You are on page 1of 7

People Hunt People Hunt adalah Struktur ini yang menjurus kepada pembinaan pasukan.

Ia memberi ruang untuk ahli berasa selesa dengan kumpulan. Kaedah Pelaksanaan. Setiap murid diberikan satu borang yang mengandungi jadual ciri-ciri peribadi seperti contoh di bawah. Dilajur kedua borang itu murid dikehendaki menanda pada kenyataan yang sesuai dengan diri mereka. Selepas itu mereka dikehendaki mencari rakan-rakan yang mempunyai persamaan ciri dan meminta menandatanganni pada lajur yang ketiga. Struktur ini diteruskan sehingga semua ruangan yang ditanda telah mereka penuhkan. Contoh borang.
Self
1. 2. 3. 4. 5. Favourite colour Favourite TV Show Favourite Sport/Game Favourite Food I am born in .......

Friend

Roundtable Struktur ini menjurus kepada kemahiran komunikasi dan membina keyakinan diri. Struktur ini ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk menyumbang idea dan membina kemahiran sosial yang berkaitan dengan mengambil giliran. Kaedah Pelaksanaan: Pelajar duduk dalam kumpulan masing-masing. Arahan diberikan supaya setiap ahli kumpulan mencatatkan satu idea berkaitan
Ahli No. 1 contributes Ahli No. 2 contributes

Ahli No. 4 contributes

Ahli No. 3 contributes

sesuatu perkara pada sekeping kertas dengan sebatang pen /pensil. Kertas dan pen akan diedar sekeliling meja mengikut giliran. Ini akan memberi peluang kepada semua ahli untuk mencatat idea atau jawapan mereka.

Roundrobin Struktur ini menjurus kepada kemahiran komunikasi dan membina keyakinan diri. Struktur ini ini juga membina kemahiran sosial yang berkaitan dengan mengambil giliran. Kaedah Pelaksanaan. Roundrobin adalah variasi kepada Roundtable. Struktur ini ini dilaksanakan secara lisan. Setiap ahli kumpulan akan bergilir-gilir bercakap tentang satu idea berkenaan sesuatu perkara dan ahli kumpulan yang lain mendengar tanpa mengganggunya. Perkara ini boleh dilakukan sebanyak satu pusingan atau beberapa pusingan.

Guess The Fib Struktur ini boleh digunakan untuk pembinaan pasukan (kelas) dan membina keyakinan diri. Struktur ini juga boleh digunakan untuk menguasai isi kandungan sesuatu topik. Kaedah Pelaksanaan: Tulis dua kenyataan yang benar dan satu kenyataan yang palsu tentang diri anda / topik pembelajaran. Dengan mengikut giliran bacakan ketiga-tiga kenyataan kepada ahli kumpulan. ahli kumpulan berbincang untuk meneka kenyataan manakah mereka percaya adalah yang palsu. Sekiranya ahli kumpulan membuat tekaan yang salah, mereka meneka antara dua kemungkinan yang masih ada.

Gallery Walk Struktur ini boleh digunakan untuk mengembangkan kemahiran komunikasi dan menggalakkan perkongsian maklumat. Struktur ini ini juga membina kemahiran sosial yang berkaitan dengan mengambil giliran dan memberi komen. Kaedah Pelaksanaan: Setiap kumpulan diberi satu tugasan untuk disiapkan. Setelah menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan, mereka diminta untuk mempamerkan tugasan pada dinding kelas. Setiap kumpulan akan mengambil giliran untuk melihat hasil usaha kumpulan yang lain dan menulis komen pada kertas maklumbalas yang disediakan.

B1,B2,B3,B4

C
C1,C2,C3,C4

A1,A2,A3,A4

D1

D1,D2,D3,D4

1 Stay 3 Stray Struktur ini boleh digunakan untuk mengembangkan kemahiran komunikasi dan menggalakkan perkongsian maklumat. Struktur ini ini juga membina kemahiran sosial yang berkaitan dengan mengambil giliran dan memberi komen.

Kaedah Pelaksanaan. Setiap kumpulan adalah diberikan satu tugasan untuk disiapkan.

Setelah menyiapkan tugasan dalam masa yang diberikan, mereka diminta untuk mempamerkan tugasan di dinding. Setiap kumpulan akan memilih seorang ahli untuk menunggu di lokasi tugasan dan menerangkan tugasan kepada kumpulan yang melawat. Apabila arahan untuk lawatan ke lokasi yang kedua diberikan, kumpulan akan menukar ahli yang menunggu dengan ahli yang lain untuk memberi peluang kepada semua ahli membuat lawatan.

Tiga ahli kumpulan lagi akan melawat tugasan kumpulan lain mengikut arahan.

Pusingan pertama:
B2,B3,B4

Pusingan kedua:
A1,A3,A4 B1

C
C2,C3,C4

C1

C
B1,B3,B4

C2

B2

A2,A3,A4

D1,D3,D4

D
D2,D3,D4

D1

D
A1

D2

A2

C1,C3,C4

TALKING CHIPS Talking Chips merupakan salah satu strategi pembelajaran yang mengajar murid murid untuk berbincang dan berbahas di dalam kumpulan dengan teknik yang sopan dan bertolak ansur.

Kaedah Pelaksanaan. Setiap pelajar menerima satu "Talking Chips." Cip boleh dalam bentuk apa-apa jenis tanda permainan, atau pen, pensil, pemadam, slip kertas, dan lain-lain. Adalah lebih baik jika setiap pelajar mempunyai warna yang unik untuk cip masing-masing .

Pelajar-pelajar diberikan satu topik perbincangan terbuka seperti Di manakah di dunia ini anda mahu hidup dan mengapa? Pelajar berfikir tentang soalan guru Sesiapa sahaja boleh bermula. Untuk bercakap, ahli kumpulan mesti meletakkan cipnya ditengah-tengah meja. Ahli kumpulan tidak boleh mengganggu dan mesti mendengar dengan rasa hormat. Apabila dia selesai, ahli lain meletakkan cip beliau di tengah-tengah meja dan bebas untuk menambah kepada perbincangan. Apabila pelajar menggunakan "Talking Chip"nya, dia tidak boleh bercakap sehingga semua rakan sepasukan telah menambah kepada perbincangandan diletakkan cip mereka di tengah-tengah meja.

Apabila semua orang telah berpeluang bercakap, setiap ahli kumpulan mengambil cip dan meneruskan perbincangan menggunakan "Talking Chips atau mula dengan topik yang baru.

INSIDE- OUTSIDE CIRCLE

KAEDAH PERLAKSANAAN Berdiri dalam 2 bulatan. Pelajar yang berada di luar bulatan menghadap ke dalam manakala pelajar yang berada di dalam bulatan menghadap keluar. Setiap pelajar mempunyai rakan kongsi. Setiap pelajar akan diberikan kad soalan dan juga kad jawapan.

Pelajar yang berada di dalam bulatan dalam mengemukakan soalan kepada pelajar yang berada di bulatan yang luar dan menyemak jawapan. Guru memberi arahan kepada pelajar untuk menukar peranan . Guru memberi arahan kepada pelajar pada bulatan luar untuk bergerak ke kanan atau ke kiri.

Think-Pair-Share

1.Masalah di kemukakan

2. Masa untuk berfikir

4.

Berkongsi dengan kelas

3. Kerja Berpasangan

Jigsaw

Lembaran Pakar Jigsaw Langkah 1: Pelajar duduk dalam kumpulan asal menerima bahagian bahan pembelajaran. Langkah 2: Pelajar bergerak ke kumpulan pakar untuk menguasai bahagian bahan pembelajaran. Langkah 3: Pelajar kembali kepada kumpulan asal dan mengajar ahli lain dalam kumpulannya.

Langkah 4: Pelajar mengambil ujian secara individu. Langkah 5: Pengiktirafan kumpulan berjaya.

Peringatan 1. Bahan pelajaran boleh dibahagikan kepada bahagian-bahagian. 2. Berikan masa yang cukup untuk ahli pakar membaca bahan. 3. Berikan masa yang cukup untuk kumpulan pakar membaca dan menguasai bahan. 4. Pastikan kumpulan asal menyoal dan meminta penjelasan.

You might also like