You are on page 1of 19

LAPORAN PELAKSANAAN PERKHEMAHAN BINA INSAN GURU 2012

NAMA PELAJAR:
SITI NORAZLINA BT MOHD LAZIM

(790816 14 -5560)

LATIFAH BT IBRAHIM

(790505 04 - 5386)

RUBIAH BT MD NOOR

(670926 05 - 5404)

RUSLIN BT ABD RAHMAN

(680522 05 -5204)

PROGRAM:
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN JUN 2011
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

NAMA SEKOLAH:
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO KLANA MAAMOR

NAMA PROJEK:
PERKHEMAHAN BINA INSAN GURU 2012

TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN :


25 DAN 26 OGOS 2012/ 2 HARI 1 MALAM

TEMPAT PELAKSANAAN:
PUSAT PENYELIDIKAN SAINS MARIN, BT 7 , PORT DICKSON, N. SEMBILAN
SASARAN:
4 ORANG GURU DAN 30 ORANG MURID

OBJEKTIF:
1. SATU PENDEDAHAN KEPADA GURU SEBAGAI JURULATIH DI SEKOLAH
MENGENAI KEMAHIRAN ASAS YANG PERLU DITERAPKAN DALAM DIRI
MURID - MURID
2. MEMBERI PENDEDAHAN DAN PENGALAMAN KEPADA GURU SEBAGAI
JURULATIH DALAM MENGENDALIKAN PROGRAM PERKHEMAHAN.
3. MENGAMALKAN SEMANGAT KEKITAAN DAN SETIAKAWAN DALAM
SATU PASUKAN DENGAN MELIBATKAN MURID BERBILANG KAUM
4. MENERAPKAN

SIKAP

BERDIKARI

SERTA

KEYAKINAN

DALAM

KALANGAN MURID ITU SENDIRI.


5. MERANSANG DAN MEMBAKAR SEMANGAT PASUKAN PENGAKAP
UNTUK TERUS SENTIASA BERSEDIA DALAM APA JUA RINTANGAN.
6. MENGHAYATI , MELINDUNGI DAN MENGHARGAI ALAM SEJAGAT
CIPTAAN TUHAN MELALUI KONSEP PERLINDUNGAN BERSEPADU
MELALUI PENERAPAN ALAM SEKITAR
STRATEGI PELAKSANAAN
1. MENGHADIRI

TAKLIMAT

BINA

INSAN

GURU

BERSAMA

PARA

PENSYARAH PENDIDIKAN JASMANI DI INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS


RAJA MELEWAR PADA 18 JULAI 2012.
2. MEMBUAT

DRAF

KERTAS

CADANGAN

DAN

DISEMAK

OLEH

PENSYARAH PEMBIMBING.
3. MENGHANTAR KERTAS CADANGAN KEPADA GURU PENOLONG KANAN
KO KURIKULUM UNTUK SEMAKAN TERAKHIR SEBELUM DILULUSKAN.
4. KERTAS CADANGAN DISAHKAN DAN DILULUSKAN OLEH GURU BESAR
5. MEMILIH 30 ORANG MURID UNTUK DIBAWA MENYERTAI AKTIVITI
PERKHEMAHAN DAN MENGURUSKAN SURAT KEBENARAN IBU BAPA.

6. MENGURUSKAN PERALATAN YANG AKAN DIBAWA BERSAMA SEMASA


PERKHEMAHAN.
7. MENGADAKAN MESYUARAT DAN TAKLIMAT BERSAMA SEMUA GURU
PENGIRING DAN MURID YANG TERLIBAT UNTUK PEMBAHAGIAN
TUGASAN SEPANJANG PERKHEMAHAN.
8. MENGURUSKAN PENGANGKUTAN UNTUK MEMBAWA MURID KE TAPAK
PERKHEMAHAN.

