Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan

insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guruguru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program Lawatan Penanda Aras atau “Benchmarking” ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada pegawai BIG iaitu Tuan Haji Mustafa Kamal Bin Mohamed Zahid dan Mentor kami iaitu Encik Razman Bin Kamaruddin.