PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM: SELEPAS SETAHUN PENGAMBILALIHAN

Wan Azlida Wan Muda Bahagian Inspektorat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan wazlida@kpkt.gov.my

Buletin INTAN 2013 031013.indd 103

28/10/2013 11:04:03 AM

Buletin INTAN 2013 031013.indd 104

28/10/2013 11:04:03 AM

PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM: SELEPAS SETAHUN PENGAMBILALIHAN
PENGENALAN Pengurusan sisa pepejal merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat terutama di bandar. Proses pembandaran dan perindustrian yang pesat menyebabkan bertambahnya sisa pepejal yang dijana oleh masyarakat.Kos pengurusan sisa pepejal dari peringkat pengutipan, pengumpulan, pengangkutan sehingga ke tahap pelupusan, sangat tinggi. Oleh itu amatlah wajar jika kuantiti sisa pepejal, khususnya sampah domestik, perlu dikurangkan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. LATAR BELAKANG Dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih dan sejahtera, penswastaan sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam telah dilaksanakan. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 September 1995 telah bersetuju untuk menswastakan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Penswastaan secara interim telah berlangsung selama 14 tahun bermula 1997 sementara menunggu penswastaan sepenuhnya dilaksanakan. Penswastaan pengurusan sisa pepejal dilaksanakan setelah mengambil kira beberapa faktor. Pertama, berikutan aspek tenaga kerja, sumber kewangan dan kepakaran yang terhad pada kebanyakan PBT dalam menguruskan sisa pepejal. Kepesatan pembangunan negara yang berterusan telah meningkatkan kuantiti sisa pepejal yang dijana setiap tahun lalu menyebabkan kos pengurusan sisa pepejal turut meningkat. Keadaan ini amat membebankan sebahagian besar PBT dengan meningkatnya kos kutipan dan pembinaan fasiliti untuk merawat dan melupus sisa pepejal. Secara puratanya, pada masa ini seorang warga Malaysia menjanakan sebanyak 0.8 kilogram sisa pepejal sehari. Mengikut laporan Rancangan Malaysia

105

Buletin INTAN 2013 031013.indd 105

28/10/2013 11:04:03 AM

Buletin INTAN Jilid 37, Bil. 1/2013

Kesembilan 2006-2010, jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005. Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020. Komposisi sisa pepejal isi rumah di Malaysia adalah seperti berikut:
15 3 45 6 Sisa Makanan Plastik Kertas Logam Kaca Lain-lain

7

24

106

Sumber: Rancangan Malaysia ke-9

Kedua, selain daripada aspek pengurusan dan penguatkuasaan sisa pepejal di tapak-tapak pelupusan, kerajaan turut komited untuk mengurangkan penjanaan dan penghasilan sisa isi rumah di peringkat punca. Oleh yang demikian, program kesedaran rakyat melalui program seperti Kempen Kitar Semula, Kempen 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan pengasingan sisa pepejal di punca adalah amat penting. Memandangkan aspek ini menuntut komitmen dan perhatian yang berterusan maka adalah kurang praktikal sekiranya ianya dibebankan kepada PBT yang telah memikul pelbagai tanggungjawab dalam soal pentadbiran tempatan. Ketiga, melalui penswastaan juga kerajaan mampu mewujudkan perkongsian pintar ataupun smart partnership dengan syarikat swasta untuk sama-sama meneroka kaedah-kaedah dan teknologi terkini dalam pengurusan dan pelupusan sisa. Aspek pembangunan dan penyelidikan ini amat penting kerana ianya merupakan langkah jangka panjang bagi menjamin kaedah pelupusan sisa pepejal negara sentiasa sejajar dengan tahap pembangunan semasa, kos efektif dan mesra alam.

Buletin INTAN 2013 031013.indd 106

28/10/2013 11:04:03 AM

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam: Selepas Setahun Pengambilalihan

Keempat, ketiadaan perundangan dan dasar berkaitan pengurusan sisa pepejal yang seragam antara negeri-negeri menyebabkan usaha pengurusan sisa pepejal tidak dapat dilakukan dengan bersepadu dan holistik lantaran peningkatan kos pengurusan dan kos pengendalian sisa pepejal. Setelah mendapat persetujuan semua wakil kerajaan-kerajaan negeri dalam mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan ke-58 pada 22 Jun 2007, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dibentangkan di Parlimen dan dikuatkuasakan pada 30 Ogos 2007. Akta ini telah memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Shafiul Azam dan Mansoor Ali (2002) telah membincangkan teori partnerships dalam pengurusan sisa pepejal di negara-negara membangun. Penulis menyimpulkan bahawa partnerships ini tidak akan berkesan melainkan insentif yang sesuai bagi kedua-dua sektor dibangunkan. Akhirnya, penulis juga membahaskan sama ada terdapat keperluan untuk mewujudkan agensi bagi memudahkan pelaksanaan partnerships. Seterusnya kerajaan telah menubuhkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bagi memainkan peranan dalam penyediaan dasar, strategi dan perancangan pengurusan sisa pepejal bersepadu diperingkat makro. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) pula ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673) dan bertanggungjawab mengawalselia prestasi syarikatsyarikat konsesi yang membekalkan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Lanjutan itu, satu perjanjian antara syarikat-syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dengan Kerajaan Persekutuan telah dimeterai pada 19 September 2011. Tiga syarikat konsesi yang dilantik untuk pengurusan sisa pepejal ialah Alam Flora Sdn. Bhd. (Zon Tengah dan Timur), Environment Idaman Sdn. Bhd. (Zon Utara) dan SWM Environment Sdn. Bhd. (Zon Selatan). Negeri-negeri yang telah menerimapakai akta ini ialah Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Perlis, Pahang, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Perjanjian konsesi selama 22 tahun ini membolehkan mereka mengambil langkah menambah baik tenaga kerja,

107

Buletin INTAN 2013 031013.indd 107

28/10/2013 11:04:03 AM

Buletin INTAN Jilid 37, Bil. 1/2013

menggunakan trak penyendat, menyediakan tong sampah yang cukup serta melupus sampah di tapak yang ditetapkan. Kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk menanggung sebahagian daripada kos pengurusan sisa pepejal supaya pengguna dapat membayar mengikut kadar bayaran yang sedia ada kepada PBT. KAJIAN MENGENAI PENGURUSAN SISA PEPEJAL Beberapa kajian terhadap pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah banyak memberi tumpuan kepada amalan pengurusan, penjanaan sisa pepejal, hubungkait pengurusan sisa pepejal dengan pengeluaran gas rumah hijau, dan penilaian kecekapan pengutipan sisa pepejal (Kasbi et al., 1993; Arahim, 2006; Chua et al., 2011; dan Hasnah Ali et al., 2012). Kajian ini pula dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan dan maklumbalas orang awam tentang kualiti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal selepas setahun pengambilalihan. Walau bagaimanapun, tahap kepuasan orang awam terhadap aktiviti pembersihan awam tidak dikaji memandangkan kebanyakan PBT yang terlibat dalam kajian ini belum menyerahkan premis-premis atau kawasan-kawasan pembersihan kepada pihak PPSPPA untuk diuruskan. Responden kajian ini terdiri daripada 799 orang awam di lapan kawasan kajian. Lapan kawasan daripada lapan bandar yang telah melaksanakan sepenuhnya penswastaan tersebut adalah seperti berikut: Kawasan Pentadbiran DBKL Perbadanan Putrajaya MP Kuantan MP Seremban MB Melaka Bersejarah MB Johor Bahru MP Kangar MB Alor Setar Negeri WP Kuala Lumpur WP Putrajaya Pahang Negeri Sembilan Melaka Johor Perlis Kedah Syarikat Konsesi Alam Flora Sdn Bhd SWM Environment Sdn Bhd Environment Idaman Sdn Bhd

108

Instrumen kajian adalah merupakan soal selidik yang mengandungi 18 soalan berkaitan tahap kepuasan orang awam terhadap pengurusan sisa pepejal.

Buletin INTAN 2013 031013.indd 108

28/10/2013 11:04:03 AM

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam: Selepas Setahun Pengambilalihan

Responden dipilih secara rawak dan soal selidik dilaksanakan secara bersemuka. Responden diminta menentukan tahap kepuasan mereka terhadap aktiviti-aktiviti pengurusan sisa pepejal yang dijalankan di kawasan tempat tinggal mereka. Responden terdiri daripada pelbagai peringkat usia antaranya pelajar dan pesara. Data dianalisis secara statistik deskriptif bagi melihat tahap kepuasan orang awam terhadap aktiviti-aktiviti pengurusan sisa pepejal. Selain itu, temubual turut dijalankan dengan meliputi kesemua PBT yang terlibat bagi mendapatkan pandangan tentang perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di kawasan pentadbiran mereka. Akhir sekali, temubual turut diadakan dengan lapan PPSPPA di negeri-negeri yang terlibat bagi mendapatkan input berhubung usahausaha PPSPPA dalam memantau prestasi perkhidmatan syarikat konsesi. PENGURUSAN SISA PEPEJAL A) Kutipan Sampah
109

Kajian mendapati 84% responden berpuas hati dengan perkhidmatan kutipan sampah domestik tetapi kebanyakan daripada responden tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kutipan sampah pukal dan sampah kebun. Carta 1 di bawah menunjukkan tahap kepuasan orang awam terhadap perkhidmatan kutipan sampah domestik, kebun dan pukal.

Carta 1: Tahap kepuasan responden terhadap perkhidmatan kutipan sampah

Buletin INTAN 2013 031013.indd 109

28/10/2013 11:04:03 AM

Buletin INTAN Jilid 37, Bil. 1/2013

Buat masa ini kekerapan kutipan sampah domestik ialah tiga kali seminggu, manakala sampah pukaI dan sampah kebun sekali seminggu. Faktor-faktor yang menyumbang kepada kepuasan hati responden terhadap perkhidmatan kutipan sampah domestik ini kerana PPSPPA telah melaksanakan penguatkuasaan menggunakan Key Performance Indicators (KPI) terhadap syarikat konsesi mulai 1 September 2011. Terdapat 6 KPI prima dan 18 KPI sekunder dalam perkhidmatan kutipan sisa pepejal. Antara KPI prima ialah pematuhan jadual dan frekuensi kutipan yang ditetapkan serta lokasi pelupusan dan KPI sekunder ialah kesempurnaan kutipan dan pelaksanaan kutipan yang menyeluruh. Jika berlaku ketidakpatuhan, dan tidak dapat diselesaikan dalam masa 24 jam oleh syarikat konsesi, PPSPPA akan melantik back-up contractor bagi melaksanakan tindakan pembetulan. Pembayaran untuk back-up contractor akan diambil dari pemotongan pembayaran bulanan syarikat konsesi. Akhirnya, kawasan skim dan zon pembersihan akan ditarik balik dari kontrak konsesi jika syarikat konsesi melanggar KPI dan setelah dikenakan penalti yang mencukupi. Semasa perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di bawah tanggungjawab PBT, perkhidmatan ini dilaksanakan oleh pekerja-pekerja PBT sendiri atau syarikat yang dilantik. Kaedah pemantauan yang sama diaplikasikan terhadap prestasi syarikat iaitu melalui pengeluaran Notice to Correct, back-up contractor dan pemotongan bayaran. Namun begitu, masih terdapat 16% responden yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kutipan sampah. Ketidakpuasan hati responden adalah dari aspek pengendalian kutipan sampah seperti kutipan sampah tidak sempurna, tidak menutup tong selepas kutipan dan tidak meletakkan tong di lokasi asal tong. Pandangan daripada responden berhubung perkara ini selari dengan jumlah KPI bagi kesalahan sekunder yang telah dikenakan sehingga Jun 2012 ke atas syarikat-syarikat konsesi iaitu 12,544. Untuk mengatasi masalah ini, PPSPPA Johor telah membangunkan Standard Operating Procedures (SOP) Tatacara Kerja bagi memudahkan pemahaman pekerja-pekerja syarikat konsesi dalam tatacara pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Sehingga 1 November 2012, 575 orang anggota Penguatkuasa yang terdiri daripada 509 orang Pembantu Penguatkuasa, 18 orang Penolong Pegawai Penguatkuasa dan 48 orang Pegawai Penguatkuasa telah ditempatkan di 38 buah

110

Buletin INTAN 2013 031013.indd 110

28/10/2013 11:04:03 AM

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam: Selepas Setahun Pengambilalihan

cawangan di sembilan buah negeri di seluruh Semenanjung Malaysia yang telah menerima Akta 672. Namun begitu, bagi mengimbangi sumber tenaga anggota penguatkuasa untuk memantau syarikat konsesi dengan bilangan premis yang banyak serta menguatkuasakan Akta 672, penggunaan peralatan handheld oleh anggota penguatkuasa PPSPPA telah dapat memastikan tugas tersebut dapat dilaksanakan. Handheld ini dilengkapi dengan Sistem i-MEMS yang digunakan bagi aktiviti pemantauan dan tindakan pembetulan terhadap ketidakpatuhan Kekunci Petunjuk Prestasi (KPI) yang berlaku di lapangan. Peralatan ini mengandungi perisian maklumat pemantauan yang diperlukan dan pengeluaran notis serta kompaun terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah Akta 672. Rekod-rekod pemantauan dan penguatkuasaan akta akan dimuatnaik ke dalam sistem back-end dan laporan harian akan disediakan secara automatik. Selain itu, peralatan ini juga mempunyai Global Positioning System (GPS) untuk mengesan lokasi anggota penguatkuasa serta berfungsi sebagai alat komunikasi dan kamera. Selain itu, penggunaan Sistem Dam Haji turut memudahkan tugas pemantauan KPI syarikat konsesi dan kontraktor oleh PPSPPA. Sistem Dam Haji ialah satu kaedah bagi memantau kadar pematuhan KPI syarikat konsesi mengikut kawasan. PPSPPA telah bercadang untuk meningkatkan keupayaan peralatan handheld agar dapat berfungsi secara atas talian dan mengintegrasikan Sistem Dam Haji dengan Sistem i-MEMS supaya Pengarah atau Pengurus Cawangan dapat mengetahui lebih awal tentang ketidakpatuhan dan tindakan penyelesaian dapat diambil dengan segera. (Temubual, 12 September 2012)

111

Buletin INTAN 2013 031013.indd 111

28/10/2013 11:04:03 AM

Buletin INTAN Jilid 37, Bil. 1/2013

B)

Jadual Kutipan Sampah

Carta 2: Pengetahuan responden tentang Jadual Kutipan Sampah 112

Kajian mendapati 87% responden mengetahui tentang jadual kutipan sampah. Walau bagaimanapun, jadual ini diketahui melalui rutin harian perkhidmatan kutipan sampah oleh syarikat konsesi dan bukanlah melalui informasi yang terdapat di laman web atau papan kenyataan di taman-taman perumahan. Kaedah memaparkan jadual kutipan di laman sesawang www.sisa.gov.my amat bersesuaian untuk orang awam yang celik IT. Semasa perkhidmatan kutipan sampah di bawah tanggungjawab PBT, papan kenyataan disediakan di setiap taman perumahan bagi memaklumkan kepada penduduk tentang jadual kutipan sampah. Sementara itu, PPSPPA Johor pula telah mengambil inisiatif menandatangani memorandum kerjasama bersama 37 daripada 117 Jawatankuasa Penduduk di kawasan MBJB sebagai salah satu medium memaklumkan jadual kutipan sampah dan menjelaskan tanggungjawab, peranan dan fungsi bersama bagi memastikan kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. (Temubual, 12 September 2012)

Buletin INTAN 2013 031013.indd 112

28/10/2013 11:04:03 AM

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam: Selepas Setahun Pengambilalihan

