FOLIO

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANERAAN

NAMA KELAS NO.MAKTAB CIKGU

: : : :

Pendahuluan

Maksud pengguna Pengguna ialah istilah luas yang merujuk kepada mana-mana individu atau isi rumah yang menggunakan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi. Konsep pengguna boleh digunakan dalam konteks yang berlainan, dengan itu penggunaannya boleh merujuk kepada makna berlainan.

Ciri-ciri pengguna yang rasional

HAK PENGGUNA
Hak-hak dan perlindungan pengguna perlulah dilihat secara menyeluruh iaitu yang meliputi dasar yang menjadi amalan pernerintah berhubung dengan kepenggunaan. Undang-undang yang digubal dengan tujuan melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna, pendidikan dan kesedaran kepenggunaan di kalangan pengguna serta penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan pengguna.Tanpa adanya keempat-empat unsur utama tersebut maka matlamat melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna sukar dicapai. Hubungan antara tiap-tiap unsur berkenaan kepada pengguna dapat dilihat dengan mudah dalarn model perlindungan pengguna seperti berikut:

Dalam tahun 1962, J.F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat pada masa itu, telah mengenalpasti dan mengisytiharkan empat hak asasi pengguna seperti berikut: (a) Hak Untuk Mendapat Keselamatan; (b) Hak Untuk Mendapat Makfumat; (c) Hak Untuk Membuat Pilihan; dan (d) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat.

Kemudiannya, Consumers International, di samping mengiktiraf hak-hak asasi pengguna yang telah diisytiharkan oleh JR Kennedy itu, telah mengenalpasti empat lagi hak-hak asasi pengguna iaitu: (e) Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas; (f) Hak Untuk Mendapat Gantirugi; (g) Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna; dan (h) Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat.

a)Hak Untuk Mendapat Keselamatan Para pengguna adalah berhak dilindungi dari bahaya yang mengancam kesihatan dan keselarnatan jiwa semasa menggunakan barangan dan perkhidmatan. b)Hak Untuk Mendapat Maklumat Pengguna adalah berhak mendapatkan maklumat maklumat Yang jelas mengenai kegunaan bahan-bahan Yang terkandung dan cara perniagaan barang atau perkhidmatan. c)Hak Untuk Membuat Pilihan Pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga Yang berpatutan dan mutu Yang mernuaskan setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan penjuainya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan Yang diingini dan membayar Yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya.

d)Hak Untuk Menyuarakan Pendapat Pengguna adalah berhak menyuarakan pendapat apabila tidak berpuashati terhadap barangan atau perkhidmatan Yang diperolehi iaitu tidak mendapat layanan Yang sewajarnya. Apabila pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan bererti pengguna dan penjual telah mengikat sesuatu kontrak. Mengikut kontrak tersebut barang Yang dibeli mestilah sempurna untuk kegunaannya atau seperti Yang dinyatakan oleh penjual. e)Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas Pengguna adalah berhak kepada barangan dan perkhidmatan asas kehidupan seperti makanan, pakaian, perumahan, kesihatan dan lain-lain. Ini bermakna bahawa sebagai seorang pengguna kita adalah berhak kepada bekalan air Yang bersih dan perkhidmatan kesihatan Yang sempurna. f)Hak Untuk Mendapat Gantirugi Pengguna adalah berhak mendapat gantirugi disebabkan Man yang mengelirukan atau barang-barang yang bermutu rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan. g)Hak Untuk Mendapat Pendidikan Penqquna Pengguna adalah berhak dan bertanggungjawab mendapatkan pendidikan pengguna supaya boleh bertindak sebagai pengguna yang baik. Tanggungjawab ini dilaksanakan oleh pihak berkuasa, pertubuhan-pertubuhan pengguna dan pengeluar barang-barang dan perkhidmatan atau para penjual yang menjadi agen mereka. h)Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat Dan Selarnat Pengguna adalah berhak untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih dan sihat yang boleh memperbaiki mutu kehidupannya.

