Soalan 3: – Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya. Mutakhir ini negara tidak putus-putus dicelikkan dengan berita-berita kematian yang membabitkan penyakit demam denggi. Berdasarkan statistik, kawasan sekitar Lembah Kelang terutamanya yang mencatatkan kadar kematian yang paling tinggi dan membimbangkan. Hal ini ternyata mengancam ketenteraman masyarakat sejagat kerana masalah nyamuk aedes umpama barah yang tiada penawarnya. Walaupun begitu, masalah tersebut boleh dikurangkan dengan professional, rasional dan signifikan sekiranya setiap lapisan masyarakat berusaha mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit yang membawa maut iniseraya mengaplikasi langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi menanganinya demi kemaslahatan bersama. Antara faktor yang utama ialah pengabaian terhadap kebersihan dan disiplin diri. Nyamuk aedes terutamanya amat menggemari kawasan yang bersemak-samun dan sering berlegar-legar di sekitar kawasan semak atau padang rumput antara waktu petang hingga senja. Sememangnya, waktu-waktu begini yang sering digunakan oleh komuniti remaja untuk melakukan aktiviti riadah di luar rumah. Jadi, tidak menjadi masalah bagi pembunuh bersaiz kecil untuk mendapatkan mangsa. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan mangsa terdiri daripada golongan remaja. Faktor kedua ialah pengabaian terhadap kebersihan kawasan persekitaran. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, nyamuk aedes memerlukan kawasan yang mempunyai air yang tidak mengalir untuk membiakkan telur-telurnya. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dibuat, terbukti dengan jelas bahawa rata-rata penduduk di Malaysia menternak nyamuk aedes tanpa disedari oleh mereka.Antara tempat-tempat pembiakan serangga pembunuh ini ialah di dalam pasu-pasu terbiar, celahan tayar, longkang-longkang yang tersumbat, tangki air dan sebagainya. Seperkara lagi, selain kehadiran air yang bertakung, proses pembiakan nyamuk aedes juga tidakterencat di tempat-tempat teduh yang terhalang daripada sinaran matahari. Oleh hal yang demikian, setiap pihak seharusnya merancang strategi dan menitikberatkan mekanisma yang ampuh dalam usaha menangani masalah yang semakin menular di Malaysia ini seperti kata pepatah tiba di mata dipejamkan, tiba di perut dikempiskan.Salah satu prakarsa yang boleh dijayakan ialah aktiviti pembersihan sekitar kawasan rumah oleh setiap ahli keluarga. Pendedahan awal kepada anak-anak tentang kebersihan kawasan rumah merupakan langkah menangani pembiakan nyamuk aedes dan penyakit demam denggi. Oleh itu anak-anak akan lebih prihatin terhadap kawasan sekeliling dan tidak mustahil anak-anak kita pula yang akan menegur kita apabila ternampak takungan air di tempat-tempat tersembunyi suatu hari kelak. Seterusnya, aktiviti gotong-royong di kawasan perumahan juga merupakan salah satu inisiatif terbaik dan profesional. Semasa bergotong-royong, selain dapat membersihkan kawasan yang bersemak-samun dan terbiar, secara tidak langsung perpaduan antara jiran tetangga dapat dieratkan tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan kerana masing-masing bersikap optimis dan ringan tanganantara satu sama lain. Dalam masa yang sama, telur-telur nyamuk aedes sama ada yang masih baru atau hampir menjadi seekor anak nyamuk dapat dihapuskan dan dapat meyelamatkan nyawa penduduk setempat sebelum dijangkiti penyakit yang merbahaya ini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Prakarsa seterusnya ialah pihak-pihak berwajib yang diamanahkan oleh Dewan Bandaraya di setiap negeri tidak ketinggalan boleh menyumbang jasa dengan melakukan aktiviti-aktiviti penyemburan secara percuma pada setiap akhir bulan lebih-lebih lagi sekitar kawasan perumahan yang didiami komuniti masyarakat yang banyak. Di samping itu, pengagihan serbuk-serbuk yang mampu memperlahan atau menghapuskan telur-telur di dalam air juga antara langkah yang membantu menangani merebaknya penyakit demam denggi yang dimaksudkan. Dalam hal ini, pihak-pihak berkenaan tidak sepatutnya memandang enteng terhadap permasalahan penyakit tersebut justeru menyedari risiko yang bakal dihadapi sekiranya mereka tidak memainkan peranan yang sewajarnya. Sehubungan dengan itu, pemantauan oleh ibu bapa terhadap anak-anak juga antara inisiatif yang mapan dan wajar dititikberatkan. Sekiranya anak-anak ingin melakukan aktiviti riadah di luar pada sebelah petang, mereka seharusnya diingatkan agar berpakaian lengkap dan melindungi kulit serta menasihati agar pulang pada masa yang sesuai. Tambahan pula, anak-anak juga perlu dinasihatkan agar membersih dan mengurus diri dengan baik selepas terdedah dengan kuman-kuman ketika bermain

