You are on page 1of 1

PERATURAN-PERATURAN AM DEWAN BADMINTON AL-KHULAFA SPORT CENTRE 1. Penyewa/ pengguna hendaklah berpakaian kemas yang menutup aurat. 2.

Penyewa/ pengguna tidak dibenarkan merokok di dalam dewan. 3. Penyewa/ pengguna hanya dibenarkan menggunakan dewan badminton setelah membuat tempahan dan pembayaran. 4. Semua pengguna dikehendaki meninggalkan gelanggang badminton setelah masa sesuatu sesi tamat. 5. Penggunaan kasut rata yang bertapak getah tanpa stud atau bergigi sahaja dibenarkan. 6. Pengguna yang memakai selipar hendaklah menanggalkan selipar di luar dewan. 7. Pengguna dilarang menanggalkan pakaian (baju) sewaktu bermain. 8. Pengguna harus pastikan kebersihan dewan badminton dan semua botol minuman hendaklah dibuang dalam tong sampah yang disediakan. 9. Pengguna-pengguna dikehendaki bertanggungjawab dan menjaga semua harta benda AL-KHULAFA SPORT CENTRE daripada dirosakkan dan disalahgunakan. 10.Pihak AL-KHULAFA SPORT CENTRE tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan diri, kehilangan serta kerosakan harta benda semasa menggunakan gelanggang. 11.Pengguna yang melanggar peraturan ini akan dikenakan denda dan akan dilarang menggunakan dewan. 12.Pembatalan penggunaan dewan badminton adalah dibawah kuatkuasa pihak Pengurusan AL-KHULAFA RESOURSERS. 13.Kegagalan pengguna/penyewa mematuhi segala syarat-syarat yang disenaraikan boleh mengakibatkan tempahan dibatalkan tanpa sebarang notis. 14.Pengguna/Penyewa di larang membawa minuman/makanan tidak halal di dewan badminton. 15.Pengguna/ penyewa ditegah membuat bising terutama selepas pukul 12 malam untuk menghormati hak-hak kejiranan. PERINGATAN !!! Gelanggang di sewa kepada orang yang menghargai sukan. Oleh yang demikian, pihak Pengurusan menghargai pemain/peminat yang menghormati undang-undang di atas. RIADAH MEMUDAH IBADAH

You might also like