PIPR-20 UNIT PRAKTIKUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / ejadian Tajuk Jurnal 1. Masalah / Peristiwa

: : : :

Ke-2 2 8 hingga 12 April 2013 Masalah Pengajaran secara kumpulan

Hari ini (8 April 2013), saya telah menghadapi masalah pengajaran secara kumpulan di mana masa aktiviti dijalankan bagi kedua-dua kumpulan adalah tidak setara dan terdapat satu kumpulan yang menyiapkan aktiviti terlalu awal. Dengan itu, mereka telah bergerak ke sana ke sini dan mengganggu kumpulan yang lain. Hal ini mungkin akan menyumbang kepada masalah pengurusan bilik darjah pada minggu yang depan. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana lembaran kerja yang disediakan kepada kumpulan Bintang terlalu mudah dan sedikit, maka mereka menyiapkannya lebih awal daripada yang dirancangkan. Dengan itu, mereka tidak dapat membuat apa-apa dan telah mengganggu kumpulan Cahaya yang sedang menjalankan interaksi p&p. Maka, dapat dirumuskan bahawa masalah utama adalah lembaran kerja yang tidak mencukupi. 3. Cadangan Tindakan Susulan a. Saya perlu mengambil kira tahap penguasaan murid dan menyediakan lembaran kerja berunsurkan pengayaan atau pemulihan berdasarkan tahap mereka. b. Saya perlu menyediakan lembaran kerja tambahan yang berunsurkan pengayaan atau pemulihan bagi memberi kepada murid untuk disiapkan dengan melihat keadaan pada hari p&p dijalankan. c. Saya perlu merancang cara menyiapkan lembaran kerja yang lebih menarik seperti tampalkan gambar dan perkataan supaya masa menjalankan lembaran kerja lebih bermakna dan mencukupi. d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengajaran secara kumpulan sangat penting dalam pendidikan pemulihan yang mengutamakan setiap murid yang mengalami masalah dalam kemahiran berlainan dan mempunyai tahap penguasaan yang berbeza. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan awal lagi, maka masa pengajaran dan pembelajaran bagi murid itu akan dibazirkan dan objektif yang telah dirancangkan mungkin tidak tercapai sepenuhnya.

PIPR-20 UNIT PRAKTIKUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : Nama Tarikh : : Tandatangan : Nama Tarikh : : .