You are on page 1of 5

1.

Kaedah pemerhatian

Penilaian kaedah pemerhatian adalah merupakan jenis penilaian authentik. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) menjelaskan bahawa pemerhatian ialah sejenis bentuk penilaian autentik yang menolong guru-guru untuk membimbing murid-murid untuk mempertingkatkan kebolehan mereka secara individu. Pengimplementasian kaedah penilaian pemerhatian ini boleh dijalani secara global atau analitik berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan oleh seorang guru. Jenis penilaian ini mudah dan senang untuk dilaksanakan oleh guru-guru tetapi sangat sukar untuk menentukan kesahan dapatannya. Ini kerana kaedah pemerhatian di pengaruhi oleh persepsi Guru-guru boleh membuat

(tanggapan), ilmu dan pengalaman sebenar guru-guru. persepsi atau tanggapan terhadap murid-murid.

Mereka juga boleh membuat

pemerhatian jangka panjang atau jangka pendek. Dalam penilaian ini, guru-guru akan melaporkan apa jua aksi yang mereka saksikan.

Cara paling baik untuk melaporkan pemerhatian ialah dengan menggunakan senarai semak dan rubrik. Guru-guru juga boleh menggunakan senarai semak atau rekod anekdot untuk membuat pemerhatian kognitif, afektif, psikomotor, materialistik dan persekitaran. Senarai semak selalu digunakan untuk memerhati pencapaian muridmurid selepas satu jangkamasa tertentu. Ia juga dapat digunakan untuk menentukan sama ada murid-murid telah mencapai kriteria untuk tugasan spesifik yang ditetapkan. Ia juga digunakan untuk penilaian bilik darjah kerana ia senang untuk dibentuk dan mudah untuk digunakan.

LAMPIRAN PEMERHATIAN BILIK DARJAH

Nama Murid : _________________________________________ Tarikh Lahir : __________________ Darjah : ________________ Bilik Darjah Pemerhatian : ________________________________ Guru : _____________________________ Masa : _____________

Sila nilai pencapaian murid dalam bidang-bidang berikut: Baik Lemah

Memuaskan

Tidak dapat diperhatikan

Murid dapat membuat yang berikut: 1. Mengikut peraturan Ya Tidak

_________________________________________________________ 2. Melibatkan diri dalam perbincangan kelas Ya Tidak

_________________________________________________________ 3. Mentadbirkan kerja bilik darjah Ya Tidak

_________________________________________________________ 4. Bekerjasama dengan murid yang lain Ya Tidak

_________________________________________________________ 5. Melengkapkan tugasan Ya Tidak

_________________________________________________________

Merujuk Huraian Sukatan Pelajaran (2002) penilaian kaedah pemerhatian dalam konteks pendidikan seni visual sekolah rendah, melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid

membuat kerja adalah dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain daripada itu, guru juga dapat menilai penguasan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat di kesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriter ia tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja.

Guru-guru juga boleh menggunakan rubrik dalam teknik pemerhatian. Sebuah rubrik menyediakan satu ukuran tentang kualiti pencapaian atas dasar kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Rubrik juga boleh digunakan dengan satu kriteria yang dapat menyediakan piawaian dalam menilai pencapaian murid. Sebagai contoh, rubrik juga dapat digunakan sebagai alat untuk menilai tugasan matematik/bahasa yang melibatkan produksi lisan atau bertulis daripada pihak murid. Satu contoh rubrik yang dapat ditunjukkan dalam jadual 3.4 di bawah. Murid-murid dinilai atas komponen dan kemahiran dalam matematik melalui teknik pemerhatian.

2. Port Folio Portfolio menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) ialah satu koleksi yang terdiri daripada pelbagai resos dan bahan-bahan yang relevan dengan hasil pembelajaran murid dalam sesuatu mata pelajaran. Sesuatu portfolio biasa mendokumentasikan

semua hasil kerja murid dan mungkin termasuk perekodan proses-proses yang lain seperti draf kerja murid, penilaian kendiri murid dan penilaian ibu bapa. Ia dapat digunakan untuk menilai kebolehan dan kemajuan murid-murid secara berterusan. Oleh kerana portfolio disediakan oleh murid-murid dalam masa bebas mereka, ia juga dapat digunakan sebagai satu rekod untuk menunjukkan pencapaian mereka dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. Guru-guru mesti menentukan tahap pencapaian yang murid-murid mesti menunjukan dalam portfolio mereka. Sebuah portfolio yang lengkap terdiri daripada bahan-bahan berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Nota-nota yang disediakan oleh guru Senarai semak yang disediakan oleh guru Refleksi kendiri murid Buku log Buku jurnal; dan Gambar dan foto

Jenis-jenis portfolio yang berlainan yang murid-murid boleh cipta adalah portfolio bekerja, portfolio dokumentari, portfolio produk akhir, portfolio individu dan kerja kumpulan.

3. Temuramah Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam

penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni

Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan. Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara

yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid. Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan

mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian menggunakan kaedah penulisan

dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan. Melalui

penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan Taxonomy Bloom

seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. 4. Maklum balas

You might also like