Disediakan oleh Mohd Faidz Hj Ibrahim ( Moderator Blog Insan Istimewa Permata Hati ) Sumber diperolehi daripada http

://www.ppdlms.edu.my/pk KAEDAH KOMUNIKASI KANAK-KANAK PEKAK a) Makaton b) Lip Reading / Speech Reading c) Total Communication / Komunikasi Seluruh d) Sign Language e) Cued Speech / Pertuturan Kiu Makaton Perbendaharaan kata dari 350 manual sign / isyarat yang diambil dari kata tersebut disusun dalam sembilan pringkat. Peringkat satu hingga enam berdasarkan kepada perkembangan perbendaharaan kata kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 4 setengah tahun. Peringkat tujuh hingga lapan ditambah dengan beberapa konsep yang kompleks dan peringkat sembilan menyediakan perkataan tambahan. Peringkat pertama hingga lapan diajar mengikut susunan. Makaton diciptakan untuk kegunaan kanak-kanak pekak dan orang dewasa yang terencat akal (Mental handicap)Kelebihan kaedah ini ialah ia mudah. Isyarat-isyarat mudah dikenali bagi peringkat umur yang rendah, juga mudah dikuasai atau difahami hanya perlu latihan yang singkat sahaja. Kelemahan kaedah ini ialah kekurangan rasionalbunyi-bunyi linguistic dan ketidaktetapan hubungan dengan struktur nahu Bahasa Inggeris.Kaedah ini juga bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang teruk. Lipreading / Bacaan bibir Di US dikenali seperti “Speech Reading”. Lip Reading adalah kaedah komunikasi melalui memahami pertuturan (spoken language) dengan memerhati atau mengikuti pergerakan bibir penutur (spoker). Sesetengah bacaan bibir termasuk memahami atau mentafsir sehingga ke otototot muka atau mimic muka dari gerak badan (body Gestures). Total Komunikasi / Komunikasi Seluruh Tujuan adalah untuk menyediakan suasana bahasa bagi kanak-kanak pekak, termasuk pertuturan biasa penggunaan yang optima sisa pendengaran dan alat-alat pendengaran atau bacaan bibir, bahasa isyarat manual, bersama ejaan jari.Dan kaedah komunikasi yang lain termasuk tulisan, gambar atau cetakan(print). Tiga faktor utama dalam Total Komunikasi ialah: dan interaksi bahasa dengan kanak-kanak lain kecuali murid-murid biasa juga diajar bahasa isyarat. b) Pertuturan adalah perlu sebagai cara untuk memberikan orang pekak hidup dalam ruang biasa. c) Keputusan untuk memilih komunikasi adalah kontroversi, kita harus juga mengambil kira pandangan dan keadaan biasa. Sign Language /Bahasa Isyarat

a) Kanak-kanak yang suara isyarat dalam program mains training akan terhad pergaulan

Bahasa Isyarat ialah cara komunikasi yang biasa digunakan. Bahasa isyarat termasuklah ejaan jari, mimik muka / facial express, gerak badan / body language dan sentuhan. Ejaan Jari I. Ejaan Jari adalah bahagian mustahak dalam komunikasi orang-orang pekak. Ejaan jari adalah digunakan untuk Nama Khas seperti nama orang, nama tempat, nama institusi dan alamat.Juga digunakan secara meluas bagi perkataan-perkataan yang tiada Kod Tangan. Ejaan Jari adalah digabungkan dengan penggunaan Kod Tangan. Sebagai contoh, perkataan-perkataan yang bergaris di bawah dalam ayat-ayat berikut yang tiada Kod Tangan mesti menggunakan Ejaan Jari. Contoh:- Nama saya Salbiah Yahya II. Ejaan jari mempunyai 3 aspek penting:

