You are on page 1of 11

KANDUNGAN

Penghargaan ii Kata-Kata Aluan 1 Pengenalan 2 Definisi Jaminan Kualiti Produk 3 4

Pengangkutan 5 Amalan Pengendalian Penyimpanan di Gudang Penyimpanan di Sekolah Pengagihan di Sekolah Rekod dan Pengesanan Produk 6 8 11 14 16

Rujukan 17 Kumpulan Kerja 18

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam penyediaan garis panduan edisi II Penasihat Puan Noraini bt. Dato Mohd Othman Editor Encik Jamal Khair b. Hashim Encik Mohd Jefri Crossley Encik Amran b. Hasan Encik Shanmugam a/L Supramanium Puan Siti Aminah bt. Ramli Puan Syarmilla bt. Yusoff Encik Muhamad Muhayudeen b. Musa Cik Nor Ismawan bt. Othman Cik Azimah bt. Alias Encik Wan Mohd Nazri b. Wan Mohd Izzuddin Cik Nursabrina Izni bt. Idrus Encik Mohamad Khairulnizam b. Azmatullah Puan Ani Fadlina bt. Mustaffa Cik Aimi Syahirah bt. Shokarny Encik Shahrul Rizal b. Abdul Jalil Encik Kamal b. Karim Cik Ratna Dewi bt. Abdul Rahman Cik Nur Aifa bt. Muhamad Amin
ii

PENGHARGAAN

KATA-KATA ALUAN
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Salam Hormat dan Salam 1Malaysia Program Susu 1Malaysia (PS1M) telah diperkenalkan kembali oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 September 2010 yang lalu. Pelancaran ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi baru yang sihat dan mempunyai minda yang cerdas. Sejajar dengan itu, satu garis panduan telah dibangunkan untuk memastikan pelaksanaan PS1M. Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah ini adalah kesinambungan inisiatif daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menangani masalah kejadian keracunan makanan yang berkaitan dengan susu sekolah. Garis panduan ini adalah edisi yang telah ditambahbaik dengan mengambilkira keperluan-keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Aspek yang disentuh dalam buku garis panduan ini meliputi dari peringkat proses pengeluaran susu sehinggalah edaran susu di sekolah. Saya amat berharap garis panduan ini dipatuhi bagi mengelak insiden-insiden yang tidak diingini berlaku. Sehubungan dengan itu, komitmen dan kerjasama semua pihak adalah penting dalam kejayaan pelaksanaan PS1M. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah ini dan berharap agar garis panduan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sekian, terima kasih. Selamat Maju Jaya

NORAINI BT DATO MOHD. OTHMAN Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia
1

PENGENALAN
Program Susu 1Malaysia (PS1M) adalah kesinambungan program bantuan susu sekolah (Program Susu Sekolah) yang mana telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1983. Ia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan murid-murid sekolah rendah terutama di sekolahsekolah luar bandar. Di bawah PS1M, murid-murid sekolah akan diberi susu UHT sepanjang pelaksanaan program. Bagi memastikan susu yang diberi kepada murid berkualiti dan selamat, maka garis panduan pengendalian bekalan susu sekolah ini diwujudkan.

DEFINISI
Amalan Pengilangan yang Baik (GMP) Langkah-langkah universal yang mengawal keadaan operasi sesebuah premis makanan bagi membolehkan penghasilan makanan yang selamat. Satu proses pensterilan makanan pada suhu yang tinggi tidak kurang 135C dan masa tidak kurang daripada 2 saat. Sistem pengurusan stor di mana stok yang masuk dulu akan keluar dulu. Sistem penindihan kotak secara padat untuk mengelakkan kotak daripada bergoyang.

Ultra High Temperature (UHT)

First In, First Out (FIFO)

OBJEKTIF
Garis panduan ini memberi panduan kepada syarikat pembekal dan juga kepada guru-guru dalam mengendalikan bekalan susu bagi memastikan susu UHT yang dibekalkan kepada murid-murid adalah selamat.

Interlocking Stacking System (Sistem Perkuncian Barang Tindihan) Holding Sample (Sampel Penahanan) Makhluk Perosak

SKOP
Garis panduan ini meliputi langkah-langkah kawalan keselamatan di setiap peringkat rantaian pembekalan susu sekolah iaitu dari peringkat kilang sehingga ke peringkat edaran di sekolah termasuk pengendalian bekalan susu sekolah yang melibatkan penyimpanan, pengangkutan dan pengedaran.

Sampel yang diambil untuk tujuan pemeriksaan di masa hadapan. Binatang atau serangga yang boleh merosakkan dan mencemar makanan / minuman contohnya lipas, lalat, tikus dan sebagainya. Satu sistem jaminan kualiti (Quality Assurance) yang dibangunkan bagi tujuan pemastian keselamatan dan kualiti makanan yang diproses.

Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP)

JAMINAN KUALITI PRODUK


Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat, semua syarikat pembekal susu hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

PENGANGKUTAN
Susu UHT hendaklah dilindungi daripada pencemaran ataupun kerosakan semasa pengendalian, pengangkutan dan pengedaran. Jenis kenderaan yang digunakan hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Mempunyai sijil HACCP yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. b. Mematuhi segala peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 : i) melaksanakan program jaminan keselamatan makanan. ii) melaksanakan sistem kebolehkesanan (traceability system) makanan iaitu sistem yang boleh menjejaki dari mana sumber susu diperolehi dan ke mana sumber susu yang telah diproses dihantar di sepanjang rantaian termasuk pengedaran hingga ke peringkat penyimpanan di sekolah. c. Memastikan bahan mentah bebas dari sebarang pencemaran termasuk enterotoksin. d. Menyimpan holding sample bagi setiap kelompok (batch) yang dikeluarkan. e. Penyedut minuman (straw) perlu dilekatkan pada setiap kotak susu. c. Mempunyai pengudaraan secukupnya. f. Setiap tray hanya mengandungi 24 kotak susu sahaja.
4 5 Elak daripada terkena sinar matahari dan kelembapan secara terus

Kenderaan yang sesuai untuk pengangkutan susu

a. Menyediakan perlindungan yang berkesan daripada pencemaran dan suhu melampau serta hujan. b. Semua kelengkapan dalam kenderaan pengangkutan hendaklah bersih, berkeadaan baik, boleh dibersihkan dan sekiranya perlu, disanitasi dan ditutup untuk menghalang kemasukan makhluk perosak dan sebarang sumber pencemaran.

AMALAN PENGENDALIAN
a. Tidak mengangkut bahan lain yang boleh mencemarkan susu. b. Pemunggahan susu ke dalam kenderaan hendaklah dijalankan dengan cermat. Mencampak, menghempas, berdiri atau duduk di atas kotak susu adalah dilarang sama sekali.

e. Tidak mencampuradukkan batch yang berlainan. Pengangkutan dan pengedaran hendaklah mengikut nombor batch. Susunan hendaklah melibatkan batch yang sama. Sebaik-baiknya satu batch yang sama bagi satu lokasi penerimaan. Maksimum 3 batch untuk satu penghantaran. f. Syarikat pembekal perlu menyediakan sistem rekod penghantaran yang mengandungi maklumat-maklumat minima seperti berikut: Tarikh dan masa pemunggahan Nombor batch / kuantiti Tarikh luput bagi setiap batch Nama dan alamat penerima Tarikh dan masa serahan g. Syarikat pembekal hendaklah memastikan karton, tray atau kotak susu yang telah rosak atau tercemar dikeluarkan dengan segera daripada kenderaan pengangkutan. h. Susu perlu diangkut pada suhu tidak melebihi 30oC. i. Penggunaan alat pengukur suhu seperti alat thermologger atau lain-lain adalah digalakkan. j. Syarikat pembekal perlu mempunyai mekanisma kawalan di setiap peringkat yang melibatkan aktiviti pemunggahan dari kilang ke kenderaan, kenderaan ke kenderaan lain, kenderaan ke gudang, gudang ke kenderaan dan kenderaan ke stor sekolah.

Memastikan pemunggahan dijalankan dengan berhati-hati

c. Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan tray bergoyang dan terjatuh contohnya interlocking stacking system.

Interlocking stacking system (Sistem perkuncian barang tindihan)

d. Tidak menyusun kotak melebihi ketinggian yang dibenarkan (8 10 tray). Beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah.
6 7

PENYIMPANAN DI GUDANG
a. Keperluan Gudang Stor atau gudang yang digunakan bagi menyimpan bekalan susu hendaklah mempunyai reka bentuk stor yang dapat mengawal risiko pencemaran serta mempunyai ciri-ciri berikut: i. Stor mestilah bertutup dan dilindungi daripada makhluk perosak dan haiwan peliharaan. ii. Tidak menyimpan produk lain yang boleh mencemarkan susu.

b. Kaedah Penyimpanan i. Susu UHT hendaklah disusun pada ketinggian 20sm dari lantai atau jika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 15sm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidak melebihi keluasan pallet. ii. Susu UHT hendaklah berada sekurang-kurangnya 15sm daripada dinding. iii. Susu perlu disimpan pada suhu tidak melebihi 30oC. iv. Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan kotak bergoyang dan terjatuh. Contoh : Interlocking Stacking System (Sistem Perkuncian Barang Tindihan).

Cara penyimpanan yang betul

iii. Dinding, lantai dan rak diperbuat daripada bahan yang mudah dicuci dan dinyahjangkit, rata, tidak menyerap kotoran dan tahan hakisan. iv. Keluasan bilik penyimpanan hendaklah sesuai dengan kuantiti stok yang disimpan bagi memastikan penyimpanan yang baik. v. Pencahayaan semulajadi atau buatan yang sesuai adalah diperlukan supaya dapat beroperasi dalam keadaan yang baik. vi. Pengudaraan yang mencukupi perlu disediakan untuk mengelakkan bahang yang berlebihan, kondensasi, kotoran dan wap. vii. Perlu ada sistem kawalan makhluk perosak yang meliputi perkara berikut; Mencegah (Prevent) Menghapus (Eliminate) Memantau (Surveillance) Rawatan (Treatment)

Elakkan susunan hujung kotak yang tidak rata

v. Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor batch bagi memudahkan amalan FIFO (masuk dulu, keluar dulu) dilaksanakan. vi. Tidak menyusun kotak melebihi ketinggian yang dibenarkan (8 10 tray). Beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah. vii. Mengeluarkan kotak susu yang telah rosak atau tercemar daripada stor penyimpanan.

Pengendalian susu yang salah

PENYIMPANAN DI SEKOLAH
a. Keperluan di Stor Stor yang digunakan bagi menyimpan bekalan susu hendaklah dibina supaya dapat mengawal risiko pencemaran serta mempunyai ciri-ciri berikut: i. Stor mestilah bertutup dan dilindungi dari makhluk perosak dan haiwan peliharaan. ii. Hendaklah digunakan hanya untuk menyimpan makanan / minuman dan bahan lain yang tidak mencemarkan. iii. Dinding, lantai dan rak diperbuat daripada bahan yang mudah dicuci dan dinyahjangkit, rata, tidak menyerap kotoran serta tahan hakisan. iv. Sekolah tidak dibenarkan menyimpan stok susu dalam jumlah yang banyak. Bekalan yang boleh disimpan adalah dalam jumlah yang mencukupi bagi pengagihan untuk jangka masa satu (1) bulan sahaja. Susu tidak boleh disimpan lebih daripada 6 minggu di sekolah. v. Pencahayaan semulajadi atau buatan yang sesuai adalah diperlukan bagi beroperasi dalam keadaan yang baik. vi. Pengudaraan yang mencukupi perlu disediakan untuk mengelakkan bahang yang berlebihan, kondensasi, kotoran dan wap. vii. Perlu ada sistem kawalan makhluk perosak.

viii. Penyimpanan susu ke dalam stor penyimpanan hendaklah dijalankan dengan cermat. Mencampak, menghempas, berdiri atau duduk di atas kotak susu adalah dilarang sama sekali. ix. Mengamalkan sistem penggiliran stok FIFO (masuk dulu, keluar dulu) dalam pengurusan stok. x. Menyediakan sistem rekod penyimpanan yang mempunyai maklumat seperti tarikh, nombor batch, tarikh luput, masa terima, masa keluar, rekod keadaan fizikal semasa penerimaan.

10

11

b. Kaedah Penyimpanan i. Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20sm dari lantai atau jika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 15sm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidak melebihi keluasan pallet. ii. Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15sm jarak daripada dinding. iii. Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan kotak bergoyang dan terjatuh contohnya interlocking stacking system. iv. Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor batch bagi memudahkan amalan penggiliran stok FIFO (masuk dulu, keluar dulu) dilaksanakan. v. Jangan menyusun kotak melebihi ketinggian yang dibenarkan (8 10 tray). Beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah. vi. Mengeluarkan kotak susu yang telah rosak atau tercemar daripada stor penyimpanan. vii. Penyimpanan susu ke dalam stor penyimpanan hendaklah dijalankan dengan cermat. Mencampak, menghempas, berdiri atau duduk di atas kotak susu adalah dilarang sama sekali. viii. Mengamalkan sistem FIFO (masuk dulu, keluar dulu) dalam pengurusan stok. ix. Stor hendaklah sentiasa berkunci. x. Susu perlu disimpan pada suhu tidak melebihi 30oC.

c. Senarai Semak Penerimaan Susu oleh Guru Semasa penerimaan susu UHT, petugas yang menerima bekalan susu hendaklah memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi: i. Merekod maklumat penerimaan dalam buku log. ii. Menerima bekalan susu dalam bentuk karton (24 kotak susu) yang lengkap dan berkeadaan baik. iii. Memeriksa keadaan fizikal kotak susu UHT. iv. Mematuhi kaedah penyimpanan yang selamat. v. Susu perlu terletak dengan kemas dalam tray dan mempunyai nombor batch / tarikh luput yang sama untuk setiap tray. vi. Semua kotak mesti mempunyai nombor batch / tarikh luput. vii. Tiada tanda-tanda kerosakan fizikal berikut: Kelembapan pada pembungkus luar akibat kebocoran Bocor atau pecah Menggelembung Kemek, tanda lipatan pada kotak dan lipatan pada tepi kotak terbuka. Kesan-kesan kehadiran makhluk perosak (kesan najis tikus, telur lipas, gigitan pada kotak dan lain-lain) PERINGATAN Petugas yang menerima bekalan susu mempunyai hak untuk menolak kesemua lot penghantaran susu sekiranya terdapat kotak susu yang rosak atau tidak mempunyai nombor batch / tarikh luput. Kotak-kotak yang mempunyai kesan-kesan kerosakan fizikal di atas tidak harus diterima dan hendaklah dikembalikan kepada pembekal. Maklumat kerosakan susu dan ketiadaan nombor batch / tarikh luput hendaklah direkod dan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

12

13

PENGAGIHAN DI SEKOLAH
Bagi memastikan bekalan susu UHT kepada sekolah-sekolah adalah selamat, semua pengilang susu hendaklah merekodkan maklumat berikut: a. b. c. Sebelum susu UHT diagihkan kepada murid-murid sekolah, guru atau petugas hendaklah memastikan perkara-perkara berikut: i. Nombor batch / Tarikh luput susu UHT ii. Tarikh dan masa pengagihan iii. Nama kelas / bilangan murid Menyimpan holding sample susu UHT (2 kotak) bagi setiap batch atau tarikh luput yang akan diagihkan dan disimpan selama 3 hari. Sampel tersebut hendaklah disimpan dalam plastik dan dilabelkan dengan maklumat tarikh dan masa agihan. Memastikan tiada tanda-tanda berikut pada kotak susu UHT; i. Tanda kelembapan pada pembungkus luar akibat kebocoran ii. Bocor atau pecah iii. Mengelembung iv. Tanda-tanda akibat menerima tekanan seperti kemek, tanda lipatan pada kotak atau telinga pada tepi kotak terangkat v. Tanda atau kesan gigitan makhluk perosak e. Selepas pengagihan, sekiranya guru bertugas menerima aduan mengenai susu masam, beliau perlu mengambil tindakan berikut dengan serta merta i. Memberhentikan agihan susu berkenaan ii. Memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) iii. Menyimpan baki susu yang telah terbuka tadi dan menunggu wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) iv. Memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk tindakan susulan serta merta v. Menyerahkan holding sample kepada wakil PKD yang datang vi. Setelah PKD selesai dengan urusan pengambilan sampel, baki susu yang telah dibuka bolehlah dibuang dan baki susu yang belum dibuka dengan nombor batch / tarikh luput yang sama hendaklah dipulangkan kepada pembekal f. Memastikan buku panduan dan poster yang berkaitan dengan bekalan susu sekolah dipamerkan di tempat yang mudah dibaca oleh guru dan murid.

d. Guru atau petugas hendaklah memberi penerangan kepada murid-murid sebelum meminum susu tentang perkara-perkara berikut; i. Amalan membasuh tangan ii. Pastikan kotak tidak kembung / kemek / bocor iii. Pastikan tarikh belum luput iv. Goncang pek susu v. Rasa sedikit, jika susu masam jangan minum dan laporkan kepada guru vi. Jika susu masih elok, minum sehingga habis vii. Jangan simpan baki susu yang sudah diminum viii. Buang kotak kosong ke dalam tong sampah

14

15

REKOD DAN PENGESANAN PRODUK


Adalah disyaratkan bagi pihak pembekal untuk menyatakan dengan jelas atau deskriptif semua tindakan dan mendokumentasikannya. Antara lain, pihak pembekal perlu menyatakan kaedah kawalan, bagaimana, siapa, berapa kerap, tindakan pembetulan dan kaedah verifikasi yang diambil bagi mencapai apa yang perlu dipatuhi. Semua rekod hendaklah dijaga dan disimpan dengan baik sepanjang masa untuk tujuan rujukan.

RUJUKAN
Guidelines on Good Hygiene Practices for Small and Medium Scale Food Industries Towards HACCP. 2002. Guidelines for Good Manufacturing Practice in Small and Medium Scale Industry. 1997. Food Hygiene Basic Texts. Codex Alimentarius. Third Edition. 2003. Malaysian Standard MS 1514:2001. General Principles of Food Hygiene. Handle With Care Handbook - Tetra Pak Malaysia. Safety Handbook - Good Manufacturing Practices - Fonterra Brands (Malaysia) Sdn. Bhd. Garis Panduan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) - Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Poster Panduan Meminum Susu - Kementerian Pelajaran Malaysia.

16

17

KUMPULAN KERJA
Penyediaan Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu Sekolah 2007 Dr. Abd. Rahim b. Mohamad (Penasihat) Wee Bee Wah Dr. Lokman b. Rejali Sanimah bt. Abd. Rahman Zafrullah b. Shamsuddin Ramli b. Amin Dr. Kamaliah bt. Mohamad Noh Jamal Khair b. Hashim Thayalan Ramadas Ku Nafishah bt. Ku Ariffin Amran b. Hasan Noraini bt. Abd. Wahab Badruzzaman A. Rahim Rohana bt. Yaakuf Zamanhuri b. Umordin Zaini bt. Abd. Rahman Mohd. Mirdza b. Abu Hassan Poornima A/P Karyapah Chin Cheow Keat Jeyaletchumi a/p Ponniah Padmanathan A/L Kailasam Syarmilla bt. Yusoff Dr. Azmani bt. Wahab Zainatul Emelia bt. Zainal Abidin Che Saipolliza b. Deraman Fiona Zila bt. Mohamad Noor Maria Afiza bt. Omar BKKM BKKM BKKM BKKM Bah. Sekolah, KPM Bah. Sekolah, KPM JKN Sarawak JKN Selangor JKN Johor JKN Pulau Pinang JKN Negeri Sembilan JKN Terengganu JKN Kelantan JKN Melaka JKN WP Kuala Lumpur JKN WP Kuala Lumpur JKN WP Labuan JKN Pahang BKKM BKKM BKKM BKKM BKKM BKKM BKKM BKKM BKKM

18

You might also like