You are on page 1of 12

3.

0

PERANAN MATEMATIK DALAM PENGANGKUTAN MODEN 3.1 Pendahuluan Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat (2010), perkataan

pengangkutan bermaksud „perbuatan atau hal mengangkut; pengiriman atau pembawaan barang-barang dll‟. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat (2010), istiah moden pula bermakud „dari masa sekarang atau berkaitan dgn masa kini, yang terbaru, cara (kaedah) baru dan mutakhir‟. Oleh yang demikian, pengangkutan moden bolehlah diistilahkan sebagai sebagai kenderaan yang mengangkut sesuatu yang yang digunakan pada masa sekarang dan akan datang Bidang pengangkutan adalah asas kepada pembangunan ekonomi setaiap negara. Ia juga dipenuhi dengan aplikasi terhadpat konsep matematik. Konsep dan peranan matematik ini dpat dilihat dalam banyak aspek seperti pembinaan kenderaan, pengangkutan udara dan laut, alat pandu arah, pengangkutan rekreasi dan lain-lain lagi. 3.2 Matematik Dalam Pembinaan Kenderaan 3.2.1 Perisian CAD/CAM Dengan kemajuan, kelajuan komputer dan bantuan dari matematik, perisian CAD/CAM (Computer Aided Design Dan Computer Aided Manufacturing) telah memudahkan pereka mereka bentuk pelbagai rupa bentuk kenderaan yang kompleks. Sebagai contoh,untuk mereka rupa bentuk kereta, kereta api laju (Bullet train) dan kapal terbang, pereka perlu menggunakan perisian CAD/CAM ini. Menurut Ali, J.M & Majid (1988), lazimnya pereka bantuk akan menggunakan pengetahuan luas mereka dalam bidang matematik dan keupayaan aestetik mereka bagi membuat sesuatu rekabentuk yang sesuai, praktikal dan efisyen. Proses ini dimulakan dengan asas matematik iaitu membuat garisan dan lengkungan yang lama-kelamaan dicantum dan

y) = C. Kemahiran ini dipanggil kemahiran geometri pengkomputeran. Ini adalah penting khususnya bagi pesawat penyelamat untuk tiba di suatu tempat dalam masa yang cepat tanpa hilang arah semasa di udara.1 Navigasi Pesawat Menurut Siti Salwa Alias (2011). Aspekaspek yang harus diketahui ialah:     Titik pelepasan Titik ketibaan Arah perjalanan Jarak perjalanan . Seorang juruterbang penyelamat haruslah mengetahui beberapa aspek untuk tiba ke destinasi dalam masa yang ditetapkan. Sebagai contoh. Pengiraan asas matematik digunakan secara meluas dalam perisian ini. istilah navigasi pesawat bermaksud navigasi bagi sesebuah pesawat untuk sampai ke satu destinasi dalam suatu masa tanpa hilang arah.digabung menjadi satu ilustrasi sebenar sesebuah kenderaan. untuk melakar lengkungan. (a.3. bulatan berpusat.3 Matematik Dalam Pengangkutan Udara 3.b) dan jejari menggunakan persamaan (x-a)2 + (y-b)2 = f2 Rajah 1: Contoh penggunaan perisian CAD/CAM 3. persamaan F(x. garis lurus sebagai ax+by =c.

Vektor ini boleh diwakili dengan menggunakan garisan yang mempunyai anak panah. Oleh sebab itu. Knot ialah unit standard untuk mengukur halaju pesawat dan bersamaan dengan satu batu per jam. Panjang vektor yang dilukis mewakili magnitud dan anak panah mewakili arah. Bayangkan seseorang terkandas di gunung dalam keadaan cuaca yang buruk. Melalui isyarat kecemasan yang diterima oleh mangsa.     Ciri-ciri pesawat yang diterbangkan Halaju pesawat Kapasiti minyak pesawat Maklumat berat dan keseimbangan pesawat Keupayaan peralatan 'on-board' navigasi Salah satu pengaplikasian pengetahuan tentang navigasi pesawat yang penting ialah dalam operasi mencari dan menyelamat. tempoh perjalanan operasi penyelamat boleh dikira. mereka dapat menentukan bearing tempat berlepas (titik A) ke gunung (titik C) dan juga jarak dapat dikira. Daripada data mentah yang ada. Halaju sebuah pesawat boleh ditingkatkan atau dikurangkan dengan angin. beberapa perkara asas perlu diketahui. penyelesaian vektor digunakan kerana vektor mempunyai arah dan magnitud. dua halaju perlu diambil kira iaitu halaju udara dan . Untuk mengira. Diandaikan bearing adalah 054o(timur laut) dan jarak ialah 50 km. Sebelum mengetahui pengiraan yang terlibat. Diberi halaju pesawat penyelamat ialah 100 knot dan angin bertiup dengan kelajuan 20 knot pada bearing 180o.

halaju udara dan halaju tanah adalah kuantiti vektor. Vg. Ground speed ialah halaju apabila pesawat bergerak di atas tanah.Halaju angin.7 knots » 45m/ sec. b = 86. ia sebenarnya mengurangkan kelajuan asal (ground speed) pesawat 86. 3.7 ° dengan kelajuan 100 knot di bawah kesan angin bertiup ke arah selatan dengan kelajuan 20 knot. Vw dan halaju udara Vaadalah seperti berikut: Vg=Va+Vw Untuk speed boleh mencari ditentukan tempoh dengan perjalanan sebuah oleh pesawat. kita boleh mencari nilai ground speed seperti berikut: Menggunakan persamaan kuadratik.3. Hubungan antara halaju udara.2 Masa Penerbangan . ground rajah. kita boleh membuat kesimpulan bahawa jika pesawat bergerak dengan arah 044. halaju angin. dengan mengambil punca yang positif.7 knot dan ia bergerak pada bearing 054 °.halaju tanah (ground speed).Dengan adanya nilai ground speed. Halaju udara adalah halaju pesawat apabila berada di udara. kita boleh menentukan arah halatuju pesawat kita. Dengan ini. Dengan digambarkan menggunakan cosine rule.

3.4 Matematik Dalam Sistem Pengangkutan Laut (Rumah Api) Rumah api ini berfungsi membantu kelasi. helikopter akan mengambil masa kira-kira 18 minit untuk masa penerbangan seperti yang dikira di bawah: Pengiraan ini juga boleh diaplikasikan ketika operasi menyelamat.4. Kelajuan kapal-kapal laut adalah berbeza-beza dan memerlukan masa yang lebih lama untuk berhenti. Oleh kerana ia begitu penting dan atas faktor-faktor keselamatan. ia diselenggara dan dikawal oleh Shahbandar Melaka. papal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan terutama di waktu malam. pasukan penyelamat udara boleh menggunakan persamaan ini untuk menentukan masa untuk tiba ditempat kejadian. rumah api ini tidak dibuka lepada orang ramai.Masa penerbangan adalah masa sebenar pesawat udara yang terbang dari tempat berlepas ke satu destinasi. 3. kegunaan untuk mengira jarak ini adalah kerana ingin mengetahui dan mengagak masa yang diperlukan untuk kapal-kapal singgah ke pelabuhan agar kemalangan yang melibatkan pelanggaran antara kapal-kapal serta kesesakan trafik dapat dielakkan. Pada zaman dahulu. Masa penerbangan (apabila kelajuan dianggap malar) boleh dikira menggunakan persamaan berikut: Jarak anggaran antara A dan C ialah 50 km dan ground speed adalah 45 m / saat. Dibawah merupakan gambarajah antara . Selain itu ia juga digunakan untuk menganggar jarak antara dari kapal ke pelabuhan jika waktu siang. di Melaka.1 Mengira Jarak Antara Kapal Dan Rumah Api Menurut syed zul helmi bin syed amran (2009).

rumah api dan kapal yang akan singgah atau mendarat ke pelabuhan. Maka berapakah jarak antara dari rumah api dengan kapal laut? Penyelesaian ini dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah trigonometri dan sudut tunduk. dapatlah diperhatikan ketinggian kedudukan pengawal rumah api dari tanah ialah 30m. . Kemudian pengawal rumah api menundukkan kepalanya sebanyak 20º. Rajah 2: Jarak Rumah Api Dengan Kapal Di Laut Melalui rajah. RAJAH 3: Rajah Trigonometri Maka menurut rumus trigonometri. Melalui rumus. Katakan jarak yang hendak dikira dari rumah api dengan kapal laut adalah x dimana ia merupakan garisan mendatar. Lihat rajah dibawah. jarak 30m merupakan jarak setentang dengan dengan sudut tunduk manakala jarak x adalah bersebelahan dengan sudut tunduk. Kita menterjemah semula permasalahan ini kepada bentuk geometri iaitu segitiga bersudut tegak.

Ia merupakan salah satu sistem pandu arah yang digunakan oleh manusia pada hari ini. Rajah 3: Alat Navigasi Pandu Arah (GPS) Sejak 1993. Menurut Chin Wee Kuen (2012) kedudukan seseorang atau sesuatu tempat (longitud. Isyarat masa jitu dipancakan oleh sekumpulan antara 24 dan 32 satelit menggunakan radio kepada penerima GPS untuk mengenal pasti kedudukan. malah penting untuk pandu arah di laut. 3.42m. latitud dan altitud) boleh dikenal pasti dalam apa jua cuaca. masa dan di mana seseorang itu berada. . GPS juga digunakan dalam kajian saintifik termasuk mengenai gempa bumi dengan memberikan rujukan masa jitu.42m.Maka x = 82. Oleh itu jarak antara rumah api dengan kapal laut dapat diketahui iaitu sepanjang 82. Ia juga digunakan dalam pembuatan peta dan pengukuran tanah.5 Matematik Dalam Pandu Arah Kenderaan Sistem GPS ini merujuk kepada sistem yang menentukan kedudukan seseorang melalui rujukan silang dengan satelit yang mengelilingi Bumi. GPS menjadi suatu kemudahan yang amat penting untuk pandu arah bukan sahaja di atas darat. udara dan juga serata dunia.

Pengiraan halaju menggunakan pertanyaan (Query) boleh dilakukan berdasarkan formula halaju seperti berikut: Field (Halaju) = Dimana: Field [Jarak] = Nilai jarak dihitung setiap 10 saat menggunakan aturcara komputer. Kerja pengiraan perisian ArcView GIS.1 adalah perisian GIS yang dapat mengesan kenderaan. dapat dilakukan dengan fungsi "Calculate". Teknologi GIS ini memainkan perananan penting dalam bidang pengangkutan terutamanya dalam mengesan kesesakan lalu lintas. jarak dan sebagainya. iaitu 10 saat Jadual 1: Jadual Halaju Kenderaan Dan Kod Warna GIS . GIS atau Sistem Maklumat Geografi adalah sistem maklumat yang penting bagi perancangan dan pengurusan data-data geografi. Perkakasan pertanyaan yang disediakan merupakan parameter atau algoritma matematik yang mudah dipakai serta merangkumi data-data attribute dalam identiti atau lajur (Column) tertentu seperti masa. field [Masa] = 0º 0' 10" . Pengiraan (Calculate) adalah operasi pencarian bentuk maklumat tertentu berdasarkan kepada rumus atau formula pengiraan dengan menggunakan perkakasan pertanyaan (Query) yang disediakan."ArcView Tracking Analyst" dan "ArcView Network Analyst". iaitu perisian sambungan ArcView GIS berversi 3.

Sedikit sahaja kesilapan dan kecuaian akan memberi kesan kepada nyawa penunggang roller coaster tersebut. teknik "highlight" digunakan. setiap pereka roller coaster perlu tahu halaju maksimum yang dapat dicapai oleh „train’ ketika di trek.6 Matematik Dalam Pengangkutan Rekreasi (Roller Coaster) Secara asasnya. Rajah 4: Teknik Pemaparan “highlight” Pada GPS 3. Pemaparan halaju kenderaan dengan jenis warna berbeza pada bahagian laluan kenderaan berlainan dapat dilakukan dengan menggunakan perkakasan pertanyaan ( Query) yang terkandung dalam teknik pemaparan "highlight".Bagi menunjukkan perbezaan halaju kenderaan di sepanjang penjejakan. Mereka juga perlu tahu samada „train‟ mempunyai tenaga yang mencukupi untuk meneruskan gerakan di trek setelah . Perkara utama yang perlu setiap pereka fikirkan ialah nilai tinggi dan panjang yang tepat.

mengalami jatuhan pertama dan yang paling penting ialah jenis bahan untuk membuat trek serta kos yang diperlukan. Operator perlu mengetahui masa yang tepat untuk melancarkan „train’. v=speed] TENAGA KEUPAYAAN (POTENTIAL ENERGY) Tenaga yang dihasilkan akibat kedudukan /posisi (enegy of position) . Ini berkait dengan berat „train‟ di mana „train’ yang terlalu berat untuk gear akan menyebabkan roller coaster tidak boleh bergerak ataupun gear patah dan mengakibatkan kecederaan. bagi setiap roller coaster. Perkara-perkara tersebut merupakan serba sedikit penggunaan matematik yang diterapkan dalam pembinaan roller coaster untuk memberi pengalaman tunggangan yang mencabar. Seterusnya pereka perlu menentukan jumlah beban yang dibolehkan untuk gear pelancaran.Bergantung kepada berat dan tinggi objek . jumlah pusingan. sistem operasi bagi permainan roller coaster juga tidak kurang pentingnya. Fatimah Abu Bakar (2011) ada menerangkan tentang konsep „kinetic & potential energy‟ dalam roller coaster. Pereka roller coaster perlu menitikberatkan kecerunan jatuh dan sewaktu terbalik. Tenaga (energy) dan gravity (gravity) sangat memainkan peranan penting dalam roller coaster . laju. h=height] . panjang trek dan juga nilai yang diperlukan untuk berhenti/brek. Selain itu.PE = mgh [m=mass.Dua tenaga yang diperlukan adalah „kinetic energy & potential energy‟ di mana ianya dikenali sebagai tenaga kinetik dan tenaga keupayaan. tinggi.Bergantung kepada berat dan laju objek . g=gravity.KE = 1/2 mv2 [m=mass. Jadual dibawah adalah sedikit penerangan mengenai tenaga kinetik dan tenaga keupayaan: Jadual 2: Tenaga Kinetik Dan Tenaga Keupayaan TENAGA KINETIK (KINETIC ENERGY) .Tenaga yang dihasilkan oleh sesuatu pergerakkan (energy of motion) .

Ketika „cart‟ berada di puncak pertama selepas bergerak ianya mempunyai tenaga keupayaan yang sangat besar dan tinggi. . Kelajuan akan semakin bertambah apabila „cart‟ menuruni puncak. Ini kerana pada ketika ini tenaga keupayaan bertukar kepada tenga kinetik. Seterusnya. Apabila berlaku pertambahan dalam ketinggian maka kelajuan akan semakin berkurangan adalah kerana pada ketika ini tenaga kinetik bertukar kepada tenaga keupayaan. jika berlaku pengurangan dalam ketinggian maka kelajuan akan semakin bertambah. Pergerakkan roller coaster secara berterusan. akan menyebabkan ketinggian „cart‟ bertambah dan berkurang. Kemudian apabila „cart‟ bergerak ke bawah pula. tenaga keupayaan ini akan bertukar kepada tenaga kinetik.Roller coaster adalah salah satu contoh yang terbaik melibatkan pertukaran diantara tenaga keupayaan dan tenaga kinetik.

Journal Matematika.RUJUKAN Ali. Sejarah Rumah Api Tanjung Tuan.php/2009/mei-2009/318sejarah/519-sejarahrumah-api-tanjung-tuan. Kuala Lumpur: Dawama Sdn. http://mathed. & Majid.utm. (2010).my/duniamatematik/index.php/2011/april-2011/672aplikasi/917-kinetic-dan-potential-energy. A. http://mathed.my/duniamatematik/index. Diakses pada 23 Julai 2013 Syed Zul Helmi Bin Syed Amran (2009). GPS. Diakses pada 25 Julai 2013 . Kinetic dan Potential Energy.utm.php/2011/ogos-2011/714aplikasi/972-navigasi-pesawat.utm. Diakses pada 24 julai 2013 Kamus Dewan Edisi Keempat. Universiti Teknologi Mara Chin Wee Kuen (2012).my/duniamatematik/index.utm. J. Unjuran Ortografik Dan Unjuran Perspektif. http://mathed. http://mathed. Navigasi Pesawat.php/2012/mei-2012/784-aplikasi.A.M. Siti Salwa Alias (2011).my/duniamatematik/index. Bhd. Diakses Pada 23 Julai 2013 Fatimah Abu Bakar (2011). (1988).