LAPORAN PROJEK

SEBELUM

Bina Insan Guru ( BIG 3114) adalah satu mata pelajaran wajib dalam
Program Pensiswazahan Guru iaitu salah satu bidang dimana guru yang mengikuti
program ini diharap dapat menguruskan aktiviti di luar bilik darjah supaya nilai jati
diri murid selari dengan kehendak falsafah Pendidikan Negara.Salah satu aktiviti
pembentukan insaniah yang dirancang adalah aktiviti perkhemahan.
Aktiviti perkhemahan yang dijalankan, merupakan satu aktiviti luar bilik darjah untuk
murid murid tahap 2. Dengan adanya aktiviti perkhemahan ini, ia merupakan
platform untuk mendisiplinkan murid serta dapat membentuk insan yang mempunyai
jati diri yang tinggi .
Justeru itu, pada 25 dan 26 Ogos 2012

kami telah menjalankan satu aktiviti

perkhemahan yang telah diadakan di Pusat Penyelidikan Sains Marin, Batu 7 ,


Port Dickson Negeri Sembilan . Ia adalah satu langkah untuk memberi pendedahan
kepada guru guru. Perkhemahan ini melibatkan 30 orang murid beserta dengan
empat orang guru pengiring.
Perkhemahan ini ntelah dirancang sepenuhnya oleh kami guru pelatih PPG bagi
memenuhi syarat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Bererapa matlamat

yang diharap dapat dicapai melalui program ini antaranya psebagai pendedahan dan
pengalaman kepada guru sebagai jurulatih dalam mengendalikan program
perkhemahan .ia juga sebagai pendedahan kepada guru tentang kemahiran asas
yang perlu ada pada setiap murid.
Program ini mensasarkan 30 orang murid terutamanya murid murid tahap dua
tahun 4 dan 5.
Sebelum perkhemahan ini dijalankan, kami telah diberi taklimat dan pendedahan
tentang aktiviti yang akan dijalankan. Taklimat yang kami hadiri pada 18 Julai 2012
itu merangkumi lima aspek dan dijalankan mengikut stesyen seperti LDK,aktiviti air
seperti berenang, apungan , berkayak dan berakit , aktiviti ikatan dan cara
pemasangan khemah. Teori berkaitan air telah disampaikan oleh Encik Rahim.
Taklimat ikatan pula telah disampaikan oleh En cik Amran B Mohd Din. Manakala
aktiviti memasang khemah telah diberi oleh En. Rohaizad b Ismail bertempat di
padang IPG. Pn. Maznah pula telah menyampaikan taklimat tentang aktiviti LDK di
Dewan IPG.
Seterusnya kami telah membuat kertas kerja perkhemahan dan memajukan kertas
cadangan tersebut pada pihak sekolah untuk semakan dan diluluskan oleh pihak
sekolah.
Langkah

seterusnya

ialah

mendapatkan

murid

murid

sebagai

peserta

perkhemahan. Seramai 30 orang murid telah mendaftarkan diri. Surat kebenaran


telah diberikan untuk makluman kepada penjaga. Taklimat ringkas telah diberikan
kepada

peserta

perkhemahan.

Taklimat

adalah

berkaitan

tentang

keselamatan,peralatan diri seperti pakaian dan disiplin serta aktiviti yang akan
dijalankan pada hari tersebut.

Semasa Projek
Pada 25 Julai 2012 (Sabtu)
Kami bertolak dari sekolah pada pukul 7. 30 pagi dan tiba di tapak
perkhemahan pada pukul 8.15 pagi. Kami diarahkan berkumpul untuk sesi taklimat.
Kami telah diber I taklimat tentang penerangan tentang aktiviti aktiviti yang akan
diadakan dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh perkhemahan dua
hari satu malam. Semua peserta dipecahkan kepada kumpulan.

Stesyen Pertama (LDK)


Pn Maznah Bt Manan telah member penerangan tentang cara LDK boleh
dijalankan. Pada pagi ini,sesi LDK telah dikendalikan oleh Pn. Siti Norazlina dan
dibantu oleh Pn Latifah. Murid telah menjalani sesi ice breaking. Semua peserta
melakukan sesi ice breaking bersama guru. Tujuan utama sesi ini adalah untuk
mengenali rakan sebaya dengan lebih dekat. Sesi ini juga penting untuk merapatkan
hubungan sesama ahli dalam kumpulan yang berlainan. Antara aktiviti yang
dijalanka ialah berkumpul ikut bulan kelahiran, ikut abjad dan sesi ingat maklumat
yang hendak disampaikan.
Sesi ini dapat dijalankan dengan jayanya

Stesyen Kedua ( memasang Khemah)


Kemudian semua peserta diminta memasang khemah mengikut sekawan
masing masing. Semua guru sebagai jurulatih akan diminta member penerangan
kepada murid tentang cara cara memasang khemah dengan betul. Jurulatih akan
member teguran kepada murid jika terdapat kesilapan semasa aktiviti tersebut
dijalankan. Pensyarah bertindak sebagai pemerhati dan akan member teguran
sekiranya terdapat cara atau langkah yang tidak sesuai. Apabila selesai memasang
khemah,setiap kumpulan akan member ulasan tentang kelemahan atau membuat
penambahbaikan tentang khemah yang telah dipasang.

Stesen Ketiga ( aktiviti air)

Acara yang dijalankan pada pagi tersebut adalah berkayak. Penerangan telah
diberikan oleh Encik Amran b Mohd Din kepada kami sebagai jurulatih dan telah
menguruskan aktiviti murid serta member tunjuk ajar pada murid. Seterusnya adalah
aktiviti berakit dimana semua murid telah diberi peluang untuk menjalankan aktiviti
ini. Murid telah diberi taklimat oleh guru bagaimana hendak menggerakkan rakit,
cara memegang pendayung dengan betul,mendengar arahan ketua dan yang paling
penting keselamatan murid semasa di air. Aktiviti air yang seterusnya adalah aktiviti
keyakinan diri ketika di dalam laut. Sesi ini melibatkan aktiviti apungan dan
menyelam. Murid murid sangat teruja melakukan aktiviti ini begitu juga dengan
guru yang tersangat teruja ketika melakukan aktiviti bersama murid. Aktiviti berakhir
jam 12.30 tengah hari .

Selepas Projek
Satu post mortem akan diadakan bagi menilai kekuatan dan kelemahan
program. Kami telah berbincang bagi melihat kekuatan dan kelemahan yang kami
jalankan sepanjang aktiviti.
Kekuatan

yang ada pada kami satu kumpulan ialah sikap bekerjasama

daripada guru yang terlibat yang membolehkan aktiviti dapat dijalankan dengan
jayanya. Kekuatan yang kedua ialah penglibatan sepenuhnya peserta perkhemahan.
Semua peserta telah melibatkan diri secara optimum dalam setiap aktiviti yang
telah dijalankan. Mereka begitu bersemangat dalam menjalankan aktiviti dan
menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh guru. Kekuatan yang ketiga
ialah pengurusan masa yang baik.
Manakala terdapat juga beberapa kelemahan dan kekurangan yang
dikenalpasti. Kelemahan yang pertama ialah kekurangan khemah yang elok. Selain
itu murid tidak mempunyai pakaian yang lengkap untuk aktiviti di air.
Secara keseluruhannya, memang banyak pengetahuan baru yang diperolehi hasil
dari perkhemahan ini. Walaupun kami telah pernah menjalani program ini semasa
mengikuti program diploma namun ia juga satu pengalaman baru kepada kami
sebagai

jurulatih di sekolah.Kami juga dapat mengikis tanggapan bahawa

perkhemahan di tepi laut

merbahaya. Apa yang penting langkah langkah

keselamatan yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan.
Selain mempelajari banyak nilai-nilai murni, kami juga turut belajar cara-cara untuk
menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan yang melibatkan air. Pengalaman ini
amatlah berguna bagi diri saya, anak-anak murid serta orang-orang di sekeliling
saya apabila menghadapi kecemasan dalam air pada masa yang akan datang.

REFLEKSI PERKHEMAHAN
LATIFAH BT IBRAHIM (790505 04 5386)
REFLEKSI
Alhamdulillah,

bersyukur

saya

kehadrat

Ilahi

kerana

saya

telah

berjaya

melaksanakan Perkhemahan Bina Insan Guru(BIG) bagi tahun 2012. BIG yang telah
kami lalui ini telah dilaksanakan di Pusat Sains Marin UPM . BIG yang mengambil
masa selama 2 hari 1 malam ini benar-benar telah memberi saya banyak input yang
amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian
terutamanya

kehidupan

saya

dalam

profesion

perguruan.

Selama mengikuti BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan dan
halangan yang telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa saya sedar
semua cabaran dan halangan ini semua sebenarnya mempunyai motif yang sangat
besar. Setiap perlakuan kami ketika mengikuti BIG, para pensyarah pembimbing
sentiasa awasi dan sentiasa memberi bantuan supaya kami dapat mencapai motif
tersebut.
BIG yang buat kedua kali bagi saya ini telah banyak memberi saya ilmu
pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar diperolehi jika BIG ini tidak
dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah berjaya diserap dan saya amat bertuah
kerana BIG ini telah banyak memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri
saya dari segi persedian untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel dan
berkeyakinan

tinggi.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah berkayak,berakit, water
confident,, latihan dalam kumpulan(LDK), serta mendirikan khemah. Pada mata
kasar, boleh dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini dilihat seperti satu aktiviti
untuk berseronok. Namun, saya yakin bahawa semua aktiviti ini mempunyai motif
tersendiri dan hanya kami semua yang perlu lihat, kaji, dan aplikasikannya nanti.
Pada hari pertama, sebelum bertolak kami semua telah dibahagikan kepada

kumpulan. Jika dilihat pada mata kasar, pembahagian kumpulan ini mungkin untuk
memudahkan sesuatu kerja sahaja. Namun, motif utamanya adalah untuk memberi
peluang kepada kami semua bergaul, berorganisasi, dan bekerjasama dengan
mereka yang saya tidak sempat kenal lagi sebelum ini. Keadaan ini jika dilihat
dengan lebih terperinci adalah bertujuan untuk membiasakan guru dengan keadaan
sebenar profession perguruan yang sebenarnya memerlukan seseorang guru itu
berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai
ragam dan perangai. Pendedahan seperti ini menjadikan saya lebih bersedia apabila
saya ditugaskan di tempat baru dimana tiada siapa lagi yang saya kenal sebelum ini.
Seterusnya Latihan Dalam Kumpulan(LDK) pula dilakukan. LDK yang dijalankan
telah banyak membantu saya untuk lebih yakin apabila bercakap dihadapan ramai.
LDK ini telah membantu saya untuk lebih berani melontarkan idea-idea saya dan
bersedia untuk mendengan kritikan atau pandangan dari pihak lain. Aktiviti ini juga
telah membentuk saya menjadi seorang yang lebih peka dan fokus terhadap
seseorang yang melontarkan idea atau sedang berhujah. Semua ini penting bagi
saya kerana latihan seperti ini adalah satu perkara yang pasti dilalui oleh seorang
guru. Sebagai contoh apabila bermusyuarat saya pasti diberikan peluang untuk
bercakap dan memberikan idea kepada ahli lain dan mendengar idea-idea dari
orang lain. Tanpa nilai murni seperti ini, pasti saya tidak mampu untuk bekerjasama
dengan

guru-guru

lain

dan

gagal

meneruskan

agenda

mesyuarat.

BIG ini juga telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang lebih yakin
kepada kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan sesuatu. Ketika
aktiviti water confident, saya terpaksa menyuruh murid

menyelam didalam

air.Walaupun saya tidak pandai berenang dan takut pada mulanya,namun begitu
dengan tunjuk ajar pensyarah dan juga semangat yang diberikan oleh rakan-rakan
saya akhirnya berjaya melakukannya juga. Kini saya berasa lebih yakin untuk
melakukan sesuatu kerana bagi sekarang saya faham bahawa sesuatu perkara
yang mungkin sukar dilakukan pasti saya boleh lakukan sama ada seorang diri
mahupun dengan tunjuk ajar dari orang lain. Perkara yang menjadi tunjang utama
adalah semangat yang datang dari dalam diri dan jika saya mempunyai semangat
itu, saya yakin saya mampu melakukan perkara yang sukar. Jika dilihat dari segi
yang lebih luas, perkara ini amat penting kerana sebagai seorang guru saya pasti

akan diberikan pelbagai tugas sama ada dalam sekolah atau diluar sekolah. Jadi
dengan adanya pendedahan seperti ini yang banyak membantu saya untuk lebih
yakin menghadapi tugasan, saya pasti akan lebih berusaha untuk melaksanakan
tugasan

yang

Pengalaman

diberikan

mengikuti

itu

program

dengan
BIG

juga

sempurna
banyak

dan

mengajar

jayanya.
saya

untuk

berkomunikasi dan bekerja dalam satu organisasi.. Perkara ini amat berkesan
kerana sistem yang dibentuk oleh pensyarah pembimbing ini bertujuan untuk
memberi peluang kepada kami semua untuk menjadi pemimpin dan orang yang
dipimpin. Pendedahan ini merupakan satu pendedahan positif yang memberi impak
besar kepada saya terutama apabila saya menjadi ketua kumpulan. Ketika itu saya
sedar bahawa tugas menjadi seorang ketua amat berat kerana semua kebajikan,
tugas dan banyak perkara lagi menjadi satu tugas ketua. Pengalaman berorganisasi
ini akan saya manfaatkan sepenuhnya sama ada di institut atau ketika berada di
alam pekerjaan kerana saya sedar bahawa ada ketika saya akan menjadi pemimpin
dan

ada

ketika

saya

akan

menjadi

mereka

yang

dipimpin.

Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah
banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang
paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik
yang berkarisma tinggi dan gemilang pada masa akan dating.

REFLEKSI
SITI NORAZLINA BT MOHD LAZIM
Setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga di panjatkan kepada Allah S.W.T
kerana saya, Siti Norazlina Bt Mohd Lazim peserta Bina Insan Guru (BIG) dari
kursus PPG Pemulihan

1 telah berjaya dan selamat menjalani kursus BIG ini

dengan sempurna. Kursus Bina Insan Guru yang bermula pada 25 Mac hingga 26
Julai 2012 telah dijalankan di Pusat Sains marin UPM di Port Dickson.Kursus BIG
ini sememangnya wajar dilaksanakan kerana melalui penglibatan guru-guru pelatih,
matlamat program dalam membina daya tahan mental dan fizikal serta menerapkan
nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses
pembinaan insan guru
Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat
beberapa perkara yang boleh dibanggakan dan dianggap sebagai faktor kekuatan
dalam program

ini. Pertama, dari awal proses pemilihan dan penubuhan

jawatankuasa, kemudian kepada pembahagian tugasan, mesyuarat dan hingga ke


pelaksanaan aktiviti dan juga pemulangan alatan-alatan pada hari akhir program ini
kami sentiasa bekerjasama. Sifat kekitaan jelas diperlihatkan, bak kata pepatah,
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semua jawatankuasa saling bantumembantu dalam usaha menjadikan program ini berjaya dilaksanakan dan
mencapai objektifnya. Kami juga berjaya dalam berpakat untuk mengenakan
pakaian yang seragam supaya dapat menaikkan imej kami sebagai

guru yang

disegani.
Kekuatan kedua program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami
dalam merancang sesebuah program. Ramai diantara

kelas kami yang sudah

mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini


sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak
urusan-urusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan
daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas
tersebut.

Melalui Kursus Bina Insan Guru ini, insan guru dapat dilihat sebagai golongan
pembina dan penjana modal insan yang cemerlang disamping menjadi role
modelkepada masyrakat Malaysia umumnya. Justeru, program Bina Insan Guru ini
akan membantu para bakal guru dalam memantapkan serta menguatkan jati diri
dalam lima aspek penting iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) .

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG )


PN. RUSLIN Bt ABD RAHMAN
Pada 25 dan 26 Julai 2012 yang lepas, saya telah menjalani program Bina
Insan Guru (BIG) yang dianjurkan oleh Institut Perguruan Raja Melewar
bertempat di Pusat Sains Marim UPM di Port Dickson . Banyak pengalaman
dan pengetahuan baru yang dapat sayatimba sepanjang program
ini dijalankan. Pada hari pertama program ini
d i j a l a n k a n , s e l u r u h p e s e r t a t e l a h dibahagikan kepada kumpulan kecil
dan

setiap

aktiviti

yang

berlangsung

haruslah

mengikut

kumpulan yang ditetapkan. Sememangnya setiap aktiviti y


a n g d i j a l a n k a n m e m b e r i k a n pengalaman

baru

kepada

saya.A k t i v i t i y a n g p a l i n g m e n a r i k m i n a t s a y a s e p a n j a n g
p r o g r a m B i n a I n s a n G u r u i n i berlangsung ialah Pertama sekali, saya
sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting demi memastikan segala
aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan masa yang telah
ditetapkan. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti telah bertangguh atau
tergendala, ianya pasti akan menjejaskan atur cara atau aktiviti yang seterusnya.
Dengan mematuhi masa kita dapat memastikan kelancaran sesuatu aktiviti. Pendek
kata, saya berpendapat bahawa sikap menepati masa haruslah dipupuk dari semasa
ke semasa bagi memastikan sesuatu aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan
lancar.
Selain itu, kursus BIG ini juga berjaya membina keperibadian saya yang
sempurna, seperti memupuk sikap keterbukaan, toleransi, kerjasama, tolongmenolong, kerajinan, kesabaran, ketabahan, dan sebagainya dalam diri saya.
Dengan adanya aktiviti di air seperti keyakinan di air,kayak dan berakit memerlukan
semangat tolong menolong dan disiplin yang tinggi serta patuh pada arahan bagi
menjaga keselamatan diri dan orang lain. saya sedar bahawa kerjasama yang
sepenuh dan koheren dalam kalangan ahli kumpulan adalah penting demi
menyiapkan sesuatu tugasan tepat pada masanya. Oleh itu, kursus BIG ini telah
berjaya memupuk nilai-nilai moral yang baik dalam diri saya, membina modal insan

yang lebih sempurna dan menjadikan saya seorang yang lebih baik dalam semua
aspek.
Secara keseluruhannya, program BIG ini dijalankan dengan lancar dan juga
telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini
merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang seimbang.
Ternyata banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan
semasa BIG (bina insan guru). Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya
dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh.
Saya berasa seronok dan bersemangat menyertai aktiviti BIG ini. Diharapkan agar
aktiviti ini dijalankan setiap tahun. Saya juga belajar untuk memberi kerjasama yang
jitu dan bertolak ansur dengan ahli kumpulan. Saya dapat rasakan satu ikatan
terjalin semasa aktiviti BIG ini. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada
saya untuk menyertai aktiviti ini.

REFLEKSI BIG
PN. RUBIAH BT MD NOOR
Bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah mengikut semua aktiviti semasa kursus
Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Pusat Sains Marin UPM di Port
Dickson pada 25 dan 26 Julai 2012 yang lalu. Kursus BIG ini sebenarnya
merupakan kursus wajib. Program ini terdiri daripada aktiviti-aktiviti lasak yang
sekaligus menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Saya begitu bersyukur dan
sangat gembira kerana saya dapat bertahan sehinggalah BIG ini berakhir selepas 2
hari 1 malam. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat
dan perolehi daripada aktiviti ini.
Permulaan sesuatu Program pastinya didahulukan dengan Ice Breaking.
Biasanya inilah tugas guru sewaktu mengendalikan Program Motivasi atau
Perkhemahan. Kali ini saya menjadi peserta yang akan menjalankan aktiviti ini.
Seronok juga sekali sekala kita menjadi peserta dan orang lain yang
melaksanakan tugasan fasilitator. Sepanjang program Bina Insan Guru kali pertama
ini, kami telah menjalani tiga aktiviti latihan dalam kumpulan iaitu mengenali potensi
diri, motivasi kepuasan kerjaya dan penghargaan kendiri dan perubahan sikap. Saya
telah belajar banyak perkara yang baru melalui LDK tersebut. Selain itu aktiviti
keyakinan di air banyak menguji ketabahan dan cabaran untuyk mengatasi
ketakutan di laut.

Begitu juga dengan pengalaman sebagai jurulatih untuk

perkhemahan mengajar saya secara teknikal cara cara untuk mendirikan khemah
dengan betul.
sebagai seorang bakal guru, potensi untuk berinteraksi dengan baik bersama
pelajar-pelajar merupakan aset yang penting. Tidak semua orang lahir dengan
potensi untuk berinteraksi dengan orang lain dengan baik. Namun, semua ini dapat
dipelajari melalui pembelajaran yang berterusan dan niat yang murni. Secara
keseluruhannya, saya telah banyak dan mendapat pengalaman yang bermakna
dalam BIG kali ini. Hal ini kerana, dalam BIG kali ini saya telah dapat berurusan
sendiri

dengan

pihak

sekolah

bagi

menjalankan

aktiviti

BIG

ini.

Sebelum BIG ini berlangsung, kami semua telah mengadakan beberapa kali
perjumpaan bagi membincangkan beberapa perkara yang patut dan berbincang

mengenai aktiviti yang patutu dijalankan. Pengalaman yang ditimba semasa


berurusan dengan pihak sekolah amat memberi makna kepada saya kerana
pengalaman seperti ini amat jarang untuk diperolehi.
Akhir sekali, saya berasa amat seronok dan bagi saya pengalaman BIG
merupakan satu pengalaman yang amat sukar untuk saya perolehi kerana pada kali
ini bukan sahaja kami dapat melaksanakan program dengan berurusan dengan
pihak sekolah, malah kami juga dapat berinteraksi dengan para pelajar secara lebih
dekat lagi.