You are on page 1of 55

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA

APAKAH TEORI

A theory is an explanation of a set of related observations or events based upon proven hypotheses and verified multiple times by detached groups of researchers.A theory is developed only through the scientific method, meaning it is the final result of a series of rigorous processes. (http://wilstar.com/theories.htm)

Teori adalah penjelasan kepada satu rangkap pemerhatian atau kejadian yang terangkai berlandaskan hipotesis yang terbukti sahih, dan kesahihannya itu disahkan buat sekian kalinya of para penyelidik. Satu-satu teori itu berkembang hanya melalui kaedah saintifik, bermaksud teori berkenaan adalah hasil mutakhir dari satu siri proses (penyelidikan dan pengujian) yang mendalam.

TEORI SOSIAL

An essential tool used by scholars in the analysis of society. Social theories are interdisciplinary, drawing ideas from and contributing to such disciplines as anthropology, economics, history, human geography, literary theory, mass communications, philosophy, sociology, and theology. (http://en.wikipedia.org/wiki/Social_theory)

TERJEMAHAN

Teori sosial adalah satu alat/kaedah yang digunakan oleh para sarjana bagi menganalisis masyarakat. Teori sosial bersifat interdisciplinary dengan mengambil idea dari pelbagai disiplin serta menyumbangkannya kepada pelbagai ilmu termasuk ilmu anthropologi, ekonomi, sejarah, geografi manusia, teori penulisan, komunikasi massa, falsafah, sosiologi dan ilmu keagamaan.

KEPENTINGAN TEORI DALAM PENYELIDIKAN SOSIAL

Penyelidikan sosial lazimnya mempunyai asas teori terutama dalam penyelidikan bersifat penerokaan (explanatory research) Dengan berlandaskan teori satu-satu penyelidikan itu menjadi lebih terancang, berwibawa dan boleh dipertanggungjawabkan.

Penyelidikan tanpa asas teori berkemungkinan berakhir dengan pengumpulan maklumat yang tidak berguna (useless data). Seseorang penyelidik yang tidak menggunakan teori mungkin terperangkap dengan idea atau fikiran yang kabur, logika yang salah, atau konsep yang tidak tepat. Beliau juga mungkin merasai dirinya hanyut (adrift) apabila menjalankan penyelidikan empirikal.

Teori penting dalam penyelidikan kerana ia mewujudkan kerangka (frame) bagaimana seseorang penyelidik itu melihat atau memikirkan tentang satusatu topik yang akan dikaji. Teori juga membekalan konsep-konsep, memberi ruang kepada penyelidik membuat andaian (assumptions), menggubal soalan-soalan utama serta mencadangkan cara bagi mengolah data yang dikumpul.

Selain itu teori membolehkan sesorang penyelidik itu menghubungkaitkan kajian yang beliau lakukan dengan gedung pengetahuan sumbangan penyelidikpenyelidik lain. Memetik analogi yang dikemukakan oleh Lawrence Neuman (2000:60), theory helps a researcher to see the forest instead of just a single tree.

Kaedah penyelidikan yang bertujuan untuk untuk menguji satu-satu teori atau idea disebut kaedah deduktif (deductive method). Sebaliknya kaedah penyelidikan untuk perkembangan dan penerokaan teori disebut kaedah induktif (inductive method)

Inductive Method

Deductive Method

(http://www.socialresearchmethods.net)

Kaedah Deduktif

Kaedah Deduktif
Para penyelidik yang memilih pendekatan deduktif menggunakan teori bagi memandu reka bentuk kajian serta membuat interpretasi dapatan kajian. Mereka boleh mempertikaikan, memperluaskan atau membuat modifikasi teori tersebut berasaskan dapatan kajian berkenaanMereka juga boleh mengenepikan atau merubah satu-satu teori itu sekiranya terdapat bukti-bukti sah yang menyangkal kesahihannya sehingga secara logik teori tersebut tidak lagi boleh dipertahankan (Neuman, 2000:61)

Kaedah Induktif

Kaedah Induktif
Pendekatan induktif bermula dengan beberapa andaian dan konsep umum. Teori berkembang dari bawah ke atas apabila para penyelidik mengumpul serta menganalisis data Dari semasa ke semasa konsep serta generalisasi umum itu muncul dan menjadi matang dan para penyelidik menghimpunkan pengetahuan yang diperolehi dari pelbagai penyelidikan lain serta menggabungkannya ke dalam satu teori yang abstrak (Ibid)

SOALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan teori Kenapa satu-satu penyelidikan sosial perlu berlandaskan teori. Apakah perbezaan antara pendekatan deduktif dengan pendekatan induktif dalam penyelidikan sosial.

