You are on page 1of 20

Rancangan Pengajaran Harian

TINGKATAN

: 1 AMANAH

BIL. PELAJAR

: /30 ORANG

WAKTU

: 8.00 9.20 PAGI

MATAPELAJARAN : KEMAHIRAN HIDUP


TAJUK

: KERJA PAIP

SUBTOPIK

: JENIS PAIP DAN PENYAMBUNG PAIP

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Di akhir sesi pembelajaran, murid dapat :


1. Mengenal pasti jenis - jenis paip
2. Mengenal pasti jenis dan fungsi penyambung paip

Hasil pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat


A. Menguasai isi kandungan
i. Pelajar dapat menyenaraikan 3 jenis paip tanpa merujuk buku teks kemahiran hidup tingkatan 1 dengan betul .
ii. Pelajar dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 jenis penyambung paip dengan merujuk papan sampel dengan betul.
B. Membina kemahiran saintifik, berfikr dan strategi berfikir
i. Menjawab soalan soalan yang ditujukan oleh guru dengan betul.
2. Menjawab lembaran kerja yang diberikan guru dengan betul.
C. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
2

Rancangan Pengajaran Harian

i. Menumpukan perhatian ketika proses pengajaran.


ii. Melibatkan diri dengan menjawab soalan soalan yang ditujukan oleh guru dengan
penuh komitmen.
iii. Menyusun kerusi apabila selesai sesi pembelajaran.

Alat Bantu Mengajar

Video, slaid powerpoint, laptop, LCD projektor, 3 jenis paip di dalam papan sampel, 12 jenis penyambung
paip dalam papan sampel , buku teks dan lembaran kerja

Bahan , peralatan dan bahan sumber


1. Pen marker
2. Laptop
3. Kertas A4
4. 3 jenis paip di dalam papan sampel
5. 12 jenis penyambung paip dalam papan sampel
Pengetahuan sedia ada :
i.

Murid-murid tidak mempunyai asas berkenaan kerja paip kerana topik ini merupakan topik yang baru.

ii.

Murid selalu menggunakan paip di rumah


3

Rancangan Pengajaran Harian

iii.

Murid pernah melihat seseorang membaiki paip di rumahnya sama ada ahli keluarga atau tukang paip.

Konsep / Prinsip / Teori / Hukum


Asas kerja paip adalah amat penting dalam kehidupan seharian. Setiap hari semua orang menggunakan sistem perpaipan di rumah. Tanpa
sistem perpaipan kehidupan semua orang akan menjadi sukar. Paip digunakan untuk menyambung bekalan air ke rumah. Semua orang
memerlukan bekalan air yang bersih untuk minuman dan kerja kerja pembersihan.
Terdapat beberapa jenis paip yang biasa digunakan iaitu paip besi bergalvani(BG), Paip PVC(Polyninyl Chloride) dan Paip Poli(High Density
Polyethylene HDPE). Manakala penyambung paip digunakan untuk mencantumkan batang paip dan alat kelengkapan perpaipan. Penyambung
paip diperbuat daripada BG, PVC dan poli.
Paip Besi Bergalvani (BG)
i.

Diperbuat daripada keluli bersadur zink

ii.

Saiz yang biasa digunakan di rumah ialah 13mm dan 20mm dengan panjang 6 meter.

iii.

Saiz paip BG yang digunakan untuk kegunaan perpaipan industri dan loji ialah 25mm,32mm,38mm dan 50mm.

iv.

Hujung paip BG perlu diulir untuk kerja penyambungan dan pemasangan

Paip PVC (Polyvinyl Chloride)


i.

Digunakan untuk paip agihan, paip cuci,dan paip limpah.

ii.

Paip PVC adalah ringan dan mudah dikendalikan.

iii.

Paip jenis ini tidak sesuai untuk menyalurkan air panas.

iv.

Saiz paip PVC sama dengan saiz paip besi bergalvani.


4

Rancangan Pengajaran Harian

v.

Paip PVC didapati dua jenis iaitu nipis dan tebal

Paip Poli (High density Polyethylene HDPE)


i.

Paip berwarna hitam dan ringan.

ii.

Paip ini tahan karat, tahan lasak, elastic, liat, tidak reput dan boleh dilentur.

iii.

Biasanya dipasangdi bawah permukaan tanah, konkrit dinding dan lantai.

iv.

Saiznya ditentukan oleh diameter lubangnya. Panjangnya ialah 30 meter.

Penyambung Paip :
Terdapat 12 jenis penyambung paip.
Rupa

Nama Penyambung

Siku 90 Pengecil

Fungsi

Mengubah arah sambungan batang paip yang


tidak sama diameternya pada sudut 90 .

Rancangan Pengajaran Harian

Soket 90 sama

Digunakan untuk mengubah arah


sambungan batang paip yang sama diameter
pada sudut 90.