di luar. Semetelahan itu, ibu bapa juga perlu meningkatkan tahap profesionalisme mereka dengan bertindak segera sekiranya anak-anak didapati mempunyai simptom-simptom yang melibatkan penyakit serius, seperti muntah-muntah dan cirit-birit. Setiap lapisan masyarakat sayugia bersepadu dan bersifat rasional terhadap kebersihan agar pembiakan nyamuk aedes dan penularan penyakit demam denggi akan terencat. Tamsilnya, Malaysia akan menjadi lebih harmoni dengan masyarakat yang sejahtera jasmani, rohani dan emosi tanpa kehadiran nyamuk aedes. Walau selemah mana jasmani, walau serapuh mana rohani dan walau sekacau mana emosi seseornag individu itu, indivudu yang bebas daripada penyakit seperti demam denggi merupakan suatu elemen penting yang harus diperjuangkan. langkah-langkah mencegah demam denggi Demam denggi penyakit yang disebabkan oleh nyamuk Aedes. Penyakit ini sangat berbahaya kerana boleh membawa maut. Oleh itu, kita harus mengambil langkah-langkah untuk mencegah demam denggi. Antara langkahnya ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Barang buangan seperti tayar buruk, tin kosong, tempurung kelapa dan bekas plastic yang menjadi tempat pembiakan nyamuk hendaklah dimusnahkan. Pasu bunga, bekas air dan sebarang bekas yang boleh menakung air perlu dibubuh ubat jentik-jentik atau ditukar airnya secara kerap untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu, kita hendaklah melindungi diri daripada gigitan nyamuk. Nyamuk biasanya keluar pada awal pagi atau lewat petang. Oleh itu, pakailah pakaian yang menutupi kebanyakkan bahagian tubuh apabila berada di luar rumah pada waktu itu. Pada bahagian tubuh yang terdedah, sapukan krim penghindar nyamuk. Di samping itu, kita boleh memasang jarring nyamuk pada tingkap rumah. Jaring ini dapat menhalang nyamuk daripada memasuki rumah. Di dalam rumah pula, gunakan ubat lingkaran nyamuk untuk mengelak daripada digigit nyamuk pada waktu malam. Seterusnya, kita hendaklah menghapuskan nyamuk dewasa. Kita boleh menggunakan penyembur nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Di luar rumah pula, minta pihak berkuasa mengadakan semburan kabus untuk membunuh nyamuk. Kesimpulannya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan pada bahu pihak berkuasa sahaja. Semua anggota mayarakat hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini. Langkah-langkah untuk mencegah wabak denggi dan nyamuk aedes "langkah-langkah mencegah nyamuk aedes".Nyamuk aedes merupakan penyebab utama demam denggi yang boleh membawa maut kepada penghidapnya tanpa mengira usia tua mahupun muda.Maka wajarlah kita sebagai masyarakat yang prihatin bersama-sama berganding bahu untuk membanteras wabak ini daripada terus berleluasa sekaligus dapat menyaelamatkan banyak nyawa yang terlibat.

Pada pendapat saya,Badan-badan kerajaan mempunyai tugas-tugas tertentu.Badan-badan kerajan tersebut boleh mengadakan aktiviti atau program yang berkaitan aedes dan dengi yang berkonsepkan santai dan dilamnya berisi dengan penuh maklumat tentang bahayanya nyamuk aedes,cara pencegahannya dan kesan kepada kepada seseorang apabila mengalami demam denggi. Kementerian Kesihatan Malaysia melalui hospital-hospital atau unit khas boleh membuat semburan di tempat-tempat yang disyaki dan tempat yang menjadi tempat nyamuk aedes membiak seperti di kawasan kilang atau kawasan pembinaan yang terbengkalai lamanya.Selain itu,pihak Kementerian Kesihatan Malaysia boleh mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma di sekolah-sekolah,kawasan rukun tetangga dan terutamanya di kampung-kampung yang terletak di kawasan pedalaman.

Selain badan-badan kerajaan,badan-badan bukan kerajaan juga mempunyai peranan yang tersendiri seperti terlibat sekali dengan program yang dilakukan badan kerajaan dengan cara memberi bantuan dari segi kewangan,kawasan pelaksanaan program dan semua aspek terutamanya penajaan program.Badan bukan kerajaan juga boleh melaksanakan program dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi dipengerusi oleh agensi tersebut. Kerjasama daripada masyarakat juga amat penting kerana jika semua program dilaksanakan tetapi kerjasama daripada masyarakat setempat diendahkan,program atau aktiviti yang dijalankan dianggap sia-sia kerana kesdaran daripada masyarakat tiada.Oleh itu,masyarakat dikehendakimengambil bahagian di dalam semua aktiviti dan bekerjasama dengan pihak berwajib agar masalah aedes di sesuatu kawasan berkurangan dan menjadi sifar. Permuafakatan dan persepakatan daripada setiap penduduk kawasan amat penting.Kawasan mereka akan selamat daripada ancaman nyamuk aedes jika setiap seorang memberi kerjasama untuk membanterasnya.Pihak Jawatankuasa Kampung dan Rukun Tetangga kawasan boleh melaksanakan aktiviti gotong-royong bulanan untuk memastikan kawasan tempat tinggal mereka selamat. Peranan ibu bapa juga amat penting kerana anak-anak akan mejadikan ibu bapanya sebagai idola atau contoh.Oleh itu,ibu bapa haruslah menunjukkan contoh yang baik dengan memberitahu betapa bahayanya nyamuk aedes dan menyuruh anaknya untuk sentiasa menjaga kebersihan diri serta sekeliling mereka.Ibu bapa juga bolehmelakukan aktiviti gotong-royong mingguan untuk membersihkan kawasan rumah dan seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin. Kesimpulannya,semua pihak mahupun badan bukan kerajaan atau kerajaan,masyarakat dan institusi kekeluargaan sendiri mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri untuk melaksanakan sesuatu program dan menjayakan dengan jayanya.

Soalan: Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara kerana bilangan kes yang sentiasa meningkat saban tahun. Huraikan langkah-langkah yang patut diambil untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak. Rangka karangan:

  
1.

Tema: Demam Denggi Tugasan: Langkah-langkah mencegah penyakit demam denggi Idea-idea (langkah-langkah):Pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan dan lain-lain menjalankan kempen kesedaran kepada setiap anggota masyarakat yakni betapa bahayanya penyakit demam denggi, cara-cara mencegah dan kempen gaya hidup sihat. Mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar, menanam bekas-bekas takungan, tayar-tayar buruk, menimbuskan kawasan takungan air dll. Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian Kesihatan sering mengadakan pemeriksaan tempat pembiakan jentikjentik aedes di premis-premis seperti pejabat, kilang, kedai-kedai, serta kawasan perumahan. Mengggerakkan tindakan susulan segera di kawasan-kawasan yang dikenal pasti menjadi tempat wabak denggi merebak, seperti penyemburan ubat antiaedes, mengkurantin pesakit-pesakit demam denggi dan rawatan secara klinikal.

2.

3.

4.

5. 6.

Menjalankan kempen kebersihan alam sekitar. Pihak berwajib sentiasa membuat penyeliidikan tentang teknik pencegahan denggi dan penciptaan ubat rawatan penyakit demam denggi yang lebih mujarab. Menggubal undang-undang kawalan dan pencegahan aedes yang lebih berat dan meningkatkan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang berkenaan. Memerkasakan pendidikan kesihatan di sekolah agar semua pelajar mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang kesihatan dan penjagaan kesihatan. Menambahkan jumlah petugas bahagian kawalan vektor di Kementerian Kesihatan.

7.

8.

9.

10. Menambahkan kemudahan rawatan dan kepakaran di hospital-hospital kerajaan dan swasta. 11. Mengawal pembiakan nyamuk aedes secara ekologi. 12. Menaik taraf sistem perparitan di bandar-bandar yang menjadi tempat pembiakan jentik-jentik aedes.


1. 2. 3. 4. 5.

Ungkapan Bahasa Menarik:Mencegah itu lebih baik daripada merawati. Genggam bara api biar sampai jadi arang Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Hangat-hangat tahi ayam Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Implikasinya, agensi kerajaan seperti kementerian kesihatan perlumemainkan peranan penting dalam usaha untuk menangani masalah ini.Kempen-kempen kesedaran perlu diadakan agar masyarakat dapat membukamata tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan kawasan persekitaran.Antaranya ialah kempen “Hapuskan Nyamuk Aedes dan Demam Denggi”.Melalui kempen seumpama ini, kita boleh mendidik generasi muda untuk menjaga kebersihan dan memahami kesan serta impak daripada penyakitdemam denggi.Para hadirin yang dihormati,Di samping itu, kawasan kediaman juga perlu sentiasa dalam keadaanyang bersih. Bekas-bekas yang boleh menakung air seperti tayar buruk dantin kosong harus dibuang atau ditanam. Hal ini untuk mengelakkan nyamuk aedes daripada bertelur di atas permukaan air yang bersih. Pasu bunga, alas pasu dan kolah mandi perlu ditukarkan airnya seminggu sekali. Peralatan ini juga perlu dibasuh sehingga bersih. Selain itu, pastikan longkang-longkangkecil tidak tersumbat untuk mengelakkan takungan air.Kesimpulannya, amat penting untuk kita menjaga kebersihan dalamkehidupan untuk mencegah penyakit demam denggi. Intihanya, semua pihak perlu bekerjasam bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah inidaripada menjadi lebih serius kerana lebih baik mencegah daripada merawat.Jangalah sudah terhantuk baru hendak terngadah.Akhir kata, saya berharap agar selepas ini para guru dan pelajar tahuakan kepentingan untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran dalamusaha untuk mencegah demam denggi. Janganlah kita hanya banyak bercakap kerana air beriak tanda tak dalam.