HB001

PEMBIAKAN ASEKS/ TAMPANG
01. Pembiakan Aseks/Tampang ialah pembiakan individu baru dari satu induk tanpa melibatkan penggabungan gamet. Pembiakan Aseks termasuklah pembiakan vegetatif (tampang) yang menggunakan bahagian-bahagian tumbuhan tertentu seperti: a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m. n. o. 03. Keratan batang Keratan daun Keratan akar Tut udara Tut lentur Cantuman mata tunas “ T “ Cantuman mata tunas tampal Cantuman baji Cantuman sanding Pembahagian Rumpun Pembahagian Stolon & Rizom Pembahagian Umbisi Pembahagian Bebawang Pembiakan anak-anak pokok Pembiakan Mikro/Kultur

02.

Beberapa kebaikan pembiakan aseks ialah: a. b. c. d. e. f. g. Pengeluaran baka yang tulen Cepat dan mudah dikerjakan Bahan pembiakan banyak Ketiadaan akar tunjang Ketiadaan varieti baru Menggalakkan penyebaran penyakit virus Tempoh ekonomi yang pendek

HB002

04.

Medium Pengakaran hendaklah mempunyai saliran yang baik, gembur, tidak mengandungi biji benih rumpai, agen-agen penyakit atau serangga dan tidak mempunyai kandungan garam yang tinggi. Medium Pengakaran yang digunakan ialah pasir, tanah atau campuran pasir dan bahan organik (50 % pasir + 50 % organik), dan sabut kelapa. Pembiakan Keratan Batang dibahagikan kepada tiga jenis iaitu a. b. c. Keratan Kayu Lembut Keratan Kayu Sederhana Keratan Kayu Keras

05.

06.

07.

Langkah-Langkah Mengakar K/Batang: i. Keratan yang mempunyai beberapa helai daun. ii. Celup pangkal keratan ke dalam hormon pengakaran spt. Napthalene Acetic Acid (NAA) dan Indole Butyric Acid (IBA) –membantu pengeluaran akar. iii. Tanam keratan di dalam lubang kecil yang telah disediakan dlm medium pengakaran. iv. Kambus semula lubang atau alur dan padatkan sedikit medium di sekeliling batang. v. Renjis air supaya persekitaran keratan lembab. vi. Keratan yang mempunyai daun serta mendapat cahaya matahari yang cukup akan mengeluarkan akar dengan lebih cepat. vii. Pembentukan akar pada keratan bergantung pada jenis tumbuhan dan jenis keratan yang digunakan.

HB003

08.

Terdapat empat cara Keratan Daun iaitu; a. b. c. d. Keratan Lai Daun Keratan Urat daun Keratan Tunas Daun Keratan Lai Daun & Tangkai daun

09.

Pembiakan Secara Tut (Markot) dilakukan ketika bahagian-bahagian tumbuhan seperti dahan dan ranting masih terlekat pada pokok. Terdapat dua cara iaitu : a. b. Tut Udara Tut Lentur

10. 11.

Kaedah Mengetut: i. Ranting atau batang yang bergaris pusat sebesar ibu jari ( 1 – 2 sm ) ii. Buat dua kelaran mengeliling atau dahan tadi. Jarak di antara kedua-dua keleran itu ialah 2.5 sm yang dibuat sehingga sampai ke bahagian kayu ranting atau dahan tersebut. iii. Potong keluar kulit ranting atau dahan di antara kelaran itu dan kikis bahagian dalamnya sehingga nampak bahagian kayu yang putih. Semua lapisan kambium perlulah dikikis habis-habis. Tujuannya ialah untuk mengelakkan lapisan tisu baru muncul dari kawasan kelaran. iv. Sapu sedikit serbuk hormon pengakaran di bahagian atas kelaran v. Sediakan medium campuran tanah tut. Medium campuran tanah tut dibuat dengan mencampurkan tanah dengan bahan organik (1:1). Medium hendaklah dilembabkan sedikit sebelum dikepalkan dalam bentuk bola atau tenis,

HB004

vi.

Belah kepalan tanah tut tadi dan letakkan disekeliling bahagian ranting atau dahan yang TELAH dikelar tadi. vii. Balut kepalan tanah tut itu dengan menggunakan plastik lut sinar ataupun sabut kelapa. Pembalutan yang menggunakan plastik lut sinar adalah lebih baik kerana dengan cara ini tanah tut tidak perlu disiram lagi dan akar-akar yang akan keluar mudah dilihat. viii. Apabila akar telah mula keluar, bahagian yang telah ditutkan bolehlah dipisahkan daripada pokok induk dengan memotong ranting atau dahan di bahagian bawah tut tersebut. ix. Anak pokok kemudiannya boleh ditanam ke dalam beg politin atau pasu. 12. PEMBIAKAN KAEDAH CANTUMAN a. b. Pembiakan secara cantuman juga dinamakan pertunasan. Cantuman dilakukan untuk mendapatkan klonklon baru yang lebih baik. Klon baru ini lebih baik dari segi i. ketahanan penyakit ii. tahan terendam air iii. pengeluaran hasil yang tinggi Cantuman juga dapat memperbaiki sistem dahan pokok-pokok dengan cara mencergaskan kembali dahan-dahan yang lemah Proses pembiakan secara cantuman memerlukan dua komponen penting iaitu pokok penanti dan sion. Pokok penanti ialah pokok yang sistem akarnya digunakan di dalam cantuman ini.

c. d. e.

HB005

f.

g.

Sion ialah bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang akan dicantuman dengan pokok penanti. Kejayaan sesuatu cantuman bergantung pada sel-sel kambium pokok penanti dan sion sama ada boleh bercantum ataupun tidak. Cantuman tumbuhan hanya pada tumbuhtumbuhan dalam klon yang sama atau pun pada tumbuhan dalam spesis yang serupa.

13.

Stolon ialah batang tumbuhan yang tumbuh melata di permukaan bumi. Akar dan pucuk baru boleh dikeluarkan pada bahagian-bahagian buku di sepanjang stolon tersebut. Rizom ialah batang tumbuhan yang menjalani pengubahsuaian. Rizom tumbuh di bawah permukaan bumi dan boleh dibiak dengan memotongnya menjadi potongan kecil. Bebawang adalah bahagian batang tumbuhan yang telah berubahsuai untuk tujuan penyimpanan makanan. Ada dua jenis bebawang itu bebawang berkulit kering (scaly) dan bebawang yang tidak berkulit (tunicate). Ubi ialah bahagian batang yang digunakan untuk menyimpan makanan dan tumbuh di bawah tanah. Ubi mempunyai tunas-tunas dorman yang terdapat pada badannya. Tunas-tunas inilah yang mengeluarkan pucuk dan akar baru sekiranya disemai. Pembiakan umbisi ialah dengan menggunakan anakanak umbisi yang dipanggil kormel (cormels). Anakanak ini dipotong daripada umbisi dan ditanam terus ke dalam polibeg.

14.

15.

16.

17.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful