You are on page 1of 6

12.12.2011 Pengenalan Pengurusan Koko 1. 2. 3. 4. 5. 6.

AKTIVITI TARIKH TEMPAT PERANAN JANGKA MASA KEMAHIRAN YANG DIBELAJARI : Kuliah : 12 September 2011 : Dewan Kuliah A : Pelajar : 05.00-0700 Petang : Dapat menjelaskan tentang dasar perlakanaan kokurikulum dalam sistem pendidikan Negara serta komponen dalam kokurikulum. : Pada hari ini adalah merupakan hari pertama dan juga minggu pertama kami memasuki kuliah ini. Pada permulaannya, pensyarah kita iaitu Encik Rushdan telah mempekenalkan diri beliau terdahulu. Meandangkan hari ini merupakan hari pertama kami menghadiri kuliah ini, pada minggu ini Encik Rushdan telah memberi pengenalan kepada kami tentang apa itu pengurusan kokurikulum di sekolah. Selain itu, Encik Rushdan juga memberitahu kami sedikit sebanyak tentang apa yang akan kami pelajari dalam kursus ini. Antara apa yang akan kita pelajari dalam kursus ini adalah seperti : 1. Konsep, matlamat, strategi dan pelaksanaan kokurikulum, 2. Dasar dan petunjuk pelaksanaan kokurikulum di sekolah, 3. Pengurusan kokurikulum di sekolah, 4. Pengurusan mesyuarat. 5. Pengurusan kewangan, 6. Surat-menyurat, 7. Protokol pengendalian majlis rasmi, 8. Sistem fail, 9. Ciri-ciri kepimpinan dalam kokurikulum, 10. Pengurusan pertandingan, 11. Pengurusan aktiviti kelab dan persatuan, 12. Pengurusan sukan, 13. Pengurusan badan beruniform, dan akhirnya adalah 14. Penilaian. Dalam kuliah ini, beliau juga telah menerangkan tentang kaedah pengajaran yang akan digunakan oleh beliau ketika mengajar kami. Beliau menggunakan kaedah pengajaran seperti teori dan amali, perbincangan dan gerak kerja berkumpulan, serta pengeloraan aktiviti. Selain daripada tu, beliau juga menerangkan tentang ara pengiraan bagi penilaian pemarkahan kepada kami. Beliau menjelaskan bahawa markah kami terdiri daripada amali engurusan aktiviti yang terdiri daripada 40% markah, 30% adalah daripada ujian,

7. KETELITIAN AKTIVITI

20% adalah daripada penlibatan sahsiah dan 10% yang selebihnya adalah daripada kerja kursus kita iaitu buku log yang akan kita hasilkan dan hantarkan pada hujung semester. Pada minggu pertama menghadiri kuliah ini, saya berasa amat gementar dan berasa ingin tahu apakah yang akan kita mempelajari dalam kuliah ini. Hal ini kerana kursus ini adalah sangat baru bagi saya. Pada hari ini, saya menghadiri kuliah ini dengan perasaan dan keadaan yang sangat letih. Hal ini kerana sehari sebelum kuliah bermula, kita masih lagi dalam minggu orientasi. Maka malam sebelumnya kami tiba di kolej kami pada lewat malam. Manakala pada keesokan harinya pula saya mempunyai kelas pagi pada lapan pagi dan hal ini mneyebabkan saya perlu bangun dengan lebih awal. Ditambah lagi kelas saya pada hari ini adalah tersangat penuh iaitu dari lapan pagi sehinggalah pukul tujuh malam. Oleh itu, saya agak mengantuk ketika menghadiri kelas ini kerana saya telah tersangat letih pada ketika itu. Namun dengan keazaman untuk mempelajari sesuatu dalam kuliah ini, maka sya menguatkan diri dan cuba memberi fokus kepada apa Encik Rushdan mengajarkan. Akhirnya saya dapat bertahan sehinggalah kelas tamat. Selepas menghadiri kuliah yang pertaman ini, saya dapat mengetahui apakah itu pengurusan kokurikulu sekolah, tajuk-tajuk kecil yang akan kita pelajari sepanjang semester ini, cara pemarkahan yang diberi dan hal ini menyebabkan saya dapat tahu bahagian mana yang saya patut berikan fokus dan cara yang akan digunakan olah Encik Rushdan untuk mengajar kami. Selain itu, saya juga dapat mengetahui bahawa pengurusan kokurikulum ini adalah tidaklah senang seperti yang saya fikirkan tetapi dengan adanya tunjuk ajar daripada Encik Rushdan, saya percaya bahawa saya akan dapat memahami pengurusan kokurikulum ini dengan lebih mendalam.

1. 2. 3. 4. 5. 6.

AKTIVITI TARIKH TEMPAT PERANAN JANGKA MASA KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI

7. KETELITIAN AKTIVITI

: Kuliah : 19 September 2011 : Dewan Kuliah A : Pelajar : 05.00-07.00 petang : Mengetahui apakah projek besar yang akan kita lakukan pada semester ini. : Pada minggu dan kuliah yang kedua, Encik Rushdan telah menerangkan kepada kami tentang projek besar yang akan kami lakukan pada semester ini. Beliau mengatakan bahawa semester ini kita akan lakukan satu aktiviti yang sangat berfaedah dan besar serta tidak pernah dilakukan oleh kumpulan yang lain iaitu acara menderma darah. Selain itu, Encik Rushdan juga menyatakan bahawa kitamasih lagi mempunyai amali pengurusan aktiviti yang akan dilakukan oleh kami semasa akhir semester nanti. Oleh itu, kami diarahkan untuk berpecah kepada sembilan kumpulan yang berbeza dan setiap kumpulan tersebut adalah terdiri daripada 27 orang sekumpulan. Manakala dalam Sembilan kumpulan itu pula, kami terbahagi pula kepada tiga kumpulan besar iaitu terdiri daripada tiga kumpulan kecil bagi setiap kumpulan besar. Hal ini kerana Encik Rushdan ingi membahagikan tiga kumpulan besar ini dalam 3 amali pengurusan aktiviti yang berbeza. Tiga aktiviti yang berbeza tersebut adalah terdiri daripada tiga aktiviti kokurikulum yang berbeza iaitu sukan, persatuan dan badan beruniform. Aktiviti sukan yang akan dijalankan adalah aktiviti bola baling, manakala persatuan pula adalah persatuan bahasa melayu dan badan beruniform pula adallah badan bulan sabit merah. Selain daripada itu, Encik Rushdan telah menerangkan tentang projek besar yang akan dilangsungkan pada hujung semester ini. Beliau mengatakan bahawa projek tersebut akan dilangsungkan di Teratak Riverview dan pada hari Sabtu. Bagi melancarkan rancangan ini, beliau telah melantik seorang ketua bagi mengawal semua masalah yang ada. Ketua yang dilantik adalah dikenali sebagai Bobby. Selain itu, beliau juga akan memilih lima orang dalam setiap kumpulan keil tersebut untuk menjadi ahli jawatan

kuasa dalam kempen derma darah tersebut. Selain itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang kempan yang akan kita jalankan pada hari tersebut. Selain itu, pelan pengajaran juga telah diterangkan dengan mengunakan jadual ini.

Pelan Pengajaran Tarikh 19/9 26/9 3/10 10/10 17/10 24/10 31/10 14/11 21/11 28/11 Carta organisasi Penbahagian kumpulan Perbincangan aktiviti dan projek akhir Pengurusan ko-kurikulum di sekolah Pengurusan Mesyuarat (kuiz) Komponen ko-kurikulum Protokol dan pengendalian majlis (kuiz) Pengurusan surat-menyurat Pengurusan kewangan (kuiz) Pengelolaan pertandingan Kepimpinan dalam pengurusan ko-kurikulum (kuiz) Perbentangan aktiviti Bola baling (kump 1) / 2,3 Pengurusan mesyuarat persatuan (kump 4) / 5,6 Persatuan badan beruniform (kump 7) / 8,9 5/12 Perbentangan aktiviti Asas bola baling (kump 2) / 1,3 Perlaksanaan persatuan (kump 5) / 4,6 Laksana aktiviti badan beruniform (kump 8) / 7,9 Aktiviti

12/12

Perbentangan aktiviti Pertandingan bola baling (kump 2) / 1,3 Pertandingan anjuran persatuan (kump 5) / 4,6 Projek akhir badan beruniform (kump 8) / 7,9

19/12

Perlaksanaan projek Hari Ko-kurikulum (Kempen Menderma Darah)

Pada hari ini merupakan kuliah yang kedua bagi kursus ini, maka say amasih lagi merasakan sedikit gementar kerana saya masih tidak begitu mengenali pensyarah saya tersebut. Apabila saya mendengarkan tentang amali aktivi yang akan kita laksanakan itu, terus saya merasakan tekanan yang amat besar kerana saya takut apa yang perlu kita lakukan dan saya juga tiada pengalaman dalam perkara ini . tetapi apabila Encik Rushdan mengatakan bahawa beliau akan menolong kita semasa amali tersebut djalankan, maka saya telah merasakan tenang sedikit. Ketika baliau mengatakan bahawa kita perlu memecahkan kepada Sembilan kumpulan yang kecil, saya mula berasa gementar kerana saya takut terpaksa berpecah dengan rakan sekelas saya. Hal ini kerana saya tidak akan mempunyai peluang untuk menolong dengan sepeneunyya jika saya tidak mengenali ahli kumpulan saya. Tetapi Encik Rushdan merupakan pensyarah yang amat bertimbang rasa, beliau telah memecahkan kami mengikut kelas kami maka saya tidak terpaksa berpecah dengan rakan sekelas saya. Dengan ini, saya akan mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dan dengan ini, saya akan dapat mengemukan idea dan cadangan dengan lebih baik.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

AKTIVITI TARIKH TEMPAT PERANAN JANGKA MASA KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI KETELITIAN AKTIVITI

: Kuliah : : : : : :

You might also like