You are on page 1of 1

BAHAN SUBURI JIWA (AL-QURAN) 19 Feb 2014

Surah al Imran Ayat 174-180 (muka surat 73)



AYAT PERBINCANGAN (Ayat 177-178 Surah Aal-Imran)
| _ `.: >l _..,!, _l ., < !:,: `l ,.s ',l __ _,.> _ ` !..
_l.. > ,> .. !..| _l.. > ::,l !..| > ',.s _,. __
Mafhumnya: Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman
tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula
beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (177). Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir
menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana
sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka
pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).(178)

PENGAJARAN
1. Allah memberi gambaran mereka yang engkar kepada Allah Taala dan rasulnya dengan gambaran
proses jual beli iaitu ada pertukaran ada antara dua benda. Proses pertukaran barangan iaitu sistem
barter juga di sebagai jual beli. Dalam hal ini mereka yang kufur sebenarnya ada sekelumit iman
iaitu kepercayaan kepada Allah yang ada secara fitrah. Iman ini telah digunakan sebagai barang
untuk diserahkan dan ditukar demi untuk mendapatkan kekufuran kepada Allah. Allah ingin
menggambarkan bahawa sifat kekufuran itu adalah sebenarnya adalah merupakan pilihan yang
telah didapati melaui pertukaran dengan iman yang telah sedia ada.
2. Perbuatan dan perlakuan mereka ini tidak akan menjejas apa-apa pun kepada Allah Taala dan juga
orang beriman. Allah memberi penegasan bahawa golongan ini tidak bermusuh dengan orang
beriman sahaja malah telah memusuhi Allah Taala. Biarkan Allah sahaja menghadapi golongan
ini. Walaupun mereka semua berkumpul seramai mungkin berpakat untuk menzahirkan kekufuran
kepada Allah tidak berjaya menghalang Allah untuk menyiksa mereka di Akhirat nanti. Begitu
juga kalaulah semua manusia beriman kepada Allah ianya tidak memberi manfaat apa-apa kepada
Allah.
3. Golongan kufur jangan menganggap bahawa umur mereka yang panjang itu sebagai perkara baik
untuk mereka. Umur ini adalah masa, manakala masa itu hanyalah ibarat bekas atau mangkuk
yang boleh diisi dengan sesuatu. Bekas atau mangkuk itu dikira amat bernilai jika ianya diisi
dengan sesuatu yang berharga tetapi jika sesuatu bekas itu hanya mengisi benda buruk dan
menjijikkan ianya tidak bernilai apa-apa. Di sini Allah ingin menggambarkan bahawa umur
mereka yang panjang itu hanyalah sebagai balasan Allah kepada mereka agar mereka akan
mengisi masa yang diibaratkan sebagai bekas tadi dengan kekufuran dan kejahatan semakin
banyak. Semakin panjang umur mereka semakin banyak kekufurandan dosa yang dilakukan dan
semakin teruk azab yang mereka akan terima di Akhirat nanti.
4. Kehidupan ini adalah ibarat bekas atau mangkuk untuk diisi dengan sesuatu. Semakin panjang
umur semakin besar mangkuk semakin banyak yang boleh diisi. Di sinilah timbul pandangan dan
anggapan mereka yang kufur umur mereka yang panjang itu baik dan mereka berada dipihak yang
betul sedangkan pada hakikatnya kehidupan mereka itu adalah hanya mendatangkan keburuakan
kepada mereka. Semakin panjang umur semakin banyak dosa yang dilakukan.
5. Ayat ini tidak hanya menggambarkan tentang golongan orang kafir semata-mata bahkan juga
untuk orang Islam yang melakukan maksiat dan dosa kepada Allah. Jangan mereka yang engkar
dan suka melakukan maksiat amat seronok dengan kesihatan dan umur mereka yang panjang.
Panjangnya umur mereka ini hanyak menyebabkan semakin banyak dosa yang dilakukan dan
semakin teruk seksa yang akan dihadapi.
6. Isilah kehidupan anda dengan keredhaan dan ketaatan kepada Allah. Yakinlah bahawa anda tidak
akan rugi. Keimanan pada Allah dan ketaatan kepadanya adalah demi untuk kehidupan anda di
Akhirat nanti. Jika anda kufur dan engkar pada Allah ianya tidak menjejaskan apa-apa pada Allah
tetapi andalah yang akan rugi di Akhirat nanti. Penuhilah hidup anda dengan iman dan taqwa.
PERBINCANGAN
1. Kehidupan ini ibarat bekas atau mangkuk. Cuba jelaskan kembali analogi ini pengalaman
kehidupan anda.
2. Bagaimana cara untuk menerapkan konsep kehidupan ini dalam diri dan cara untuk
menjelaskannya kepada bukan Islam.

You might also like