C)

Tumpahan Leachate

Carta 3: Maklumbalas responden tentang tumpahan leachate

Majoriti responden menyatakan masih terdapat masalah tumpahan leachate semasa proses kutipan sampah. Walau bagaimanapun, hanya penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Seremban yang menyatakan masalah leachate kurang berlaku di kawasan mereka. Tumpahan leachate atau air larut resapan masih berlaku di taman-taman perumahan yang kutipan sampahnya dilaksanakan oleh subkontraktor dengan menggunakan lori kompaktor lama. Pada masa ini, subkontraktor yang masih menggunakan lori kompaktor lama telah digesa agar membuat perolehan lori kompaktor baharu yang dilengkapi dengan bahagian khas yang mampu menakung leachate serta berupaya meresapnya daripada melimpah ke permukaan jalan.

113

Buletin INTAN 2013 031013.indd 113

28/10/2013 11:04:03 AM

Buletin INTAN Jilid 37, Bil. 1/2013

D)

Pengedaran Tong Sampah

Berdasarkan perjanjian konsesi, syarikat konsesi perlu mengedarkan tong sampah secara percuma kepada setiap premis di lapan kawasan PBT ini bermula pada 1 September 2011 hingga 31 Ogos 2012. Namun begitu, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada PPSPPA, pengedaran tong sampah masih belum mencapai 100%. Prestasi edaran tong sampah oleh syarikat konsesi berdasarkan kawasan PBT adalah seperti Carta 4 berikut:

114

Carta 4: Pretasi pengedaran tong sampah

Kegagalan pengedaran tong sampah ini akan menyebabkan KPI mengenai penggunaan bin lifter tidak dapat dilaksanakan. Di antara faktor yang menyebabkan pengedaran tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya ialah: i. ii. iii. iv. premis tidak berpenghuni; penghuni tiada di rumah semasa penghantaran; penghuni enggan menerima; dan penghuni tidak mengambil di pusat pengedaran terdekat.

Buletin INTAN 2013 031013.indd 114

28/10/2013 11:04:03 AM

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam: Selepas Setahun Pengambilalihan

Namun begitu, masih terdapat responden yang belum menggunakan tong sampah yang dibekalkan atas sebab-sebab yang berikut: 1. Syarikat konsesi masih menggunakan lori kompaktor lama di beberapa kawasan dan tidak memerlukan penggunaan tong sampah baharu; 2. Saiz tong yang besar dan ruang tempat letak tong sampah di hadapan rumah yang kecil; 3. Responden bimbang akan kehilangan tong sampah kerana prosedur untuk melaporkan kehilangan sukar dan responden boleh dikenakan denda; dan 4. Tiada penguatkuasaan penggunaan tong sampah kerana buat masa ini tiada sebarang tindakan akan diambil sekiranya pengguna tidak menggunakan tong sampah. E) Pengurusan Aduan Secara purata, hanya 36% penduduk mengetahui tentang kewujudan talian aduan 1800-88-7472 dan laman sesawang www.aduansisa.my. Tahap kesedaran penduduk bagi lapan kawasan PBT adalah seperti berikut:

115

Carta 5: Kesedaran penduduk terhadap talian dan laman web aduan PPSPPA

Buletin INTAN 2013 031013.indd 115

28/10/2013 11:04:03 AM

Buletin INTAN Jilid 37, Bil. 1/2013

Tahap kesedaran yang rendah ini menyebabkan penduduk kurang mengemukakan aduan mereka melalui saluran tersebut apabila mereka tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan syarikat konsesi dalam pengurusan sisa pepejal. Responden didapati lebih gemar mengemukakan aduan terus ke PBT, Jawatankuasa Penduduk atau melalui Ahli Majlis di PBT. F) Kitar Semula

116

Pada masa kini, kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara Jerman (74%), Belgium (71%), Austria (67%) dan Belanda (66%). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22% menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan. Pelbagai alternatif telah diperkenalkan oleh PPSPPA untuk mengatasi masalah sisa yang terlalu banyak. Antara projek perintis bagi program kitar semula yang telah dilaksanakan oleh PPSPPA ialah seperti Jadual 1 di bawah. Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Program Kelab dan Bank Kitar Semula di sekolah-sekolah di Johor & Selangor Bank Kitar Semula di Tadika Negeri Kelantan Kitar Semula di Masjid di Negeri Sembilan Kitar Semula di Premis Kerajaan di Negeri Kedah Kitar Semula Drive Thru di Mydin Mall, Kuala Terengganu Kitar Semula di Rumah Titian Kaseh
Jadual 1: Projek rintis program kitar semula

Selain daripada program di atas, PPSPPA juga sedang giat memperkenalkan aktiviti pengkomposan iaitu proses penguraian dan penstabilan bahan-bahan organik secara biologi di bawah keadaan yang terkawal bagi menghasilkan produk akhir yang bermanfaat kepada tanah. Kesan pelaksanaan aktiviti termasuklah sisa makanan (organik) dapat dikurangkan dari sumber, dapat merawat sisa dari

Buletin INTAN 2013 031013.indd 116

28/10/2013 11:04:03 AM

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam: Selepas Setahun Pengambilalihan

sumber, dapat menghasilkan produk yang memberi faedah kepada orang awam dari segi ekonomi dan dari segi alam sekitar serta memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan. Walau bagaimanapun, kajian mendapati secara purata hanya 46% penduduk pernah terlibat dengan program kitar semula anjuran agensi kerajaan, swasta dan NGO. Penemuan ini menyokong dapatan kajian Jamilah Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid & Juliana Abd Wahab (2011) dan Seow T. W, Jamaluddin Md Jahi & Indera Shahrul Mat Radzuan (2007). Carta 6 mendapati hanya penduduk di kawasan DBKL dan Putrajaya sahaja yang mencatatkan kadar penglibatan melebihi 50%. Berdasarkan maklumbalas daripada penduduk, kebanyakan program kitar semula yang disertai adalah anjuran PBT dan NGO. Kajian ini juga mendapati terdapat beberapa pusat kitar semula yang kurang aktif dan tidak digunakan secara optimum.

117

Carta 6: Penglibatan penduduk dalam aktiviti kitar semula.

Buletin INTAN 2013 031013.indd 117

28/10/2013 11:04:03 AM

Buletin INTAN Jilid 37, Bil. 1/2013

PERBINCANGAN Walaupun dari segi analisis dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perubahan positif terhadap kualiti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di lapan kawasan kajian tersebut, beberapa tindakan perlu diambil bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada. Pertama, bagi meluaskan pemakluman kepada semua golongan tentang jadual kutipan sampah, dicadangkan papan kenyataan yang sedia ada dikemaskini oleh PPSPPA bagi tujuan memaklumkan jadual kepada orang awam. Kaedah ini dapat menjimatkan kos kerana PPSPPA atau syarikat-syarikat konsesi tidak perlu memasang papan kenyataan baharu di setiap kawasan perumahan. Kedua, pemantauan berterusan oleh pihak PPSPPA terhadap syarikat konsesi serta kerjasama PBT yang terlibat akan membawa kepada pengurusan sisa pepejal yang cekap pada masa hadapan. Selain itu, orang awam juga boleh bertindak sebagai mata dan telinga PPSPPA dengan melaporkan sebarang ketidakpatuhan syarikat konsesi dalam melaksanakan perkhidmatan tersebut. Ketiga, PBT dan PPSPPA hendaklah meningkatkan kerjasama bagi mengoptimumkan Pusat Kitar Semula supaya amalan 3R dapat diluaskan dan kebergantungan kepada tapak pelupusan dapat dikurangkan. Selain itu, program kesedaran 3R dan pengkomposan perlu ditingkatkan lagi di kalangan isi rumah.

118

Buletin INTAN 2013 031013.indd 118

28/10/2013 11:04:03 AM

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam: Selepas Setahun Pengambilalihan

KESIMPULAN Dengan dapatan kajian pelaksanaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang positif ini, diharapkan orang awam selaku pelanggan bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal akan mendapat manfaat daripada pengambilalihan pengurusan sisa pepejal oleh Kerajaan Persekutuan. Orang awam juga seharusnya tidak meletakkan tanggungjawab pengurusan sisa pepejal kepada satu-satu pihak sahaja, sebaliknya turut sama melibatkan diri sendiri secara berdisiplin dan menyayangi alam sekitar untuk menjamin kehidupan yang lebih baik, seterusnya menjaga kelestarian bumi. Oleh itu, tidak mustahil matlamat Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara iaitu mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif, mapan dan diterima masyarakat yang mementingkan pemeliharaan alam sekitar, pemilihan teknologi mampu bayar dan menjamin kesihatan awam, akan dapat dicapai dalam tempoh yang lebih singkat.

119

Buletin INTAN 2013 031013.indd 119

28/10/2013 11:04:03 AM

Buletin INTAN Jilid 37, Bil. 1/2013

RUJUKAN
Chua, K. H., Endang Jati Mat Sahid & Leong, Y. P. 2011. Sustainable Municipal Solid Waste Management and GHG Abatement in Malaysia. Diakses pada 27 November 2012 dari http://www.uniten.edu.my/newhome/uploaded/admin/ research/centres/iepre/2012/papers/Sustainable%20Municipal%20Solid%20 Waste%20Management%20and%20GHG%20Abatement%20in%20Malaysia. pdf Dzul Azrie Arahim. 2006. Kajian Penjanaan Sisa Pepejal dan Kepuasan Hati Penduduk Kajian Kes: Taman Makmur, Kok Lanas, Kelantan. Tesis Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar), Universiti Teknologi Malaysia. Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim, Sarifah Yaacob. 2012. Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space 8(5) : (64 – 75). Harapan Baru Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Diakses pada 24 Oktober 2012 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2011&dt=1229&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm#ixzz28f8xIkRb. 120 Jabatan Pegurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Kementerian P e r u m a h a n dan Kerajaan Tempatan.2005. Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Jamilah Ahmad, Hasrina Mustafa, Hamidah Abd Hamid & Juliana Abd Wahab 2011. Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap I s u A l a m Sekitar. Akademika 81 (3) : 103-115. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 2012. Laporan Kajian Pandangan Penduduk Mengenai Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal di 8 PBT. Bahagian Inspektorat. Lab Pengurusan Sisa Pepejal. Diakses pada 23 Oktober 2012 daripada h t t p : / / w w w . kpkt.gov.my/kpkt/fileupload/hebahan/lab_sisa_pepejal.pdf Noor Rasidah Kasbi A. Wahid Ghazali & M. Nasir Hassan. 1993. Penilaian Kecekapan Pengutipan Sisa Pepejal di Malaysia Satu Kajian Kes di MajIis Perbandaran Seremban. Pertanika, Journal of Science & Technology 3(1) : 73-86. Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal Dimuktamad. Diakses pada 24 Oktober 2012 daripada http://www.utusan.com. m y / u t u s a n / i n f o . a s p ? y = 2 0 11 & d t = 1 2 2 9 & p u b = U t u s a n _ Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm#ixzz28f8pFPZC. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. 2011. Laporan Tahunan 2010 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

Buletin INTAN 2013 031013.indd 120

28/10/2013 11:04:03 AM

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam: Selepas Setahun Pengambilalihan

Seow T. W, Jamaluddin Md Jahi & Indera Shahrul Mat Radzuan. 2007. Tingkah Laku Masyarakat Terhadap Program Kitar Semula: Kajian Kes Di Daerah Batu Pahat. Diakses pada 5 Disember 2012, dari http://sssums.files.wordpress.com/2007/09/ tingkah-lakumasyarakat terhadap-program-kitar-semula-kajian-kes-di-daerahbatu-pahat.pdf

121

Buletin INTAN 2013 031013.indd 121

28/10/2013 11:04:03 AM

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful