You are on page 1of 10

CIRI-CIRI WACANA

Ciri Wacana (mengikut Asmah Haji Omar, 1980)


Mempunyai tujuan Berlandaskan hubungan penulis dengan pembaca Berdasarkan hubungan penulis dalam masyarakat Mengandungi maklumat baharu Ada unsur susun atur
Yee/R&D/GWP1092 2

Ciri Wacana (mengikut Beaugrande & Dressler, 1981)


Kohesif Interteks Koheren

Ciri Wacana
Tujuan

Keadaan Maklumat Penerimaan

Yee/R&D/GWP1092

Kohesif
Keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk mewujudkan kesepaduan antara sebahagian teks dengan yang lain.
Tercapai melalui hubungan antara perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana berkenaan. Contoh: Maria, Lim dan Shan telah pergi ke sekolah. Mereka menaiki bas ke sana.

Yee/R&D/GWP1092

Koheren
Perkembangan idea secara logik untuk mewujudkan kesinambungan makna antara sebahagian teks dengan yang lain.
Tercapai melalui penggunaan perkataan dan frasa tertentu yang menjadikan teks mempunyai makna Contoh: Ponteng sekolah bukanlah gejala yang baharu. Masalah ini telah lama wujud. Walaupun terdapat banyak usaha untuk meningkatkan sistem persekolahan, tetapi isu ini masih tidak dapat diselesaikan.
Yee/R&D/GWP1092 5

Tujuan
Sebab sesuatu wacana dihasilkan (atau ditulis)
Tercapai melalui bentuk bahasa dan ragam ayat yang digunakan

Contoh: Untuk memberi maklumat ayat penyata Untuk mendapatkan maklumat ayat tanya & soalan Untuk menghasilkan sesuatu tindakan ayat perintah (suruh, larang, minta, mempersilakan)
Yee/R&D/GWP1092 6

Penerimaan
Penerima ialah pembaca (atau pendengar) wacana. Penerimaan akan berlaku jika penerima memahami apa yang diungkapkan dalam wacana.
Tercapai jika wacana berkesan dalam menepati tujuannya. Contoh: Kejayaan sistem pendidikan hari ini ialah hasil daripada pelbagai program pembangunan kecemerlangan pendidikan. Namun, arus perubahan dunia pendidikan masa kini yang semakin pesat menjadikan sistem pendidikan semakin kompleks dan mencabar.
Yee/R&D/GWP1092 7

Maklumat
Menceritakan atau memberitahu tentang sesuatu hal
Tercapai dengan menggunakan ayat penyata yang menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.

Contoh:
Maklumat

Cikgu Hasan mengajar kelas 3 Mawar. Kelas ini ialah kelas pemulihan.
Maklumat tambahan
Yee/R&D/GWP1092 8

Keadaan
Konteks wacana yang membantu penerima memahami wacana tersebut
Tercapai dengan menggunakan ragam ayat yang sesuai dengan konteks Contoh: Sila masuk. (digunakan dalam konteks seorang Guru Besar mempelawa guru masuk ke dalam biliknya untuk berbincang)

Yee/R&D/GWP1092

Interteks
Hubungan antara teks atau hubung kait antara satu teks dengan teks yang lain.
Teks atau wacana yang lain dapat membantu penerima memahami apa yang sedang dibaca dengan lebih baik Contoh: Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) sebenarnya bermatlamat untuk membangunkan modal insan, memperkasa sistem pendidikan dan memartabatkan profesion keguruan. (Penerima dapat memahami teks ini dengan lebih baik jika telah pun memahami PIPP.)
Yee/R&D/GWP1092 10

You might also like