A A:: K KE EP PE EN NT TIIN NG GA AN NM MA AK KA AN NM MA AK KA AN NA AN NB BE ER RK KH HA AS SIIA AT T

Pemakanan seimbang Pemakanan seimbang adalah pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi dan juga dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak,vitamin,pelawas dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi. Nutrien

Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan manakala protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Lemak adalah penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel. Tetapi pengambilan lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.

Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

pasta dan nasi.kumpulan hasilan tenusu iaitu susu. Kita haruslah minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari. Kita mestilah makan hidangan daripada kumpulan roti.lemak.vitamin dan pelawas. Hidangan dari kumpulan sayuran hijau. kumpulan daging.bijiran. Gambar-gambar Piramid Makanan Seimbang Contoh makanan tengah hari yang seimbang Salad buah-buahan Sayur-sayuran Buah-buahan & sayur-sayuran Contoh makanan seimbang . Lemak dan minyak hendaklah diambil sedikit yang mungkin kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah.protein.telur dan kekacang.ayam.ikan.Piramid Makanan Piramid makanan adalah makanan yang terdiri daripada kelas makanan yang berbeza seperti karbohidrat.keju dan dadih haruslah diambil banyak.