Soket sama

Menyambung paip dan alatan kelengkapan


yang sama diameter

Soket pengecil

Menyambung batang paip yang tidak sama


diameter

Tee sama

Membuat sambungan paip bercabang yang


sama diameter pada sudut 90

Rancangan Pengajaran Harian

Tee pengecil

Putting heksagon

Penyuai soket injap

Membuat sambungan paip bercabang yang


berlainan diameter pada sudut 90

Menyambung 2 jenis penyambung atau alat


kelengkapan perpaipan yang sama diameter

Menyambung paip yang berlainan jenis seperti


paip BG dengan paip PVC

Rancangan Pengajaran Harian

Set Induksi
(5 min )

Aktiviti Guru
1. Guru memegang salah satu contoh
penyambung paip dan bertanya kepada pelajar.
Soalan

Aktiviti Pelajar
1. Para pelajar memberi respon terhadap soalan
guru berdasarkan pengalaman sediada.
Jawapan

Adakah kamu pernah melihat atau


menggunakan alat ini?

Dimanakah kamu melihat alat ini?

Apakah kegunaan alat ini?

Ya pernah melihat

Di rumah atau diluar rumah

Ada pelajar yang menjawab untuk


menyalirkan air ke rumah dan ada
pelajar yang menjawab tidak tahu
kegunaan.

KBKK : Menjana idea,


pemikiran kreatif
BBM : Papan sampel
penyambungan paip(lampiran
1), video perpaipan bawah
tanah (lampiran 2)
Teknik/ Kaedah :

2. Guru menceritakan pengalamannya membaiki


paip tandas yang rosak di rumahnya.

Imbas Kembali

Penyoalan seluruh
kelas

Penyoalan individu

Penggunaan video

Strategi:

3. Guru menayangkan video perpaipan di bawah

tanah di luar Negara yang menunjukkan jenis


paip yang kebiasaan digunakan.

Soal jawab seluruh kelas


secara lisan
Sikap saintifik dan nilai murni:

4. Guru memberi pelajar-pelajar memegang dan


membelek contoh penyambung-penyambung
paip yang terdapat di dalam papan sampel.

Pelajar fokus kepada


video yang ditayangkan
di hadapan

Rancangan Pengajaran Harian

2. Para pelajar mendengar dan memberi


perhatian kepada cerita yang disampaikan
guru.

3. Murid melihat video yang ditayangkan oleh


guru dengan penuh minat kerana video yang
ditayangkan amat menarik.

Pelajar menjawab
persoalan yang
dikemukakan guru
dengan baik.

4. Para pelajar memegang dan meneliti contoh


penyambung-penyambung paip yang
diberikan.

Langkah 1
Menstruktur
semula

Aktiviti Guru
1.

(35min)
2.

Guru memberikan peta minda bagi topik yang


akan dipelajari hari ini dan memberikan
sedikit idea kepada pelajar tentang
pembelajaran hari ini.
Guru menerangkan jenis-jenis paip yang biasa
digunakan dalam sistem perpaipan dengan
bantuan persembahan slide.

Aktiviti Pelajar
1. Pelajar mengamati peta minda minda yang
diberikan bagi topik topik yang akan
dipelajari hari ini.
2. Pelajar mendengar dan memberi perhatian
terhadap penerangan guru tentang 3 jenis paip
yang biasa digunakan dan kegunaannya
dengan bantuan persembahan slide.
9

Nilai : Memberi perhatian


BBM :

Papan sampel jenis


jenis paip (lampiran 3)

Papan sampel
penyambungan paip,
(lampiran 1)

Rancangan Pengajaran Harian

3.

a) Paip Besi Bergalvani ( BG)

Paip Besi Bergalvani ( BG)

b) Paip Polyvinvl Chloride (PVC)

Paip Polyvinvl Chloride (PVC)

c) Paip High Density Polyethylene ( HDPE)

Paip High Density Polyethylene


( HDPE)

Persembahan slide

Teknik :

Guru membuat perbandingan diantara ketiga 3. Pelajar membuat penelitian sambil membaca
slide dihadapan
tiga jenis paip dari rupa, bentuk dan saiz

Sumbangsaran

Interaktif

Strategi:
4. Pelajar memegang ketiga tiga jenis paip
4. Guru mengambil papan sampel jenis jenis
yang berada dalam papan sampel yang
paip dan menunjukkan kepada semua pelajar di
ditunjukkan oleh guru.
hadapan kelas.

Berpusatkan guru
Berpusatkan bahan

BBM:
5. Guru memberikan papan kepada pelajar dan
membenarkan pelajar menyentuh dan melihat
papan sampel jenis jenis paip.

6. Guru menerangkan 12 jenis-jenis penyambung


paip yang biasa digunakan dalam sistem
perpaipan menggunakan bantuan persembahan

5. Pelajar mendengar dan memberi perhatian


terhadap penerangan guru tentang 12 jenis
paip yang biasa digunakan dengan bantuan
persembahan slide.

6. Pelajar mendengar apa yang diterangkan


oleh guru dengan penuh minat.
10

Buku teks
Slaid powerpoint
(Lampiran 6).

Rancangan Pengajaran Harian

slide dengan berpandukan papan sampel


penyambungan paip(lampiran 1) .

7. Pelajar membuat catatan ringkas.

a) Soket sama
b) Soket pengecil
c) Siku 90 sama
d) Siku 90 pengecil
e) Tee sama
f) Tee pengecil
g) Putting heksagon
h) Penyuai soket PT
i) Penyuai soket injap
j) Palam
k) Soket penjodoh
l) Nat pengunci

11

Rancangan Pengajaran Harian

Langkah 2
Bimbingan
Aktiviti
Berkumpulan
(20min)

Aktiviti Guru
1. Guru mengarahkan pelajar untuk
membentuk kumpulan dengan ahli seramai
5 orang.
2. Guru mengarahkan pelajar menyelesaikan
masalah yang diberikan dalam tempoh 5
minit secara ber kumpulan.
3. Guru akan menanggalkan alat penyambung
paip dari papan sampel penyambung
paip(lampiran 1).

Penyoalan
(5min)

4. Guru memaparkan papan aktiviti(lampiran


4) untuk sesi penyoalan seluruh kelas dan
penyoalan individu.

Aktiviti Murid

Strategi : Kemahiran berfikir

1. Kumpulan pelajar akan dipanggil secara


rawak untuk datang ke depan dan Teknik : Sumbangsaran
menyelesaikan aktiviti.
Nilai : Imbas kembali dan
2. Pelajar dikehendaki memadankan alat bekerjasama, keberanian
penyambung paip dengan gambar
BBM : Papan Sampel
penyambung paip yang betul.
penyambung paip(lampiran 1)
3. Pelajar berbincang dalam kumpulan dan
menyelesaikan masalah yang diberi oleh
guru.
4. Murid akan dipilih secara rawak untuk Strategi/ teknik:
memberikan jawapan
Penyoalan seluruh kelas
Penyoalan individu
Sikap saintifik dan nilai murni:

Murid berusaha
menjawab soalan guru
dengan memberikan
jawapan yang tepat.

BBM:
12

Rancangan Pengajaran Harian

Papan aktiviti(Lampiran 5)

Langkah 3
Penilaian
Sumatif
(10min)

Aktiviti Guru
1. Guru memberikan latihan (lampiran 5)berupa
sehelai kertas yang mengandungi soalan
berkaitan penyambungan paip
2. Pelajar dikehendaki menyiapkan latihan yang
diberikan dalam tempoh 10 minit.
3. Guru menyemak dan menilai latihan yang
dibuat oleh pelajar.

Aktiviti Murid
1. Pelajar membuat membuat soalan yang
diberikan oleh guru dengan penuh cermat.
2. Pelajar menyerahkan latihan yang telah
disiapkan untuk disemak oleh guru dalam
tempoh 10 minit.

KBKK : Menganalisis apa


yang telah dipelajari dan
menjawab soalan

3. Pelajar membuat pembetulan terhadap


kesalahan yang dilakukan dalam latihan
tersebut.

Langkah 3:

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Refleksi /

1. Guru memanggil 5 orang murid untuk

1. Murid-murid yang telah dipilih

Rumusan

Nilai : Berhati hati, jujur

membuat kesimpulan dan rumusan


terhadap tajuk yang telah dipelajari.

memberikan kesimpulan terhadap tajuk


yang telah dipelajari

(5 minit)

13

Strategi:

Berpusatkan pelajar.
Pelajar membina
kefahaman sendiri.
Perbincangan dua hala.

Rancangan Pengajaran Harian


2. Guru memberi ingatan kepada murid untuk

mengulangkaji tajuk pada hari ini serta


mengadakan persediaan terhadap tajuk
selanjutnya iaitu jenis dan kelengkapan
paip dan tangki simbah.

3. Guru membuka ruang untuk murid


bertanyakan soalan yang tidak difahami
mengenai tajuk yang telah dipelajari.

2. Murid membuat catatan terhadap arahan guru Sikap saintifik dan nilai murni:
untuk melakukan persediaan terhadap tajuk
Berusaha memberi rumusan
selanjutnya.
mengikut pemahaman murid
sendiri.

3. Murid mengajukan soalan-soalan yang

tidak difahami mengenai tajuk.

Strategi:

4. Guru menangguhkan kelas dengan bacaan

tasbih kaffarah dan bertafakur bagi yang


bukan islam.

4. Murid membaca bacaan yang


dikehendaki.

Refleksi :

14

Berpusatkan pelajar.
Pelajar membina
kefahaman sendiri
Perbincangan dua hala.

Sikap saintifik dan nilai murni:

Patuh terhadap nilai-nilai


agama

Rancangan Pengajaran Harian


A) Kekuatan
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________
B) Kelemahan
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
C) Penambahbaikan
__________________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________
Lampiran 1

15

Rancangan Pengajaran Harian

Lampiran 2

16

Rancangan Pengajaran Harian

Lampiran 3
17

Rancangan Pengajaran Harian

Lampiran 4

18

Rancangan Pengajaran Harian

Lampiran 5

19

Rancangan Pengajaran Harian

Lampiran 6
20

Rancangan Pengajaran Harian

21

You might also like