You are on page 1of 66

Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia

Fatin Nabihah Binti Mohd. Fadzil Muhammad Khairul Arif Bin Muhd Radzi

Agihan kekayaan di Malaysia


Kekayaan = Pendapatan Isu agihan pendapatan dapat dilihat daripada dua sudut:
Kelas sosial yang berbeza:- kelas atasan, menengah dan kelas bawahan Kelompok etnik yang berbeza:- Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Pembangunan lima tahun selepas 1970 sehingga hari ini

Rancangan Malaysia Pertama (19661970)

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)

Rancangan Malaysia Keempat (19811985)

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

Rancangan Malaysia Keenam (19911995)

Rancangan Malaysia Ketujuh (19962000)

Rancangan Malaysia Kelapan (20012005)

Rancangan Malaysia Kesembilan (20062010)

Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1) 1966-1970


RMK-1 merupakan rancangan 5tahun yang pertama setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuan Malaysia. Memberi tumpuan kepada aspek integrasi dalam kalangan penduduk Malaysia. RMK-1 banyak membuat perancangan baharu dalam sumber manusia dan memberi lebih penelitian bagi program-program di setiap aspek ekonomi.

RMK-1
Peruntukan RMK-1 adalah sebanyak RM 10,500 juta. Ia melibatkan RM 4,550 juta drpd sektor awam dan RM 5,950 juta drpd sektor swasta. Beberapa buah agensi kerajaan dilahirkan di bawah RMK-1
Menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera dlm bidang perusahaan dan perniagaan. Membantu pembangunan perindustrian negara (Akta Galakan Pelaburan 1968)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 Bank Bumiputera 1966 Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)- 1969 Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia / Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) 1967 Lembaga Penasihat Tarif

RMK-1
Selepas 5 tahun, kajian menunjukkan programprogram yang dirancang berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Selepas tragedi 16 Mei 1969, kerajaan menyedari bahawa pembangunan yang sedia ada sukar untuk dikekalkan kerana ketidakseimbangan sosioekonomi antara kelompok kaum dan kawasan. Bagi menyambung usaha-usaha RMK-1, DEB dilancarkan bersama RMK-2.

Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) 1971-1975


Tujuan: membaik pulih dan mengatasi ketidakseimbangan sosioekonomi antara kawasan dan kelompok kaum di Malaysia. Peruntukan: RM 7,250 juta. RMK-2 berteraskan Dasar Ekonomi baru (DEB):
Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Menyusun semula masyarakat Malaysia dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

RMK-2
9% bagi 1975 16% bagi 1980 23% bagi 1985 30% bagi 1990

Beberapa program dirancang dan langkah-langkah tertentu diambil untuk menjayakan RMK-2:
Menentukan pemilikan modal dalam sektor korporat moden oleh kaum Bumiputera Menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti-aktiviti ekonomi. Terutamanya dalam perdagangan dan perusahaan. Menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) ada tahun 1974.

RMK-2 menunjukkan pencapaian memberangsangkan:


Pertanian: 25% Pembuatan: 19.3% Perdagangan: 14.4% Lain-lain: 10.15%

KDNK meningkat pada kadar 7.4% setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada yang dirancangkan : 6.8% setahun. Pertumbuhan KDNK berlaku ekoran pertumbuhan beberapa sektor utama.

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

RMK-2

Dilancarkan melalui RMK-2. Matlamat: membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud diantara kaum. Rancangan untuk mencapai matlamat DEB terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dari tahun 1971-1990. Strategi:
Mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum. Menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

(DEB) RMK-2

Strategi 1: Mengurangkan kemiskinan

(DEB) RMK-2
Strategi ditumpukan di kawasan luar bandar dan bandar. Menurut bancian pada tahun 1970, terdapat kira-kira 49.3% penduduk berpendapatan di bawah garis kemiskinan (RM 200.00). 86% daripada jumlah tersebut adalah penduduk luar bandar. Kerajaan melaksanakan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam: pendidikan, kesihatan, bekalan air, elektrik. Kerajaan juga memberikan bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada kanak-kanak, dan program rumah murah. Usaha-usaha ini telah menampakkan hasil dalam masa lebih kurang 20 tahun dimana tahap kemiskinan dapat dikurangkan: 49.3% pada tahun 1970 kepada 17.1% pada tahun 1990.

(DEB) RMK-2

Strategi 2: Menghapuskan pengenalan kaum

Strategi 2: Menghapuskan pengenalan kaum

(DEB) RMK-2

Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tanah. Menambah bahagian kaum Bumiputera dalam sektor produktif kerana kaum Bumiputera agak ketinggalan berbanding kaum-kaum lain. Memastikan pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu serta kaum Bumiputera agar mereka dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis kegiatan ekonomi menjelang tahun 1990.

Secara keseluruhannya, DEB telah meningkatkan taraf kehidupan kaum Bumiputera dan mencapai matlamat membasmi kemiskinan. Walaubagaimanapun, penyusunan semula guna tenaga perlu diperhebatkan lagi memandangkan orang Melayu masih kurang melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perniagaan.

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) 1976-1980


Semasa pelancaran RMK-3, DEB masih lagi dalam pelaksanaan. Oleh itu, RMK-3 boleh dianggap sebagai peringkat kedua dalam pelaksanaan DEB. Perancangan pembangunan wilayah yelah diperkenalkan. Ianya dipercayai untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan bandar baharu. Rancangan ini digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti KEJORA, DARA, KETENGAH, dan KESEDAR. 28 buah bandar dibina rancangan KEJORA, KETENGAH dan DARA menjelang tahun 1980. Badan-badan berkanun seperti MARA, FELDA PERNAS, UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan. Disamping itu, kerajaan juga memberi penekanan kepada isu-isu alam sekitar dan keselamatan negara.

RMK-3
RM 18,600 juta diperuntukkan bagi RMK-3.
88% diperuntukkan untuk pembangunan sosioekonomi. 12% diperuntukkan untuk perbelanjaan pertahanan dan keselamatan negara.

Secara keseluruhannya, RMK-3 membantu dalam perkembangan ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat.
Bagi 10 tahun pertama pelaksanaan DEB (1971-1980), ekonomi negara berkembang pada kadar 7.8%, kurang 0.2% daripada matlamat.

Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) 1981-1985


RMK-4 dilancarkan semasa negara mengalami kemelesetan ekonomi. Punca utama kemelesetan ekonomi negara ialah kejatuhan harga bijih timah dan getah di pasaran dunia. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami berbagai masalah:
Kemerosotan dalam imbangan bayaran Kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport komoditi Kelembapan sektor swasta Peningkatan kadar pengangguran

Punca kemelesetan ekonomi pada tahun 80-an


Prospek pertumbuhan negara-negara industri dan perdagangan antarabangsa semakin buruk. Negara-negara industri mengurangkan permintaan utk eksport dari negara2 membangun.

Harga minyak dan sumber tenaga lain meningkat.

Negara pengeksport minyak akan mengalami lebihan modal dan akaun semasa manakala negara pengimport minyak mengalami kurangan modal dan akaun semasa.

Memberi kesan kepada pengeksport dan pengimport minyak.

Keadaan inflasi meningkat semula pada akhir 70-an dan awal 80an.

RMK-4
Peruntukan bagi RMK-4 adalah sebanyak 40 juta.
Peratus (%) 57.9 16.2 23.8 2 21.3 13.8 10.5 Peruntukkan Pembangunan Ekonomi Pembangunan Sosial Keselamatan Pentadbiran Awam Pertanian & Luar Bandar Perdagangan & Perindustrian Pengangkutan
Diberikan lebih penekanan

8.3
7.6 7.1

Tenaga & Kemudahan Awam


Pelajaran & Latihan Perkhidmatan Sosial

RMK-4
RMK-4 juga mengutamakan perusahaan berat yang berasakan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir. Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi menjayakan pembangunan perindustrian berat. Projek-projek yang diletakkan di bawah pengawasan HICOM: Kilang simen yang diuruskan oleh Kedah Simen Sdn. Bhd. Kilang pengeluaran begi berongga dan keluli oleh Perwaja di Kemaman, Terengganu. Pembuatan kereta nasional, Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Usaha-usaha lain juga dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur asing: Membuka kawasan perindustrian baharu: Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal, Likas Membuka kawasan perdagangan bebas: Bayan Lepas, Pulau Pinang

RMK-4
Pada tahun 1983, dua buah program telah dilancarkan bagi mengkaji struktur perusahaan awam:
a) b) Kajian Dasar Perindustrian Malaysia Pelan Induk Perindustrian (PIP)

Kerajaan juga berusaha mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera. Oleh itu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan pada tahun 1981. Secara keseluruhan, KDNK telah berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita juga turut meningkat sebanyak 4.4% setahun drpd RM 3,171 juta pada tahun 1980 kepada RM 4,609 juta pada tahun 1985.

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) 1986-1990


RMK-5 RRJP2

DPN

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) 1986-1990


Matlamat utama: mencapai perpaduan negara, mencapai objektif DEB dan mengecapi pertumbuhan yang dapat menjamin kestabilan negara. Walaubagaimanapun, kerajaan masih perlu mengambil kira keadaan negara yang pada waktu itu masih lagi dalam era kemelesetan. Beberapa strategi telah dilaksanakan dalam RMK-5.

Strategi RMK-5

RMK-5

Meningkatkan peranan sektor swasta

Menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar

Penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Pembangunan sumber manusia

Perusahaan pelancongan

Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2)

RMK-5

RRJP2 mencakupi wawasan 2020 yang berhasrat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020. Program-program yang berjalan serentak dalam tempoh ini berpegang kepada beberapa matlamat
a) Penurunan kadar kemiskinan drpd 17.1% (1990) kepada 7.2% (2000). b) Penurunan kadar pengangguran kepada hanya 4% pada tahun 2000. c) Pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 7%.

RMK-5
Peningkatan sektor pembuatan kepada KDNK, iaitu daripada 27% (1990) kepada 37% (2000). Pada tahun 1991, kerajaan melancarkan:
Wawasan 2020 RRJP2 dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6)

RRJP2 (1991-2000) yang mengandungi DPN merupakan era baharu bagi Malaysia khususnya bagi menempuh negara maju 2020. RRJP2 dan DPN akan meneruskan lagi usaha-usaha kearah mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dan sosial antara kaum di Malaysia.

Dasar Pembangunan Nasional


Objektif:

RMK-5

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

Strategi Pelaksanaan

RMK-5

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek - aspek kritikal.

Aspek-aspek yang ditekankan dalam DPN

Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara

Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat

Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama

Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar

Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden

Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan

Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia

Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan

Dimensi-dimensi baru DPN


Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat.

RMK-5
Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif.

Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkat kan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi.

Penyusunan semula masyarakat

RMK-5

Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan semula hakmilik. Meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan gunatenaga dan penyertaan Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Perhatian khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan francais. Usahasama secara aktif di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan digalakkan untuk membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan.

Bagi membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran antarabangsa. Matlamat penyusunan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara. Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dasar ini akan memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori profesional, pengurusan dan teknikal. Daripada 2.4 juta pekerjaan baru yang dijangka akan dapat diwujudkan dari tahun 1991 - 2000, kira-kira 55.8% akan diambil oleh Bumiputera (706,700 dalam sektor perkhidmatan dan 534,000 dalam sektor pembuatan.)

RMK-5

RMK-5
Di sektor luar bandar, untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja, langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran. Peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan Bumiputera dan pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan Bumiputera sepanjang tempoh DPN. Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusunan semula modal saham.

Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) 1991-1995


Meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi

Memperkukuh perkembangan pasaran kewangan dan modal

Memperteguh kedudukan hasil kerajaan Persekutuan

Strategi
Mengubah struktur industri yg sedia ada kepada penggunaan teknologi yg lebih canggih Mengekalkan dasar liberalisasi, pelonggaran peratusan dan undang2 utk memperbaik iklim pelaburan

Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) 1996-200


RMK-7 dilaksanakan antara tahun 1996 - 2000, meliputi fasa kedua RRJP2. RMK-7 mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang sebagaimana di dalam DPN. Dasar ini memastikan hasil pertumbuhan ekonomi diagihkan secara saksama kepada semua kumpulan etnik. Dasar ini merangka strategi-strategi bagi memperkukuhkan asas ekonomi makro, meningkatkan bilangan tenaga mahir dan berpengalaman serta memperkukuhkan sektor kewangan.

Penyusunan semula masyarakat

RMK-7

Melalui DEB, terdapat kemajuan dalam penyusunan semula masyarakat. Dari segi pemilikan ekuiti korporat, peratus hak milik korporat Bumiputera telah berkurangan daripada paras yang dicapai pada tahun 1995. Pemilikan ekuiti bukan Bumiputera berkurangan daripada 43.4% kepada 40.3% Kemerosotan ini mencerminkan ketidakupayaan rakyat terutama Bumiputera untuk mengekalkan pegangan ekuiti dalam tempoh yang sukar akibat daripada krisis ekonomi pada tahun 1998.

Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) 2001-2005


Fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) Dasar Wawasan Negara (DWN) yang juga terkandung dalam RRJP3 menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21. RMK-8 menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mapan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama. Dasar dan strategi dalam tempoh RMKe-8 memberi tumpuan untuk mencapai pertumbuhan mapan dengan berdaya tahan.

Mempercepat perubahan struktur sektor pertanian, pembuatan, perkhidmatan Memperkukuh kestabilan sosioekonomi menerusi pengagihan pendapatan dan kekayaan negara secara saksama

Mengubah strategi pertumbuhan drpd strategi berasaskan input kepada strategi berasaskan pengetahuan bagi meningkatkan potensi pertumbuhan keluaran

3 Teras Utama RMK-8

Strategi utama RMK-8


Meneruskan pengurusan ekonomi makro yg mantap Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Menggiatkan pertumbuhanyg didorong oleh produktiviti

Meningkatkan daya saing dlm sektorsektor ekonomi yg utama

Memperluas penggunaan ICT

Menggiatkan pembangunan sumber manusia

Mencapai pembangunan mapan

Meningkatkan mutu kehidupan

Meningkatkan nilainilai moral dan etika

RMK-8
Teras strategi pembasmian kemiskinan akan ditujukan kearah mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.5% menjelang 2005. Isu ketidakseimbangan pendapatan, terutama antara kumpulan etnik, penduduk bandar dengan luar bandar, wilayah dengan negeri, akan diberikan perhatian. Usaha yang bersungguh-sungguh akan diambil untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera selain menambah pemilikan ekuiti mereka kepada sekurang-kurangnya 30% menjelang 2010 seperti yang digariskan di dalam RRJP3.

Dasar Wawasan Negara (DWN)


RRJP3 telah digubal berasaskan dasar yang dinamakan Dasar Wawasan Negara (DWN), dengan tema utama Meningkatkan keutuhan dan daya saing negara. Di samping menggabungkan strategi utama DEB dan DPN, DWN juga memperkenalkan beberapa teras dasar yang baru.

membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi

menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah

mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro

mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi

membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa

mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan

meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang

Teras Utama DWN

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) 2006-2010


RMK-9 memberikan penumpuan kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020. (fasa pertama 1990-2005, fasa kedua 2006-2020) Fasa kedua: penekanan diberikan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah yang dapat menggunakan secara optimum pembangunan fizikal yang telah disediakan.

Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi

Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara

Teras utama

Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama

Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup

Menangani masalah ketidakseimbang an yang berterusan secara membina dan produktif

Krisis Kewangan Di Malaysia

Krisis Ekonomi Malaysia 1973/74


Malaysia mengalami krisis yang pertama apabila berlakunya kenaikan harga minyak global Krisis kejutan minyak (oil shock) berlaku rentetan daripada peperangan Mesir dan Israel pada tahun 1973/74

Krisis Ekonomi Malaysia 1978


Berikutan kejutan minyak yang pertama, Malaysia digemparkan dengan kejutan minyak kedua rentetan revolusi Iran pada tahun 1978. Krisis ini menyebabkan masalah inflasi dan penggangguran yang tinggi di seluruh dunia serta negara-negara maju yang lain

Krisis Ekonomi Malaysia 1980


Langkah pertama Malaysia untuk membendung daripada krisis kegawatan adalah dengan melaksanakan pendekatan Kynesian

In the Keynesian view, aggregate demand does not necessarily equal the productive capacity of the economy; instead, it is influenced by a host of factors and sometimes behaves erratically, affecting production, employment, and inflation

Krisis Ekonomi Malaysia 1980


Kerajaan berharap untuk meningkatkan subsidi, membantu golongan berpendapatan rendah, membanteras inflasi dengan kawalan bekalan wang dan seterusnya menambah perbelanjaan kepada projek insfrastruktur yang meransang ekonomi Malaysia (Melalui pendekatan Kynesian)

Krisis Ekonomi Malaysia 1982


Malaysia terpaksa membuat pinjaman daripada World Bank. Usaha 3 tahun untuk melangsaikan segala pinjaman daripada World Bank.

Krisis Ekonomi Malaysia 1985


Sekali lagi ekonomi Malaysia merudum kerana kejatuhan harga barangan global seperti harga petroleum, kelapa sawit dan bijih timah kerana kelembapan ekonomi dunia pada tahun 1985 Kadar pengangguran meningkat pada tempoh yang sama

Krisis Ekonomi Malaysia 1987


Kerajaan telah mengambil langkah drastik untuk memulihkan kegawatan ekonomi dengan penglibatan sektor swasta dengan lebih aktif. Penggubalan dasar penswastaan, melonggarkan pemilikan ekuiti asing, dan mengurangkan cukai korporat

Pemilikan Ekuiti Asing


Apa yang anda faham mengenai pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30%? Salah satu matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk mengagihkan kekayaan negara secara saksama antara kaum di Malaysia dengan ekuiti bumiputera ialah 30 peratus, bukan bumiputera 40 peratus dan penyertaan asing ialah 30 peratus. Tempoh rancangan ini ialah dari tahun 1970 sehingga 1990 di mana ia menunjukkan ekuiti bumiputera pada tahun awal pelaksanaannya ialah 2 peratus naik kepada 20 peratus dalam tempoh masa 20 tahun melalui pelaksanaan dasar ini.

Krisis Ekonomi Malaysia 1987


Langkah-langkah yang diambil telah berjaya meningkatkan kembali pertumbuhan ekonomi daripada 1.2% pada tahun 1986 kepada 5.4% padatahun 1987 dan 8.9% pada tahun 1988. Berikutan itu, KDNK tahunan meningkat secara purata 8.9% dalam tempoh 1988-1996. Ini merupakantempoh dimana Malaysia mencatat kadar pertumbuhan yang tertinggi sejak Merdeka

Krisis Ekonomi Malaysia 1997


Krisis mata wang Asia yang bermula dari Thailand merebak ke negara-negara ASEAN (Malaysia, Indonesia, Jepun, dan Korea) Krisis ini menyebabkan kejatuhan nilai matawang, nilai pasaran saham, dan kejatuhan nilai aset. Indeks KLSE menjunam dari 1,200 mata kepada paras di bawah 600 mata, nilai ringgit merosot sebanyak 50% daripada RM2.50 kepada RM4.10 bagi setiap dollar.

Krisis Ekonomi Malaysia 1997


Pada 1997, Malaysia memiliki defisit akaun mata wang melebihi 5 % KDNK. Malaysia menambat mata wangnya pada 17 Ogos 1997 selepas ringgit jatuh menjunam.

Empat hari kemudian Standard and Poor's menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu kemudian, agensi rating tersebut menurunkan rating Maybank, bank terbesar Malaysia. Pada hari yang sama, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak 1993.

Krisis Ekonomi Malaysia 1998


Pada 2 Oktober, ringgit jatuh lagi. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah memperkenalkan kawalan "modal". Malah, Malaysia diserang oleh penyangak matawang dan krisis salah guna kuasa oleh Menteri Kewangan pada masa itu. Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu sektor pembinaan menyusut sebanyak 23.5 %, pengeluaran menyusut 9 % dan pertanian 5.9 %. Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6.2 % pada tahun 1998. Tetapi Malaysia merupakan negara terpantas pulih daripada krisis ini dengan menolak bantuan IMF.

Krisis Ekonomi Malaysia 1998


Satu lagi langkah Tun Dr Mahathir adalah dengan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk menyediakan satu kertas kerja Rancangan Pemulihan Ekonomi Negara Usaha ini adalah untuk menstabilkan ringgit, memulihkan keyakinan pasaran saham, memperkukuh dasar ekonomi dan memulihkan sektor yang terjejas ketika krisis.

Krisis Ekonomi Malaysia 1998


Syarikat Pengurusan Danaharta (Danaharta), Syarikat Pengurusan Danamodal (Danamodal) dan Jawatankuasa Penstrukturan Hutang Korporat (CDRC) Selain itu, terdapat bank-bank di Malaysia yang turut digabungkan untuk mengukuhkan modal dan daya saing bank di Malaysia

Bank-bank Yang Telah Digabungkan


Bank Bumiputera ditubuhkan pada tahun 1965 dengan tujuan memberi pinjaman kepada Bumiputera dalam lapangan perdagangan dan perusahaan. Bank Bumiputera telah digabungkan dengan Rashid Hussain Berhad yang menguasai Development and Commerce Bank di bawah skim penggabungan bankbank. Kini Bank Bumiputera dikenali sebagai Commerce International Merchant Bank.

Pada Era Tahun 2000


TAHUN PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA

2000

Ekonomi Malaysia pulih dengan peningkatan KDNK sebanyak 8.9% Dalam tempoh 2001-2007, KDNK meningkat secarapurata sebanyak 4.9% setahun Pada akhir 2008, momentum pertumbuhan ekonomi mula perlahan dan meningkat hanya 0.1% dalam suku keempat terutamanya sektor pembuatan yang menguncup sebanyak 8.8% berikutankelembapan sektor luaran dan kejatuhan pelaburan swasta

2001-2007

2008-2009

Pada Era Tahun 2000


TAHUN 2009 PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA Sentimen perniagaan merosot dengan ketara. Malaysia kembali ke fasa kemelesetan dengan KDNK menguncup sebanyak 1.6% pada tahun 2009. Krisis inibermula dengan kegagalan institusi kewangan Amerika Syarikat pada tahun2007 yang berpunca daripada kemerosotan kualiti subprime assets

Bagi merangsang aktiviti ekonomi, Kerajaan telah mengumumkan pakej rangsangan fisIkal berjumlah RM67 billion bagi menggerakkan aktiviti ekonomi bagi melaksanakan pelbagai inisiatif terutamanya pelaksanaan projek-projek infrastruktur.

Tahun 2010 hingga kini


GTP dan ETP menetapkan sasaran pendapatan per kapita di Malaysia perlu mencapai US$15,000 setahun untuk mendapat taraf negara maju pada tahun 2020 Hal ini selaras dengan harapan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk mencapai Wawasan 2020, dimana negara bebas daripada perangkap negara berpendapatan rendah Negara lain yang telah pun keluar daripada perangkap ini seperti Taiwan, China dan Republik Korea.

Penghayatan Hubungan Etnik Semasa Krisis Ekonomi Malaysia


ASPEK RUKUN NEGARA PENGHAYATAN Tiang negara kita adalah rukun negara, dan salah satu daripada aspek yang penting adalah mentaati raja dan negara. Oleh itu, kita sewajarnya menyokong usaha yang dilakukan oleh pemimpin kerana mereka yang banyak berbakti dan berkhidmat untuk kesejahteraan negara. Amanah yang ditanggung oleh setiap lapisan masyarakat adalah satu tanggungjawab yang berat. Oleh itu, tak kira sebarang bangsa sekalipun, amanah yang diberikan tidak boleh dipertikaikan. Hal ini boleh menyebabkan sesetangah masayarakat untuk rasa wujud persengketaan antara individu dan bangsa

PENYALAHGUNAAN KUASA DAN KRISIS DALAMAN EKONOMI MALAYSIA

Penghayatan Hubungan Etnik Semasa Krisis Ekonomi Malaysia


ASPEK PENGHAYATAN PERKEMBANGAN EKONOMI ADALAH UNTUK DINIKMATI BERSAMA Tiada istilah status kuota yang ada lagi dalam bidang ekonomi di Malaysia. Hak kesamarataan telahpun diberikan oleh pihak kerajaan dalam membina peluang untuk memulakan perniagaan. Bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain masingmasing mampu untuk memperluaskan ekonomi mereka sejurus meningkatkan kadaran yang penting dalam mencapai taraf negara berpendapatan tinggi seperti Amerika Syarikat dan Jepun Wawasan 2020 adalah satu wawasan yang sangat releven pada perkembangan ekonomi Malaysia pada masa ini. Hal ini dibuktikan oleh usaha-usaha yang tidak putus diberikan oleh kerajaan untuk menstabilkan ekonomi negara. Oleh itu, kerjasama sektor awam dan swasta adalah sangat penting bagi memajukan Malaysia ketaraf First World Country.

WAWASAN 2020

RUJUKAN
Azhar, A. B. (2012, 1 7). KAITAN ANTARA PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. Retrieved 2 11, 2013, from http://putranamza.blogspot.com/2012/01/kaitanantara-pembangunan-ekonomi.html Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin. (2011). Pengajian Malaysia Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Oxford Fajar. Chamhuri Siwar & Surtahman Kastin Hasan. (1985). Ekonomi Malaysia Edisi Kedua. Perak Darul Ridzuan: Longman. Moon Nieyra, Abdul Aziz Awang. (2010, 9 13). www.acedemia.edu. Retrieved 2 11, 2014, from Krisis Ekonomi Malaysia: Punca, Implikasi dan Langkah Penyelesaian Oleh: ABDUL AZIZ AWANG: http://www.academia.edu/4439576/Krisis_Ekonomi_Malaysia_Punca_Implikasi_dan_Langka h_Penyelesaian_Oleh_ABDUL_AZIZ_AWANG AIDC. (2010, 6 18). Sejarah buktikan Anwar Ibrahim pro-zionis! Retrieved 2 11, 2014, from Sejarah buktikan Anwar Ibrahim pro-zionis!: http://www.anwaraidc.com/?p=1824 RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN. (2008, November 14). Retrieved from 1 Klik: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ekonomi/1354-rancangan-malaysiakesembilan.html

You might also like