PENGENALAN Budaya korporat atau dalam bahasa Inggeris nya corporate culture telah di perkenalkan oleh Tom Peter

dalam bukunya „ In Search for Excellence‟ telah mendapati bahawa kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat bahawa syarikat yang mempunyai budaya korporatnya sendiri mempunyai kencenderungan untuk berjaya.

Malaysia juga tidak terkecuali membentuk budaya korporatnya sendiri untuk seiring maju dengan negara-negara yang semakin membangun seperti Amerika Syarikat termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia. Tanggal 20 April 2009 serentak di seluruh intitusi kesihatan di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan program penerapan budaya korporat bermottokan „ KAMI SEDIA MEMBANTU‟

Logo „KAMI SEDIA MEMBANTU‟

1

2 .Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.Latar Belakang Putih Melambangkan kepentingan kebersihan. Membantu . Sentuhan di Hati Melambangkan kelembutan. Nilai-nilai Teras Menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa menjalankan tugas. keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas.Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas. MOTO Kami Sedia Membantu Kami . Tangan Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu. Hati Berwarna Merah Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama. Sedia .

mesra. rasa hormat dan prihatin.  Kami melaksanakan apa yang dirancang  Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan.  Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional.  Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien.JANJI KAMI  Kami Sedia Membantu  Kami Komited terhadap keperluan anda  Memastikan perkhidmatan yang adil.  Kami berdedikasi terhadap tugas  Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan. mudah didekati dan bersopan santun. efektif dan produktif. KOMITMEN KAMI  Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan. 3 . kejujuran dan keikhlasan. tekun.

Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat. bangsa dan agama. 4 . Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab.IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM Bahawasanya kami. mesra dan profesional. WARGA KERJA KKM. efektif dan produktif. berikrar: Memberi perkhidmatan yang terbaik. serta Komited untuk mencapai matlamat Kementerian. Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien.

bangsa dan agama seseorang individu. prihatin. 5 .B Dato‟ Sri Liow Tiong Lai semasa ucapan beliau pada Program Penerapan Budaya Korporat selaras dengan hasrat beliau. kementerian juga memberi penekanan kepada nilai profesionalisme di kalangan anggota KKM. Bercerai Kita Roboh”. Kita sedia maklum akan nilai penyayang perlu ada pada setiap anggota KKM dalam menjadikan kita sebagai insan yang peka . Nilai-nilai ini amat penting dan perlu menjadi pegangan serta amalan setiap warga KKM semasa menjalankan tugas. Beliau yakin dan percaya melalui usaha gigih dan komitmen semua anggota. Beliau mengalakan semua warga KKM diamanahkan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat. dan mengambil berat ke atas mereka yang dating untuk mendapatakan bantuan. Amanah ini hendaklah dilaksanakan dangan penuh keikhlasan dan rasa tanggungjawab. pengamatan dan penghayatan nilai-nilai tersebut berupaya membawa perubahan kepada mutu perkhidmatan penjagaan kesihatan. segala usaha yang dicurahkan tidak akan mendatangkan hasil sekiranya anggota KKM tidak besatu padu dan berkerja sebagai satu pasukan. Amalan sifat penyayang yang mendapatkan perkhidmatan di kemudahan kesihatan KKM. penghayatan budaya kerja berpasukan di kalangan anggota KKM adalah penting dalam memastikan semua matlamat yang telah di tetapkan oleh Kementerian tercapai. Sebagai salah satu agensi kerajaan terbesar. Ini adalah bagi memastikan setiap anggota KKM peka terhadap perubahan semasa dan sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kemahiran berkaitan bagi memastiakn perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan baik. Dalam pada itu. Oleh itu.PENCARIAN LITERATURE Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Y. profesionalisme dan kerja berpasukan. Pelaksanaan Program Penerapan Budaya Korporat ini memberi penekanan terhadap tiga nilai teras iaitu Penyayang. Bak kata pepatah “ Besatu Kita Teguh.

saya percaya penggunaan moto tersebut juga berupaya membentuk sikap responsive dan proaktif di kalangan anggota KKM untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. professional dalam satu pasukan. 6 . Dalam pada itu.Pemilihan moto Kami Sedia Membantu pula membawa pengertian bahawa kita sebagai warga KKM perlu bersedia memberi perkhidmatan dengan penuh rasa mesra. Kejayaan program budaya korporat ini terletak di tangan kita. Justeru itu kita hendaklah komited dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. prihatin.

BERSOPAN SANTUN Bersopan santun adalah amalan dan perlakuan individu yang sentiasa berbudi bahasa mempunyai perasaan timbang rasa dan sentiasa menghulurkan pertolongan kepada insan lain. responsive dan hormat menghormati. Kerja berpasukan 3. A. Perkhidmatan penyanyang 2. Oleh itu kita perlu mewujudkan budaya korporat yang berteraskan kualiti. iii. kita hendaklah mengamalkan perkhidmatan penyayang dengan lebih bermakna. Berbudi bahasa Bertimbang rasa Sedia membantu 7 . ii. Profesionalisme. Tiga unsur kecil dalam bersopan santun adalah: i. Bagi Kementerian Kesihatan tiga nilai utama budaya korporat yang telah dikenalpasti iaitu : 1. Ini akan hanya tercapai dengan perkhidmatan yang berkualiti. Corak perkhidmatan penyayang yang ingin diwujudkan di Kementerian ini berteraskan kepada tiga unsur iaiti bersopan santun. Tuturkata dan layanan awal yang di berikan kepada pelanggan secara penuh kasih saying akan dapat meringankan beban kesakitan yang sedang ditanggungnya.PERBINCANGAN Mengapa perlu kita wujudkan budaya korporat pada hal kita telah Berjaya dalam mencapai objektif KKM? Kini kita mesti memberi perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan. PERKHIDMATAN PENYAYANG Sesuai dengan hasrat Kementerian untuk memberi keselesaan kepada pelanggan.

Hormati privasi orang lain Hormati rahsia orang lain Amalkan etiket social 8 . iii. mulia dan tidak menjatuhkan maruah orang lain atau membuatkan orang lain merasa malu. ii. kita semestinya sentiasa bersedia untuk bertindak dengan cepat atau responsive. Responsive adalah bermaksud sikap sedia bertindak dengan cepat dan tepat untuk kepentingan pelanggann. atau menyelesaikan masalah yang mungkin timbul. C. Perlakuan yang berkait dengan responsive ialah proaktif. HORMAT MENHORMATI Amalan hormat menghormati ini bermaksud kita berinteraksi secra jujur. Proaktif adalah sikap menjangka dengan bijak apa yang diperlukan oleh orang lain serta terus mengambil inisiatif untuk memberi perkhidmatan yang diperlukan. Terdapat tiga unsur kecil di bawah hormat menhormati iaitu: i. Oleh yang demikian kita hendaklah peka dan prihatin terhadap perasaan pelanggan dan rakan sejawat berinteraksi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita di kementerian sering berhadapan dengan keadaan-keadaan cemas yang memerlukan kita bertindak spontan. Oleh itu kita hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang releven supaya kita tidak teragak-agak untuk melakukan pertolongan cemas bila keadaan mendesak. Bertindak pantas adalah sikap bertindak segera dalam semua keadaan semasa memberi perkhidmatan.B. RESPONSIF Selaras dengan hasrat Kementerian Kesihatn untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti dan cemerlang kepada para pelanggan. bertindak pantas dan ketepatan masa.

Dengan berpandukan kepada umur dan perwatakan pelanggan. makcik. Di samping ini. encik atau sir dapat menunjukan kemesraan dan tansa hormat. Untuk menyampaikan sesuatu yang personal kepada pelanggan atau rakan sekerja. Bagi orang islam mengucapkan salam adalah amalan yang paling baik. iaitu menjaga hal-hal menhenai pelanggan dan juga rakan sekerja yang tidak sepatutnya diumumkan kepada orang lain. kita tidak sepatutnya menghebahkan perkara-perkara berkenaan kepada sesipa pun. Etiket social perlu di amalkan semasa menjalankan tugas umpamanya cara kita memanggil pelanggan dan cara kita menyapa orang lain bila bertemu. selamat tengah hari dan selamat petang dapat menunjukan tanda hormat menhormati. amatlah baik sekiranya orang berkenaan di beritahu di tempat-tempat yang tidak dapat di dengar oleh orang lain. Sebagai contohnya seorang pesakit perlu dilindungi dari pandangan umum dengan menarik tabir sebelum doctor membuat pemeriksaan. KERJA BERPASUKAN Pasukan adalah terdiri dari individu individu yang berkerja dalam pasukan untuk mencapai matlamat yang sama. saudara. Dengan cara ini pelanggan dan rakan sekerja akan merasa berterima kasih atas tindakan kita itu kerana menjaga rahsianya dari orang lain. panggilan adik. 9 . berada di dalam keadaan selamat. ucapan selamat pagi.puan. Perkara kedua pula ialah mengenai hormat menghormati ialah kerahsiaan. Ianya berbeza dengan kumpulan kerana ahli dalam kumpulan tidak semestinya berkerja untuk mencapai matlamat yang sama. Juga dengan berpandukan masa pada waktu itu.Maksud privasi adalah menhormati hal-hal dan keperluan peribadi. kakak.

10 .PROFESIONALISME Profesionalisme bermaksud melakukan sesuatu tugas dengan penuh komitmen. Cara yang terbaik dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah ciri penting bagi profesionalisme.untuk mengetahui yang manakah kaedah terbaik adalah anda mestilah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut. Disiplin pula adalah kita harus mengawasi diri sendiri untuk tidak melakukan sesuatu yang tidak di anggap sesuai atau boleh menjatuhkan imej jabatan. 3. Seseorang itu boleh di panggil professional apabila ia melakukan kerja dengan pantas tanpa menjejaskan kualiti kerja. Komitmen adalah kesungguhan dalam melakukan sesuatu kerja sehingga sempurna 2. Pekerjaan sebegini dapat dilaksanakan dengan mengetahui kaedah yang terbaik dan mengamalkan konsep cost effective. disiplin dan dengan cara yang terbaik mengikut etika dan taraf kerja yang dikehendaki. 1.

Selain itu. 11 . dan bangsa seseorang itu. Sebagai warga KKM terutamanya kita seharusnya tidak memandang enteng budaya korporat ini kerana setiap anggota diwajibkan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kita tanpa mengira pangkat.profesionalisme juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam budaya korporat KKM yang mana setiap anggota KKM diberi penekanan tentang nilai profesionalisme untuk memastikan setiap anggota KKM peka terhadap perubahan semasa dan sentiasa melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan serta kemahiran yang berkaitan bagi memastikan anggota KKM dapat memberikan perkhidmatan kelas pertama. Pelaksanaan budaya korporat merupakan salah satu penanda aras kita untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan mengunakan tiga elemen yang penting iaitu perkhidmatan yang penyayang yang mana kita disarankan untuk mempunyai nilai-nilai peka. prihatin. Kerja berpasukan juga sangat penting demi mencapai matlamat yang disasarkan oleh KKM yang mana semua anggota seharusnya berkerjasama dalam mencapai matlamat yang ditetapkan oleh KKM. agama. dan mengambil berat ke atas mereka yang dating mendapatkan perkhidmatan di kemudahan kesihatan KKM.RUMUSAN Secara tuntasnya. budaya korporat amat penting dalam sesebuah oraganisasi untuk mencapai kecermelangan dalam semua perkara. Kita perlu melaksanakan kewajipan kita dengan seikhlasnya dan memberi komitmen dalam perkhidmatan yang kita berikan.

Farah Nadiha.my/infosihat/isusemasa/budaya%20korporat/pdf/BukuKec il_PenerapanBudayaKorporat.gov.budaya korporat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia http://mohcube. pengarah Hcm http://www.slideshare.my/v/bu_kor 2.blogspot.com/2011/12/motoetika-dan-budaya-kerja-kkm. Slide Membentuk Budaya Korporat – Oleh Lee Oii Wah.infosihat. Etika dan Budaya Korporat http://farahnadiha.pdf 4. Jurnal Kementerian Kesihatan Malaysia.gov.net/drleeow/membentuk-budaya-korporat-tanggungjawabbersama 5.moh.html 12 .moh.Moto.SENARAI RUJUKAN 1.gov. Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia http://www. Buku kit Penerapan Budaya Korporat KKM http://www.my/ 3.