You are on page 1of 3

PROSES ATAU PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA Penciptaan manusia dapat dibuktikan melalui ayat-ayat didalam al-Quran bahawa Allah

adalah sebaik-baik pencipta seperti yang dinyatakan didalam surah al-Mukminun ayat 12-14:

berasal) dari tanah; 13. kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh; 14. kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
Nutfah Mani disebut dalam al-Quran sebanyak 3 kali. Mani lebih khusus dari nutfah kerana nutfah adaah campuran mani lelaki dan perempuan. Menurut sains, jumlah sperma yng terkandung dalam air mani lelaki ketika ejakulasi ialah 200-300 juta yang kemudiannya berenang dan bertemu dengan ovum dalam tiub fallopio. Apabila bertemu dengan ovum, setiap sperma akan cuba menembusi zonapellucida ovum dan biasanya hanya satu yang berjaya. Selepas itu, lapisan ovum akan menebal dan menghalang sperma lain untuk memasuki ovum. Percampuran ini akan membentuk zigot yang sama. Selepas zigot, pembentukan janin bermula dan rupa manusia ditentukan. Dalam tempoh ini, jantina mula terbentuk melalui kromsom X dan Y daripada ibu dan bapa. Namun segalanya ketentuan dari Allah. sebagaimana firman Allah dalam surah al-Najm ayat 45 dan 46 : Maksudnya : 45. dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki

Maksudnya : 12. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang

dan perempuan, - 46. dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke Dalam rahim).

Ketika bersenyawa dalam uterus, Allah namakan tahap kejadian ini dengan tiga kegelapan. Tiga kegelapan yang dimaksudkan ialah : -kegelapan perut -kegelapan rahim (uterus) -kegelapan cecair dan uri yang menjaga rahim Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Zumar ayat 6 : Maksudnya : Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian ia menjadikan

daripadanya - isterinya (Hawa); dan ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). ia menciptakan kamu Dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan dia; oleh itu Bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?

Alaqah Bermaksud sesuatu yang bergantung dan melekat, suatu buku atau ketulan darah. Ia ditafsirkan dengan segempal darah berdasarkan kepada pendangan mata kasar. Ia sebenarnya benda yang amat seni yang diselaputi darah. Proses penggantungan dan pembenaman embrio dalam dinding rahim (uterus). Selepas persenyawaan, zigot akan mengalami pembahagian dan akan membentuk sel-sel yang lebih kecil. Pada hari ke-12-16, sel telah terbentuk dan dinamakan sebagai morula yang kemudiaanya membesar seperti bola dan dipenuhi cecair. Proses pemecahan sel dinamakan sebagai alaqah. Peringkat pembentukan alaqah pada minggu pertama atau hari ketujuh. Peringkat ini juga merupakan peringkat minggu pertama hingga ketiga di dalam rahim. Mudghah Bermaksud seketul daging yang dikunyah. Allah menyebutkan dua bentuk mudghah iaitu sempurna dan tidak sempurna. Pada peringkat ini, terbentuk blok-blok bersegmen yang dinamakan somit. Pasangan pertama mula kelihatan pada hari ke 19 dan 21 di bahagian arah kepala embrio. Menjelang akhir minggu kelima, terdapat 42-44 pasang somit. Usia embrio dikira mengikut bilangan somit-somit. Pada peringkat ini, sudah terbentuknya otak, saraf tunjang, telinga dan anggota lain. Sistem pernafasan juga mula terbentuk dan jantung mula berfungsi atau berdegup. Seterusnya, darah akan mula mengalir dengan lebih banyak lagi bagi membekalkan oksigen dan pemakanan. Izam dan lahm Pada peringkat ini (minggu keenam dan ketujuh), terjadinya pembentukan tulang mendahului otot-otot. Ketika tulang belulang terbentuk menjadi otot, dan membungkus rangka tersebut. Pada akhir minggu ketujuh, terbentuk satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini, perut , usus, seluruh sistem saraf, otak dan tulang belulang. Sebagaimana firman Allah :

Maksudnya : kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
Surah al-mukminun ayat : 5 Sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga paru-paru mula kelihatan. Malah, menjelang bulan ke-8 semua anggota telah lengkap dan sempurna. Taswiah dan Taswir Pada peringkat ini, menjelang akhir minggu ke-8, ia telah masuk ke peringkat janin dan pada bulan ke-3 semua tulang janin terbentuk dengan sempurna dan kukunya sudah mula tumbuh.

Pada bulan ke-4, pembentukan bayi yang dinamakan dengan fetus menjadi cukup lengkap menyebabkan kaki bayi dalam kandungan hanya menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Nafkh al-ruh Para ulama tidak dapat menentukan tarikh yang sebenar roh dimasukkan kedalam badan. Alam dunia dan alam kelahiran bukanlah tarikh bermula kehidupan menusia. Ia bermula dengan tiupan roh ke dalam jasad. Apa hakikat roh dan bagaimana bentuknya tidak diketahui manusia kerana itu hanya urusan Allah.

Maksudnya : Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
Surah al-Israa' ayat : 85 Kesimpulan Allah menjadikan manusia dengan beberapa proses kejadian ini agar manusia berfikir tentang kejadiannya dan boleh mengaitkannya dengan keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. Ini bukan bermakna Allah tidak boleh jadikan manusia sekelip mata tetapi ada hikmah yang besar disebalik penciptaan-Nya. Andai dilihat dari sisi pandang logik akal, penciptaan neraka itu juga menunjukkan Allah berkuasa mencipta sesuatu walhal pada masa yang sama Allah menyeru manusia untuk melakukan kebaikan agar beroleh natijah syurga di akhir kehidupan mereka. Semoga dengan sedikit pengetahuan mengenai proses kejadian manusia, sedikit sebanyak meningkatkan rasa kehambaan dan keimanan sekaligus mensyukuri nikmat hidup yang diberikan oleh Allah s.w.t.

You might also like