You are on page 1of 2

PERNYATAAN PROFESIONAL OLEH: HENDRY BELUMBONG ANAK TUJOH

Sebelum Praktikum Praktikum merupakan latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberikan peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelakaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan permuafakatan. Sebelum pelaksanaan praktikum yang pertama ini, kami telah diberikan taklimat oleh Unit Praktikum. Tujuan taklimat tersebut diberikan adalah untuk menjelaskan beberapa perkara mustahak yang harus dilaksanakan semasa berpraktikum. Antara perkara penting semasa berpraktikum adalah bilangan waktu mengajar, perananan dan tanggungjawab serta kriteria menyediakan fail praktikum. Antara persedian lain yang saya lakukan sebelum menjalankan praktikum adalah bertemu dengan pensyarah pembimbing iaitu Encik Abdul Rahim. Beliau menjelaskan beberapa aspek yang perlu ditekankan semasa berada di dalam bilik darjah dan strategi mengajar. Selain daripada itu, beliau menjelaskan pentingnya hubungan guru murid bagi memastikan kelancaran semasa mengajar.

Semasa Praktikum Saya telah menjalani sesi praktikum bagi Semester 5 Fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Plaie DC, Kota Samarahan. Praktikum fasa ini dijalankan selama sebulan iaitu dari 31 Mac 2014 sehingga 25 April 2014 dan saya mesti mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka masa tersebut. Antara tujuan sampingan praktikum adalah untuk membolehkan pelajar membiasakan diri di sekolah dan di dalam bilik darjah serta mendapat pendedahan awal pembelajaran murid. Di sekolah, saya perlu mengajar matapelajaran major iaitu Matematik. Untuk sesi praktikum ini, saya telah diatur untuk mengajar Tahun 1 dan Tahun 2. Tajuk atau topik yang sedang diajar pada masa tersebut adalah Nombor Hingga 100 bagi Tahun 1 dan Darab bagi Tahun 2. Untuk aktiviti ko-kurikulum saya diminta menjadi guru penasihat bagi Kadet Remaja Sekolah, Kelab Bola Sepak dan Kelab Olahraga SK Plaie DC.

You might also like