You are on page 1of 15

1.

0

Pendahuluan Menurut Dorothy Emmet bagi 1979, menyatakan bahawa

manusia bergantung kepada tatasusila dan adat serta kebiasaan masyarakat dan agama membantu menilai tingkahlaku beberapa seseorang. Dalam pendekatan sukatan moral, terdapat bukan merupakan nilai akhlak atau moral

nilai moral sekular ataupun aliran pemikiran sekular di mana ia agama. Namun, ianya menolak kebimbingan Tuhan dan bercorak keduniaan semata-mata. Penganut-penganut moral sekular sengaja memperkecilkan agama dan kepercayaan kepada Tuhan. Malah mereka menganggap agama sebagai milik peribadi yang harus disimpan dan tidak boleh dihubungkan dengan kehidupan umum manusia. Golongan sekular berpendapat baik atau buruk adalah persoalan yang termasuk dalam konsep falsafah moral yang melahirkan berbagai-bagai aliran. Terdapat empat aliran pemikiran sekular dalam moral yang membentuk tingkahlaku manusia. Aliran pemikiran bergantung pada persepsi individu pada isu ataupun situasi yang dihadapi dan alternatif penyelesaian yang diambil. Ia bergantung pada individu yang wujud. Pertama, menyelesaikannya berdasarkan pengalaman, tahap aliran intuitionisme iaitu aliran yang intelektual dan rujukan persekitaran. Justeru, terdapat empat aliran pemikiran berdasarkan ilham atau kekuatan batin seseorang. Aliran kedua ialah aliran rasionalisme iaitu aliran yang berdasarkan kekuatan akal yang dianuti oleh Plato, Spinoza, Hegel dan lain-lain. Aliran ini menjadikan pemikirnya berfikir dengan waras dan logik. Aliran ketiga ialah aliran naturalisme iaitu aliran pemikiran dengan menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku tanpa mempersoalkan hakikat atau sebab-sebab kewujudan sesuatu isu. Aliran keempat aliran emotivisme yang berasakan emosi ataupun perasaan pada objek atau atau bukti. Wujudnya aliran-aliran pemikiran sekular dalam moral, ianya dapat mewujudkan ataupun membentuk tingkahlaku individu serta banyak mempengaruhi dan memudahkan individu dalam
1

situasi tanpa

melihat

kepada

fakta

menyelesaikan sesuatu isu atau masalah dalam konflik moral. Semua aliran-aliran ini mendorong individu ke arah pembentukan tingkahlaku dan menjadi faktor yang memandu mereka dalam bertindak melakukan sesuatu perkara samada ianya baik mahupun buruk.

2.0

ALIRAN PEMIKIRAN RASIONALISME Rasionalisme adalah suatu cabang daripada bahagian-

bahagian yang wujud dalam pembahagian kaedah pencarian ilmu dan pengetahuan yang benar. Para pendokong rasionalisme ini menggunakan akal pemikiran yang logik untuk memperoleh atau mengesahkan kebenaran sesuatu ilmu. Secara etimologinya, perkataan rasionalisme sebenarnya diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu “rationalism” dan perkataan ini pula berasal daripada suku kata Bahasa Latin iaitu “ratio” yang bermaksud “akal”. Pemikiran teori rasionalisme sudah lama dibangkitkan serta diutarakan oleh ahli falsafah Greek purba seperti Pythagoras dan Plato manakala Rene Descartes adalah tokoh yang pertama kali meletakan dasar teori rasional dalam wacana Falsafah Moden, terutama pada kesedaran budi (akal / rasio) sebagai keupayaan pencapaian kebenaran (antoposentris). Menurutnya, akal menjadi sumber dan pangkal segala pengertian, sedangkan budi memegang pimpinan dalam segala pengertian. Bermula pada sumber rasio atau akal, aliran ini memberi pengaruh yang besar terhadap perkembangan pemikiran tokohtokoh falsafah sesudahnya, terutama pada kurun ke-17 dan di antaranya di Perancis iaitu Blaisc Pascal (1623-1662), Baruch Spinoza di Belanda (1632-1677), Libnis (1646-1716) di Jerman, Descartes (1596-1650) daripada Perancis dan Gottfried Wilhelm Leibniz (1646-1716) daripada Jerman. Walaupun corak pemikiran antara mereka adalah berbeza menurut pandangan masing-masing,

