PENGERTIAN AURAT Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban.

Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan. Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang tertentu.

PERINTAH MENUTUP AURAT Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 33:

َ َ ّ َ ِ َ َ ّ َ ْ ِ ََ ‫َ َ ْ َ ِ ُ ُ ِ ُ ّ َ َ َ ّ ْ َ َ َ ّ َ ْ َ ِِ ّ ِ ُ َ ى‬ ‫وقرن في بيوتكن ول تبرجن تبرج الجاهلية الول ٰ ۖ وأقمن الصلة وآتين الزكاة‬ ‫وأطعن ال ورسولهۚ إنما يريد ال ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركمْ تطهيرا‬ ً ِ ْ َ ُ َ ّ َ ُ َ ِ ْ َ ْ َ ْ َ َ ْ ّ ُ ُ ْ َ َ ِ ْ ُ ِ ّ ُ ِ ُ َ ّ ِ ُ َ ُ َ َ ّ َ ْ ِ ََ ُ َ
Maksud: "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkaraperkara yang mencemarkan dari kamu. wahai "ahlul bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."

Hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang, berzakat dan perintah-perintah yang lainnya. Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan. Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali. Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang, dengan itu juga akan timbulah berbagai-bagai firnah dari masyarakat tentang diri mereka.

Dalam hal ini Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:

َ ِ ٰ ّ ِ ِ ِ َ ْ ِ ّ ِ ْ ََ َ ِ ْ ُ َ ِ ِ ْ ُ ْ ِ َ ِ َ َ ِ َ َ َ َ ِ َ ْ َ ْ ُ ّ ِ ّ َ ّ َ َ ‫يا أيها النبي قل لزواجك وبناتك ونساء الملؤمنين يلدنين عليهلن ملن جلبيبهلنۚ َذللك‬ ‫أدن ٰى أن يعرفن فل يؤذي ۗ وكان ال غفورا رحيما‬ ً ِ َ ً ُ َ ّ َ َ َ ‫َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ ْ َ َ ُ ْ َ ْن‬ ُ َ
Maksud:"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuanperempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

BATAS AURAT LELAKI Batas aurat lelaki menurut jumhur ulama adalah antara pusat dan lutut baik kepada lelaki muslim dan bukan muslim atau wanita muslim dan bukan muslim. Antara dalil yang menunjuk batas aurat bagi lelakI :

1. Aurat lelaki ialah antara pusat sampai dua lutut. [HR. ad-Daruquthni dan al-Baihaqi]

2. Dari Muhammad bin Jahsyi, ia berkata: Rasulullah SAW melewati Ma’mar, sedang kedua pahanya dalam keadaan terbuka. Lalu Nabi bersabda: “Wahai Ma’mar, tutuplah kedua pahamu itu, kerana sesungguhnya kedua paha itu aurat.” Bukhari] [HR.Ahmad dan

3. Jahad al-Aslami (salah seorang ashabus shuffah) berkata, pernah Rasulullah Saw duduk dekat kami sedang pahaku terbuka, lalu beliau bersabda: “Tidakkah engkau tahu bahwa paha itu aurat?” [HR. Abu Dawud, at-Tirmidzi dan Malik]

4. Juga Rasulullah Saw pernah berkata kepada Ali ra: “Janganlah engkau menampakkan pahamu dan janganlah engkau melihat paha orang yang masih hidup atau yang sudah mati.” [HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah]

BATAS AURAT WANITA Batas aurat wanita adalah wajah dan telapak tangan sebagaimana disebutkan dalam hadis :

1. Hadis riwayat Aisyah r.a, bahwasanya Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai

Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata: “Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tidak ada yang layak terlihat kecuali ini dan ini” sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR Abu Daud dan Baihaqi).