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
Setelah pengguna mengetahui dan memahami apakah hak hak mereka, maka pengguna haruslah bertindak mempastikan hak mereka diperolehi. Bagi memperolehi hak-hak itu, pengguna harus mempunyai tanggungjawab yang perfu dilaksanakan.Tanpa tanggungjawab, hak-hak pengguna tidak dapat diperolehi. Ini bermakna pengguna perlu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Terdapat lima tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pengguna bagi memperolehi hak mereka. Lima tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut: (a) Kesedaran Mengkritik; (b) Penglibatan dan Tindakan; (c) Tanggungjawab Sosial; (d) Tanggungjawab Alam Semulajadi; (e) Bersatupadu.

a) Kesedaran Mengkritik Pengguna mestilah disedarkan untuk lebih mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan. Ini bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna, pengguna hendaklah jangan berdiam diri tetapi sebaliknya menyuarakan pendapat bagi mendapat baranganyang sempurna. b)Penglibatan Dan Tindakan Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial yang menjaminkan kepentingan pengguna supaya tidak dicemar atau diabaikan dan mengambil tindakan dengan keyakinan yang berasaskan penyelidikan serta pengetahuan yang sempurna.

c) Tanggungjawab Sosial Pengguna mesti bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak tanduk mereka tidak akan menjejaskan golongan rakyat yang kurang bernasib baik mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia ada. d)Tanggungjawab Alam Semulajadi Pengguna perlu kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni, menggalakkan keselarnatan alam sekitar dan bertindak untuk menahan kemunduran faktor yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan. e)Bersatupadu Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatupadu. Dengan semangat akan melahirkan kekuatan dan pengaruh supaya dapat perhatian ke atas kepentingan pengguna. Cara yang terbaik untuk bersatupadu ialah dengan melibatkan diri dalam persatuan-persatuan pengguna.

Tanggungjawab pengeluar

• • • • • • • • • • • • • •

Pengurusan Industri Petroleum Pengurusan Syarikat & Perniagaan Pengurusan Harta Intelek Pembangunan Hypermarket Pengurusan Pengilangan Cakera Optik Pembangunan Industri Jualan Langsung Pembangunan Perniagaan Pengurusan Lesen Timbang Dan Sukat Syarat Khas Pemborong Pengilang Dan Penjual Kawal Seliaan Industri Perkhidmatan

Standard dan Keselamatan Pengguna
Pasaran pengguna mengikut pengharapan pengguna perlu memberi khidmat berikut di antaranya: a) barangan-barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah selamat untuk digunakan atau dimakan b) maklumat yang diterima sama ada pacia label barangan, pada Man dan risalah-risalah kerajaan adalah benar, cukup serta mudah difaham supaya pengguna dapat membuat pertimbangan, pemilihan dan pembelian yang rasional berdasarkan kepada maklumat yang ada c) pengguna diberi pilihan di pasaran untuk memilih dan membeli atau tidak membeli tanpa paksaan atau ugutan

d) pengguna ada tempat mengadu sekiranya berlaku penyelewengan dalam masa menjalankan proses jualbeli atau setelah pembelian berlaku dan tindakan sewajarnya dibuat untuk menolong mereka sekiranya menghadapi masalah e) sistem perletakan harga yang bersesuaian dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diberi f) pengguna dilindung melalui penguatkuasaan undang undang pengguna yang berkesan lagi adil g) pengguna diberi pendidikan berkaitan dengan kepenggunaan supaya mereka lebih bersedia menjalankan peranan dan tanggungjawab di pasaran.

Penutup

Hak-hak dan tanggungjawab pengguna perlu berlaku seiring bagi membolehkan transaksi pernbelian barangan atau perkhidmatan memenuhi aspirasi kedua-dua pihak iaitu pernbeli dan penjual. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab masing-masing akan mengakibatkan kepentingan hak keduadua pihak yang terabai. Undangundang dan agensi penguatkuasa sahaja tidak mampu menjamin kepentingan pengguna dipelihara sepenuhnya tanpa tindakan dan pelaksanaan tanggungjawab oleh para pengguna sendiri. Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha-usaha membendung inflasi dengan menguruskan perbelanjaan dengan berkesan yang boleh membantu pengurangan permintaan di pasaran dan seterusnya menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful