You are on page 1of 8

BACAAN ASAS 10 PERTAMA & RANGKAIAN ZIKIR

Pendahuluan

Setiap rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan Surah Al-Fatihah, dengan
beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan selawat. Sesungguhnya fadilat Surah Al-Fatihah
itu terlalu besar untuk mendapatkan kesembuhan penyakit, termasuklah sakit akibat disengat
binatang bisa juga racun.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat.
Lalu ía minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam
lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang
menemuinya dengan kaedah yang sama.

Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah
bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan
pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka berkata:

“Kami diberitahu bahawa saudara datang dengan membawa kebajikan. Adakah saudara mempunyai ubat
atau jampi? Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai”.

Dia menjawab, “Ya!” Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah
dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan
petang, dan al-Hamdulillah sembuh seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t.

Bacaan Asas 10 Pertama

BACAAN ASAS 10 PERTAMA


No. Bacaan Audio (MP3)

1 Surah Al-Fatihah
Surah Al-
Fatihah

Bacaan Talaqi
dengan Tuan
Guru

Bacaan
bertajwid oleh
Ustaz Zulkifly

Terjemahan:
(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang. (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta
alam, (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang
menguasai hari pembalasan. (5) Hanya kepada Engkaulah
kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon
pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus, (7) (yaitu)
jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat
kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan
bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

2 Ayatul Kursi
Ayatul Kursi

Bacaan Talaqi
dengan Tuan
Guru

Bacaan
bertajwid oleh
Ustaz Zulkifly

Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-
Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa
yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat
di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di
hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak
mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang
dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan
Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah
Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)

3 Yaa-Baari’

Bacaan Talaqi
dengan Tuan
Terjemahan: Guru
Wahai Tuhan yang menyembuhkan penyakit
Bacaan
bertajwid oleh
Ustaz Zulkifly

4
Bacaan Talaqi
dengan Tuan
Kaaaaf Ha Ya ‘Aiiiin Sooood Guru
Ha Miiiim ‘Aiiiin Siiiin Qoooof
Bacaan
bertajwid oleh
Ustaz Zulkifly

5 Selawat Syifa’
Selawat Syifa’

Bacaan Talaqi
dengan Tuan
Guru

Bacaan
Terjemahan: bertajwid oleh
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Ustaz Zulkifly
Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau
menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan
tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta
mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga
rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan
sahabat baginda.

6 Selawat Tafrijiyyah Selawat


Tafrijiyyah

Bacaan Talaqi
dengan Tuan
Guru

Bacaan
bertajwid oleh
Ustaz Zulkifly
Terjemahan:
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang
sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang
dengan berkatnya terhurai apa yang tersimpul, terlepas
daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan
tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan
dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia,
kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau
anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya
dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas
dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.

7 Lauanzalna
Lauanzalna

Bacaan Talaqi
dengan Tuan
Guru

Bacaan
bertajwid oleh
Ustaz Zulkifly

Terjemahan:
(21) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada
sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah
belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-
perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka
berpikir. (22) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak
disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang
nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(23) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah)
selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera,
Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara,
Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki
segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka
persekutukan. (24) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang
Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai
Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa
yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)

8 Doa Menghindar Syaitan Doa


Menghindar
Syaitan

Bacaan Talaqi
dengan Tuan
Guru

Bacaan
bertajwid oleh
Ustaz Zulkifly
Terjemahan:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna
daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap
syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa
lagi mulia, daripada setiap musuh dan orang yang hasad ,
juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah
yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya
“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam
keadaan sebaik-baik kejadian”.

9 Sejahtera ke atas nabi Sulaiman


Bacaan Talaqi
dengan Tuan
Guru
Terjemahan:
Selamat Sejahtera ke atas nabi Sulaiman Bacaan
di dunia dan akhirat bertajwid oleh
Ustaz Zulkifly

10 Doa Sulaiman Doa Sulaiman

Bacaan Talaqi
dengan Tuan
Guru

Bacaan
bertajwid oleh
Ustaz Nasrin
Terjemahan:
Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi
Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur
dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-
perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah
kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Telah
menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia,
angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha
suci Allah ta’ala yang maha mulia kemuliaan, dan
kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai
iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan.
Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi
Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman,
juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat
mengasihani daripada segala-galanya.

Kegunaan Bacaan Asas 10 Pertama

Secara umumnya, Bacaan Asas 10 (Pertama) ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian utama:

Kategori Kombinasi Bacaan Kegunaan

1 1. Surah-Al-Fatihah Untuk merawat pelbagai


2. Selawat Syifa’ Jenis Penyakit
1. Surah-Al-Fatihah Untuk menurunkan
2. Selawat Syifa’ sesuatu, seperti untuk
3. Lauanzalna memudahkan kelahiran
bayi, memulihkan masalah
kesukaran buang air kecil
atau besar, kesukaran
menelan atau tercekik
tulang dan seumpamanya.

2 1. Surah-Al-Fatihah Untuk menangani iblis dan


2. Doa Menghindar Syaitan syaitan, terutamanya
3. Salam Selahtera Sulaiman makhluk yang sedang
4. Doa Sulaiman menyerap merasuk dalam
tubuh

3 1. Surah-Al-Fatihah Untuk menghadapi


2. Selawat Syifa’ masalah yang rumit atau
3. Selawat Tafrijiyyah merawat pesakit yang tidak
diketahui puncanya

4 1. Surah-Al-Fatihah Bagi pesakit yang


2. Kaaaaf Ha Ya ‘Aiiiin Sooood memerlukan rawatan
Ha Miiiim ‘Aiiiin Siiiin Qoooof Segera, seperti pesakit
yang sedang mengerang
Berikan konsentrasi ketika membaca kesakitan.
huruf-huruf potong ini

5 1. Surah-Al-Fatihah Ayat al-Kursi dibaca untuk


2. Ayatul Kursi keselamatan diri, selepas
sembahyang lima waktu,
Untuk memastikan pesakit betul-betul sebelum tidur atau ketika
sembuh, di mana jin yang merasuk diganggu oleh iblis dan
telah keluar daripada tubuh badan, syaitan di perjalanan. Ayat
suruh pesakit membaca Ayatul Kursi ini juga boleh dibaca untuk
dengan 9 wakaf, dan mengulangi ayat keselamatan diri, keluarga,
pada wakaf 8 & 9 sebanyak 3 atau 7 rumah dan harta benda.
kali.

RANGKAIAN ZIKIR
Zikir adalah penting dan merupakan satu ibadah untuk memelihara diri daripada gangguan iblis
dan syaitan. Berikut ini adalah amalan zikir yang perlu diamalkan sekurang-kurangnya seminggu
sekali dan seelok-eloknya setiap hari.

Kebiasaan yang dilakukan di Darussyifa', Rangkaian Zikir ini dibaca selepas membaca Surah
Yaasin.

RANGKAIAN ZIKIR
Audio (MP3)
(Zikir beramai-ramai
No. BACAAN dipimpin oleh Tuan Guru
Dato' Dr. Haron Din)

1
Lailahaillallah

2 Muhamadurasulullah

MuhamadunNabiyulla
3
h
MuhamadunHabibulla
4
h

5 Alaihisolatullah

6 AllahHaq

7 AllahHayu

8 YaaQayyum

9 Selawat

 
 

You might also like