You are on page 1of 25

Masyarakat Orang Asli merupakan satu entiti masyarakat Malaysia yang tersebar di seluruh negara di Semenanjung Malaysia, kecuali

Perlis dan Pulau Pinang.

Negeri-negeri yang banyak ditemui kewujudan dan penempatan mereka ialah Pahang diikuti Perak, Kelantan dan seterusnya.
Orang Asli terbahagi kepada tiga suku kaum iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli.

Dari aspek kepercayaan, masyarakat orang Asli didapati mempunyai adat resam dan kepercayaan animisme. Dari aspek organisasi dan struktur sosial, masyarakat ini masih mengekalkan dan mementingkan sikap kerjasama dan mewujudkan puak yang dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil batin yang bertanggungjawab menjaga dan menjamin ketenteraman puak serta menjdi penghubung kepada masyarakat luar.

Sewaktu Mengandung : Wanita yang mengandung akan menempah seorang bidan yang akan membantu wanita berkenaan ketika bersalin.
Ketika kandungan berusia tujuh bulan , bidan yang dipilih itu perlu melakukan upacara melenggang perut. Upacara itu akan dijalankan oleh mak bidan yang akan menjampi wanita yang mengandung itu bertujuan untuk mengusir sebarang semangat jahat dan gangguan lain bagi menjamin keselamatan ibu serta bayi. Adat ini juga penting untuk menentukan kandungan berada di kedudukan yang betul agar memudahkan proses bersalin kelak.

Wanita mengandung tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyamai haiwan berkenaan.
Mereka dilarang memakan ikan yang berwarna merah kerana dikhuatiri berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi. Wanita mengandung juga dilarang bekerja pada waktu subuh dan maghrib kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya telah terganggu.

Semasa Bersalin : Semasa bayi dilahirkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan serpih buluh yang tajam dan dimandikan dengan air suam. Selepas Lahir : Bayi akan diberi nama dengan kebenaran dari ibu bapanya selepas selamat dilahirkan. Nama bayi diberi berdasarkan nama pokok, tumbuhtumbuhan, ikan atau tempat yang dekat dengan bayi ketika lahir atau juga menurut nama peristiwa yang berlaku ketika bayi dilahirkan.

Jika nama yang diberi tidak sesuai , bayi akan jatuh sakit.
Ibu bapa tadi akan 'menjualkan' bayinya kepada orang lain, iaitu ibu bapa barunya. Dipercayai penyakit bayi adalah disebabkan ketidaksesuaian antara bayi dan ibunya. Tetapi tidak lama selepas itu ibu bapa baru akan menyerahkan kembali bayi tersebut kepada ibu bapa kandungnya.

Adakalanya nama bayi perlu diubah kerana tidak sesuai. Jamuan kecil-kecilan akan dibuat sempena pertukaran nama bayi tersebut.

Kadang kala pulut kuning akan diberi kepada jiran-jiran. Bidan pula akan menjalankan upacara pembersihan yang menyerupai adat menepung tawar dalam kalangan masyarakat Melayu supaya bayi berada dalam keadaan selamat dan sihat.

Tanggal Tali Pusat


Tali pusat akan tanggal dalam tempoh seminggu selepas bayi dilahirkan.
Masyarakat Orang asli akan menguruskan tali pusat tersebut dengan sebaik-baiknya. Tali akan dibungkus dengan kain putih bersama-sama sebiji atau tiga biji lada hitam. Kemudian tali pusat itu digantung di atas api bertujuan untuk memelihara kesihatan bayi.

Jika bayi itu sakit, tali pusat tadi akan direndam di dalam air dan diberi minum kepada bayi supaya sembuh. Apabila bayi sudah pandai merangkak, tali pusat tadi akan diberikan kepadanya untuk dijadikan permainan. Sekiranya tali pusat tadi hilang, ini bermakna bayi akan bekerja di tempat yang jauh apabila dewasa nanti kerana kononnya tali pusat tersebut merupakan sebahagian daripada 'adik beradiknya.

Bagi suku Negrito dan Senoi, kematian yang dilakukan berlainan mengikut suku kaum sendiri. Masyarakat orang asli akan membersihkan si mati terlebih dahulu. Kemudian si mati akan diletakkan di tengah-tengah rumah untuk dilihat oleh ahli saudara-mara. Sekiranya semasa hidupnya si mati menghisap rokok, bibir si mati akan dikepilkan dengan rokok sebagai tanda menghormati si mati.

Kemudian ahli keluarga yang paling rapat akan menangis, tetapi tangisan tersebut haruslah perlahan supaya tidak mengganggu si mati. Pada masa yang sama ahli keluarga membaca beberapa mantera untuk dijadikan bekalan si mati. Ahli-ahli keluarga dilarang mengungkit keburukan si mati semasa hidup.
Ada juga di kalangan mereka yang mengenakan si mati dengan pakaian yang cantik terutama pakaian ketika perkahwinan.

Kebanyakan mayat akan dikebumikan di kawasan yang khas. Bagi kebanyakan suku kaum yang mengamalkan kehidupan secara berpindah-randah, mayat mereka akan dikebumikan di kawasan petempatan mereka. Oleh itu mereka akan berpindah ke kawasan lain kerana dipercayai si mati akan menjadi hantu dan akan mengacau ahli keluarga yang lain. Suatu ketika dahulu suku Negrito mengebumikan mayat di kawasan tertentu seperti di bawah pokok besar, gua, batu besar atau diletakkan sebelah busut. Namun amalan tersebut semakin berkurangan.

Kebanyakan masyarakat Orang Asli berkahwin ketika usia masih muda. Bagi kaum lelaki, usia 18 tahun merupakan usia yang paling sesuai untuk mendirikan rumahtangga. Kaum perempuan pula ketika berusia 16 tahun dan hendaklah tidak lebih daripada usia kaum lelaki. Perkahwinan dilakukan oleh ibu bapa bakal pengantin, bermula daripada upacara merisik sehinggalah seseorang telah menjadi pasangan suami isteri secara sah. Oleh itu jodoh ditentukan oleh ibu bapa.

Hantar Tanda Hari menghantar tanda atau menghantar cincin diketuai oleh seorang wakil ketua kampung untuk menetapkan hari meminang.
Sebelum itu kedua-dua belah pihak telah bertemu untuk mendapat persetujuan tentang hari penghantaran cincin tanda. Setelah itu barulah penghantaran cincin tanda dilakukan. Biasanya menghantar cincin tanda ini dilakukan oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua.

Meminang Pada masa yang ditetapkan upacara meminang dijalankan oleh kedua-dua belah pihak yang diwakili oleh Tok Batin dan Penggawa sekiranya berlainan suku kaum.

Mereka mengadakan perbincangan di sebuah rumah besar atau kini balai raya. Apabila selesai upacara meminang satu tarikh untuk hari melangsungkan perkahwinan ditetapkan iaitu kira-kira tujuh bulan, lapan bulan atau setahun dari upacara meminang.

Elakkan pertelingkahan di rumah sebelum keluar ke hutan. Mestilah dikalangan orang yang arif mengenai fungsi serta yakin dengankhasiat herba yang diambil. (Sering dilakukan oleh mereka dari keturunan bomoh atau bidan) Tidak boleh bercakap sembarangan semasa mencabut pokok herba seperti mengeji,mengata dan bercakap kasar.

Kenal pasti kedudukan di mana tumbuhnya pokok herba. Jika bertindih dengan pokok lain, ia tidak boleh dicabut. Dilarang juga mengambil herba yang tumbuh berdekatan atau di atas busut.
Elakkan mencabut herba pada waktu senja. Sebaikbaiknya jam 9 pagi hingga 5 petang. (Selain sebab keselamatan,mereka percaya senja adalah waktu syaitan berkeliaran) Dilarang melangkah pokok herba bagi mengelak khasiatnya jadi tawar . Jika terjumpa ulat gonggok, semut atau binatang lain, jangan diusik atau diejek, bimbang berlaku malapetaka. Jika terjumpa batu atau pokok ganjil, jangan ditegur.

Kedudukan rumah dilarang menghala laluan

matahari. Jika tidak mengikut peraturan tersebut penghuni rumah berkenaan kelak akan selalu demam dan sakit. Dilarang membuat kerja-kerja memasang rumah di waktu senja dan pada hari-hari yang dianggap tidak baik iaitu bulan 15,16 dan 17.

Tidak boleh jatuh di dalam rumah yang sedang dalam pembinaan. Jika jatuh, ini boleh menyebabkan penghuni rumah itu jatuh sakit. Setiap rumah baru mestinya mengadakan kenduri. Jika tidak melakukannya, ia mungkin akan mendatangkan perkara yang tidak baik kepada penghuni rumah tersebut.

Tidak boleh tidur atau pindah ke rumah yang masih belum siap dibina sepenuhnya, kanak-kanak juga dilarang menangis di rumah tersebut. Jika berlaku keadaan itu, rumah tersebut tidak akan membawa tuah kepada penghuninya.

o Kebanyakan binatang hidup di darat tidak boleh dimasak atau dimakan bersama dengan binatang di air, seperti ikan dengan daging kerbau. Jika dilakukan, boleh mendatangkan penyakit demam kuning, keguguran rambut, batuk darah dan sakit paru-paru. o Buah-buahan yang mana pokoknya tumbuh di bawah kayu teras atau yang berapit serta dahan yang bertakung air ,tidak boleh dimakan. Jika dilakukan, bolehlah mendatangkan penyakit.

Sekian, terima kasih.

You might also like