a) Penyampaian Ejaan Jari iaitu (Exprenssive Fingerspelling) ialah penggunaan gerakan b) Penerimaan Ejaan Jari iaitu (Receptive Fingerspelling) ialah penggunaan gerakan c) Aspek ketiga Ejaan Jari, iaitu mestilah diingatkan selalu yang Ejaan Jari ini digunakan bagi
pandangan mata bagi menerima maklumat melalui huruf-huruf gerakan jari. tambahan kepada pertuturan dab bacaan bibir.oleh yang demikian kita mestilah selalu bertutur atau menggerakkan bibir menyebut tiap-tiap perkataan serentak dengan Ejaan Jari dan Kod Tangan. Sekiranya Kod Tangan dan Ejaan Jari disampaikan tanpa pertuturan atau gerakan bibir adalah kesalahan yang nyata dalam konsep Komunikasi Seluruh.Kesalahan seperti ini hendaklah selalu disemak dan dihapuskan. fizikal bagi menyampaikan melalui huruf-huruf gerakan tangan.

Cued Speech

Cued Speech dicipta oleh Cornett (1967) untuk mengatasi kesamaan bacaan bibir. (Lip Reading di US dikenali sebagai speech reading) dengan memberi pelbagai isyarat / tanda menggunakan tangan secara serentak semasa bertutur. Cued Speech menggunakan sistem sebelah tangan (Single Hand Shape) dikelilingi bibir untuk membezakan bunyi-bunyi pertuturan yang dilihat serupa seperti /p/ dan /b/, dan mengenali bunyi-bunyi yang tak dapat dilihat contohnya /k/ Ada 4 isyarat (Cue) tangan untuk vocol dan konsonan. Cued Speech dikatakan untuk membantu ketepatan dan kefahaman ( intelligi bility) bacaan bibir dan membantu kanakkanak memahami asas bunyi-bunyi fonetik. Kesan Cued Speech terhadap perkembangan pertuturan kanak-kanak yang mempunyai sisia pendengaran (hearing) belum / tidak diketahui lagi. Sisa pendengaran yang baik dengan pengunaan alat pendengaran lebih beroleh memberi maklumat dari Cued Speech untuk membantu kanak-kanak bertutur (Ling 89). Cued Spech perlu dipelajari oleh penutur dan pendengar iaitu kedua-dua pihak,baru interaksi / komunikasi boleh berlaku.

Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT) Apakah dia Bahasa Melayu Kod Tangan? Bahasa Melayu Kod Tangan ini bukan Bahasa Melayu Isyarat Tangan.Bahasa Melayu Kod Tangan ini diadakan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami oleh rakyat Malaysia. Apabila Bahasa Melayu Kod Tangan ini diperturunkan ke dalam bahasa tulisan maka tiada apaapa perbezaan pun tentang struktur dan semantik dalam Bahasa Melayu.Ayat-ayat yang diberi kepada kanak-kanak pekak atau kanak-kanak biasa itu akan sama maknanya.Seseorang kanakkanak pekak yang telah dapat menguasai Bahasa Melayu Kod Tangan akan dapat bercakap `` Bahasa Melayu Kod Tangan” dan menulis bahasa yang lazim dengan rakan-rakannya yang boleh mendengar.Kepada guru-guru yang mengajar kanak-kanak pekak, maka penguasaan bahasa Melayu Kod Tangan secara ilmiah, bukan sahaja mustahak untuk mempelajari kod kata dasar tetapi yang lebih mustahak asas-asas nahu dan tatabahasanya Prinsip-prinsip Nahu Bahasa Melayu Kod Tangan Asas-asas bahasa yang digunakan bagi prinsip kod Tangan ini ialah: 1. Kata Dasar 2. Kata Majmuk 3. Kata Ringkas 4. Perkataan Pergandaan 5. Imbuhan (Penambahaan) me, pe, ter, ber dan per 6. Perkataan Seerti 7. Pengecualian 8. Angka

Disediakan oleh: Pn.Apizah bt Taib

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful