You are on page 1of 2

Model Deduktif Dalam pengajaran yang bermodelkan pendekatan ini guru memainkan peranan penting untuk menerangkan atau

mengajarkan dan diasaskan kepada hoskut tertentu, manakala murid hanya mendengar dan mengikutinya. Walaubagaimanapun, kefahaman mereka dinilai melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan pada peringkat aplikasi. Untuk menentukan bahawa pengajaran ini mendatangkan kesan yang lebih mendalam, guru haruslah memastikan bahawa generalisasi yang hendak diajarkan itu dihuraikan dengan jelas, difahami dan contoh-contoh penerapan generalisasi di dalam ayat-ayat mestilah mencukupi dan benar-benar menepati rumus-rumus tersebut. Guru tidak digalakkan untuk dimasukkan contoh-contoh yang memperlihatkan penyimpangan, terutamanya pada awal pengajaran. Contoh-contoh tidak semestinya diberikan oleh guru tetapi boleh juga diminta daripada murid, iaitu setelah contoh-contoh yang disediakan oleh guru dikemukakan. Dalam aplikasi pula, latihan-latihan yang disediakan haruslah beraneka jenis dan dalam konteks yang bermakna. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid menerapkan rumus dalam situasi yang baru. Pendekakatan menggunakan deduktif dicirikan dengan pelajar mempelajari berdasarkan sesuatu hukum. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan fakta/contoh AplikasiContohRumus/Generalisasi Konsep Deduktif 1. Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum. 2. Satu produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum. 3. Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi. 4. Membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus. Kelebihan Pendekatan Deduktif. Kelebihan pendekatan deduktif adalah ianya memudahkan tugas guru yang mana guru mengemukakan prinsip asas manakala murid menggunakan prinsip berkenaan. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan induktif kerana pendekatan ini cara ini cepat dan menjimatkan masa pengajaran kerana rumus-rumus disediakan dan dihuraikan terus oleh guru. Murid tidak perlu mengambil masa untuk memikirkan atau mengesan rumus. Pendekatan ini juga boleh meninggalkan kesan pembelajaran yang memuaskan kepada pelajar-pelajar dewasa. Apa yang lebih penting ialah ianya tiada risiko mendapat hasil yang salah atau tidak sempurna. Kelemahan Pendekatan Deduktif Manakala kelemahan menggunakan pendekatan ini adalah pengajaran mungkin membosankan kerana murid dibebani dengan rumus-rumus yang wajib dipatuhi. Pendekatan ini boleh mengongkong kreativiti mereka kerana mereka terlalu terikat kepada rumus. Selain itu, pemikiran murid tidak tercabar untuk mengesan dan menentukan rumus kerana rumus-rumus diberikan oleh guru. Justeru itu, penglibatan

murid tidak begitu aktif kerana guru lebih banyak memainkan peranan, khususnya dalam hal menghuraikan rumus. Melihat dari segipsikologi, sesuatu yang dapat dikesan atau dijumpai sendiri oleh murid dalam sesuatu pembelajaran dapat menjamin ingatan yang lebih kekal, berbanding dengan sesuatu yang diberitahu terus oleh guru. Dengan demikian, pendekatan ini tidak begitumenjamin ingatan yang berkekalan dalam kalangan murid tentang rumus-rumus yang diajarkan itu.

You might also like