BATASAN AURAT BAGI LELAKI DAN WANITA Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya: 1. Aurat Ketika Sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. 2. Aurat Ketika Sendirian Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antaran pusat dan lutut. 3. Aurat Ketika Bersama Mahram Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Walau pun bagitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yan boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah menutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Rasulullah S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang maksudnya: "Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

ADAB BERPAKAIAN MENURUT ISLAM

Pakaian adalah salah satu diantara tiga keperluan asas dan terpenting yang perlu dimiliki dan dipenuhi oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain sebagai keperluan asasi, pakaian juga boleh menjadi ekoran keperibadian seseorang, sebagai simbol atau tanda dan lain-lain perlembagaan. Kriteria berpakaian itu tidak memadai hanya berdasarkan ukuran adat, kerana adat boleh berubah. Justeru itu, pakaian juga boleh berubah. Oleh kerana itulah ukuran agama adalah yang paling tepat bagi menentukan etika atau kriteria berpakaian iaitu menutup aurat yang menepati kehendak hukum syarak. Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar. Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian untuk lelaki dan wanita iaitu: 1. Menutup aurat Aurat lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari) 2. Tidak menampakkan tubuh

Pakaian yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliukliukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tundukMereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim) 3. Pakaian tidak ketat Tujuannya adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan 4. Tidak menimbulkan riak Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah) 5. Lelaki dan wanita adalah berbeza Pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim) Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." ?(Abu Daud dan Al-Hakim). 6. Larangan memakai sutera

Islam mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih) 7. Melabuhkan pakaian Tudung yang seharusnya dipakai sesuai mengikut kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab:59 :

َ ِ ٰ ّ ِ ِ ِ َ ْ ِ ّ ِ ْ ََ َ ِ ْ ُ َ ِ ِ ْ ُ ْ ِ َ ِ َ َ ِ َ َ َ َ ِ َ ْ َ ْ ُ ّ ِ ّ َ ّ َ َ ‫يا أيها النبي قل لزواجك وبناتك ونساء الملؤمنين يلدنين عليهلن ملن جلبيبهلنۚ َذللك‬ ‫أدن ٰى أن يعرفن فل يؤذي ۗ وكان ال غفورا رحيما‬ ً ِ َ ً ُ َ ّ َ َ َ ‫َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ ْ َ َ ُ ْ َ ْن‬ ُ َ
Maksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." 8. Memilih warna sesuai Pemilihan pakaian berdasarkan warna yang sesuai seperti warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim) 9. Larangan memakai emas Islam melarang lelaki memakai barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya. Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai. Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita." 10. Mulakan sebelah kanan Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud : "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri. Rasulullah SAW bersabda : "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim). 11. Selepas membeli pakaian Apabila memakai pakaian yang baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud: "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah". 12. Berdoa Ketika menanggalkan pakaian, lafazkanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia. Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.

AURAT DAN FESYEN PAKAIAN MENURUT ISLAM Mazhab Imam Syafie berpendapat lelaki wajib menutup aurat di antara pusat dengan lutut daripada dilihat oleh lelaki dan perempuan bukan mahramnya. Sabda Rasulullah SAW : Aurat lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut. Para ulama sepakat berpendapat bahawa aurat perempuan kepada lelaki bukan mahram ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur:31

‫وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظلن فروجهلن ول يبلدين زينتهلن إل مللا‬ َ ِ ّ ُ ََ ِ َ ِ ْ ُ َ ّ ُ َ ُ ُ َ ْ َ ْ ََ ّ ِ ِ َ ْ َ ْ ِ َ ْ ُ ْ َ ِ َِ ْ ُ ِْ ْ ُ َ ْ َ ّ ِ ِ َ ُ ُ ِ ِ ّ ُ َ َ ِ َ ِ ْ ُ َ ‫ُ ُ ِ ِن‬ ‫ظهلر منهۖ وليضلربن بخمرهلن علل ٰى جيللوبه ۖ ول يبلدين زينتهلن إل لبعللولتهن أو‬ ّ ََ ّ ِ ِ ُ ُ ِ َ ْ ِ ْ َ ْ َ ‫َ َ َ ِ ْ َللا‬ ْ َ ّ ِ ِ َ ِ ‫َ ِ ِ ّ َ ْ َ ِ ُ ُ َ ِ ِ ّ َ ْ َ ْ َل ِ ِ ّ َ ْ َ ْ َل ِ ُ ُل َ ِ ِ ّ َ ْ ِ ْ َ ِ ِ ّ َ ْ َ ِل‬ ‫آبائهن أو آباء بعولتهن أو أبنلائهن أو أبنلاء بعلولتهن أو إخلوانهن أو بنلي إخْلوانهن أو‬ ِ َ ّ َ ِ ِ َ ْ ِ ِ ُ ِ ْ َ َ ِ ِ ّ ِ َ ّ ُ ُ َ ْ َ ْ َ ََ َ ْ َ ّ ِ ِ َ ِ ْ َ ّ ِ ِ َ َ َ ِ َ ‫بني أخواتهن أو نسائهن أو ما ملكت أيمانهن أو التابعين غير أولي الربة من الرجللال‬ َ ِ ْ ُ َ َ َْ ُ ِ ّ ِ ُِ ْ ‫َ ْ َ ِ ّ َ ء َ َ ْ ِ ْ َ ِأ‬ ‫أو الطفل الذين لم يظهروا عل ٰى عورات النساۖ ول يضربن بَرجلهن ليعلم ما يخفيللن‬ ِ ََ ُ َ ْ َ ْ َ َ ِ ّ ِ ْ ّ ِ َ َ ُ ِْ ُ ُ َّ َ َ ُ ِ ْ ُ ْ َ ّ َ ً ِ َ ّ َِ ُ ُ َ ّ ِ ِ َ ِ ْ ِ ‫من زينتهنۚ وتوبوا إلى ال جميعا أيه المؤمنون لعلكمْ تفلحون‬ ِ
Maksud: Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki

mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Islam merupakan agama yang mementingkan kecantikan. Namun begitu, Islam turut menekankan aurat dalam kecantikan kepada tubuh manusia. Tujuan pakaian menurut pandangan Islam ialah menutup aurat dan perhiasan. Ini merupakan pemberian Allah kepada umat manusia. Firman Allah SWT: Surah Al-A’raf : 26.

َ ِ ٰ ٌ َْ َ ِ ٰ ‫يا بني آدم قد أنزلنا عليكم لباسا يواري سوآتكم وري ًۖ ولباس التقو ٰى َذللك خيلرۚ َذللك‬ َ ْ ّ ُ َ َِ ‫َ َ ِ َ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ ََ ْ ُ ْ ِ َ ً ُ َ ِ َ ْ ِ ُ ْ َ ِ شا‬ َ ُ ّ ّ َ ْ ُ َّ َ ّ ِ َ ْ ِ ‫من آيات ال لعلهم يذكرون‬ ِ
Maksud: Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup 'auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa, itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. Surah Al-A’raf : 27

‫يا بني آدم ل يفتننكم الشيطان كما أخرج أبويكم من الجنة ينزع عنهما لباسهما ليريهما‬ َ ُ َ ِ ُِ َ ُ َ َ ِ َ ُ ْ َ ُ ِ ْ َ ِ َّ ْ َ ِ ْ ُ ْ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ ُ َ ْ ّ ُ ُ َّ ِ ْ َ َ َ َِ َ ‫سوآته َۗ إنه يراكم هو وقبيله من حيث ل ترونه ۗ إنا جعلنا الشياطين أوليللاء لل لذين ل‬ َ ِ ِّ َ َ ِْ َ َ ِ َ ّ َ ْ َ َ ّ ِ ‫َ ْ ِ ِما ِ ّ ُ َ َ ُ ْ ُ َ َ َ ِ ُ ُ ِ ْ َ ْ ُ َ َ َ ْ َ ُم‬ ْ َ ُِ ْ ُ ‫يؤمنون‬
Maksud: Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya

untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman. Surah Al-A’raf : 31

ّ ِ ُ ُ ّ ِ ُ ِ ْ ُ َ َُ ْ َ ‫َ َ ِل َ َ ُ ُ ِ َ َ ُ ْ ِ ْ َ ُ ّ َ ْ ِ ٍ َ ُُل‬ ‫يا بنلي آدم خلذوا زينتكلم عنلد كلل مسلجد وكللوا واشلربوا ول تسلرفوا ۚ إنله ل يحلب‬ َ ِِ ْ ُ ْ ‫المسرفين‬

Maksud: Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mssjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orangorang yang berlebih-lebihan.

PAKAIAN DALAM ISLAM Dalam membicarakan soal pakaian bagi wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut: • • Pakaian itu hendaklah menutup aurat. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan. Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al Albi dan Rasulullah S.A.W. pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid), untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya. Suatu hari Rasulullah S.A.W. bertanyakan Usamah: "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab: "Saya telah berikan kepada isteri saya." Lalu Rasullullah S.A.W bersabda kepada Usamah: "Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika

kain Qibtiah itu tidak di alas , maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)". • Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.

Pakaian itu hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan mambayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.

• •

Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: maksudnya: Rasulullah S.A.W. telah melaknat orangorang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian • Pakaian itu bukan melambangkan kemegahan dan bukan untuk berhias-hias atau ditambah dengan haruman yang semerbak. Abu Musa Al-Asy'ari telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina." • Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar dan sekaligus menghindari perbuatan tidak bermoral di kalangan para lelaki terhadap kaum wanita. Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah S.W.T. dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang amat tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.

RENUNGAN….. JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP WANITA

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Bagaimanakah caranya? 1. Membuka Bahagian Tangan Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang." Begitulah bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen

yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka." Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang." Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah. Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit Setelah para wanita mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power". Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju

sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan." Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut" Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini." "Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga. "Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus

dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

BERFESYEN BIAR MENEPATI SYARIAT

Gelombang fesyen yang sentiasa bergerak pantas turut memberi impak kepada gaya berpakaian wanita bertudung hingga pada suatu peringkat ia dilihat bertentangan dengan hukum syariat. Peralihan daripada pakaian tradisi seperti baju kurung dan kebaya kepada pilihan yang lebih Moden dan bergaya semakin menghakis ciri-ciri menutup aurat seperti mana yang digariskan dalam Islam.

Perspektif Islam memandang bergaya mengikut trend semasa bukanlah satu perkara yang melanggar undang-undang syariat. Asalkan ia menepati garis panduan yang telah ditetapkan agama.

Menurut Pensyarah di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Fariza Md. Sham, Islam tidak pernah melarang umatnya bergaya

dan mengikuti aliran fesyen selagi ia bertepatan dengan hukum agama. Islam menggariskan wanita mesti menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Pakaian pula hendaklah daripada jenis kain yang tebal, tidak nipis dan jarang supaya tidak menampakkan susuk tubuh. Selain itu, satu perkara yang kena dititikberatkan ialah mereka perlu berpakaian longgar dan tidak terlalu ketat.

Menurut Fariza, pakaian bukan untuk perhiasan diri. Maknanya jangan keterlaluan dan nampak mewah. Kalau bertudung biar nampak sederhana kerana dikhuatiri lari daripada konsep menutup aurat. Islam amat mementingkan penampilan yang bersih dan kemas. “Jangan terlalu selekeh dan menyukarkan pergerakan, contohnya, baju dan tudung yang terlalu besar. Kita boleh pakai jean, kemeja T atau blaus tetapi memenuhi ketiga-tiga syarat di atas,” tegas beliau. Katanya, alQuran tidak menetapkan pakaian tertentu asalkan tidak melanggar hukum agama. Gaya berpakaian anak-anak muda di Malaysia amat menyakitkan mata dengan pengaruh fesyen yang dibawa dari negara Barat

Apabila membicarakan tentang menutup aurat, ia bukan sahaja berkait dengan wanita. Lelaki juga harus mengambil berat mengenai perkara ini. Walaupun aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut, ia tidak bermakna lelaki muslim boleh berpakaian sesuka hati seperti berseluar pendek dan tidak berbaju. Mereka harus berpakaian sopan agar menepati budaya orang Islam.

“Soal fesyen merupakan salah satu cabaran bagi pendakwah kerana isu ini agak sukar untuk diperkatakan kerana ia dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya, yang paling ketara ialah aliran fesyen dari Hollywood yang semakin menular di kalangan artis tempatan. Tidak kurang juga ada sesetengah artis muslim yang ditaja pakaian mereka. Apa pun, mereka mempunyai hak untuk memilih yang terbaik,” katanya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful