You are on page 1of 1

Muzik,apatah lagi muzik tradisi bagi sesuatu yang tidak dapat dipisahkan..

Muzik di Sabah merupakan


sebahagian yang penting bagi hampir semua kegiatan sosial di peringkat daerah dan kampung.
Dulu, kini Sipitang mempunyai pelbagai kebudayaan dan etnik. Antara Kebudayaan yang
menonjol ialah tarian Samarlindang, tarian Magunatip.tarian anding, Kulintangan Kayu
Sadaman, Hadrah (Kompang) dan Bambo Band.
Masyarakat majmuk di Sabah membolehkan kita menikmati keunikan serta keindahan kebudayaan serta
kesenian yang sangat mempersonakan. Walaupun Sabah kaya dengan
kebudayaan dan kesenian namun perbezaan di antara satu sama lain
adalah ketara. Ini boleh dilihat terutama sekali pada, pakaian tradisi,
tarian tradisi, muzik tradisi, dan kraftangan. Setiap satunya akan
mencerminkan identiti sesuatu sukuan itu.
Muzik melambangkan keselarasan tradisional yang wujud di kalangan
penduduknya sejak zaman nenek moyang lagi. Ia dimain semasa majlis
perkahwinan, pertunangan, perayaan menuai, hari ulang tahun pertama kanak-kanak, upacara-upacara
keagamaan animisma dan upacara-upacara berkaitan yang penting bagi masyarakat tempatan. Setiap
kumpulan etnik sukuan mempunyai bentuk muzik yang tersendiri walaupun banyak alat-alat muzik utama
merupakan alat yang sama digunakan. Setiap alat dibuat dengan perasan sayang dengan memotong,
membentuk dan diuji. Berbagai-bagai gabungan alat-alat muzik mempunyai keistimewaannya sendiri
dengan perbezaan dalam segi bentuk, rentak dan nada. Terdapat juga alat-alat muzik tertentu yang
hanya digunakan oleh satu kumpulan masyarakat sahaja dan tidak dimain oleh masyarakat yang lain.
Sempena majlis Perasmian Penanguhan dan Penutupan Festa GATA Sipitang,7 kategori muzik etnik
telah di gabungkan menjadi satu suara harmoni yang mengagumkan, antara muzik etnik yang ditonjolkan
pada majlis itu ialah Kulintangan kayu Sadaman,Bambo Band,Gendang silat,Gendang hadrah (paluan
Kompang), Gendang Tabong Gas dan Gendang Cina.Organisma gabungan muzik yang disatukan
menghasilkan alunan melodi sangat merdu.Hasil gabungan perpaduan yang telah sedia wujud, telah
merealisasikan muzik tradisi Satu Malaysia.Walau pun pencantuman muzik dari berbagai suku kaum ini
pertama kali ditonjolkan di Festa GATA,akan tetapi diperingkat akar umbi,Kampung telah lama ujud sejak
zaman nenek moyang lagi.