You are on page 1of 11

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR 3.

0 GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR Gaya kepimpinan boleh didefinisikan sebagai cara seseorang pemimpin

menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai satu alat untuk mempengaruhi pihak lain supaya bekerja ke arah mencapai objektif sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, gaya kepimpinan seorang guru besar di sesebuah sekolah adalah bagaimana guru besar tersebut mencorakkan ahli di bawah pimpinan mereka dalam mencapai objektif pendidikan di dalam Falsafah Pendidikan Negara yang menyatakan bahawa : Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Pengalaman melaksanakan praktikum fasa 3 di salah sebuah sekolah daerah kajang menunjukkan bahawa guru besar di sekolah tersebut mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri dimana berdasarkan amalan gaya kepimpinan yang dilaksanakan, dapat saya nyatakan bahawa sistem pengurusan sekolah tersebut adalah sangat memuaskan. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang mencapai keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang tertinggi di daerah Kajang.

Gambar 5 : Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat Pemerhatian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa guru besar sekolah ini mempunyai gaya kepimpinan yang pelbagai dimana gaya kepimpinan beliau dilaksanakan berdasarkan keperluan situasi. Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh beliau adalah gaya kepimpinan autokratik, demokrasi dan juga berperikemanusiaan. 9|Page

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR Gaya kepimpinan yang pelbagai inilah yang menjadikan guru besar ini sebagai seorang guru besar yang dihormati kerana beliau bijak mengawal sesuatu keadaan berdasarkan situasi pada masa tersebut. Guru-guru di sekolah tersebut juga sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam meningkatkan mutu pendidikan sekolah dan suasana persekitaran sekolah tersebut juga lebih menyenangkan kerana semua guru bekerja dalam keadaan yang tenang dan selesa. Kepelbagaian gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar ini turut disokong berdasarkan teori tradisional teori situasi ini beranggapan bahawa gaya kepimpinan seseorang pemimpin itu adalah berbeza berdasarkan situasi yang berbeza. Sebagai contoh, seorang guru besar itu perlulah mengamalkan gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan penerimaan guru-guru di sesebuah sekolah. Teori Kontijensi Fiedler (1967) turut menyatakan bahawa kepimpinan optimal tertakluk kepada (contingent upon) orientasi psikologikal pemimpin dan tuntutan persekitaran. Hal ini menunjukkan bahawa kepelbagaian gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar di sekolah tersebut adalah untuk memastikan organisasi di bawah pimpinan beliau dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin tanpa sebarang tekanan. 3.1 Gaya Kepimpinan Demokratif Gaya kepimpinan demokratif ini merupakan antara gaya kepimpinan utama yang diamalkan oleh guru besar di sekolah ini. Ini kerana pemerhatian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demokratif ini sering dilaksanakan di dalam perjalanan setiap aktiviti di sekolah. Gaya kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil (Blake & Mouton ,1964).

Gaya kepimpinan demokrasi ini dapat dilihat dengan jelas di dalam pelaksanaan sesi mesyuarat di sekolah tersebut. Pelaksanaan sesi mesyuarat dilaksanakan dengan sangat harmoni di mana guru besar ini sentiasa bersedia untuk menerima segala pendapat dan pandangan yang diutarakan oleh isu masalah guru di sekolah tersebut. Salah seorang guru di sekolah telah bertindak merotan seorang murid tahun 4 sehingga cedera dan lebam di bahagian badan dan juga tangan. Perkara tersebut telah dibincang di dalam sesi mesyuarat yang telah saya sertai dan guru besar ini menunjukkan sikap profesional yang sangat tinggi kerana beliau tidak bertindak terburu-buru dalam menghukum tetapi pandangan daripada guru-guru lain diutamakan bagi 10 | P a g e

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR mendapatkan penjelasan isu. Selain itu, guru besar juga telah melakukan sesi kolaborasi bersama dengan guru tersebut bagi mendapatkan maklumat sebenar berkaitan dengan masalah yang telah berlaku. Isu ini telah memberikan penjelasan kepada saya bahawa guru besar ini sememangnya telah mengamalkan amalan demokrasi di dalam gaya kepimpinan beliau kerana beliau telah mengumpulkan maklumat terlebih dahulu sebelum bertindak. Amalan demokrasi yang telah diamalkan jelas membuktikan bahawa setiap tindakan yang diambil terhadap sesuatu situasi adalah sangat rasional supaya dapat memuaskan hati semua pihak. Maklum balas yang telah dikumpul daripada pelbagai pihak membolehkan guru besar mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas masalah yang telah dilakukan oleh guru tersebut dan hasilnya menunjukkan bahawa kesemua pihak yang terlibat di daalm masalah tersebut termasuk ibu bapa murid yang dirotan berpuas hati dengan tindakan yang diambil dimana guru tersebut telah diberikan surat amaran supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama kelak. Guru besar ini telah menunjukkan ciri-ciri gaya kepimpinan yang baik kerana beliau dapat memimpin berdasarkan sifat semulajadi yang dimiliki olehnya.

Sikap guru besar ini turut dapat dilihat di dalam teori kepimpinan tret dimana berdasarkan teori ini, dapat dinyatakan bahawa guru besar sekolah ini mempunyai tret kepimpinan yang sangat baik. Teori ini mengatakan bahawa seseorang individu itu akan memimpin berdasarkan tret yang dimilikinya.Gaya kepimpinan yang telah ditunjukkan membolehkan beliau membezakan dirinya dengan guru-guru di sekolah dengan cara yang lebih berhemah. Stodgill (1974) telah mengenalpasti tret-tret tertentu seseorang pemimpin dan gaya kepimpinan demokrasi yang telah diamalkan oleh guru besar ini menunjukkan bahawa beliau mempunyai tret menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi, dapat bekerjasama, boleh membuat keputusan dan tahan terhadap tekanan. Tret pemimpin demokrasi yang telah diamalkan ini membuatkan semua guru di sekolah tersebut sentiasa selesa untuk memberikan perkhidmatan tanpa sebarang masalah.

Selain itu, gaya kepimpinan demokrasi ini juga dapat dilihat apabila saya hendak melaksanakan Kem Sinar Kasih bersama murid pemulihan dimana objektif pelaksanaan kem tersebut adalah untuk membolehkan muridmurid melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah. Sesi kolaborasi dengan guru besar bagi mendapatkan pengesahan kertas cadangan yang telah

11 | P a g e

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR dilaksanakan menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demokrasi ini telah diamalkan dengan sebaik mungkin. Hal ini kerana, beliau menyambut baik cadangan kami dan meminta pendapat berkaitan dengan pelaksanaan kem yang hendak dijalankan. Setelah kami mengutarakan pendapat, beliau telah memberikan cadangan-cadangan bernas bagi melancarkan lagi perjalanan kem tersebut. Selain itu, beliau juga sangat bersetuju dengan pendapat yang telah kami berikan dan harapan yang begitu tinggi diberikan bagi memastikan kem ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Perkara ini menunjukkan bahawa walaupun beliau memegang jawatan besar di sekolah tersebut, beliau masih menerima pendapat pihak lain. Ini kerana, beliau merupakan seorang pemimpin yang sentiasa memastikan bahawa setiap perkara dapat

dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Beliau telah menerima hasil kertas cadangan yang dilakukan dan penambahbaikan telah kami lakukan di dalam kertas kerja Kem Sinar Kasih. Hasil kolaborasi bersama dengan guru besar telah menjadikan pelaksanaan Kem Sinar Kasih ini begitu lancar dan medapat pujian daripada pelbagai pihak. Pengalaman yang berlaku ke atas diri saya sendiri ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demokrasi ini sangat baik untuk dilaksanakn oleh sesesorang pemimpin kerana dengan adanya pertukaran pandangan dan pendapat, sesuatu situasi itu akan menjadi lebih sempurna. Gaya kempimpinan demokrasi ini merupakan satu daya

kepimpinan yang menjadikan persekitaran sesebuah sekolah lebih mesra dimana semua ahli di sekolah tersebut berpeluang untuk menyatakan pendapat dan pandangan mereka berdasarkan sesuatu perkara. Kepuasan kerja juga dapat ditingkatkan kepada tahap yang paling maksimum kerana guru besar memastikan bahawa semua pihak dibenarkan untuk bersuara bagi memberikan pendapat masing-masing terhadap sesuatu situasi.

