You are on page 1of 2

Vii PENUTUP Kecerdasan emosi merupakan sejenis kemahiran memantau serta membuat diskriminasi antara emosi sendiri atau

emosi orang laindan seterusnya, memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang lain. Terdapat lima dimensi kecerdasan emosi dapat diringkaskan dalam

pengetahuan diri, kawalan diri, motivasi diri, empati dan kemahiran sosial. Sebagai seorang guru, Salim seharusnya mempunyai mempunyai kesedaran diri iaitu dapat mengenali emosi diri dan kesannya. Jikalau tidak, perkara ini akan menyebabkan beliau tidak dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat. Beliau juga terpengaruh dengan rakan sehingga tidak dapat membezakan perbuatan yang baik dan buruk Seorang guru juga harus mempunyai kebolehan dalam pengurusan kawalan kendiri dan ini akan mempengaruhi pembentukan wataknya dari segi emosi yang baik. Oleh sebab Salim tidak mempunyai sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas, maka beliau telah kehilangan kepercayaan daripada anak murid dan rakan sekerja sehingga tidak dapat membina keyakinan diri. Beliau juga tidak mengakui kesalahan yang dilakukan serta cuba menjauhi daripada tindakan yang tidak baik ini . Seorang guru juga harus mempunyai kemahiran sosial yang baik. Oleh sebab Salim tidak bijak dalam mengendalikan emosi dan tidak faham akan emosi pihak lain maka akan lahir ketidakpercayaan dalam hubungan dengan pihak lain dan seterusnya menyebabkan konflik berlaku berterusan. Guru sepatutnya mempunyai komitmen dalam menjalankan tugasnya. Salim tidak menyedari nilai tujuan dalam misinya dan akhirnya beliau dipengaruh oleh rakan-rakan yang tidak mempunyai harapan. Hal ini menyebabkan wawasan Salim untuk menjadi seorang guru yang baik semakin diabaikan. Melalui perlakuan yang telah dilakukan oleh Salim, kami telah mendapati mata pelajaran Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) amat penting dalam

melahirkan guru yang berpotensi. Hal ini disebabkan kecerdasan emosi amat diperlukan oleh seorang guru untuk menangani emosi negatifnya dengan cara sihat dan berkesan. Tanpa kecerdasan emosi maka fikiran seseorang guru akan termusnah. Tahap pencapaian kecerdasan emosi seseorang guru akan mempengaruhi tahap pencapaian kecerdasan emosi dalam kalangan pelajarnya melalui pengwujudan suasana bilik darjah yang menyokong perkembangan emosi secara sihat. Oleh itu, seseorang guru harus mempunyai kecerdasan emosi yang baik demi melahirkan bakal pemimpin negara yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

You might also like