1.

0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BOLA SEPAK

1.1 SEJARAH PERMAINAN BOLA SEPAK

Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal daripada sejarah permainan bola menggunakan tangan.

Rajah 1.1: Permainan bola sepak tanpa peraturan dimainkan di Eropah ketika Zaman Pertengahan.

Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke3 di China. Ia bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han, di mana askar-askar mereka telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali sebagai latihan „ Tsu Chu’. Selain itu fakta juga telah menunjukkan permainan Greek “episkyros” mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom. Cara ia dimainkan ialah dengan dimulai dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi sempadan pihak Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun. lawan.

Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di seluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan permainan "football" yang lain di sana. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak.

Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbeza-beza di sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal telah diperkenalkan pemainpemain bagi menyeragamkan cara permainan tersebut. dan Pada memudahkan tahun 1863,

memahami

peraturan-peraturan

Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undangundang ini dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini.

Selepas beberapa tahun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini telah menerima pasukan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909 /1910, Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928. Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi. Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet. Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929.

seli di benua Eropah dan Amerika Selatan. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas menewaskan Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir. pada 18 Julai 1930. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia. Walau bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden.Rajah 1. Oleh kerana itu. Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. Impiannya menjadi kenyataan apabila Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang. Menjelang tahun 1954. . ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu. 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan merupakan sukan yang paling popular di dunia. ahli gabungan FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia.2: Bola yang digunakan pada Piala Dunia pertama di Uruguay 1930 Buat pertama kalinya. kejohanan pertama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B.

Rawson. S. Ia juga dikenali sebagai Football Association of Malaya (FAM). Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus. Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Webster. Bryson dan Dr C.2 PERKEMBANGAN DI MALAYSIA. Selepas tamat perang.1 Awal 1920-an Rajah 1. diikuti dengan H. Johor dan Negeri Sembilan. Presiden FAM ialah J.1. satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933. Williamson dan Adrian Clark. Shelley. Dr J. Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai sukan pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala Malaya di antara Selangor dan Singapura pada tahun 1921. Pada tahun 1926.3: Singapura menerima piala sebagai juara Piala Malaya Permainan bola sepak pertama di Semenanjung Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan pendatang luar adalah tinggi di negeri Selangor. Scott.2. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British. R. 1. Perak. Kuala Lumpur. . King.

1. Pada tahun 1989 Liga semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian. Ia juga merupakan pusat pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama.4 berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola sepak Malaysia atau dalam bahasa Inggeris Football Association of Malaysia (FAM).1.4: Struktur Organisasi FAM . 1. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. perkembangan permainan bola sepak banyak meraih perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja Dunia pada 1997. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Daripada bangunan kecil di Jalan Birch.3 Struktur Organisasi Persatuan Rajah 1. 1. Pada tahun 1976.2.2. FAM akhirnya mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya.3 Era Pembaharuan Modenisasi dan Profesionalism Yang Teramat Mulia Sultan Pahang.2 Tahun-tahun di antara 1951 hingga 1984 Pada tahun 1951 pula. Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah. jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah. Rajah 1.

FIFA merupakan badan rasmi yang khusus untuk menyelenggara bola sepak di peringkat dunia.3. Meningkatkan mutu permainan menerusi perlawanan dan pentadbiran yang dianjurkan dari semasa ke semasa. . Perancis. v. undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Persekutuan Pesatuan-Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ditubuhkan pada tahun 1904 di Paris.1 Undang-undang Permainan Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. ii. Mengembangkan permainan bola sepak ke seluruh dunia agar diterima sebagai permainan yang diminati. Sweden dan Switzerland merupakan negara-negara yang bertanggungjawab kepada penubuhan FIFA. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang. Mengawal dan menyelaraskan segala undang-undang dan peraturan mengenainya. Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Menjadikan sebuah badan atau persatuan khusus untuk bola sepak bagi seluruh dunia. Belanda. Kini. iv. Mengeratkan hubungan antara negara-negara dunia menerusi bola sepak. i. Negara Belgium. Antara tujuantujuan penubuhan FIFA adalah seperti berikut. iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah. Namun begitu. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN. Sepanyol. Mutu permainan atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan undangundang sukan bola sepak. 3. iii.

bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. 3. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini. Kemudian padang akan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana tengah padang mempunyai ukuran jejari 9. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (juga lihat rajah 1.saiz dan berat bola. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar.15m (10 ela). saiz gawang. (b) Ukuran padang Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat.5 ): Panjang : Minimum 90m (100 ela) Maksimum 120m (130 ela) Lebar : Minimum 45m (50 ela) Maksimum 90m (100 ela) Ukuran padang pertandingan antarabangsa: Panjang : Minimum 100m (110 ela) Maksimum 110m (120 ela) Lebar : Minimum 64m (70 ela) Maksimum 75m (80 ela) (c) Kawasan padang Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol.2 Undang-undang 1: Padang Permainan (a) Permukaan Padang Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. dibahagikan bulatan di kawasan .

Rajah 1.5m (18 ela) dari tiang gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing berukuran 5. Lengkungan bulatan berjejari 9. (e) Kawasan penalti Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16. tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol.5m (6 ela) dari tiang gol.5: Ukuran kawasan padang bola sepak (d) Kawasan gol Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Rajah 1. Dalam setiap kawasan penalti.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti.6: Ukuran kawasan penalti .

(g) Lengkungan sudut Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam padang permainan. Jarak antara tiang gol ialah 7.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di setiap penjuru padang.44m (8 kaki). (h) Tiang gol Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang. .32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2. Berikut merupakan bentuk bola yang dimaksudkan. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g.7 : Ukuran tiang gol bola sepak Undang-undang 2: Bola Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan.(f) Tiang bendera Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1. Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci). Rajah 1.

(b) Perlawanan Rasmi Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan persatuan di bawah gabungannya. .Rajah 1. Rajah 1. Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.8: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak Undang-undang 3: Bilangan Pemain (a) Pemain Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol.9: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain). hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran.

Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain: i. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain. iii. Jersi Kasut bola Seluar pendek Stoking Pelindung kaki . Undang-undang 4: Peralatan Pemain (a) Keselamatan Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. iv. (e) Pertukaran Penjaga Gol Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat. gelang atau jam tangan. ii.(c) Nama pemain gantian Dalam setiap perlawanan. (d) Peraturan pemain gantian Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenangwenangnya. nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Sebagai contoh cincin. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. vi. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gentian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut. (b) Peralatan asas Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian.

Rajah 1. (e) Pelanggaran Peraturan Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking. (d) Penjaga Gol Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.10: Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi pemain bola sepak (c) Pelindung kaki (shin guards) Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. . Undang-undang 5: Pengadil (a) Kuasa pengadil Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. pengadil dan pembantu pengadil. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang.

Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil. Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat. .11: Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2 pembantu pengadil (b) Tugas Pengadil Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil: Melaksanakan undang-undang perlawanan. - Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang. Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4. - Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. - Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang. - Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak luar. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil. Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan.Rajah 1. - Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan.

Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan (a) Tugas Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil. - Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya. Antara tugas-tugas pembantu pengadil ialah: - Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan. (c) Keputusan pengadil Keputusan pengadil adalah muktamad. - Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid. . (b) Pembantu Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak. Memastikan arah tendangan sudut. Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama. - Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya. tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang.- Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan.

Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit. Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan (a) Tempoh permainan Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit. (c) Masa tambahan . Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. Rajah 1. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.13: Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama 45 minit setiap separuh masa (b) Masa Rehat Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama.12: Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas semasa pertukaran dilakukan. kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan kedua-dua pasukan.Rajah 1.

Rajah 1. sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua. Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan (a) Permulaan perlawanan Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan. (e) Pemberhentian perlawanan Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.14: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan .Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain. (d) Tendangan penalti Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula. rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapakan rawatan. tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.

15m (10 ela) daripada bola. Selepas pengadil memberi isyarat mula. sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan. Pemain yang mengambil sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9. (c) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-undang. sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah. (c) Prosedur Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. (b) Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan. Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol. . Permainan akan diteruskan kembali dengan: (a) Perlawanan akan disambung semula dengan lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar.(b) Sepak mula Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua. pemain tengah perlu membuat sepak ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya yang lain. Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi. semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa. Selain itu.

16: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol . membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan.Rajah 1.15: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar Undang-undang 10: Jaringan Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol. Rajah di bawah menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol. Manakala perlawanan akan dikira ÂseriÊ sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan. Rajah 1. dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar. Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan.

Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. menyadung pemain pihak lawan .Undang-undang 11: Ofsaid Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri. melompat ke atas pemain pihak lawan. (f) (g) sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan. Rajah 1. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah: (a) (b) (c) (d) (e) menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan. sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan. Sebagai hukuman. memegang pemain pihak lawan.17: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sepakan percuma pula akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku. mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola. menolak pemain pihak lawan.

bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma. Dalam situasi tersebut. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung. Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9. . menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya).15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Rajah 1. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang kurangnya 9. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil.(h) mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan. Undang-undang 13: Tendangan Percuma Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. (i) membawa.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti mereka. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9. pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan pertahanan. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya.18: Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang mempunyai kemahiran.

b) Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.18: Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi Undang-undang 14: Sepakan Penalti Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti.15m di luar kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol.19: Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan . Rajah 1. d) Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.Rajah 1. Prosedur: a) Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah gawang. c) Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil.

sama ada bola meleret di atas padang atau di udara.20)  Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar garisan.  Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain.  Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira Rajah 1. (Rajah 1. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar. Prosedur:  Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala.20: Seorang pemain yang membuat cara balingan masuk yang betul .Undang-undang 15: Balingan Masuk Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi.

Prosedur:  Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol. . Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil. Undang-undang 17: Tendangan Sudut Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol.Undang-undang 16: Tendangan Gol Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat hantaran.   Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti.  Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9. Prosedur:    Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera. terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara.  Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.15m dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil. Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.

 Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.21: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol . Rajah 1.

Kini anda akan didedahkan pula tentang strategi permainan bola sepak. Oleh itu. daya tahan 2 orang pemain tengah tersebut adalah penting Rajah 2. Rajah 2.4 .1 : Faktor kepada pemilihan strategi Sistem permainan yang biasa diamalkan dalam permainan bola sepak adalah: (a) 4-2-4 Kejayaan sistem ini banyak bergantung kepada 2 orang pemain tengah yang menjadi ‟penghubung‟ di antara pemain pertahanan dan penyerang. Ini juga penting agar permainan bola sepak akan menjadi lebih tersusun dan efisen.1 STRATEGI PERMAINAN Anda tadi telah didedahkan kepada peranan pemain.FORMASI DAN STRATEGI PERMAINAN BOLA SEPAK 3. pengadilan yang baik dan langkah-langkah untuk menjadi penjaga gol yang cekap.2. Keadaan ini membenarkan 6 orang pemain untuk menyerang atau bertahan.2 : Sistem 4. Pemilihan sesuatu strategi permainan (formation) biasanya dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti Berikut.

3 : Sistem 4.(b) 4-3-3 Dalam sistem ini. hanya 3 orang pemain sahaja yang bertindak sebagai pemain penyerang.4. Lapan pemain boleh digunakan untuk menghadapi serangan tetapi 2 orang penyerang akan memikul tugas yang berat. pemain tengah atau pertahanan perlu mara dan membuat ‟overlap‟ untuk membantu 3 orang penyerang tersebut. Mereka terpaksa menguasai bola sehingga ke barisan tengah supaya dapat membantu membuat serangan.2 (d) 1-4-3-2 Sistem ini juga lebih menumpukan kepada barisan pertahanan di mana seorang pemain menjadi ‟sweeper‟ manakala yang lain akan menjaga pemain . Rajah 2. Rajah 2.3 (c) 4-4-2 Pembentukan jenis ini lebih menitikberatkan pertahanan dan biasa diamalkan oleh pasukan yang kekurangan penyerang utama.3.4 : Sistem 4. Oleh itu.

4.5 : Sistem 1.2 .lawan.3. Rajah 2. 'Sweeper‟ ini bergerak bebas dan tugasnya adalah untuk mengganggu dan merebut bola daripada pihak lawan.