2

akan tetapi substansi teorinya yang diguna pakai sebagai landasan hipotesis dalam membuat keputusan tetap sama iaitu akal. Pada tahap awal pemikiran rasionalisme, tokoh-tokoh seperti yang disebutkan sebelum ini lebih memfokuskan kepada sikap mereka terhadap cara kerja apriori dan aposteriori dalam falsafah dan ilmu pengetahuan. Namun pada abad ke- 20 cara kerja mahu pun dasar teoriti dalam ilmu disoroti dengan lebih tajam dalam lingkup falsafah. Sebelumnya ilmu pengetahuan didekati dengan hukum dan peraturan yang ketat dan dirumuskan dalam suatu teori dari hasil pemantauan. Erti kata lain, mereka lebih memusatkan perhatiannya pada hubungan antara teori dengan keterangan penglihatan, tanpa memperhatikan asal mula dan pertumbuhan teori yang kompleks dalam kajian ilmiah.

Menurut A.R. Lacey, beliau berpendapat bahawa rasionalisme adalah sebuah pandangan yang berpegang teguh bahawa akal merupakan tunjang kepada pengetahuan dan sumber kepada kebenaran. Sementara itu, secara terminologi aliran ini dilihat sebagai aliran yang berpaksikan kepada prinsip bahawa akal mesti diberi kedudukan utama dalam penjelasan serta menekankan akal budi (nisbah) sebagai sumber utama pengetahuan, mendahului, terunggul dan bebas (terlepas) daripada kongkongan pancaindera. Selain itu, pengetahuan dan ilmu yang diperolehi melalui akal akan diterima sebagai ilmu yang sah terutamanya yang berkaitan dengan pengetahuan saintifik. Pengalaman hanya dipakai untuk mempertegas pengetahuan yang diperolehi akal. Rasionalisme tidak mengingkari nilai pengalaman, melainkan pengalaman hanya dipandang sebagai sejenis perangsang bagi fikiran. Hal ini kerana, aliran ini yakin bahawa kebenaran dan kesesatan terletak dalam idea, dan bukannya di dalam sesuatu keadaan. Jika benar bermakna sebagai mempunyai idea yang sesuai
3

dengan atau yang menunjuk kepada kenyataan, maka kebenaran hanya boleh ada di dalam fikiran kita dan hanya boleh diperolehi dengan akal sahaja. Walaubagaimanapun, akal tidak memerlukan pengalaman dalam membuat keputusan mutlak. Akal boleh menurunkan kebenaran daripada dan kepada dirinya sendiri, iaitu atas dasar asas-asas pertama yang pasti. Penyokong rasionalisme memulakan dengan sebuah pernyataan yang sudah pasti. Aksioma asas yang dipakai membangun sistem pemikirannya diturunkan daripada idea yang menurut anggapannya adalah jelas, tegas dan pasti dalam fikiran manusia. Fikiran manusia mempunyai kemampuan untuk mengetahui idea tersebut, namun manusia tidak menciptakannya, ia wujud secara semulajadi walaupun seseorang itu tidak belajar dan tidak mempunyai pengalaman. Idea tersebut dianggap sudah ada dalam "fikiran" sebagai sebahagian daripada kenyataan dasar dalam fikiran manusia.

Rasionalisme juga tidak mengingkari kegunaan deria dalam memperolehi pengetahuan. Pengalaman pancaindera adalah diperlukan untuk merangsang dan memberikan informasi yang membolehkan akal bekerja. Akan tetapi, untuk manusia sampai kepada kebenaran, ia adalah semata-mata dengan menggunakan akal sahaja. Bagi rasionalisme, berita daripada pancaindera merupakan bahan yang belum jelas. Kemudian dipertimbangkan dalam pengalaman berfikir. Akal menetapkan dan menjadikanya pengetahuan yang benar. Namun, akal juga boleh menghasilkan pengetahuan tanpa berdasarkan deria sama sekali, iaitu pengetahuan tentang objek yang betul-betul abstrak.

4

Seorang tokoh rasionalisme yang juga ahli falsafah iaitu Descartes juga turut dikenali sebagai Bapa Rasionalisme telah menyusun beberapa kaedah dalam metodologi rasionalisme untuk mengukuhkan dan mempertahankan hujah bahawa falsafah bersandaran dengan akal. Kaedah itu disebut sebagai Cogito Descartes atau Kaedah Cogito. Selain itu kaedah ini juga turut dikenali sebagai kaedah Syak Descartes (Cartesian Doubt). Penghuraian lebih jelas huraian Descartes tentang bagaimana memperoleh keputusan yang sahih daripada kaedah yang beliau cadangkan, ia boleh didapati dalam bahagian kedua daripada karya Anaximenes Discourse on Method yang menekankan perlunya memperhatikan empat hal berikut iaitu :
1. Tidak menerima sesuatu apa pun sebagai kebenaran,

kecuali bila saya melihat bahawa hal itu sungguh jelas dan tegas, sehingga tidak ada suatu keraguan apa pun yang mampu menggugatnya.
2. Pecahkan setiap kesulitan atau masalah itu sebanyak

mungkin bahagian, sehingga tidak ada suatu keraguan apa pun yang mampu meragukannya.
3. Bimbinglah fikiran dengan teratur, bermula daripada hal

yang sederhana dan mudah diketahui, kemudian secara berperingkat sampai kepada yang paling sukar dan kompleks.
4. Dalam proses carian dan penelaahan hal-hal sulit,

sepatutnya harus dibuat perhitungan-perhitungan yang sempurna serta pertimbangan-pertimbangan yang menyeluruh, sehingga benar-benar yakin bahawa tidak ada satu pun yang terabai atau ketinggalan dalam perhitungan itu.

Menurut Descartes, satu-satunya hal yang tidak dapat diragukan adalah eksistensi dirinya sendiri; beliau tidak menafikan lagi bahawa beliau sedang ragu5

ragu. Bahkan jika kemudian beliau disesatkan dalam berfikir bahawa beliau ada; beliau berdalih bahawa penyesatan itu pun merupakan bukti bahawa ada seseorang yang sedang disesatkan. Selain itu, beliau juga telah berkata dengan kata-katanya yang terkenal, “cogito, ergo sum”, yang bermaksud “aku berfikir, maka aku ada”. Erti kata lain, kesangsian secara langsung menyatakan wujudnya diri dan fikiran yang kebenarannya bersifat pasti dan tidak digoyahkan. Kebenaran tersebut bersifat pasti kerana memahami itu secara jelas dan terpilih atau dengan kata lain tidak ada keraguan sedikit pun di dalamnya. Cogito ergo sum telah dianggap sebagai suatu fasa yang paling penting dalam falsafah Descartes yang disebut sebagai kebenaran falsafah yang pertama (primium philosophium). Akal sebagai sesuatu yang berfikir adalah suatu substansi yang datangnya tabiat dan hakikatnya terdiri daripada fikiran dan keberadaannya tidak memerlukan kepada suatu tempat atau sesuatu yang bersifat kebendaan.

3.0

ALIRAN PEMIKIRAN INTUISIONISME Intuisionisme adalah sistem etika yang tidak mengukur baik

atau

buruk

sesuatu niat

perbuatan

berdasarkan

hasilnya

tetapi

berdasarkan

dalam

melaksanakan

perbuatan

tersebut.
6

Intuisionisme, berasal dari perkataan Inggeris iaitu intuition yang bermaksud manusia memiliki gerak hati atau disebut hati nurani. Gerak hati mampu membuatkan mereka melihat secara langsung perkara benar atau salah, jahat atau baik secara moral. Ia dirujuk sebagai satu proses melihat dan memahami secara spontan. Ia juga merupakan satu proses melihat atau memahami secara intelek. Pengetahuan intuitif ini merupakan pengetahuan langsung tentang suatu sendiri. Organ fizikal yang berkaitan dengan gerak hati atau intuisi tidak diketahui secara jelas. Sesetengah ahli falsafah menyebut sebagai jantung dan ada juga yang menyebut otak bahagian kanan. Pada praktiknya, intuisi muncul dalam bentuk pengetahuan yang tiba-tiba sahaja hadir dalam sedar tanpa melalui proses penalaran yang jelas, tidak analitik dan tidak selalu logik. Intuisi biasa muncul tanpa kita rencanakan sama ada ketika santai atau pun tegang, ketika diam atau pun bergerak. Kadang-kala ia datang ketika kita sedang mandi, ketika bangun tidur dan sebagainya. Erti kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Intuisi disebut juga sebagai ilham atau inspirasi. Meskipun pengetahuan intuisi hadir begitu saja secara tiba-tiba, namun ia juga tidak terjadi kepada semua orang melainkan hanya jika seseorang itu sudah berfikir keras mengenai suatu masalah. Ketika seseorang sudah memaksimakan daya fikirnya dan mengalami tekanan, lalu dia merehatkan fikirannya dengan tidur atau bersantai, maka pada saat itulah intuisi berkemungkinan akan
7

hal

tanpa

melalui

proses

pemikiran

rasional.

Namun,

kemampuan seperti ini bergantung kepada usaha manusia itu

muncul. Justeru, intuisi sering disebut separa rasional atau suatu kemampuan yang berada pada tahap yang lebih tinggi dari rasional dan hanya berfungsi jika rasional telah digunakan secara maksima namun menemui jalan buntu. Hati bekerja pada tempat yang tidak mampu dijangkau oleh akal iaitu pengalaman emosional dan spiritual. Kelemahan akal ialah ditutupi oleh banyak perkara. Menurut Immanuel Kant (1724-1804), akal tidak pernah mampu mencapai pengetahuan langsung tentang sesuatu perkara. Akal hanya mampu berfikir perkara yang dilihat secara terus (fenomena), tetapi hati mampu mentafsir sesuatu perkara dengan tidak terhalang oleh sebarang perkara tanpa ada jarak antara subjek dan objek. Hati dapat memahami pengalaman-pengalaman khusus,

misalnya pengalaman eksistensial, iaitu pengalaman hidup manusia yang dirasakan langsung, bukan yang telah ditafsir oleh akal. Akal tidak dapat mengetahui rasa cinta, tetapi hatilah yang merasakannya. Bagi akal, satu jam di hutan belantara dan satu jam di pantai adalah perkara yang sama, tetapi bagi orang yang mengalaminya adalah berbeza. Hati juga mampu merasakan perkara berkaitan dengan agama, berhubungan dengan Tuhan atau makhluk-makhluk ghaib sekelilingnya dan juga pengalaman bersatu dengan alam. Keutamaaan hati sebagai sumber pengetahuan yang paling banyak dipercayai dibanding sumber lain. Pengetahuan ini disebut sebagai intuisionisme. Majoriti pengetahuan lain yang ahli falsafah Muslim mempercayai disebut wahyu. Wahyu adalah kelebihan hati berbanding akal. Selain itu, terdapat juga sumber pemberitahuan langsung daripada Tuhan kepada manusia dan mewujudkan dirinya dalam kitab suci agama. Namun, sebahagian pemikir Muslim menyamakan wahyu dengan intuisi. Mereka memberi pengertian kepada wahyu sebagai sejenis intuisi pada tahap yang paling tinggi dan hanya nabi serta rasul sahaja yang
8

dapat memilikinya. Intuisionisme dikembangkan di Barat oleh Henry Bergson. Dalam tradisi falsafah Barat, pertentangan keras terjadi antara aliran empirisisme dan rasionalisme. Pada awal abad ke-20, empirisisme masih menguasai pemikiran positivisme dalam kalangan ilmuan Barat. Falsafah pemikiran Islam pula, pertentangan kuat terjadi antara aliran rasionalisme dan intuisionisme. Penilaian positif umumnya para ahli falsafah Muslim wahyu ke atas intuisi sumber memberikan status yang kuat pada sebagai

pengetahuan yang lebih sahih daripada rasionalisme.

3.1

TOKOH-TOKOH ALIRAN INTUISIONISME Intuisionisme dikembangkan oleh Henry Bergson di Barat.

Namun, ia dipelopori oleh Luitzen Egbertus Jan Brouwer (1881– 1966) yang berbangsa Belanda. Aliran ini sejalan dengan falsafah umum yang dicetuskan oleh Immanuel Kant (1724-1804).

1.

Luitzen Egbertus Jan Brouwer (1881 – 1966) Brouwer dilahirkan di sebuah kota di Overschie, Belanda.

Brouwer sering dipanggil dengan nama Bertus dalam kalangan teman-temannya. Pada tahun 1897, Brouwer mengikuti kuliah di Universiti Amsterdam untuk belajar matematik dan fizik. Salah seorang pensyarahnya, Diederik Korteweg iaitu pensyarah matematik memberi pengaruh besar kepada dirinya. Korteweg

terkenal kerana mengemukakan satu teori yang disebut Teori Korteweg. Pensyarah lain yang turut memberi pengaruh dalam hidupnya adalah Gerrit Mannoury seorang pensyarah falsafah. Karya pertama Brouwer adalah “Perubahan Pada Ruang Empat Dimensi” di bawah bimbingan Korteweg.
9

Menurut Brouwer, dasar dari intuisionisme adalah fikiran. Namun, pemikiran-pemikiran oleh pandangan yang dicetuskannya Kant. banyak dipengaruhi Immanuel Matematika

didefinisikan oleh Brouwer sebagai aktiviti berfikir secara bebas, namun ia suatu aktiviti yang ditemukan dari intuisi pada suatu saat tertentu. Pandangan intuisionisme tiada realisme terhadap objekobjek dan tiada bahasa yang menghubungi sehingga boleh dikatakan tidak ada penentu kebenaran matematika diluar aktivii berfikir. Proposisi hanya berlaku ketika subjek dapat dibuktikan kebenarannya (dibawa keluar dari kerangka pemikiran). Kesimpulannya, Brouwer mengungkapkan bahawa tiada kebenaran tanpa dilakukan pembuktian. Brouwer berpegang kuat dengan falsafahnya. Hal ini

dinyatakannya adakah matematika perlu diperbincang agar sesuai atau tidak sesuai dengan matematika klasik merupakan pertanyaan yang kurang penting lagi dan masih tidak terjawab. Pandangannya terhadap matematika tradisional dengan menganggap dirinya hanya sekadar menjadi seorang pengkaji. Kesimpulannya, intusionistik adalah sebahagian dari perkiraan klasik, namun

perkara ini tidak berlaku untuk dianalisis. Untuk analisis, tidak semua analisis klasik diterima atau difahami secara intusionistik, tetapi tiada analisis intusionistik secara klasik diterima. Brouwer mengambil langkah ini dengan penuh kesedaran. Perkara ini bukan bererti pandangan Brouwer ini tiada yang menyokongya. Negara Belanda, menyokong pandangan Brouwer. Pandangan ini didukung oleh Herman Weyl. Brouwer memegang prinsip bahawa matematika adalah aktiviti tanpa perlu diutarakan tanpa bahasa. Justeru, bahasa itu sendiri dapat memberi gambaran-gambaran tentang aktiviti matematikal setelah ada fakta. Perkara ini membuat Brouwer tidak membaik pulih metode aksiomatik yang memegang peranan utama dalam matematika. Membangun logikal sebagai pelajaran tentang pola dalam linguistik
10

yang dijadikan sebagai jambatan bagi aktiviti matematikal sehingga logikal bergantung pada matematika dan bukan sebaliknya. Semua itu digunakan sebagai pertimbangan dalam memilih antara matematika dan metamatematika (istilah yang digunakan untuk matematika tingkat kedua) yang didiskusikan oleh David Hilbert. Berdasarkan pandangan ini, Brouwer merombak kembali teori himpunan Cantor. Ketika tindakan ini mula dilakukan dengan membongkar kategori bilangan infiniti dan kategori bilangan ordinal infiniti yang lebih besar tetapi gagal. Beliau sedar bahawa metodenya tidak berlaku dan tidak dapat menyelesaikan kategorikategori bilangan lebih tinggi, dan hanya meninggalkan bilangan ordinal terbatas (finite) dan tidak dapat diselesaikan atau terbuka (open-ended) bagi sekumpulan bilangan infiniti. Brouwer tetap teguh dengan pandangan falsafahnya, beliau mencuba mengetepikan semua itu dan mahu memahami matematika seadanya. Tidak lama kemudian dia juga mahu menerima prinsip dalam logika, prinsip tidak termaktub di tengah (Principle of the Excluded Middle) namun, dalam keadaan itu dia tetap berfikir bahawa semua itu benar dan sahih namun tidak memberi manfaat. Lewat tulisannya pada tahun 1908 dalam bukunya The Unreliability of The Logical Principles, Brouwer membuat formula dalam istilah-istilah umum kritikannya dalam bentuk sederhana, prinsip yang tidak akan memacu pertentangan. Brouwer memberikan contoh-contoh, diucapkan, tanpa ada alasan positif untuk menerima bahawa perkara itu benar dan sahih. Inovasi ini memberikan intuisionisme ruang bergerak lebih besar daripada aliran-aliran matematika konstruktif adalah pilihanpilihan dalam melihat suatu secara haluan. Banyak diketahui haluan bilangan tidak terhingga dipilih mendahului yang lainnya oleh setiap ahli matematik mengikut keinginan mereka masing-masing. Memilih suatu haluan memberi mereka impresi awal secara intuisi menerima objek yang ditulisnya pada buku yang terbit pada tahun 1914 iaitu
11

prinsip yang membuat matematika mudah dikerjakan iaitu prinsip berkesinambungan yang diformulakan dalam kuliah Brouwer pada tahun 1916. Tujuan utama memilih pembinaan analisis titik-titik dalam (bidang) berterusan (bilangan-bilangan nyata) yang diidentifikasi dengan memilih haluan yang memenuhi syarat kondisi-kondisi tertentu. Memilih berbagai pilihan haluan dapat dilakukan dengan menggunakan alat yang disebut dengan spread yang mempunyai fungsi mirip dengan analisis klasik Cantorian dan pada awalnya Brouwer menggunakan istilah ‘gabung’ untuk berbagai pecahan. Brouwer mengukuhkan dasar ini, teori lalu spread dan teori dalam titik-titik prinsip ini menggunakan termaktub yang

diterbitkan pada tahun 1918/1919 iaitu Founding Set Theory Independently of the Principle of the Excluded Middle.

2.

Arend Heyting (1898-1980) Murid Brouwer Heyting yang memiliki pengaruh sebuah besar pada logik

perkembangan intuisionisme falsafah matematika adalah Arend Heyting. membangunkan formula intuisionisme yang sangat tepat. Sistem ini dinamakan ”Predikat Kalkulus Heyting”. Heyting menegaskan bahawa metafizik adalah pokok dalam kebenaran realisme logik klasik. Bahasa matematika klasik adalah pengertian faktor-faktor objektif sebagai syarat-syarat kebenaran yang terbaik. Erti matematika klasik menggambarkan suatu keadaan dalam pernyataan benar atau salah. Erti seperti ini tidak tepat untuk intuisionisme. Bahasa intuisionisme seharusnya dimaksudkan dalam faktor-faktor syarat penyelesaian. Pengertian akan menggambarkan suatu perhitungan seperti sebuah penyelesaian untuk setiap permasalahan.

12

Heyting mengemukakan hujah dalam pandangan Brouwer mengenai kelaziman alat mental serta pemacu bahasa dan logika. Bukunya yang bertajuk Intuitionism (1956) dia mengemukakan pendapat Brouwer iaitu bahasa adalah media tidak sempurna untuk membincangkan matematika. Sistem utamanya adalah dirinya sendiri sebagai sebuah peraturan pemacu matematika, tetapi yang tidak diyakini sistem utama pemacu matematika menggambarkan secara kuat penguasaan pemikiran matematika. Satu penemuan metode baru memungkinkan kita untuk memperluas sistem pemacu matematika. pekerjaannya intuisionistik. Heyting pada menegaskan logika untuk logik bergantung pada matematika bukan pada yang lain. Justeru, Heyting tidak bermaksud menyusun pertimbangan

3.

Sir

Michael

Anthony

Eardley

Dummett

(1925

sekarang) Brouwer dan Heyting yang mengatakan bahasa merupakan media tidak sempurna untuk membicarakan pembinaan mental matematika. Keduanya, logika berkaitan bentuk yang berlaku dalam penyebaran media ini dan tentu saja tumpuan langsung pada bahasa dan logika telah jauh dari permasalahan yang seharusnya. Sebaliknya pendekatan utama Dummett, matematika dan logika adalah bahasa dari awal. Falsafah Dummett lebih mementingkan pada logika

intuisionistik daripada matematika itu sendiri. Pendapatnya sama seperti Brouwer tetapi tidak seperti Heyting. Dummet tidak memiliki orientasi memilih. Dummet mengeksplorasi matematika klasik dengan menggunakan bentuk pemikiran yang tidak memperakui pada satu jalan peraturan penguraian pernyataan alternatifnya. Ia mengusulkan beberapa pertimbangan mengenai logika adalah benar yang pada akhirnya harus tergantung pada erti pertanyaan.

13

Ia juga mengambil pandangan yang diperoleh secara luas, yang kemudian disebut sebagai terminologi logika.

4.0

PENUTUP Sebagai kesimpulan yang dapat di fahami, sesuatu yang

rasional adalah yang diikuti dengan hukum alam. Tambahan pula, kebenaran akal diukur dengan pemikiran hukum rasional alam. Itulah sebenarnya sebabnya, dikatakan bahawa

belum dapat di sebut pemikiran tingkat tinggi kerana ianya belum mampu mengungkap sesuatu yang tidak dapat di ukur dengan hukum alam. Menurut Kant, beliau mengatakan bahwa apa yang kita katakan rasional itu ialah suatu pemikiran yang masuk akal tetapi menggunakan aturan hukum alam. Erti kata lain, Kant mengatakan rasional itu ialah kebenaran akal yang diukur dengan hukum alam. Aliran intuisi pengalaman manusia dan kebolehan mengetahui sesuatu perkara tanpa berfikir dan mengkaji serta penggunaan akal dianggap oleh segolongan ahli fikir sebagai kriteria yang dapat dinilai sebagai perkara yang betul atau pun salah. Aliran ini berpendapat setiap manusia mempunyai kekuatan naluri batin yang dapat membezakan baik dan buruk dengan hanya melihat sahaja. Konflik moral boleh timbul akibat sesuatu perlakuan sama ada perlakuan itu bermoral atau tidak bermoral iaitu baik atau buruk dan benar atau salah, dibuat ,berdasarkan akibat-akibat daripada perbuatan itu. Jika akibatnya membawa kebaikan perbuatan itu dianggap bermoral, kalau akibatnya membawa keburukan ia dianggap tidak bermoral. Maka disebabkan terdapat isu dan konflik yang timbul dalam moral

14

lahirlah pelbagai aliran pemikiran yang banyak mempengaruhi manusia untuk mengatasinya.

15