You are on page 1of 24

The Shroud of God's Words

"...We know when we understand:


Almighty God is a living man.
You can fool some people sometimes,
But you cant fool all the people all the time..."

(Bob Marley -Get up, stand up)

Hari itu langit kelihatan mendung.Cuaca begitu berat tetapi tiada setitis pun hujan
yang turun.Awan mendung berarak ke selatan.Beberapa pengawal penjara kelihatan
memasuki pintu gerbang 'The Mansion of Torture' sebuah tempat yang digeruni oleh
para pesalah sejak sejarah Mahkamah Inquisition tertubuh.

Hari itu ada orang akan diadili.Ada orang akan dihukum.Ada orang akan menemui
ajalnya.Pegawai Penyiksa mengarahkan semua pesalah digiring keluar dari dewan
penjara.Semua pesalah berbaris dengan dirantai kakinya,perlahan-lahan berjalan
bersama-sama algojo dan para pengawal keluar dari 'dungeon'.Mereka berjalan
merentasi dewan penjara yang dipenuhi dengan rantai besi,alat-alat penyiksa dan
kurungan-kurungan banduan.Kelihatan The Iron Maiden,The Rack dan The Stock di satu
sudut.The Wheel kelihatan di satu sudut yang lain.Kadangkala terdengar jeritan dan
tangisan,mungkin ada orang disiksa dengan Water Torture di bilik menghadap ke
hutan.Ada bilik yang di dalamnya Judas Cradle.Seorang pesalah kelihatan didera dalam
posisi The Strappado.Seorang 'Inquisitor' sedang menuliskan sesuatu.Beberapa rahib
penjara sedang menyoal pesalah dan yang lainnya mengacu-ngacukan salib besar ke
wajah pesalah.Semua itu sudah lali bagi pesalah-pesalah yang digiring itu.Tujuh tahun
'tinggal' di penjara itu,masakan boleh janggal dengan The Garotte atau The Heretics
Fork!!

Mereka pun melepasi gerbang 'The Mansion of Torture'.Mereka pun berjalan ke arah
lapangan luas.Terdapat kayu-kayu sedia tercancang dengan jerami kering di
bawahnya.Semua pesalah di arah berlutut.

Seorang rahib berjalan ke arah salah seorang pesalah tersebut.Rahib itu mendekatkan
bibirnya ke telinga pesalah tersebut yang ditutup matanya.Rahib itu berbisik perlahan-
lahan,

"Jacques De Molay,dengan nama Tuhan,beritahu kami di manakah Ark of Covenant??"

Lelaki yang dipanggil Jacques De Molay itu kelihatan bergerak-gerak sedikit.Bibirnya


yang berparut luka kelihatan mahu berbisik,mukanya berkerut-kerut.

"Aku sudah katakan yang aku tidak tahu tentang itu.Engkau pun tahu yang benda
jahanam itu sudah dibawa oleh orang Rom ke kuil mereka untuk dipersembahkan
kepada Zeus!"

Rahib itu tidak berpuashati.

"Kami bertanya atas nama Jesus...di manakah.."

"Engkau tanyalah kepada Titus,dia yang ambil Ark of Covenant,bukan aku!"

Rahib itu berjalan ke arah seorang 'Inquisitor'.Rahib itu berkata sesuatu


kepadanya.'Inquisitor' itu pun menulis sesuatu di atas sebuah lembaran kertas.Setelah
itu rahib itu berbual seketika dengan seorang rahib lain.Kemudian dia berjalan ke arah
Jacques De Molay sambil membawa satu salib besar.Dia berbisik lagi kepada pesalah
malang itu.

"Kalau begitu beritahu kami,dimanakah Mandillon dan kain kapan Jesus?!"

"Tanyalah ketua kamu,Pope yang bodoh itu,dia yang menyembunyikan...kamu


tahu...di saat ini aku percaya si tua kutuk itu sedang tidur dengan pelacur-pelacur
Bohemia!"

Lelaki Templar itu ketawa berdekah-dekah.Rahib menunjukkan isyarat kepada


algojo.Jacques De Molay pun dibelasah dengan cemeti berantai.

Grand Master Templar itu merintih-rintih kesakitan.Algojo menarik rambut lelaki


Templar itu dan mengadapkannya ke rahib yang bertanya tadi.

"Baiklah,jika begitu...kamu sudah tentu tahu di manakah Holy Grail?"

Jacques De Molay memandang tepat ke dalam mata rahib tersebut.Dia dengan


perlahan-lahan mula ketawa kecil walaupun di dalam kesakitan.Dia mula ketawa
berdekah-dekah ke arah rahib itu seolah-olah soalan tadi amat lucu buatnya.

"Ha...ha...hahaha!Holy Grail?Mana ada Holy Grail?Siapa yang sembunyikan cawan yang


tidak berguna itu?Tolong beritahu orang-orang yang bodoh ini!Faham tak?Tiada cawan
Holy Grail di sana.Tiada!Itu bukan Holy Grail!!"

Algojo mahu menyebat lelaki Templar itu,tetapi dihalang oleh rahib.Rahib menarik
nafas panjang.Dia seakan-akan memikirkan sesuatu...

Kemudian dia meminta algojo beredar jauh dari situ.Rahib itu pun membongkokkan
dirinya mendekati telinga Jacques De Molay.Dia berbisik perlahan-lahan,

"Kami sudah tiada masa,sebelum kamu mati,tolong beritahu kami di manakah benda
itu berada.Kami tahu kamu dan para Templar yang lain ada menyembunyikannya.Aku
jamin Jesus akan mengampuni kamu dan memasukkan kamu semua ke dalam syurga
jika kamu memberitahu kami di manakah benda itu"

"Holy Grail?" Jacques De Molay seperti mahu ketawa.

"Bukan!Bukan Holy Grail yang itu.Tapi Holy Grail yang sebenar.Kami bukan tidak tahu
apakah perjanjian para Templar dengan Pope,jadi buat kali terakhir..."

"dimanakah........."

Rahib itu semakin memperlahankan suaranya.Para pengawal dan algojo berbisik


sesama sendiri.
Tiba-tiba wajah Jacques De Molay berubah.Dia tidak lagi ketawa.Dia kelihatan
ketakutan.Rahib semakin tidak sabar.Jacques De Molay seolah-olah seperti orang
gila.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.

"Benda itu!Aku...aku...sudah berikan kepada Asmodeus,si syaitan penjaga harta Kuil


Sulaiman untuk menjaganya!Tiada siapa yang boleh
mengambilnya...ha...ha....hahahahaha!!!!"

Rahib mengarahkan algojo menggiring semua pesalah ke tiang kayu.Burn at The


Stake...begitulah namanya.Ianya popular digunakan ke atas perempuan-perempuan
sihir pada zaman pertengahan.Mangsa akan dibakar hidup-hidup sehingga mati.

Rahib memandang Jacques De Molay yang terikat di tiang kayu dengan pandangan yang
amat serius.Geofri De Charney (Templar Perceptor of Normandy) yang terikat di tiang
sebelah Molay mula merungut-rungut tidak keruan.Tetapi Jacques De Molay kelihatan
tenang.

"Bakar mereka!" Algojo pun mula membakar jerami kering dan kayu-kayu.

Api membakar tubuh para Templar dengan rakusnya.Jacques De Molay meronta-


ronta.Tiba-tiba dia menjerit dalam api yang menggila itu,

"Aku bersumpah!Aku bersumpah!Demi Gospel Suci,Phillip jahannam dan tua kutuk


Clement akan mati dalam satu tahun!"

Para rahib di lapangan hukuman terkejut cemas.Mata mereka melilau ke


sekeliling.Tubuh para Templar makin hilang dijamah api yang marak.

Dari jauh si rahib yang bertanya tadi memandang api yang marak itu sambil mengertap
bibirnya menahan kemarahan.Kepalanya ligat berpusing.Semuanya menuju ke satu
persoalan.

Di Manakah Holy Grail?

Terletak di selatan Perancis,Rennes-le-Chateau tetap tinggal sebagai


misteri.Desa ini adalah jantung kepada Knight Templar dan kaum Cathar.Satu daripada
legenda terkenal ialah di desa ini terdapat harta karun tertanam di
bawahnya,dikatakan harta karun King Solomon (Nabi Sulaiman),Ark of Covenant (Tabut
Nabi Musa) atau Holy Grail (cawan suci bekas menakung darah Jesus yang disalib atau
cawan yang digunakan Jesus ketika The Last Supper),yang dipercayai dipindahkan oleh
Knight Templar ketika Perang Salib.Legenda itu mengatakan lagi,kesatria itu
menyembunyikan harta karun itu selepas hukuman ke atas De Molay,pemimpin mereka
yang dibakar atas arahan Raja Perancis.
Dalam tahun 1893,seorang paderi berumur 33 tahun,Francois Brenger Sauniere dari
Gereja Sainte-Madeleine (St. Magdelena),telah menjumpai manuskrip yang dipercayai
memimpin kepada harta yang terpendam ketika menaiktaraf gereja terbabit.Dia telah
membawa manuskrip ini ke Paris pada Januari 1893,di mana ia telah dijual di sana.Di
sana terdapat spekulasi dari ahli sejarah bahawa pembelinya adalah dari pihak
Vatikan.Namun begitu salinan dari dokumen ini tetap selamat di tempat lain.Apa yang
berlaku kepada Sauniere selepas itu?

Sauniere kemudiannya di dapati kaya-raya secara mendadak.Ada spekulasi yang


mengatakan ia adalah hasil jualan upacara-upacara gereja yang sebenarnya tidak
dibuat oleh Sauniere,tetapi kekayaan Sauniere sehingga dapat membina villa dan
menara mustahil hasil dari penipuannya.Tambahan pula kekayaan Sauniere berlebih-
lebihan hingga selalu mengadakan jamuan dan pesta bersama-sama penduduk desa
Rennes-le-Chateau.Spekulasi yang lain,yang mungkin paling popular adalah dikatakan
Sauniere telah menjumpai syiling emas dan harta para Templar yang lain.Jika benar
sudah tentu Sauniere menghadapi masalah untuk mencairkan harta-harta itu dan
sudah tentu ada pihak dengan segera dapat menghidu penemuan Sauniere.Kekayaan
Sauniere juga tidak luput dan habis sehinggalah kematiannya seakan-akan mengalir
masuk ke dalam poketnya setiap bulan.Tetapi sehingga ke hari ini,dari mana datang
kekayaan Sauniere masih menjadi misteri yang tidak terungkap.

Mengapakah Sauniere menghias gerejanya dengan hiasan yang pelik dan menakutkan
seperti meletakkan patung Asmodeus,syaitan Penjaga Harta Kuil Sulaiman dalam
dongeng Yahudi dan meletakkan perkataan:

TERRIBILIS EST LOCUS ISTE

yang bermaksud:

TEMPAT INI MENGERIKAN

di pintu masuk gereja?

Apa yang dilalui oleh Sauniere ketika perjalanannya bertemu rakan-rakannya dan
mencari pemecah kod bagi manuskrip yang ditemuinya?Apakah yang terjadi antara
Sauniere dan pembeli misteri (Vatikan?) semua manuskripnya itu??
Jika kita mengaji pola yang terdapat dalam situasi Sauniere ini dengan teliti,kita akan
perasan perkara yang sama juga berlaku pada satu episod lain.Apakah peristiwa yang
menyamai situasi yang dihadapi oleh Sauniere dan Rennes-le-Chateau ini??

Tidak lain tidak bukan ialah Knight Templar!!

Knight Templar pada awalnya tidak mempunyai kekayaan apa-apa.Namanya saja


menggambarkan 'kemiskinan' yang dihadapi oleh para anggotanya.Pada awal karier
mereka di Perang Salib,diceritakan mereka terpaksa berkongsi kuda untuk pergi
berperang,dan ini yang menjadi lambang pada mohor mereka yang popular itu "Dua
Kesatria Berkongsi Seekor Kuda".Tetapi setelah tinggal lama di Jerusalem (Baitul
Maqdis),secara tiba-tiba mereka menjadi kaya-raya.Sehinggalah di Eropah sendiri
mereka mampu membina biara-biara dan gereja sendiri.Termasuklah gereja Templar
yang paling terkenal, Rosslyn Chapel.Dari mana mereka mendapat kekayaan yang
berlimpah-ruah??

Ada spekulasi yang mengatakan Knight Templar mendapat kekayaan hasil dari cukai
perlindungan yang dikenakan ke atas para penziarah Holy Land,malah dikatakan
mereka mengambil kesempatan merompak rombongan para penziarah yang datang ke
Holy Land!Tetapi ini pendapat yang dapat dipertikai,sudah tentu para penziarah yang
dirompak akan mengadu kepada raja Jerusalem sendiri akan kelakuan para
Templar,dan sudah tentu raja Jerusalem akan mengerahkan tenteranya menangkap
para Templar awal-awal lagi kerana menyalahgunakan amanah yang diberi.

Bayangkan,kekayaan Knight Templar adalah terlalu besar sehingga dapat membina


istana-istana kota (kastil),tembok,kubu-kubu,biara dan gereja-gereja malah sistem
gerejanya dikatakan tidak ada kongkongan dari Gereja Roman Katolik.Ini satu
keanehan.Ini adalah 'anomalies'.Mengapa Gereja Katolik mendiamkan diri sahaja
perlakuan dan tindak-tanduk Knight Templar?Mengapa raja-raja Kristian dan Paus
Vatikan membiarkan sahaja para Templar membina kekayaan tanpa batasan sehingga
mencipta 'negara dalam negara'?Apabila kekayaan semakin banyak,tidak hairanlah para
Templar dapat membina sistem perbankan sendiri,sistem cek dan sistem kapitalis
moden yang pertama.Ini adalah cerita yang lain.Terlalu lama pihak gereja membiarkan
Knight Templar bermaharalela berbuat sesuka hati di Eropah sehingga dapat
menggugut raja-raja Eropah.Mengapa ini terjadi??

Ada sesuatu yang dipegang oleh Knight Templar,ia amat berharga dan ia amat
diperlukan oleh pihak gereja.
'Harta' ini juga tidak boleh dirampas sesuka hati,kerana ia amat terahsia,dan jika salah
langkah,dikhuatiri ia akan didedahkan kepada khalayak dan 'rahsia' akan terbongkar...

Jika tidak sudah tentu tentera-tentera Inquisition gereja dan pasukan dari raja-raja
Eropah akan menangkap para Templar sejurus selepas mereka pulang dari Holy Land
untuk merampas segala 'harta' itu.

Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya,pihak gereja mendiamkan diri dan para Templar
berpesta ria dengan segala harta yang ada...

Begitu juga yang berlaku kepada Sauniere,pola yang berlaku adalah sama.Sauniere
menjadi kaya secara mendadak dan berbuat sesuka hatinya di desa Rennes-le-Chateau
selepas dikatakan menemui 'harta' yang terpendam.Pihak gereja mendiamkan diri
malah apabila biskup Carcassone yang baru dilantik mencurigai tindak-tanduk Sauniere
dan menyoalsiasatnya,dan apabila Sauniere mengadu kepada Vatikan,pihak Vatikan
secara aneh memanggil biskup baru itu dan mengarahkan dia menarik balik tuduhan
yang dikenakan ke atas Sauniere serta-merta dan membersihkan nama Sauniere!

Sauniere menerima kekayaan yang tidak putus-putus dari satu sumber misteri.

The Lost Holy Grail


Hugh J. Schonfield,seorang sarjana Bible berasal dari British mengatakan bahawa
Knight Templar telah menemui manuskrip-manuskrip yang amat berharga ketika
berada di Holy Land.Apakah dia manuskrip-manuskrip itu?MANUSKRIP-MANUSKRIP ITU
ADALAH GOSPEL-GOSPEL YANG TIDAK SEMPAT DIMUSNAHKAN SEMASA
PERSIDANGAN NICEA dan kempen mem'Paulus'kan ajaran Kristian.Ia adalah koleksi
manuskrip zaman Hawariyyun,sebahagiannya masih dalam tulisan Aramaik dan
Ibrani.Tidak mustahil juga terdapat INJIL YANG ASLI.Sarjana Bible itu berkata
lagi,Knight Templar telah mencipta istilah Baphomet menerusi kod rahsia Atbash untuk
menyembunyikan istilah Gnostic bagi Sophia ('kebijaksanaan' dalam bahasa Greek)
merujuk kepada pengaruh manuskrip yang dijumpai,yang dikatakan setaraf dengan
Dead Sea Scrolls yang ditemui di Qumran.

Ini adalah kajian yang terbaru setelah sekian lama para orientalis menuduh Knight
Templar terpengaruh dengan ajaran Muhammad dan kata 'Baphomet' (Baphomet
dikatakan sembahan para Templar,berupa satu kepala;tidak jelas sama ada kepala
manusia atau haiwan) itu bermaksud 'Mohamed'.Ini adalah tidak dapat diterima oleh
ramai sarjana dan ahli sejerah Kristian sendiri malah ada yang mengatakan tiada pun
dijumpai terma 'Baphomet' dalam dokumen-dokumen Knight Templar.Karen Ralls
mencatatkan,

"There is no mention of Baphomet either in the Templar Rule or in other medieval


period Templar documents".
Pendapat para sarjana semakin lama semakin menjurus kepada fakta bahawa apa yang
ditemui oleh Knight Templar bukanlah harta karun berupa wang emas,perak,berlian
atau seumpamanya,tetapi sesuatu yang amat berharga dari segi spiritual.

Alan James juga berpendapat sedemikian,di mana beliau menulis:

"The conjecture is that the warrior monks appear to have spent their time digging
under the temple looking for…what exactly? There are many theories but no one is
completely certain. The best evidence suggests there was a mixture of treasure, both
material and spiritual. Details of the items secreted there are mentioned in The Dead
Sea Scrolls found at Qumran in particular, the copper scroll. The material treasure is
obvious in terms of bullion and precious stones etc., but the spiritual, - what could
that have been? From all this one thing is certain, the founding of the order of warrior
monks had originally very little to do with protecting pilgrims and a lot to do with
gathering information and treasure"

Di tempat lain dia menulis:

"The Knights Templar who were the Priory’s military wing searched for, and probably
found both actual and spiritual treasures beneath the Temple of Solomon. What the
treasures actually were is still hotly debated, but consensus suggests that they
comprised a fortune in gold and artifacts etc and also the lost gospels of Jesus Christ.
The Priory therefore would have had access to at least some of the spoils and
documentation, certainly enough to finance any of its plans.Either of these items
would have financed Sauniere’s spending in and around Rennes-le-Chateau, but if the
‘treasure’ was information inimical to the Catholic Church, then it is likely that a
great deal of ‘hush money’ was paid"

Seorang penulis dan pengkaji mitologi (kajian tentang mitos dan legenda),William
Henry menulis bahawa dia tidak percayakan Sauniere dan percaya Sauniere telah
dibayar oleh pihak tertentu untuk mendiamkan satu 'rahsia' yang dijumpainya di
Rennes-le-Chateau.Penulis 'Blue Apples' ini juga mengatakan Sauniere menghias
gerejanya dengan pelbagai hiasan pelik adalah bagi menutup cerita yang sebenarnya di
sebalik penemuan yang menggemparkan itu.

Seorang 'conspiracy theorist' yang terkenal,David Icke juga ragu-ragu dengan apa yang
Sauniere temui di Rennes-le-Chateau.Sauniere seolah-olah tahu apa yang tersembunyi
di sana dan membuat pelbagai hiasan untuk menutup rahsia itu.Sauniere juga seolah-
olah menyembunyikan banyak petunjuk lain dan dan mungkin terdapat banyak
'parchment' di mana dua 'parchment' itu hanyalah penutup cerita atau 'senjata' untuk
menggugut pihak tertentu.

"I don’t believe for a second that this is all that Sauniere found. Anything that really
mattered would never have been made public and it is quite possible that Sauniere did
not find his parchments in the church at all. Maybe it’s a cover story to obscure the
real tale"

(David Icke)

Gospel Suci di Holy Land

Ketika penjarahan berlaku ke atas semua menuskrip,buku-buku,gospel,catatan-


catatan dan diari yang menentang ajaran Paulus,Triniti dan Sumpah Nicea di seluruh
Eropah,sebenarnya ini tidaklah terjadi di semua wilayah yang diluar kekuasaan Gereja
Roman Katolik.Contohnya di Mesir,kaum Nasrani di sana tidak sehaluan dengan Gereja
Katolik dan mereka mempunyai gospel dan sistem gereja sendiri yang terkenal dengan
nama aliran Gereja Ortodoks Koptik Mesir.Banyak manuskrip dan gospel-gospel yang
ditemui di sana,yang paling terkenal sudah tentulah penemuan manuskrip Nag
Hammadi.Malah jika dilihat pada kitab-kitab kuno Nasrani Koptik ini,lambang yang
digunakan mereka bukanlah Salib Rom,tetapi Ankh,iaitu Salib Mesir yang
melambangkan 'rahsia kehidupan'.
Manuskrip Nag Hammadi atau dikenali di Barat dengan The Nag Hammadi Library
adalah contoh terkenal betapa gospel-gospel 'suci' masih berjaya diselamatkan oleh
mereka yang tidak bersetuju dengan Kristian Katolik ala Paulus dan Triniti.Banyak lagi
gospel-gospel yang sebegini yang telah muncul atau 'menunggu giliran' akan muncul
bagi mendedahkan kebenaran.

Pada bulan Disember 1945, para petani Mesir secara kebetulan menemui beberapa
jilid Injil Koptik yang sejak itu menjadi perhatian penuh ratusan peneliti di seluruh
dunia.

Telah berlalu beberapa tahun sejak dua orang anak seorang lelaki yang bernama
Saman menemukan jilid-jilid Nag Hamady hingga muzium Mesir mengetahuinya.
Setelah mengetahui nilai antiknya, para petani menyembunyikan manuskrip-manuskrip
itu dari pemerintah Mesir dengan harapan dapat menjualnya dan mendapatkan
keuntungan yang lebih besar. Lalu, ketika manuskrip-manuskrip itu dijajakan dipasar
barang antik di Kaherah, para petugas badan antikuiti Mesir -yang pada ketika itu
berada di bawah Jabatan Akademik- mendengar tentang masalah itu. Untuk itu,
mereka membeli jilid pertama yang muncul di pasar dan mereka telah menyimpannya
di Muzium Koptik. Namun, hingga saat itu, mereka belum mengetahui nilai yang
sebenarnya dari jilid-jilid itu, melihat tidak adanya seorang ahli yang menyingkapkan
hakikatnya.

Setelah itu, secara kebetulan ada seorang Egyptologist dengan kepakaran di bidang
bahasa Koptik telah datang ke Mesir.Jean Dorice yang berasal dari Perancis
mengunjungi muzium Koptik yang menyimpan manuskrip tersebut. Kesempatan itu
digunakan oleh Togo Mina, pengarah muzium untuk menunjukkan satu jilid yang ada
padanya dengan maksud agar dia memeriksanya. Semangat Mina kemudian bertambah
ketika diberitahu oleh ahli dari Perancis itu bahwa penemuan jilid semacam ini akan
mengubah segala sesuatu yang biasa diketahui mengenai asal mula gerakan Kristian.

Setelah itu, Togo Mina mendesak institusi antikuiti Mesir agar membeli semua jilid
yang telah ditemukan dan tidak memperkenankan jilid-jilid itu untuk keluar dari
Mesir. Untuk itu, dia segera melapor kepada atasan-atasannya dan akhirnya masalah
itu sampai ke Menteri Pelajaran. Setelah mendengar hal itu dia langsung memutuskan
untuk membeli semua jilid yang telah ditemui untuk disimpan di Muzium Koptik.

Kemudian oleh kerana Menteri Pelajaran tidak mampu menyediakan dana yang cukup
untuk membeli seluruh jilidan itu, para petugas antikuiti Mesir merampas seluruh
jilidan yang ada di tangan para pedagang. Akhirnya mampu dikumpulkan sebanyak 13
jilid yang berisi 52 naskah.

Selanjutnya, para petugas antikuiti Mesir menyimpan jilidan-jilidan yang ada di tangan
mereka di Muzium Koptik. Tetapi para pedagang berhasil melarikan banyak bagian dari
jilid 13 yang berisi 5 naskah ke luar negeri. Tidak lama kemudian bahagian-bahagian
yang dilarikan itu telah dijajakan di Amerika Syarikat. Ketika Djails Kesbel, guru besar
sejarah agama di Universiti Belanda mengetahui beberapa naskah yang dijajakan itu,
segera meyakinkan Yayasan Gustave Yong yang terletak di kota Zurich,Switzerland
untuk membeli bagian-bagian yang dijajakan itu.

Setelah melihat naskah-naskah yang telah dibeli, Kesbel mengetahui ternyata ada
bahagian yang hilang dari naskah-naskah itu. Untuk itu, dia segera pergi ke Kaherah
untuk mencarinya. Setibanya di Kaherah dia langsung pergi ke Muzium Koptik dan
mendapatkan foto dari jilidan-jiidan yang berbaki. Setelah itu dia kembali ke hotel.
Setelah sampai, dia berusaha menyingkapkan simbol-simbol bahasa Koptik kuno dan
mengenali kandungan foto-foto itu. Kemudian terjadilah suatu kejutan besar, ketika
peneliti Belanda itu mendapatkan naskah itu dibuka dengan kata-kata berikut ini:

"Ini adalah sabda-sabda rahsia yang disampaikan oleh Jesus yang hidup dan
dibukukan oleh Dimideus Judas Thomas."

Setengah abad sebelumnya,di Mesir juga,telah ditemui potongan papirus yang memuat
bahagian dari Injil Tomas, tetapi tertulis dalam bahasa Yunani. Jadi inilah mula-mula
ditemukannya Injil itu dalam wujudnya yang lengkap. Selain itu setelah memeriksa
foto-foto yang lain, Kesbel yakin bahwa manuskrip-manuskrip itu terdiri dari 52 naskah
yang kesemuanya berasal dari abad-abad pertama Masehi. Di antaranya ada Injil yang
belum dikenal sebelumnya, seperti Injil Tomas -atau Tuhutmus dalam bahasa Mesir
kuno-, Injil Philip, Injil Kebenaran dan Injil orang Mesir. Di samping itu juga ada
beberapa tulisan yang dirujuk kepada para Hawariy (apostles), seperti James - atau
Yihmis dalam bahasa Mesir kuno, Penglihatan Paulus dan surat Petrus (Peter) kepada
Philip.

Seterusnya, tidak ada perselisihan di kalangan para peneliti mengenai waktu


disembunyikannya jilid-jilid ini,iaitu pada pertengahan abad keempat Masehi.
Penentuan waktu dapat disimpulkan dari model tulisan yang terdapat di permukaan
kertas papirus yang digunakan untuk melapisi bagian dalam sampul kulit berasal dari
masa itu. Kemudian pada masa ini pulalah gereja Rom -kerana memeluk agama baru-
membakar semua perpustakaan yang menyimpan informasi-informasi yang
bertentangan dengan ajaran-ajarannya. Di antara yang dibakar itu adalah
perpustakaan Iskandariah -termasuk Institut Teologi Kristiannya- yang terletak di Kuil
Serabium.

Sumber-sumber Koptik mengatakan bahawa Santo Markus yang menulis Injil kedua dari
Perjanjian Baru datang ke Iskandariah pada pertengahan abad pertama Masihi.
Selanjutnya dia hidup di sana hingga meninggal pada tahun 74 Masihi dan dikubur di
kota ini. Sepanjang abad pertama dan kedua, Iskandariah dan perpustakaannya
menjadi pusat utama pemikiran Kristian. Ada beberapa sumber sejarah yang
mengatakan bahawa pada zaman Masihi, perpustakaan Iskandariah selain menjadi
pusat pengkajian Yunani juga menjadi pusat pengkajian falsafah Kristian dan teologi
pada masa itu.

Hanya saja, ajaran-ajaran Kristian Mesir tidak sehaluan dengan ajaran-ajaran Kristian
dalam banyak hal,bahkan boleh dikatakan bahawa di sana terdapat persaingan
pemikiran antara Rom dan Iskandariah demi mendapatkan kepemimpinan dunia
Kristian. Persaingan ini mampu dimenangkan oleh pihak Rom hanya kerana dominasi
politik Rom di atas sebahagian besar negeri-negeri peradaban kuno.

Hanya saja, telah terjadi perselisihan sengit di antara para peneliti mengenai
penentuan waktu penulisan naskah asli dari naskah-naskah yang ditemukan di Nag
Hamady itu. Sebahagian mereka menyatakan bahwa naskah-naskah itu ditulis sebelum
tahun 180 M. Pernyataan ini mereka dasarkan pada pernyataan Biskup Iraneaus, Biskup
kota Lyon yang menyebutkan bahwa kelompok-kelompok Heretic (kekafiran) -
demikian pendeta-pendeta Eropah menamakan semua gerakan Kristian yang datang
dari Mesir- memiliki sejumlah injil yang pada saat itu sudah menyebar di seluruh
wilayah Empayar Rom.Oleh Kerana buku itu ditulis pada tahun 180 M. maka sudah
semestinya injil-injil yang dia ceritakan itu sudah ada sebelum waktu ini.

Tetapi ada kelompok lain dari para pengkaji lnjil yang menolak waktu penulisan
naskah-naskah Nag Hamadi yang sangat kontroversi itu. Jika tulisan-tulisan ini
termasuk tulisan-tulisan heretic dan menyesatkan -sebagaimana dinyatakan oleh
gereja Rom- sudah semestinya timbul setelah tulisan-tulisan lain yang dianggap murni
dan lurus oleh gereja Rom,kerana injil-injil Perjanjian Baru berdasarkan pendapat
yang berlaku ketika ini muncul pada waktu yang membentang antara tahun 75 M.
hingga pertengahan abad kedua Masihi maka para pengkaji itu menentukan waktu yang
lebih kemudian -iaitu sekitar abad ketiga Masehi bagi kemunculan tulisan-tulisan
Koptik Nag Hamadi. Dan untuk menekankan waktu ini, mereka juga menentukan waktu
yang kemudian bagi kemunculan tulisan Koptik itu sendiri.

Hal ini terjadi kerana idea yang berlaku di kalangan para pengkaji barat bahawa
walaupun ajaran Kristian sudah masuk ke Mesir pada abad pertama Masihi tetapi
mereka baru berpindah agama pada abad ketiga. Kelompok pengkaji ini berkeras
mengatakan bahwa kelompok-kelompok Kristian yang ada di Mesir pada abad pertama
itu adalah orang Yahudi atau Yunani yang bermukim di Mesir. Dengan demikian tidak
akan ada tulisan-tulisan Kristian yang berasal dari waktu yang sangat kontroversi ini
dan memakai bahasa Koptik yang merupakan bahasa keseluruhan masyarakat Mesir.
Oleh kerana itu -tanpa bukti objektif- para pengkaji barat menentukan waktu
penulisan naskah-naskah Nag Hamady itu pada abad ketiga Masihi,iaitu waktu
masuknya orang Mesir ke dalam agama Kristian.

Hanya saja, para pengkaji itu menghadapi masalah yang serius ketika berusaha untuk
menentukan waktu penulisan naskah terpenting yang ditemukan di Nag Hamady itu,
iaitu Injil Thomas. Injil ini berbeda dengan injil-injil lain yang dikenal pada ketika
ini.Ianya tidak memuat cerita atau penuturan peristiwa. Sebaliknya hanya terdiri dari
114 sabda yang disandangkan kepada Isa Almasih. Selain itu, juga sulit menganggap
injil ini 'heretic' kerana memuat jumlah besar sabda Almasih yang tersebut dalam injil-
injil Perjanjian Baru di samping sabda-sabda lain yang tidak tersebut di sana.

Selanjutnya, sabda-sabda Almasih ini juga disebutkan secara langsung, bukan dalam
cerita. Jadi boleh ditarik kesimpulan bahawa Injil ini lebih lama daripada injil-injil
lain. Dengan demikian, ketika pengkaji Belanda Kesbel mengusulkan tahun 140 untuk
kemunculan naskah asli dari Injil Thomas, Helmot Cuister -guru besar sejarah Kristian
di Universitas Harvard dan pengkaji mutakhir terpenting dalam masalah ini-
mengejutkan semua orang ketika menyatakan bahwa naskah asli dari Inji Thomas
berasal abad pertama Masehi,iaitu mendahului kemunculan kitab apa pun dari
Perjanjian Baru, termasuk surat-surat Paulus dan kitab Kisah Para Rasul.

Selanjutnya, ketika Jabatan Pengarah Muzium Koptik diduduki oleh Dr. Bahur Labib
pada tahun 1952, dia tidak bersemangat untuk cepat-cepat menerbitkan naskah-
naskah Nag Hamady. Hanya saja kerana mengetahui kebenaran yang akan dicapai oleh
pengkaji yang menerbitkan naskah-naskah ini, memutuskan tidak membolehkan siapa
pun untuk melakukannya tanpa seizinnya. Maka penerbitan kandungan perpustakaan
Nag Hamady itu terlambat beberapa tahun lagi.

Tapi pada tahun 1961, badan dunia UNESCO meminta diterbitkannya jilid-jilid Koptik
itu. Dia mengusulkan agar dibentuk satu jawatankuasa antarabangsa yang akan
berkumpul di Kaherah untuk melakukan usaha ini. Selanjutnya, jawatankuasa yang
dibentuk ini memutuskan bahawa langkah pertama untuk menerbitkan naskah-naskah
ini adalah mengambil foto-fotonya sehingga mampu digapai oleh setiap pengkaji yang
ingin mempelajarinya. Demikianlah yang terjadi, proses pengambilan foto itu segera
dimulakan dan berlangsung selama beberapa tahun. Antara tahun 1972 hingga tahun
1977 berjaya diterbitkan foto naskah-naskah itu dalam sepuluh jilid. Setelah itu,
James Robinson, pengarah institut kajian sejarah Kristian membentuk satu
jawatankuasa antarabangsa yang lain untuk mengkaji dan menterjemahkan naskah-
naskah perpustakaan Koptik Nag Hamady, suatu hal yang mendorong para mahasiswa
sejarah Kristian untuk mempelajari bahasa Koptik, terutama di Universitas Harvard di
Amerika.

Perpustakaan Nag Hamady (The Nag Hammady Library) ini pun bukan tulisan-tulisan
Kristian kuno yang ditemukan di Mesir dan berbahasa Koptik. Sebaliknya, menjelang
habisnya abad kedelapan belas, seorang pelancong Scotland membeli manuskrip Koptik
di kota Luxor, sebagaimana juga salah seorang penggemar barang antik menemukan
manuskrip Koptik pada seorang penjual buku-buku kuno di London. Dari terjemahan
tulisan-tulisan itu diketahui berisi dialog antara lsa Almasih dan sekelompok muridnya,
di antaranya ada perempuan. Lalu, menjelang akhir abad lalu, salah seorang ahli
Egyptologist yang berasal dari Jerman menemukan manuskrip Koptik dijajakan di pasar
barang-barang antik di Keherah. Manuskrip ini berisi tulisan yang disebut Injil Maria
Magdalena. Di samping tiga naskah lain yang ditemui dalam kumpulan perpustakaan
Nag Hamady setelah itu. Para ahli arkeologi juga menemukan ribuan kertas papirus di
berbagai tempat di Mesir sepanjang abad ke-20. Kertas-kertas itu memuatkan tulisan-
tulisan Kristian kuno, walaupun sebagian besarnya ditulis dalam bahasa Yunani
(Greek).

Yang tidak dapat diragukan lagi bahawa semua tulisan Kristian tertua yang ada di
dunia pada saat ini, termasuk naskah-naskah Perjanjian Baru ada di Mesir. Tidak ada
satu naskah pun yang berasal dari tiga abad pertama dan ditemukan di luar Mesir.

Gospel Barnabas

Di antara penemuan gospel lain yang kontroversi adalah Injil Barnabas.Menurut


sejarah, Injil Barnabas disembunyikan di perpustaan Vatikan. Namun, kemudian Injil
Barnabas mulai tersebar ketika Biskup St. Ferramino meminjam manuskrip Injil
Barnabas berbahasa Itali dari perpustakaan Paus Sixtus V. pada tahun 1585 .Setelah
membaca dan mempelajari Injil Barnabas, biskup itu pun memeluk Islam.

Kemudian manuskrip Injil Barnabas tadi jatuh ke tangan Mustapha De Aranda yang
menterjemahkannya dalam bahasa Sepanyol. Tidak lama kemudian, Dr. Sale, sarjana
Inggeris menemui Injil tersebut.Pada tahun 1709, John Toland, ahli arkeologi dan
sejarahwan di Amsterdam, Belanda, menerima Injil Barnabas berbahasa Itali dari John
Frederick Cramer, penasihat kerajaan Prusia Jerman. Pada tahun 1713, Cramer
mengirimkan manuskrip Injil Barnabas itu ke perpustakaan pegawai pemerintah
Eugene dari Savoy. Beberapa tahun kemudian, manuskrip tersebut disimpan di
perpustakaan kerajaan Hoffbibliothek Wina,The Imperial Library atas pemintaan
pegawai pemerintah Eugene.

Setelah itu,Injil Barnabas mula mendapat perhatian dari segenap pengkaji.


Pada tahun 1907, Injil Barnabas yang berbahasa Sepanyol diterjemahkan kedalam
bahasa Inggeris oleh Lonsdale Ragg dan isterinya Laura Ragg, dengan judul The Gospel
of Barnabas terbitan Oxford University.Pada tahun 1908, Dr. Khalil Sa'adah,seorang
ahli arkeologi Arab, menterjemahkan buku di atas dalam bahasa Arab "Injil Barnaba,
Dirasat Haula Wihdatiddin'inda Musa wa Isa wa Muhammad'Alaihimussalam" (Injil
Barnaba, Sebuah Studi Mengenai Kesamaan Tauhid antara Musa, Isa dan Muhammad
'Alaihimussalam)

Istimewanya di dalam injil ini,diterangkan bahawa Jesus bukanlah Tuhan tetapi


dijelaskan antara para Rasul-Nya.Malah di dalam injil ini,nama Nabi Muhammad ada
disebut dengan jelas dan terdapat ramalan kedatangan Nabi Muhammad sebagai
Messiah di akhir zaman.

"Jesus menjawab: `Nama Messiah adalah yang terpuji, kerana Tuhan sendiri telah
memberikan nama itu ketika Dia menciptakan jiwanya, dan menempatkannya di
dalam kemuliaan syurgawi. Tuhan berkata: "Nantikanlah Muhammad; demi engkau,
Aku akan menciptakan firdaus, dunia, dan begitu banyak makhluk, yang akan Aku
serahkan kepadamu sebagai hadiah, sedemikian rupa sehingga barangsiapa
memberkati engkau, dia akan diberkati, dan barangsiapa mengutuk engkau, dia akan
dikutuk. Ketika Aku mengutus engkau ke dalam dunia, Aku akan mengutus engkau
sebagai utusan keselamatan-Ku dan kata-katamu akan menjadi kenyataan, sedemikian
rupa sehingga meskipun langit dan bumi akan gagal, imanmu tidak akan pernah
gagal." Muhammad adalah namanya yang diberkati.' Kemudian khalayak itu
mengangkat suara mereka, lalu berkata, `O Allah, utuslah kepada kami utusan-Mu: O
Yang Terpuji, datanglah segera demi perdamaian dunia!'"

(Barnabas 97:9-10)

"Kemudian imam itu berkata: "Dengan nama apakah Messiah itu akan dipanggil?" Jesus
menjawab, "Muhammad adalah namanya yang diberkati" '

(Barnabas ps. 97). Dalam ayat yang lain: "Jesus mengaku, dan mengatakan kebenaran:
"Aku bukanlah Messiah itu."
(Barnabas ps. 42:2)

Barnabas yang mula dijumpai dikatakan ditulis dalam bahasa Itali.Pihak yang
menentang Injil ini mengemukakan 1001 bukti menidakkan Injil ini.Bukti yang ketara
mungkin dari segi nama-nama tempat dan keadaan geografi serta cara hidup ketika
itu.Tetapi bukankah naskah ini ditulis dalam bahasa Itali,di mana sudah tentu ia
disalin dari kitab yang lebih tua yang sudah pasti bukanlah kitab berbahasa Aramaik
atau Ibrani.Sekurang-kurangnya kitab asal itu berbahasa Greek atau Koptik,kerana
bahasa Itali agak baru bagi sebuah gospel kuno.Maka dalam proses penyalinan ini
sudah tentu tidak lepas dari kesalahan mentafsir nama tempat,keadaan geografi dan
cara hidup Hawariyyun ketika itu,contohnya dalam gospel ini disebutkan air anggur
disimpan di dalam tong kayu padahal di zaman Nabi Isa a.s di Palestin,air anggur
ditadah dalam bekas-bekas tanah liat.Ini bukanlah aneh kerana orang yang menyalin
mungkin tidak memahami sesetengah perkataan bahasa yang diterjemahnya dan mula
'membuat kepala sendiri' menambah kata-kata mengikut pandangan hidupnya di masa
itu.

Padahal Injil Kanonik yang empat itu juga bukanlah dalam bahasa asalnya malah
diterjemahkan berulangkali dari beberapa bahasa berbeza.Adakah kerana injil ini
tidak mempertuhankan Isa a.s dan menyebut nama nabi Muhammad s.a.w maka ia
ditolak dan diserang di sana-sini??Jika injil ini tidak penting,mengapa Paus Sixtus V
sanggup menyimpan injil ini di perpustakaan peribadinya padahal sejarah mengatakan
terlampau banyak injil-injil yang dibakar oleh pihak gereja??Apa istimewanya injil ini
sehingga Paus menyimpannya??Mengapa beliau tidak membakarnya??

Tentu ada yang istimewa dan terahsia di dalam injil ini,malah tidak mustahil ketika
Paus Sixtus V menerima injil Barnabas ini,kemungkinan masih dalam keadaan
baik,tetapi telah dirosakkan dengan menambah di sana-sini bagi menghilangkan
keasliannya.Paus tidak memusnahkannya tetapi menyimpannya bagi rujukan di masa
akan datang,dan beliau sendiri tentu tahu bahagian-bahagian yang asli di dalam injil
itu.

Inilah kepelikan dalam sikap para paderi Kristian.Cuba bayangkan apa rasionalnya
seorang mufti atau imam agama Islam menyimpan kitab The Satanic Bible di dalam
perpustakaannya??Padahal sebelum itu dia menyuruh anggota jabatan agama Islam
merampas kitab-kitab Satanic dari ahli-ahli kumpulan Black Metal di Kuantan
misalnya.Bukan itu sahaja bayangkan Mufti Negeri Perak,Datuk Harussani
Zakaria,misalnya tiba-tiba ditemui di dalam biliknya terdapat kitab sihir Necronomicon
berserta jilid-jilid ajaran Temple of Set di dalam almari bukunya,bersebelahan kitab
tafsir dan AlQuran??Apakah yang mampu dijawab oleh mufti terbabit sekiranya ditanya
apa keperluan menyimpan kitab-kitab sedemikian rupa??Padahal ini adalah kitab
syaitan,kafir,bidaah dan sihir.

Itulah yang dituduh oleh para paderi kepada injil-injil yang selain empat Injil Kanonik
itu (Matthews,Luke,Mark,John).Semua kitab-kitab atau gospel-gospel yang
'syaitan','kafir','bidaah' dan 'sihir' dibakar dan dimusnahkan.Tetapi alangkah anehnya
ketika para pengikut Kristian dan paderi membakar gospel-gospel itu,Paus sibuk
membalut gospel-gospel yang 'syaitan' dan 'bidaah' itu di bilik perpustakaanya dan
menciumnya lantas meletakkannya ke dalam almari koleksi buku-buku
kesayangannya.AMAT ANEH TINDAKAN PAUS INI.

Terdapat banyak lagi gospel-gospel yang muncul dewasa ini hasil dari penggalian
arkeologi,tidak kurang juga dari penemuan-penemuan tidak sengaja.Satu contoh yang
terkenal,malah mungkin lebih terkenal dari Nag Hammadi,iaitu The Dead Sea Scrolls.

The Dead Sea Scrolls (Manuskrip Laut Mati) yang dimaksudkan adalah sekumpulan
tulisan tangan kuno yang berhasil ditemui antara tahun 1947 - 1956 di dalam gua-gua
tersembunyi di pergunungan yang terletak di sebelah barat Laut Mati, antara lain
kawasan Qumran, Muraba'at, Khirbat, Mrd, Ein Jeda dan Masada. Penemuan tersebut,
khususnya yang berasal dari wilayah Qumran atau Umran, wilayah Tepi Barat Jordan
yang berjarak hanya beberapa kilometer selatan kota Yerikho (Areeha), semenjak
setengah abad yang lalu, telah membawa kesan yang sangat dalam pada pola
pemikiran pengkaji-pengkaji Yahudi dan Kristian di seluruh dunia. Selanjutnya
penemuan-penemuan yang mengejutkan itu, sudah pasti, telah mengakibatkan
terjadinya perubahan pada banyak struktur kepercayaan yang selama ini diyakini di
Palestin. Walaupun demikian, kita masih berada di awal langkah sehingga belum boleh
diharapkan untuk mendapatkan hasil-hasil yang sempurna, kecuali apabila seluruh
naskah yang ada berhasil diterbitkankan dan difahami maknanya oleh para pengkaji.

The Dead Sea Scrolls ditemukan oleh seorang anak (penggembala kambing) bernama
Muhammad Ad-Dib. Gulungan manuskrip yang ditemukan berisi tulisan kitab Perjanjian
Lama, oleh sebuah komuniti yang dikenali sebagai salah satu aliran Yahudi, yaitu
aliran Essenes. Tulisan-tulisan mereka memberikan gambaran tentang masa-masa awal
sejarah Kristian, perkaitan gerakan Nazareth (pengikut Jesus dari Nazareth) dengan
aliran Essenes, dalam komuniti ini terdapat seorang Nabi yang sezaman dengan Jesus
yaitu Yahya a.s, atau John The Baptist-menurut tradisi Kristian. Penemuan arkeologi
ini akhirnya mendorong sekian banyak pemerhati Kristologi untuk mengkaji naskah-
naskah tersebut. Beragam kajian dari para pengkaji mulai bermunculan, baik para
pengkaji Barat mahupun Timur. Salah satu kesimpulan dari para pengkaji ini bahawa
aliran Essenes berkaitan erat dengan masa awal sejarah Kristian. Ia bahkan
meramalkan bahawa "Guru bijak" yang diceritakan melawan "Pendeta jahat" dalam
Naskah Gulungan Laut Mati, adalah Jesus itu sendiri. Hal ini diperkuatkan dengan
kajian terhadap nama Isaiyah yang tertulis sebagai nama kelompok tersebut,
sebenarnya adalah Essenes itu sendiri.

Kajian-kajian tentang the Dead Sea Scrolls amatlah banyak, diantaranya yang
membuat kejutan dunia Kristian adalah laporan Barbara Theiring, dalam bukunya
"Jesus the Man". Dari penelitiannya selama 20 tahun terhadap naskah Laut Mati,
Barbara Theiring mampu menampilkan sisi Jesus sebagai seorang manusia, yang
menikah (bahkan berpoligami), juga meninggal secara wajar dan bukan ditiang salib.
Secara umum, kajian terhadap Naskah Laut Mati, lebih menempatkan Jesus sebagai
sisi manusia yang pernah ada dalam sejarah, dan bukan sisi imaginasi yang kemudian
di mitoskan dan disembah. Setidaknya, inilah inti terpenting dari hasil kajian Naskah
Laut Mati.

Di dalam gospel lain,iaitu yang dinamakan Injil Didache,juga ditemukan ayat-ayat yang
mengesakan Allah s.w.t.Gospel ini tidak menyatakan bahawa Nabi Isa a.s adalah
tuhan, selain Allah. Ia juga tidak menyatakan bahwa Isa Alaihissalam adalah Nabi yang
akan diutus di akhir zaman. Doktrin inti ajaran Kristian, yaitu penebusan dosa manusia
dengan darah AI-Masih, juga tidak disebutkan di dalam Injil ini. Ia justeru
menyebutkan kebalikannya, yaitu penganut Kristian yang tidak mengimani Nabi
Muhammad s.a.w akan dikutuk, sedangkan penganut Kristian yang mengimaninya akan
menjadi orang kudus (suci).

Namun,Injil Didache tidak terhindar dari pemotongan. Di dalam bahagian yang berisi
nubuat tentang akhir masa berlakunya syariat Yahudi, Isa a.s menyebutkan nubuat-
nubuat dari Perjanjian Lama tentang Nabi Muhammad s.a.w. Namun, naskah tersebut
telah dipotong. Orang yang cerdas tentu faham, pemotongan keterangan tentang
nubuat-nubuat itu demi tujuan-tujuan keagamaan tertentu.

Didache, atau Ajaran Rasul-rasul, adalah peraturan gereja (church polity) pertama
yang sampai kepada dunia dan merupakan salah satu naskah yang terpenting dan
tertua tentang ajaran agama dan hukum gereja, kerana ia memuat teks-teks sastera
agama yang tertua setelah Perjanjian Lama. Posisinya ada di tengah-tengah antara
Perjanjian Baru dengan tulisan-tulisan bapa-bapa apostolik (apostolic fathers).
Penemuan naskah ini pada akhir abad 19 menimbulkan kejutan yang hebat di kalangan
ilmiah gereja, sebab sarjana-sarjana patristik telah mengetahui keberadaan apa yang
disebut "Ajaran Rasul-rasul", namun mereka tidak pernah menemukan satu pun
petunjuk tentangnya sampai penemuan tersebut.

Penemuan Naskah yang Berisi Didache

Pada tahun 1873, Philotheos Bryennios, Pengarah Sekolah Tinggi Teologi Yunani di
Konstantinopel, yang kemudian menjadi Datuk Bandar kota Nikomedia, menemui
sebuah manuskrip di perpustakaan DiyorAl-Qabr AI-Muqaddas (Monastery of the Most
Holy Sepulchre) di Konstantinopel (Istanbul), yang berada dalam pengawasan
Patriarkhal Yerusalem Bizantium Ortodoks, yang berisi beberapa naskah klasik yang
sangat penting. Manuskrip itu lalu dipindahkan dari Jerusalem ke Istanbul pada tahun
1680, lalu dipindahkan lagi ke Perpustakaan Patriarkhal Rom Ortodoks, dan diberi
nombor 54. Oleh itu, di kalangan ilmiah, manuskrip, tersebut popular dengan nama
"Manuskrip Jerusalem" (Jerusalem Codex) dan dalam bahasa Latin disebut
Hierosolymitanus: 54.

Manuskrip yang baru ditemukan itu mendapatkan perhatian yang luar biasa dari
kalangan ilmiah. Ia menjelaskan banyak segi yang samar samar tentang sejarah awal
kehidupan gereja, sehingga ia cepat di perhatikan sedemikian rupa oleh para ahli
sejarah dan manuskrip ini disalin seorang penyalin saja, yang bernama Leon AnNasikh
AI-Khati' (the notary and sinner: si penyalin yang banyak dosa), pada tahun Greek
6564, sama dengan 1056 Masihi, atau kurang lebih pertengahan abad 11.

Pada tahun 1876, atau dua tahun setelah ditemukannya Manuskrip Jerusalem, yang
disebut oleh Bryennios dengan "Jerosalem Codex", Penguasa Philotheos Bryennios telah
menerbitkan Dua Surat Clement dengan disertai pengantar dan catatan-catatan, di
Jerman, ketika ia berada di Institut Katolik yang lama di kota Bonn. Para sarjana
patristik menyambut baik karya tersebut, yang menunjukkan ketelitian dan
keahliannya yang tinggi dalam penyuntingan teks, berkat kajiannya pada para pakar
dari pusat kajian di Jerman.

KESIMPULAN.

Peti harta Knight Templar telah terbuka.Anda sudah tahu apa isinya.Knight Templar
telah menggunakan 'harta' ini bertahun-tahun untuk mengunci mulut para penguasa
gereja dan raja-raja Kristian Eropah.Begitu juga dengan Sauniere,si pastor yang bijak
mengambil peluang.Taktik Knight Templar ini diwarisi oleh pastor muda ini dan
dengan 'rahsia' ini dia menjadi kaya-raya.

Tetapi sama seperti yang berlaku pada Knight Templar,akhirnya Sauniere juga dibunuh
kerana tindakannya melampaui batas dan juga mahu menutup terus 'rahsia' yang
ditemui di sana.Mungkin pendeta dari Esperaza yang terkejut mendengar kata-kata
terakhir Sauniere tahu 'rahsia' itu.

Selepas itu banyak orang telah diupah untuk mereka-reka cerita,antaranya tentang
Holy Grail,Maria Magdalena,keturunan Jesus juga mengenai Merovingian.Pierre
Plantard de Saint Clair,orang yang mendakwa warisan dari Priory of Sion misalnya
dikatakan telah mereka sebuah dokumen dan menyeludup masuk dokumen itu ke
perpustakaan.

Semuanya untuk menutup cerita tentang Holy Grail yang sebenar.

Mahu percaya Holy Grail yang palsu,kisah cawan dongengan atau Holy Grail yang
sebenar ??
"Jikakamu semua telah menakluk Rom, masuklah ke gereja
sebelah timur melalui pintu sebelah timur. Lalu ikatkan tujuh
bendera dan bunuhlah yang ke lapan. Sebab dibawahnya terdapat
tongkat Musa, Injil dan perhiasan Baitul Muqaddis.

(Hadis Nabi, diriwayatkan oleh Nuaim Hamad)

You might also like