MASYARAKAT PENYAYANG Masyrakat di Malaysia kini terdiri lebih dari 1 juta orang.

Malaysia juga terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India dan banyak lagi. Negara Malaysia juga amat unik dengan budaya dan cara hidup yang dimiliki oleh setiap kaum di Malaysia. Sebagai seorang pelajar usahlah kita melupakan asal usul negara kita yang begitu unik ini. Selain itu juga, di Malaysia mempunyai pelbagai adat resam yang semakin dilupakan oleh kaum masing-masing. Hal ini disebabkan oleh kemajuan teknologi yang semakin meningkat. Janganlah kita asyik leka dengan hal teknologi sehingga melupakan adat resam kaum kita sendiri. Di samping itu juga, terdapat pelbagai usaha yang dijalankan bagi memperkukuhkan lagi kekuatan supaya kita tidak lupa terhadap asal usul yang dalam diri kita ini. Sebagai seorang murid hendaklah memberi sokongan yang padu bagi menjayakan usaha yang telah dijalankan ini seperti kempen, aktiviti bengkel, pameran dan banyak lagi. Rakyat Malaysia juga mempunyai masyarakat yang bersatu padu. Mereka menolong tanpa mengira bangsa, kaum dan warna kulit. Mereka juga tidak membandingkan masyarakt disekeliling mereka. Oleh itu, Malaysia layak digelarkan sebagai negara yang majmuk di persada antarabangsa.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful