniti. Dalam perkara ini, banyak kajian telah membuktikan bahawa pendidikan keusahawanan mampu untuk meningkatkan kecenderungan dan minat pelajar institusi pengajian tinggi untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan disamping dapat menjadikan mereka lebih berdaya saing dan berdaya usaha samada dari segi pemikiran mahupun tingkah laku.
Page | 3

7. Pendidikan keusahawanan juga didapati amat signifikan untuk membina modal insan yang mempunyai kemahiran dan pemikiran usahawan serta inovatif bagi kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dimasa hadapan. Berdasarkan premis ini, negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Finland, Germany dan Republic of Ireland telah menyatakan komitmen mereka dalam pendidikan keusahawanan dengan menjadikannya sebagai strategi utama bagi pembangunan ekonomi masing-masing.

8. Selari dengan perkembangan ini, KPT telah menjadikan pendidikan dan pembangunan keusahawanan sebagai salah satu agenda penting Kementerian apabila satu dasar khusus iaitu Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT telah dilancarkan pada tahun 2010 bagi menggalakkan pendidikan dan pembangunan keusahawanan yang terancang dan holistik di kalangan IPT tempatan. Dengan wujudnya dasar ini pelbagai usaha dan inisiatif telah diambil oleh pihak kementerian dalam menerapkan budaya dan nilai-nilai keusahawanan dikalangan pelajar dan warga IPT disamping untuk meningkatkan jumlah pelajar dan lulusan IPT yang menceburi bidang keusahawanan.

Page | 4

Tuan-tuan dan Puan-puan, (MEMBINA MINAT, MENGINTAI PELUANG KEUSAHAWANAN)

9. Dalam proses melahirkan seorang usahawan, kita sememangnya akui bahawa ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Cabaran ini menjadi semakin hebat dengan keadaan ekonomi global yang tidak stabil pada ketika ini. Oleh itu, kita bukan sahaja perlu menumpukan kepada inisiatif untuk melahirkan usahawan semata-mata tetapi perlu juga memberi perhatian kepada usaha-usaha untuk membentuk usahawan yang berkualiti dan mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi. Untuk itu, para usahawan yang akan lahir dari bimbingan Kolej Komuniti perlu dilengkapkan bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan tetapi juga dari segi kekuatan mental dan kerohanian bagi mengharungi cabaran dan persaingan dunia keusahawanan sebenar yang semakin kompetitif.

10. Selain itu, SOKONGAN DALAM BENTUK KEWANGAN juga penting dalam menjayakan agenda keusahawanan sebagai modal pemula untuk menggerakkannya. Kementerian Pengajian Tinggi ingin

mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan khususnya YAB. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana telah mengumumkan melalui Bajet 2013, seperti beberapa insentif bagi latihan
Page | 5

usahawan-usahawan

muda

program-program

keusahawanan di bawah New Entrepreneurship Foundation dan dana pinjaman dibawah Young Entrepreneurship Fund yang terbuka kepada semua belia yang berumur 30 tahun kebawah. Dengan adanya dana pinjaman ini, para pelajar Kolej Komuniti yang dulunya mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman kewangan seperti di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang hanya terbuka kepada pelajar diploma dan Ijazah sahaja, bolehlah menarik nafas lega.

Tuan-tuan dan Puan-puan, (KOLEJ KOMUNITI DAN KEUSAHAWANAN)

11.

Penglibatan

kolej

komuniti

dalam

membangunkan

minat

keusahawanan dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat bukanlah suatu perkara baharu. Ini kerana sejak 17 Mei 2010, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti telah sedia menubuhkan PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWAN KOLEJ KOMUNITI atau PUSKOM yang berperanan sebagai pusat kecemerlangan dan pusat

tumpuan (focal point) dalam pembangunan dan penggalakan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar kolej komuniti serta masyarakat setempat. Selain itu, PUSKOM juga telah dijadikan pusat rujukan pembangunan keusahawanan melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti-aktiviti latihan, khidmat perundingan, khidmat nasihat,

Page | 6

penyelidikan

dan

pembangunan,

bimbingan,

jaringan

dan

pengembangan. Ini termasuklah seminar yang diadakan pada hari ini yang julung-julung kali diadakan di peringkat kolej komuniti, namun berjaya menarik minat 1,000 orang peserta dan 30 orang pembentang kertas kerja dari IPT tempatan termasuk politeknik dan kolej komuniti. Syabas dan tahniah kepada PUSKOM.

12.

Manakala di peringkat kolej komuniti sendiri, sebanyak 76 Pusat Keusahawanan Kolej Komuniti yang dikenali sebagai e-Tech Centre telah berjaya diwujudkan. e-Tech Centre di setiap kolej komuniti ini memainkan peranan sebagai agensi pelaksana dalam menggerakkan pelbagai aktiviti keusahawanan di kolej komuniti masing-masing yang akan turut melibatkan aspek pemasaran dan promosi melalui kolaborasi strategik dengan agensi kerajaan yang berkaitan. Mulai tahun 2012 ini, Kementerian telah menetapkan sasaran 1 e-Tech 1 Bisnes, di mana setiap e-Tech Centre perlu menghasilkan sekurang-kurangnya satu produk yang akan

dikomersilkan dan seterusnya menyediakan peluang perniagaan kepada pelajarnya melalui program francais yang bakal dilaksanakan kelak.

Page | 7

13.

Bagi

mengukuhkan

lagi

peranan kaedah

kolej

komuniti

terhadap

pembangunan

keusahawanan,

pelaksanaan

pengukuhan

keusahawanan di kolej komuniti diperluaskan lagi bagi memastikan ianya dinikmati oleh masyarakat. Dalam hal ini, kementerian telah bersetuju supaya DEFINISI PELAJAR KEUSAHAWANAN DI KOLEJ KOMUNITI DIPERLUASKAN lagi bukan sahaja kepada pelajar sepenuh masa yang mengambil kursus modular tetapi juga kepada pelajar separuh masa dari kalangan masyarakat setempat yang mengambil Modul Keusahawanan di kolej komuniti.

14.

Saya difahamkan bahawa Modul Keusahawanan kolej komuniti ini

telah siap dibangunkan dan akan dilancarkan pada petang ini. Modul yang akan mengambil tempoh tiga bulan pengajian ini diharapkan dapat memberi peluang kepada usahawan sedia ada (dari kalangan komuniti setempat) untuk diiktiraf sebagai pelajar kolej komuniti serta mempunyai akses dan kelayakan setara sebagaimana pelajar kolej yang lain. Kaedah ini diharapkan dapat meluaskan akses program keusahawan kolej komuniti kepada masyarakat.

15.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi

tahniah atas usaha Jabatan Pengajian Kolej Komuniti menubuhkan ALUMNI USAHAWAN KOLEJ KOMUNITI. Harapan saya agar penubuhan alumni ini bukan sahaja dapat mewujudkan komuniti

Page | 8

usahawan dalam kalangan bekas pelajar kolej komuniti tetapi turut sama membantu melahirkan lebih ramai lagi usahawan melalui pelbagai program bimbingan dan perkongsian pengalaman yang bakal diatur kelak. Pendekatan ini juga, diharap membuka saluran jaringan strategik dan kerjasama pintar sesama usahawan dan mungkin untuk pergi lebih jauh lagi, satu DEWAN PERNIAGAAN USAHAWAN KOLEJ KOMUNITI boleh diwujudkan bagi membantu usahawanusahawan muda yang baru ingin merangkak naik. Saya telah dimaklumkan sehingga kini, seramai 334 orang usahawan kolej komuniti telah berjaya di luar sana dan 4 orang daripadanya telah bergelar jutawan. Mereka yang berjaya inilah yang amat kita perlukan untuk terus bersama-sama kita dalam menjayakan agenda keusahawanan IPT.

(PENUTUP) Para hadirin yang saya hormati sekalian,

16.

Seminar Keusahawanan Kebangsaan Kolej Komuniti ini telahpun

menyusun pelbagai pengisian bagi memastikan ia mencapai objektif yang telah ditetapkan. Saya difahamkan beberapa tokoh usahawan dan ahli pengusaha perniagaan turut menyertai seminar ini. Saya pasti dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menjadi teman mentor kepada bakal usahawan dikalangan pelajar ini. Tuan-tuan dan

Page | 9

puan-puan juga turut menyemarakkan semangat keusahawanan yang akan menyumbang kepada pembangunan keusahawanan pelajar. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada tuan-puan sekalian. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pembentang kertas kerja diseminar ini yang sanggup meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dan

pengalaman yang tidak ternilai.

17.

Saya yakin dengan pengisian dan sokongan yang mantap

daripada pelbagai pihak, peserta yang menyertai seminar ini tidak akan pulang dengan dada yang kosong sebaliknya membawa pulang semangat dan pemikiran baru beserta seribu cabang idea

keusahawanan untuk direalisasikan kelak. Justeru itu saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program yang amat bermakna ini.

18.

Akhir sekali, dengan lafaz Bismillah Hirahman Nirahim saya

dengan ini membuka majlis Seminar Keusahawanan peringkat Kebangaan dengan rasminya dengan tema Kelestarian Usahawan Memacu Ekonomi Mapan. Wabillahi Taufik Walhidayah

Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page | 10

You might also like