LATAR BELAKANG PERTUMBUHAN TEORI-TEORI SOSIAL

Pada umumnya, teori-teori sosial kelasik berkembang selaras dengan perkembangan sosiologi sebagai satu disiplin keilmuan. Mengikut George Ritzer (1996) terdapat dua gerakuasa (forces) utama yang mempengaruhi perkembangan teoriteori sosial klasik iaitu: gerakuasa sosial dan gerakuasa intelektual

GERAKUASA SOSIAL

GERAKUASA SOSIAL

Tumpuan perbincangan ialah ke atas beberapa keadaan sosial penting yang berlaku pada abad 19 dan awal abad 20 di Eropah yang mempunyai kesan utama ke atas perkembangan teori-teori sosial. Ritzer mengemukakan 6 gerakuasa sosial yang dimaksudkan iaitu:

Revolusi Politik Revolusi Perindustrian & Kebangkitan Kapitalisma Kebangkitan Sosialisma Perbandaran Perubahan dalam bidang Keagamaan Pertumbuhan Sains.

Revolusi Politik

Beberapa siri revolusi politik yang berlaku di sepanjang abad 19 di Eropah, bermula dengan Revolusi Perancis (1789), merupakan faktor utama atau faktor immediate (segera) bagi kemunculan teori-teori sosial. Kesan revolusi politik ini besar sekali, dan banyak perubahan positif lahir daripadanya. Akan tetapi perkara yang menarik minat pengkaji-pengkaji masyarakat pada ketika itu bukan ke atas kesan-kesan positif, tetapi sebaliknya ke atas kesan-kesan negatif perubahan tersebut.

Penulis/pengkaji masyarakat pada ketika itu merasai terganggu dengan keadaan kucar-kacir yang berlaku, terutamanya di Perancis. Mereka sepakat untuk mencari jalan supaya keamanan dapat dipulihkan semula dalam masyarakat. Sesetengah daripada mereka mengambil sikap yang agak ekstrim untuk kembali kepada keadaan ketenteraman dan keamanan Zaman Pertengahan (Middle Ages).

Akan tetapi, para pemikir yang lebih sofistikated mengakui bahawa perubahanperubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat Eropah pada abad 19 tidak memungkinkan mereka berjaya membawa kembali ketenteraman masa lampau. Sebaliknya, mereka cuba mencari asas-asas baru yang boleh membawa ketenteraman dalam masyarakat. Keinginan dalam isu ketenteraman sosial ini merupakan satu daripada keperihatinan (concern) yang ditunjukkan oleh ahli-ahli teori klasik seperti Auguste Comte dan Emile Durkheim.

Revolusi Perindustrian & Kebangkitan Kapitalisma

Revolusi perindustrian melanda kebanyakan masyarakat barat pada abad 19 dan awal abad 20. Revolusi perindustrian ini bukanlah satusatunya peristiwa tetapi rangkaian perkembangan yang membawa transformasi dunia barat daripada sistem sosial yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan perindustrian.

Akibat revolusi perindustrian, ramai penduduk desa meninggalkan ladang dan kegiatan pertanian untuk menjalankan pekerjaan di sektor perindustrian. Jadi untuk menyedia dan menampung perkhidmatan yang diperlukan oleh sektor industri dan sistem ekonomi kapitalis, pelbagai birokrasi ekonomi besar-besaran muncul.

Dalam ekonomi berasaskan perindustrian ini, sesuatu yang unggul ialah pasaran bebas (free market system atau sistem ekonomi laissez faire) Sistem pasaran bebas ini membolehkan berlakunya pertukaran hasil-hasil keluaran industri.

Dalam sistem ekonomi yang baru ini hanya sebilangan kecil penduduk mengaut keuntungan sedangkan majoriti berkerja dalam jangka waktu panjang dengan upah yang kecil atau rendah. Akibatnya timbul reaksi atau tindak balas terhadap sistem perindustrian dan terhadap sistem kapitalis pada umumnya, yang membawa kepada wujudnya gerakan-gerakan buruh dan gerakan radikal lain, misalnya revolusi bagi menggulingkan sistem kapitalis.

Revolusi perindustrian, kapitalisma, dan reaksi terhadap kedua-duanya menyebabkan berlakunya perubahan besar, malah perubahan struktural kepada masyarakat barat. Perkembangan-perkembangan ini memberi kesan penting kepada pengkaji masyarakat pada ketika itu.

Empat tokoh terkemuka dalam sejarah teori sosial, iaitu Karl Marx, Max Weber, Emile Durkheim, dan George Simmel menumpukan perhatian ke atas perubahan-perubahan ini dan juga ke atas masalah-masalah yang timbul daripadanya. Mereka menghabiskan masa meneliti serta mengkaji masalah-masalah ini, dan dalam banyak kes cuba menggubal program bagi membantu menyelesaikannya.

Kebangkitan Sosialisma

Satu rangkap perubahan yang bertujuan untuk menghadapi kesan-kesan negatif sistem perindustrian dan sistem kapitalisma boleh disatukan di bawah tajuk 'sosialisma'. Walau pun sesetengah pengkaji masyarakat bersetuju atau mondokong sosialisma sebagai satu penyelesaian kepada masalahmasalah yang timbul daripada sistem perindustrian dan kapitalisma, tetapi ramai juga yang menentangnya, baik secara peibadi maupun secara intelektual.

Di satu pihak, Karl Marx merupakan seorang penyokong aktif gerakan atau idea untuk menghapuskan sistem kapitalis dan menggantikannya dengan sistem sosialis. Beliau menggunakan sebahagian besar daripada masanya menulis serta mengkritik masyarakat kapitalis. Penulisan beliau yang terkenal antaranya adalah Das Kapital dan Communist Manifesto.

Sebaliknya, di satu pihak lain pengkajipengkaji seperti Max Weber dan Emile Durkheim walaupun turut menentang idea sosialisma yang diutarakan oleh Karl Marx, tetapi pendirian mereka adalah mencari penyelesaian dalam lingkungan sistem itu sendiri dan bukan menggerakkan revolusi bagi menghapuskan sistem kapitalis seperti yang dicadangkan oleh Marx.

Mereka sebenarnya lebih takut kepada sistem sosialis daripada sistem kapitalis itu sendiri. Perasaan takut dan bimbang terhadap sistem sosialis ini memberi kesan ke atas pembentukan teori-teori sosial, hingga didapati dalam banyak keadaan, teori-teori sosial ini berkembang sebagai reaksi terhadap aliran Marxisma dan teori-teori sosialis yang lain.

Perbandaran

Sebahagian daripada kesan revolusi perindustrian pada abad 19 & 20 ialah ramai penduduk luarbandar meninggalkan kampung halaman mereka berhijrah ke bandar. Migrasi secara besar-besaran ini disebabkan terdapat pelbagai pekerjaan di sektor yang diwujudkan oleh sistem industri.

Namun demikian, migrasi desa-kota ini menimbulkan berbagai-bagai masalah khususnya berkaitan dengan penyesuaian dengan kehidupan bandar. Selain itu, perkembangan bandar yang berterusan membawa kepada wujudnya berbagai-bagai masalah perbandaran seperti kesesakan, jenayah, kebisingan, masalah lalulintas dsb.

Keadaan masyarakat bandar dan masalah-masalah berkaitan, menarik minat pengkaji-pengkaji seperti Max Weber dan George Simmel untuk mengkaji atau menelitinya. Pada hakikatnya Aliran Chicago (Chicago School), iaitu aliran pertama yang muncul dalam bidang sosiologi di Amerika sebahagian besarnya menumpukan perhatian ke atas masyarakat bandar dan masalahmasalah perbandaran.

Perubahan Dalam Bidang Agama

Perubahan sosial yang berlaku akibat revolusi politik, revolusi industri dan perbandaran, mempunyai kesan penting ke atas bidang keagamaan. Oleh kerana ramai daripada para sosiologis awal mempunyai latar belakang agama, maka mereka ingin merubah atau mempertingkatkan kehidupan manusia atas landasan-landasan keagamaan.

Teori-teori yang mereka kemukakan juga mempunyai kaitan dengan agama. Penulisan Max Weber misalnya banyak menyentuh dengan soal-soal agama. Dalam penulisan beliau yang terkenal iaitu "Protestant Ethics and the Spirit of Capitalism, beliau cuba menghubungkan proses ekonomi kapitalis dengan ajaran agama Protestant.

Pertumbuhan Sains

Selaras dengan perkembangan teoriteori sosial, terdapat peningkatan tumpuan ke atas ilmu sains, bukan sahaja di kolej/universiti tetapi dalam masyarakat keseluruhannya. Hasil kemajuan sains dan teknologi memberi manfaat besar kepada masyarakat, lantas meletakkan sains pada mertabat yang tinggi.

Sesiapa yang mempunyai kaitan rapat dengan sains juga mendapat kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Ahli-ahli sosiologis seperti Comte dan Durkheim cuba mengambil model sains (terutama sains fizikal dan sains hayat) untuk dijadikan model dalam bidang sosiologi.

GERAKUASA INTELEKTUAL

Gerakuasa Intelektual

Perbincangan tentang gerakuasa intelektual ini dihubungkan dengan zaman Enlightenment (Abad 18), dan dengan penulisan/idea/pemikiran intelektual tokohtokoh terkenal seperti Comte, Durkheim, Marx, Weber, George Simmel, Herbert Spencer dll. Penulisan tokoh-tokoh di atas dizahirkan dalam pelbagai teori yang akan dibincangkan.

Zaman Enlightenment

Zaman Enlightenment ialah zaman di mana berlakunya perkembangan intelektual dan perubahan falsafah serta pemikiran. Kebanyakan daripada pemikir di zaman Enlightenment (termasuk Charles Montesquieu, Jean Rousseau, Rene Discartes, Thomas Hobbes, John Locke) dipengaruhi oleh dua arus perkembangan intelektual, iaitu Falsafah abad 17 dan Sains.

Penulisan-penulisan oleh Discartes, Thomas Hobbes, dan John Locke misalnya menumpukan perhatian untuk menghasilkan sistem idea yang munasabah tetapi bersifat umum dan abstrak. Para pemikir kemudiannya (khususnya mereka yang dipengaruhi oleh sains) tidak menolak aliran pemikiran seperti ini, tetapi pada masa yang sama mengambil tindakan susulan dan usaha yang lebih untuk memperolehi idea/ pemikiran daripada keadaan sebenar yang boleh diuji kesahihannya.

Dengan kata lain, mereka cuba menghubungkan penelitian atau kajian empirikal dengan penghujahan (reason). Pada peringkat ini didapati munculnya penggunaan kaedah saintifik dalam penghuraian isu-isu sosial.

Perkembangan selanjutnya pada zaman Enlightenment ini ialah para pemikir bukan sahaja ingin memperolehi idea daripada keadaan sebenar (real world), tapi mereka inginkan juga agar idea tadi menjadi sesuatu yang berguna kepada kehidupan masyarakat. Pada keseluruhannya zaman Enlightenment ini dihubungkan dengan kepercayaan bahawa manusia boleh menyesuaikan diri dan mengawal alam semesta (universe) dengan cara/kuasa penghujahan dan penyelidikan empirikal.

Pemikiran seperti ini lahir daripada hakikat bahawa jika dunia fizikal (physical world) boleh ditentukan oleh hukum-hukum semula jadi, maka dipercayai dunia sosial (social world) juga boleh ditentukan sedemikian. Ini bergantung pada falsafah untuk mencari hukum-hukum sosial dengan menggunakan kaedah penghujahan dan penyelidikan empirikal bagi menerangkan pelbagai fenomina sosial yang wujud dan berlaku dalam masyarakat.

Dengan berpegang kepada faktor penghujahan (reason), para pemikir zaman Enlightenment cuba menolak kepercayaan terhadap autoriti tradisi yang dikatakan tidak rasional dan bertentangan dengan sifat semula jadi manusia serta menyekat kemajuan. Matlamat mereka ialah untuk menolak/ menghapuskan sistem-sistem kehidupan yang dianggap tidak rasional ini.

Walau pun idea/pemikiran Enlightenment ini mempunyai asasasas kebenarannya, tetapi banyak juga yang menentang, terutama dari golongan agama (Katolik). Orang-orang seperti De Bonald merasai terganggu dengan aliran pemikiran zaman Enlightenment dan ingin membawa masyarakat kembali kepada suasana/ keadaan ketenteraman di zaman Pertengahan.

De Bonald mendokong idea bahawa Tuhan adalah sumber bagi segalagalanya, termasuk keadaan yang wujud dalam masyarakat manusia sendiri. Bagi beliau, tidak ada sesuatu yang lebih tinggi daripada kepercayaan terhadap agama dan aspek-aspek keagamaan.

Beliau mengatakan Tuhan mencipta masyarakat, dan adalah salah bagi manusia menukar ciptaan tersebut. Golongan konservatif seperti De Bonald ini bukan sahaja mengakui aspek-aspek kehidupan sosial yang dianggap tidak rasional oleh para pemikir Enlightenment, tetapi turut memberi nilai positif terhadap aspekaspek tersebut.

Mereka terus mengakui fenominafenomina seperti tradisi, khayalan, emosi dan agama sebagai komponen yang berguna dan perlu dalam kehidupan sosial. Mereka cuba mengekalkan ketenteraman yang sedia ada, dan pada masa yang sama mencemuh perkembangan seperti revolusi industri, perbandaran dsb serta menganggap perkembangan tersebut sebagai sesuatu yang disruptive atau meruntuhkan.

SOALAN PERBINCANGAN

Nyata dan huraikan gerakuasa-gerakuasa sosial yang membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan teori-teori sosial di Eropah pada abad ke 19 dan 20. Sejauhmanakah gerakuasa sosial yang berlaku di Eropah pada abad ke 19 dan 20 dapat dikesan berlaku dalam masyarakat Malaysia pada masa ini. Bincangkan perkembangan intelektual di Malaysia yang membawa kepada perkembangan kajian-kajian saintifik terutamanya dalam bidang sains sosial kini.

SEKIAN & TERIMA KASIH

You might also like