You are on page 1of 2

Ulama bermaksud pemimpin atau orang yang mengetahui dengan jelas dalam bidang agama Islam.

Ulama ini tidak hanya tertumpu dalam bidang agama sahaja, tetapi juga berperanan sebagai pemimpin untuk manusia kerana pernah Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa golongan alim ulama ini adalah pewaris nabi kerana golongan ulama inilah yang arif dalam pelbagai hal dan bidang1. Ulama ini juga berperanan dalam masyarakat tempatan sebagai pemaju ekonomi menerusi idea dan mereka selain sebagai bertindak untuk menyatupadukan masyarakat setempat itu sendiri. Siam terutama sekali di wilayah selatan merupakan sebahagian daripada Empayar Kesultanan Melayu sebelum kemasukan British ke dalam pentadbiran yang memisahkan wilayah selatan Thailand daripada Tanah Melayu. Hal ini mengakibatkan berlakunya pergolakan di selatan Thailand itu. Sebelum kedatangan Barat, perkembangan Islam di Thailand begitu pesat dan ramai ulama terutamanya dari Tanah Melayu yang berkhidmat di Selatan Thailand. Namun begitu, setelah kedatangan Barat, pemisahan yang dilakukan mengakibatkan selatan Thailand semakin huru hara termasuklah berlakunya banyak peristiwa pengeboman dan pembunuhan di kawasan tersebut. Ulama-ulama di Selatan Thailand ingin merdeka dan menjadikan wilayah itu sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat. Seperti di Filipina, ulama di Thailand berperanan besar dalam menjaga akidah orangorang Islam daripada murtad. Ulama seperti Syeikh Haji Wan Mushthafa bin Wan Muhammad bin Wan Zainal Abidin antara ulama yang berperanan menentang kemasukan Siam ke wilayah Pattani dan telah melancarkan beberapa siri peperangan ke atas Siam. Perjanjian Bangkok telah memberikan kesan yang lebih memedihkan apabila Selatan Siam ini diserahkan secara sah kepada Siam daripada British. Perlembagaan Thailand selepas itu pula ada menyatakan bahawa Siam is a kingdom, one and indivisible yang menyaksikan berlakunya asimilasi dalam kalangan masyarakat yang bukan berketurunan Siam dengan memaksa mereka menggunakan nama Siam, memansuhkan budaya dan bahasa Melayu serta menggantikan undang-undang Islam kepada Buddha dalam urusan nikah kahwin dan pembahagian harta pusaka. Di samping itu, kerajaan pusat turut menekankan konsep homogeneous dalam setiap urusan rasmi kerajaan dan wakilnya di Patani. Tidak cukup dengan itu, beliau menggunakan institusi pendidikan sebagai medium untuk mengasimilasikan masyarakat Melayu Patani. Keadaan ini amat menekan
1

Labibah Zain. 2009. Gus Mus- Satu Rumah Seribu Pintu. Jakarta. Fakultas Adab UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta. hlm. 144

penduduk Siam dan menekan dan bertentangan dengan budaya cara hidup mereka secara seorang Islam. Menyedari bahawa jati diri Islam dan Melayu mereka semakin tercabar, golongan alim ulama di bawah pimpinan Haji Sulung bin Abdul Kadir telah menubuhkan sebuah pertubuhan agama yang dikenali sebagai Heet al-Napadh al-Lahkan ala Shariat. Tujuan pertubuhan ini adalah untuk menggalakkan kerjasama dan mewujudkan pakatan di kalangan alim ulama dan guru-guru agama bagi menghadapi tindakan pihak kerajaan yang cuba mengasimilasian orangorang Melayu dan mencabuli agama Islam2. Berikutan daripada penubuhan pertubuhan ini, Kerajaan Siam telah mengisytiharkan penggubalan Akta Islam yang bertujuan memecahkan halangan di antara pemerintahan Siam dan orang-orang Islam. Namun begitu, penubuhan akta ini hanyalah sekadar wayang yang bertujuan untuk menenangkan orang Islam semata-mata. Hal ini demikian kerana undang-undang syariah ini akan terbatal dengan sendirinya apabila mahkamah sivil mempunyai kuasa untuk membatalkan segala arahan dan tindakan yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah ini. Perjuangan para ulama tidak terhenti setakat dekad yang lalu sahaja tetapi masih berterusan sehingga hari ini untuk membentuk sebuah wilayah Islam yang bebas daripada pengaruh Siam. Hal ini telah mengakibatkan berlaku banyak pertumpahan darah terutamanya di Selatan Siam itu.

Wan Hashim Wan Teh. 2011. Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia. Hlm. 148.

You might also like