You are on page 1of 5

Asas Masakan Hutan

Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli pengakap. Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan ahli pengakap untuk membawa barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Kembara contohnya, memerlukan ahli pengakap untuk berjalan beberapa kilometer menyusuri pantai, anak sungai malah kadang kala jauh ke dalam hutan belantara. Justeru dalam nota kali ini, saya akan menunjukkan beberapa contoh masakan alternatif masakan hutan! yang boleh digunakan oleh ahli pengakap jika berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan makanan, sesat atau kemalangan ringan. Resipi Pertama - Roti lilit

"ahan # $epung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau belahan buluh yang telah dibersihkan.

%ara &embuat # %ampurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. 'akukan dengan cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. (li sehingga sebati sehingga menjadi doh. "ila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum dililit dengan kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di atas doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing#pusingkan supaya semua bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang. "agaimana hendak menyalakan api ) *ebelum api dinyalakan, buat lubang berukuran + kaki , - kaki dengan kedalaman yang sesuai. $ujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting kering supaya tidak ditiup angin. Kebaikkan Menggunakan Lubang Api -. melindungi tiupan angin +. mengawal bara api supaya tidak dipijak .. kekemasan dapur bawah tanah! /. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak 0. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta -. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal +. boleh digunakan jika hari panas matahari terik! .. perlukan sebuah kanta /. gunakan habuk halus buluh diraut halus! 0. atau kapas sebagai bahan bantu mula 1. kelemahannya, mengambil masa yang lama 2. amat menguji kesabaran ahli pengakap Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa

"ahan # *ebiji kelapa, beras secukupnya dan beberapa helai daun kelapa atau daun pandan. %ara &embuat # Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di belah dua. "uat lubang di hujung tempurung kelapa berkenaan supaya beras dapat diisi dengan mudah. "eras yang telah dicuci di masukkan kelapa berkenaan berlahan#lahan bersama#sama air kelapa yang telah sedia ada di dalamnya. (kuran beras ialah separuh dari keluasan buah kelapa berkenaan. *eterusnya, tutup lubang tadi dengan daun kepada atau daun pandan jika ada!, supaya air kelapa tidak melimpah keluar apabila mendidih kelak. Akhir sekali, masukkan kelapa yang berisi beras tadi ke dalam bara api dan tunggu sehingga mendidih dan masak. *alah satu tanda nasi telah masak ialah tempurung kelapa telah hangus. Angkat kelapa berkenaan, dan belah dua untuk melihat hasilnya. 3asi tadi berasa amat sedap dan berbau wangi seperti nasi lemah. *ebiji kelapa sesuai untuk hidangan dua orang dewasa. Resipi Ketiga - Masak nasi dalam buluh

"ahan # 4ua batang buluh lemang, beras secukupnya dan beberapa helai daun pisang muda. %ara &embuat # Potong buluh kira#kira panjang sebelah tangan. Kemudian cuci sehingga bersih dan lapik menggunakan daun pisang muda di bahagian dalamnya seperti buat lemang!. "eras yang telah

dicuci di masukkan ke dalam buluh. (kuran beras ialah separuh dari ketinggian buluh berkenaan dan tuangkan air hingga .5/ penuh. $utup hujung buluh dengan daun pisang muda yang telah dibuat gumpalan. $ujuannya supaya habuk dan asap tidak masuk ke dalam nasi berkenaan. Akhir sekali, sendengkan buluh yang berisi beras tadi ke tepi bara api dan tunggu sehingga mendidih. *alah satu tanda nasi telah masak ialah air dalam buluh tadi kering. *ebatang nasih yang dimasak dalam buluh sesuai untuk hidangan dua orang dewasa. Resipi Keempat - Masak telur dalam limau

"ahan # beberapa biji telur, dua biji buah limau sunkist, dan beberapa batang lidi. %ara &embuat # 'imau sunkist perlu dipotong dua. "ahagian yang perlu dipotong ialah di bahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti tutupnya. Kemudian buang bahagian isi dalamnya dengan cermat supaya tidak bocor. 6anya perlukan kulit luar sahaja untuk dijadikan 7periuk7 sementara. Jika limau sunkist tiada, cari buah hutan yang berkulit tebal dan basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan sebiji telur ke dalam 7periuk limau7 tadi dan kacau perlahan#lahan sebelum ditutup dengan kemas. 8unakan lidi sebagai 7jarum7 supaya tutup limau tidak terbuka. 'etakkan 7mangkuk limau7 yang mengandungi telur dengan cermat di tepi bara api. $unggu sehingga telur tadi masak dan dihidang di atas daun pisang. 9asa telur amat enak, kerana campuran perisa limau dan telur tadi. Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat

"ahan # $elur secukupnya dan tanah liat sungai. %ara &embuat # Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan tanah liat tidak terlalu cair. Kemudian balut telur tadi dengan menggunakan tanah liat sehingga tebal. $ujuan utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya telur tidak pecah atau meletup apabila dibakar. Jika selesai, masukkan telur ke dalam bara api dan tunggu sehingga masak. $anda telur telah masak ialah, bahagian tanah liat tadi kelihatan kering dan merekah.

You might also like