Gaya kepimpinan demokrasi yang telah diamalkan oleh guru besar ini juga adalah berasaskan teori kepimpinan moral dimana sikap beliau yang sentiasa mendengar pendapat dan pandangan pihak lain ini telah disokong oleh Sergiovannni (1992) yang menyatakan bahawa kepimpinan moral adalah sebagai satu bimbingan yang memotivasikan orang lain melalui prinsip dan pegangan nilai yang terpuji. Sikap guru besar yang sentiasa bersedia menerima pendapat saya berkaitan dengan pelaksaan Kem Sinar Kasih ini membuatkan sya lebih bermotivasi untuk menjayakan kem tersebut dengan sebaiknya. Oleh itu, dapat dinyatakan bahawa gaya kepimpinan demokrasi

12 | P a g e

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR yang diamalkan sememangnya dapat memotivasikan pihak lain untuk bekerja dalam keadaan yang lebih baik

Gaya kepimpinan demokrasi yang telah diamalkan oleh guru besar ini sememangnya memberikan kesan terhadap gaya kerja organisasi di sekolah ini kerana guru-guru di sekolah ini bekerja dengan bersungguh-sungguh dan secara tidak langsung memperkembangkan lagi profesion keguruan ini. Perkara ini turut dinyatakan di dalam kajian yang dilakukan oleh Sapora Sipon di dalam artikel Gaya Kepimpinan Dengan Kepuasan Kerja Guru : Ke Arah Perkembangan Profesioan Keguruan dimana hasil dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demoktarik yang diamalkan

menyumbang kepada kepuasan kerja yang tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan tahap profesionalisme keguruan itu sendiri. Hal ini

menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demokratik ini mampu menjadikan seseorang itu lebih berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan sepertimana yang dinyatakan oleh Morse dan Reimer (1956) yang mendapati bahawa pentadbir yang bersifat demokratik mempunyai tahap kepuasan kerja yang lebih tinggi.

Sehubungan dengan itu, dapat dinyatakan bahawa gaya kepimpinan demokratik yang telah diamalkan oleh guru besar ini telah menjadikan guru guru di sekolah tersebut berasa lebih selesa, bersemangat dan bermotivasi untuk bekerja dan memberikan kepuasan kepada mereka terhadap setiap tugas yang dilakukan. 3.2 Gaya Kepimpinan Autokratik Blake & Mouton (1964) menyatakan bahawa gaya kepimpinan autokratik ini adalah apabila seseorang pemimpin yang sangat mementingkan pelaksanaan sesuatu tugas dan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Gaya kepimpinan autokratik ini telah dapat saya lihat di dalam satu situasi dimana guru besar ini telah meminta pembantu murid prasekolah di sekolah tersebut untuk memadam kembali hasil lukisan mural yang telah dilakukan di ruang makan kelas tersebut. Pemerhatian yang telah saya lakukan menunjukkan bahawa guru besar ini merupakan seorang guru besar 13 | P a g e

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR yang sangat mementingkan persekitaran yang cantik dan jika sesuatu perkara tidak memenuhi citarasa beliau, maka perkara tersebut perlulah diperbaiki dengan secepat mungkin. Ciri-ciri yang beliau tunjukkan ini membuktikan bahawa belaiu mempunyai gaya kepimpinan autokratik kerana beliau akan membuat keputusan penuh terhadap beberapa perkara tertentu terutamanya perkara-perkara yang melibatkan keceriaan sekolah. Sikap guru besar yang mementingkan aspek kecantikan dan kekemasan ini turut dilihat di dalam teori kepimpinan tret dimana menurut Stodgill (1974), guru besar ini mempunyai tret kepimpinan dominasi dimana beliau telah mendominasi sesuatu perkara tertentu bagi mendapatkan kepuasan terhadap perkara yang dilakukan. Hasil pemerhatian yang telah dilakukan juga menunjukkan bahawa pembantu murid di prasekolah tersebut merasa kurang senang dengan tindakan yang telah diambil dan menyebabkan mereka merasa kecewa dan tidak mahu mengambil sebarang bahagian lagi di dalam aktiviti sekolah. Perkara ini menunjukkan bahawa guru besar ini telah membuat pembantu murid tersebut merasa kurang selesa terhadap pekerjaan dilakukan. Perkara ini turut disokong oleh Surainah Suweh (2001) terhadap kajian yang telah dilakukan di sebuah sekolah menengah daerah Tamparuli Sabah yang menunjukkan bahawa pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan yang autokratik membuatkan guru di sekolah tersebut mempunyai tahap kepuasan kerja yang sederhana. Shahrul Arbaiah Othman (1997) di dalam kajian yang dilakukan turut menyokong bahawa kepimpinan autokratik yang diamalkan membuatkan sebilangan besar pensyarah Politeknik Kota Bharu merasai kepuasan kerja pada tahap sederhana. Sehubungan dengan itu, sikap guru besar yang terlalu tegas terhadap soal keceriaan akan mengurangkan kepuasan kerja guru di sekolah tersebut dan membuatkan mereka merasa sukar untuk melibatkan diri di dalam projek keceriaan sekolah. Pemerhatian yang telah dilakukan juga menunjukkan bahawa gaya kepimpinan autokratik ini turut dilaksanakan dalam situasi tertentu seperti soal menghadiri kursus atau seminar yang tertentu. Pembantu murid prasekolah pendidikan khas di sekolah tersebut telah memberikan alasan untuk tidak menghadiri kursus pengendalian makanan yang dilaksanakan di Hospital Besar Daerah Kajang. Alasan yang diberikan tidak diterima oleh pihak guru besar dan beliau memberikan arahan kepada guru tersebut untuk tetapi hadir ke kursus itu. Alasan yang telah diberikan oleh pembantu murid tersebut begitu kukuh kerana beliau perlu menjaga ibunya yang sakit pada setiap 14 | P a g e

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR hujung minggu kerana saudara lain sibuk bekerja. Gaya kepimpinan autokratik yang kadangkala diamalkan oleh guru besar ini membuatkan guru tersebut tidak dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin dan ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan autokratik ini kadangkala membuatkan seseorang individu itu lebih tertekan di dalam situasi kerja. Dapatan sedemikian adalah selaras dengan hasil kajian yang telah dilakukan oleh AB Majid (2008) untuk mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar di empat buah sekolah rendah di Daerah Hulu Trengganu yang berprestasi tinggi mendapati gaya kepimpinan yang paling dominan daripada persepsi guruguru ialah gaya kepimpinan berorientasikan kejayaan, diikuti oleh gaya kepimpinan penyertaan dan menyokong dan terakhir sekali adalah gaya kepimpinan autokratik. Hal ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan autokratik ini bukanlah satu gaya kepimpinan yang baik untuk dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun, apabila gaya kepimpinan autokratik ini dapat diamalkan di dalam satu sitausi yang bersesuaian, maka secara tidak langsung dapat menjadikan sesuatu perkara lebih lancar. Sebagai contoh di dalam proses pengurusan sistem peperiksaan dimana pengisian markah peperiksaan murid kini dilaksanakan di atas talian. Guru besar telah menetapkan tarikh khusus lebih awal daripada tarikh sebenar bagi semua guru untuk melengkapkan borang tersbeut bagi memudahkan proses pengurusan. Menurut beliau, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana guru yang gagal melengkapkan borang mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Sikap tegas beliau dalam memberikan arahan dan memastikan semua guru mengikut arahan yang diberikan membuatkan kesemua guru telah

menyempurnakan tugas dan memudahkan urusan pengkeranian. Gaya kepimpinan autokratik ini telah membuatkan pelaksanaan sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah dan lancar. Gaya kepimpinan ini dapat dilihat di dalam gaya kepimpinan transformasi dimana menurut teori ini pihak yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasi akan berusaha menggerakkan ahli di bawahnya untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Perkara ini menunjukkan bahawa sekiranya guru besar ini menggunakan kuasa yang ada bagi sesuatu perkara tertentu, secara tidak langsung dapat memberikan impak yang positif terhadap sesebuah organisasi. Kesimpulannya, dapat dinyatakan bahawa gaya kepimpinan autokratik ini apabila digunakan di dalam situasi yang bersesuaian akan memberikan 15 | P a g e

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR impak yang baik terhadap sesuatu perkara kerana kuasa dan arahan yang digunakan dapat menjadi pemangkin terhadap pelaksanaan sesuatu perkara. Justeru itu, gaya kepimpinan autokratik ini memberikan impak yang tersendiri terhadap sistem pengurusan sesebuah sekolah kerana apabila guru besar bijak menggunakan kuasa yang ada, maka lebih mudah ahli untuk memberikan kerjasama yang sebaik mungkin. 3.3 Gaya Kepimpinan Berperikemanusiaan Gaya kepimpinan berperikemanusiaan ini boleh didefinisikan sebagai satu gaya kepimpinan yang berperikemanusiaan dan menunjukkan minat terhadap kakitangannya. Individu yang mempunyai gaya kepimpinan

berperikemanusiaan ini akan mementingkan suasan kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra dalam kalangan semua kakitangan. Mereka juga akan cuba menghindarkan konflik dan menganjurkan

permuafakatan (Blake & Mouton 1964). Pemerhatian yang telah dilakukan pada hari pertama saya

menjejakkan kaki di sekolah ini membuktikan bahawa guru besar ini mempunyai ciri-ciri yang sangat mesra di dalam dirinya yang membuktikan bahawa beliau sedang mengamalkan gaya kepimpinan berperikemanusiaan. Sesi suai kenal bersama dengan guru besar berlangsung dalam situasi yang tidak formal dan beliau bertindak ibarat ayah kepada guru-guru praktikum pada hari tersebut. Sikap beliau yang sangat mesra membuatkan kami merasa sangat selesa untuk berkhidmat di sekolah tersebut. Selain itu,menurut guru-guru si sekolah tersebut, beliau akan menggunakan gelaran kakak bagi semua guru dan staf wanita di sekolah tersebut dan gelaran abang bagi guru dan staf lelaki. Perkara ini menunjukkan bahawa guru besar ini mahu mewujudkan suasana persekitaran yang mesra dalam kalangan kakitangan supaya mereka dapat menerima gaya kepimpinan yang diamalkan. Selain itu, menurut salah seorang guru di sekolah tersebut, guru besar ini sememangnya seorang yang sangat penyayang dan mengambil berat mengenai hal semua pihak samada kakitangan ataupun ahli keluarga kerana beliau merupakan anak tunggal di dalam keluarga. Perkara ini menunjukkan bahawa beliau sememangnya mempunyai tret kepimpinan yang semulajadi seperri yang dinyatakan oleh Stodgill (1975) yang mencirikan tret kepimpinan kepada beberapa perkara tertentu dan salah satu cirinya adalah ciri menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan peka terhadap persekitaran 16 | P a g e

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR sosial. Sikap guru besar yang mesra ini merupakan satu sikap yang lahir ikhlas dari dalam diri beliau sendiri dan merupakan sifat semulajadi yang tidak dapat disingkirkan lagi. Dalam konteks yang sama sikap guru besar yang sentiasa mengambil berat mengenai kakitangannya membuatkan mereka lebih bermotivasi untuk bekerja. Pendekatan yang digunakan sememangnya berjaya kerana dapat dilihat bahawa kesemua guru di sekolah ini melaksanakan tugas dengan jayanya. Perkara ini juga seiring dengan teori transformasi yang menyatakan bahawa pemimpin transformasi

menginspirasikan dan memberi pertimbangan secara individu, beroperasi berasaskan nilai dan seterusnya mempengaruhi pengikutnya untuk beranjak daripada sikap tidak ambil peduli kepada aras motivasi dan komitmen yang lebih tinggi. Teori transformasi ini juga menunjukkan bahawa pemimpin transformasi ini akan menjadi penggerak kepada kejelikitan pengikut untuk mencapai objektif bersama. Perkara ini menunjukkan bahawa amalan mesra yang diamalkan oleh guru besar ini merupakan salah satu cara untuk beliau menggerakkan semua kakitangan sekolah dalam mencapai objektif kejayaan sekolah. Gaya kepimpinan berperikemanusiaan ini juga dapat dilihat di dalam situasi tidak formal seperti semasa waktu rehat pagi dan juga tengah hari. Pemerhatian yang telah saya lakukan menunjukkan bahawa guru besar ini mampu untuk duduk semeja bersama guru atau staf yang lain dan berbual tanpa ada sebarang batasan. Namun, dapat dinyatakan bahawa guru-guru lain masih menunjukkan rasa hormat kepada beliau dan menjaga adab-adab antara seorang ahli dan juga seorang pemimpin. Melalui cara ini, guru-guru di sekolah tersebut dapat menyampaikan sebarang masalah berkaitan dengan hal sekolah secara tidak formal kepada guru besar dan mereka boleh melakukan perbincangan lanjut sekiranya perkara tersebut memerlukan perhatian yang lebih lanjut. Gaya kepimpinan berperikemanusiaan ini menunjukkan bahawa guru besar ini merupakan seorang pemimpin yang disenangi dan diterima oleh guru-guru di sekolah kerana beliau sentiasa mengambil berat berkaitan dengan hal-hal yang berkaitan dengan guru-guru di sekolah. Sikap peka guru besar terhadap semua guru mampu menjadikan tahap kejayaan sekolah lebih memberangsangkan kerana semua guru dapat bekerja dalam keadaan yang harmoni. Perkara ini turut dinyatakan di dalam Teori Situasi oleh Fiedler dimana menurut teori ini, seorang pemimpin yang berkesan dijelaskan dalam tiga dimensi kritikal dan salah satu dimensi 17 | P a g e

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR tersebut adalah hubungan pemimpin-ahli (leader-member relation) iaitu sejauh manakah pemimpin diterima dan disokong oleh ahli. Sekiranya ahli kumpulan menerima pemimpin, pemimpin merasakan bahawa diri mereka dihormati dan dinspirasikan untuk memimpin ahli ke tahap yang lebih berkesan, maka seorang pemimpin itu dikatakan dapat memimpin dengan jayanya. Justeru itu, dapat dinyatakan bahawa gaya kepimpinan berperikemanusiaan yang diamalkan oleh guru besar ini sememangnya dapat mewujudkan suasana kerja yang baik dan persahabatan mesra juga dapat dilihat dalam kalangan kakitangan di sekolah ini. Gaya kepimpinan ini mampu merapatkan lagi silaturrahim yang terjalin dalam kalangan warga sekolah. Hasil dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Azizi Yahaya di dalam artikel Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Hubungannya Dengan FaktorFaktor Kepimpinan Di Sekolah Penerima Anugerah Sekolah Cemerlang Di Negeri Melaka menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang berteraskan berperikemanusiaan ini jelas membantu dalam meningkatkan prestasi sesebuah sekolah. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di dalam Instrumen kajian Leader Behavior Description Questionnair (LBDQ) digunakan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar dari aspek mengarah, bertimbang rasa, penyertaan dan berorientasikan kejayaan, dapat dilihat bahawa aspek bertimbang rasa dan penyertaan mencapai peratusan yang paling tinggi dan ciri-ciri ini dapat dilihat di dalam gaya kepimpinan berperikemanusiaan yang telah diamalkan oleh guru besar. Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa gaya kepimpinan berperikemanusiaan ini memberikan impak yang positif terhadap sesuatu kejayaan organisasi sekolah.

18 | P a g e

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR 3.4 Kesimpulan Secara keseluruhannya, dapat dinyatakan bahawa gaya kepimpinan pelbagai yang diamalkan oleh guru besar ini telah membawa kejayaan kepada sekolah ini kerana beliau dapat mengurus sekolah tersebut sehingga menjadi salah sebuah sekolah terbaik di daerah Kajang. Gaya kepimpinan pelbagai ini turut disokong oleh teori situasi dimana berdasarkan teori ini, seseorang pemimpin itu hendaklah bertindak berdasarkan situasi yang bersesuaian dengan organisasi yang dipimpin olehnya. Hal ini menunjukkan bahawa guru besar sekolah ini telah berusaha untuk bekerja mengikut keperluan kakitangan sekolah. Secara keselurhannya, dapat dinyatakan bahawa gaya kepimpinan demokrasi dan juga gaya kepimpinan berperikemanusiaan ini merupakan antara gaya kepimpinan yang memberikan impak kepada persekitaran sekolah kerana guru-guru dapat bekerja dalam suasana yang lebih mesra. Namun, seseorang pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan sebegini perlulah memastikan bahawa semua guru masih menghormati kepimpinan yang dibawa dan tidka melebihi batasan antara seorang pemimpin dan juga seorang pekerja. Batas-batas ini dapat mewujudkan rasa hormat dalam kalangan kakitangan dan mengekalkan peranan seorang pemimpin. Gaya kepimpinan autokratik ini merupakan gaya kepimpinan mengarah dimana kadangkala gaya kepimpinan ini mampu melancarkan pengurusan sesebuah sekolah namun kadangkala membuatkan kakitangan merasa tidak selesa dengan pimpinan yang dibawa. Sehubungan dengan itu, gaya kepimpinan yang diamalkan pelulah bersesuaian dengan situasi tertentu dan mengambil kira aspek kepentingan kakitangan sekolah. Tuntasnya, dapatlah dinyatakan bahawa gaya kepimpinan yang diamalkan oleh seseorang guru besar menjadi penentu terhadap kejayaan sesebuah sekolah.

19 | P a g e

You might also like