1.

0 PENGENALAN

Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu guru hanya masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru dibebani dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui tentang pengajaran dan pembelajaran termasuklah pengurusan bilik darjah yang efektif. Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani untuk Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana masalah jenayah yang berlaku di luar sana mampu di bendung dari peringkat awal lagi melalui pendidikan di sekolah. Di peringkat sekolah, disipilin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Justeru itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas murid-muridnya supaya berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajran dan pembelajaran dijalankan. Bilik darjah yang berdisiplin boleh disamakan dengan suasana sosioemosi bilik darjah yang harmonis, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan. Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi Tingkah laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan. Namun hanya dua model yang dibincangkan iaitu Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin. Kedua-dua model ini akan dibincangkan dari segi tujuan, cara perlaksanaan, kekuatan dan kelemahan serta ciri-ciri utama model tersebut.

2.0 KONSEP DISIPLIN Perkataan disiplin berasal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud mengajar. Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 ) Selain itu, Chong Leon Keow (2009) pula menyatakan bahawa disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara keterangannnya adalah latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pada tingkah laku. Beliau juga menyatakan bahawa disiplin juga merupakan hukuman yang bertujuan membetulkan atau melatih seseorang murid. Dalam konteks bilik darjah disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin merupakan salah satu aspek semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mok Soon Sang (2012) berpendapat disiplin bilik darjah adalah sebahagian daripada pengajaran yang juga meliputi arahan, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah juga termasuk hubungan dengan ibu bapa murid. Menurut ahli-ahli pendidik, terdapat lima model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru sekolah bagi membentuk bilk darjah yang kondusif. Model-model tersebut ialah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin, Model Terapi Realiti Glasser. Namun hanya dua model disiplin sahaja yang akan dibincangkan iaitu Model Akibat Logikal Dreikurs dan Model Pengurusan Kelompok Kounin.

3.0 CIRI-CIRI UTAMA MODEL DISIPLIN DREIKURS DAN KOUNIN 3.1 MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

Model Pengurusan Bilik Darjah iaitu Model Pengurusan Kelompok dipelori oleh Jacob Kounin. Kounin cuba mengubah corak pemikiran sedemikian dengan mengintegrasikan pengajaran dan disiplin. Kounin terkenal dengan konsep „kesan riak‟. Konsep ini diperkenalkan setelah satu peristiwa dimana beliau sedang mengajar Ilmu Kesihatan. Seorang murid yang duduk di belakang sedah membaca surat khabar yang dibentangkan sepenuhnya sehingga tidak nampak muka beliau. Lalu Kounin pun minta murid yang

berkenaan berhenti membaca surat khabar dan menumpu perhatian kepada pengajaran. Sebaik sahaja murid tersebut akur kepada permintaan Kounin, didapati bahawa murid-murid lain yang juga terlibat dengan tingkah laku yang kurang wajar seperti berbisik-bisik, mengedar nota, dan sebagainya juga berhenti lalu memberi perhatian terhadap kuliah

Kounin. Beliau membuat kesimpulan bahawa apabila seorang murid akur kepada arahan, murid yang lain juga akan ikut bersama. Pendek kata, bukan cara guru bertindak sebagai reaksi terhadap tingkah laku murid tetapi cara bagaimana mereka menangani salah laku yang timbul dalam bilik darjah yang berkenaan (Chong Lean Keow, 2009). Menurut Mok Soon Sang (2012), kounin ialah teoris disiplin dan pengurusan kumpulan. Matlamat teorinya ialah integrasi pengajaran dan disiplin. Beliau berpendapat atribut yang diingini, misalnya kemesraan dan pemahaman tidak akan dapat mengurus bilik darjah dengan berkesan. Mengikut beliau, untuk mengurus bilik darjah dengan berkesan, guru hendaklah menggunakan teknik withitness, bertindih,momentum, kelancaran, peka berwaspada kumpulan, menggalakkan akauntabiliti, format penyertaan tinggi dan kesan gelombang. Teknik-teknik tersebut akan dihuraikan seperti berikut.

3.1.1 WITHITNESS Teknik “Withitness” ialah kebolehan guru mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh semua murid pada setiap masa. Halizan Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), hal ini merujuk kepada kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan dalam bilik darjah pada setiap masa. Sebagai contoh dalam gerak kerja kumpulan, guru ini berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar satu kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalang masalah tersebut daripada menjadi lebih serius. Tambahan lagi menurut Chong Lean Keow (2009), guru seharusnya peka terhadap bunyi dalam bilik darjah. Kerusi dan meja murid disusun supaya tiada yang berselindung. Manakala, semasa memberi bimbingan peribadi, pastikan tidak membelakangkan murid yang lain. Akhirnya, guru sentiasa mengesan salah laku yang timbul agar dapat mengawalnya sebelum bertambah buruk. Sebagai contoh, guru peka dengan dua orang murid yang kelihatan berebut-rebut mendapatkan pen ketika guru sedang mengajar. Hal ini, guru seharusnya menasihati kedua-dua murid tersebut supaya berhenti berbuat demikian dan cuba menyelesaikan keadaan tersebut serta menyiasat terlebih dahulu apa yang telah berlaku. Langkah awal perlu dihindari supaya pergelutan yang berlanjutan akan berlaku dan masalah yang lebih berat akan terjadi.

3.1.2 PERTINDANAN Teknik yang seterusnya ialah pertindanan yang didefinisikan seorang guru dalam mengawal bilik darjahnya dengan menangani lebih daripada satu situasi dengan serentak (Halizan Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, 2009). Sebagai contoh, „Aini terus bacakan jawapan awak, saya dengar. Ida berhenti bercakap dan dengar jawapan Aini‟. Guru yang berkebolehan melakukan tindakan pertindanan ini, boleh mengawal dan menguruskan bilik darjah dengan baik. Hal ini disokong oleh Chong Lean Keow (2009), menyatakan teknik ialah kebolehan guru untuk menangani dengan berkesan dua peristiwa pada satu masa yang sama. Beliau mencadangkan tindakan seorang guru dalam teknik ini iaitu mengajar sambil menumpukan perhatian kepada satu kumpulan dan perlu juga prihatin terhadap apa yang sedang berlaku di sekeliling, misalnya lalu lintas di koridor, gerak geri murid-murid yang duduk di barisan belakang kelas dan sebagainya.

3.1.3 KELANCARAN Kounin juga mencadangkan kelancaran dan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam mengawal salah laku di dalam bilik darjah. Menurut Mok Soon Sang (2012), ciri teknik ini ialah kontinuiti iaitu tanpa sebarang gangguan. Jikalau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancer mahupun tertangguh, murid akan berasa bosan, tidak memberi perhatian dan sebagainya. Guru juga harus mengelak daripada tersekat – sekat dalam penyampaian pengajaran atau menyampaikan pengajaran meleret-leret sehingga keluar daripada sukatan sebenar. Maka Chong Lean Keow (2009) mencadangkan guru haru membuat perancangan awal , tidak mengganggu murid yang sedang membuat kerja dan membantu murid yang menghadapi masalah.

3.1.4 MOMENTUM Mok Soon Sang (2012), berpendapat teknik ini merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran. Guru harus memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid dan meneruskan pengajaran yang lancar. Sesuatu pengajaran mestilah mengambil kira aspek minat, kebolehan dan perkembangan murid. Oleh itu, guru yang baik akan sentiasa memastikan murid tidak berasa bosan dengan pengajaran guru. Malah Chong Lean Keow (2009) mencadangkan guru tidak seharusnya mengulang konsep kecil yang telah difahami. Beliau juga berpendapat guru seharusnya

membetulkan kesilapan murid tanpa membibir . Akhir sekali, guru membenarkan murid bergerak dari satu aktiviti ke aktiviti lain tanpa dipaksa untuk menunggu murid yang agak lambat.

3.1.5 KEPEKAAN KELOMPOK Perkara ini merujuk kepada kebolehan guru untuk mengekalkan penglibatan aktif murid dan mewujudkan minat mereka. Chong Lean Keow (2009) berpendapat guru akan

mengemukakan soalan setelah murid memberi tumpuan. Oleh itu, murid akan mendengar dan mengambil perhatian terhadap pembelajaran tersebut. Hal ini kerana ada sesetengah kelompok murid yang nakal dan seharusnya diberikan perhatian oleh guru sebelum melakukan apa-apa aktiviti. Beliau juga berpendapat guru seharusnya mewujudkan minat murid melalui soalan yang bercorak suspen. Sebagai contoh guru meminta seorang murid menjawab sambil memandang ke arah murid yang lain. Guru juga disarankan untuk mengelilingi kelas sambil meminta murid menunjukkan hasil kerja masing-masing.

3.1.6 MENGALAKKAN AKAUNTABILITI Teknik ini merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka sedang diperhatikan dan ditaksir ( Mok Soon Sang ,2012). Kounin menegaskan guru perlu memahami cara untuk menguruskan bilik darjah mereka. Mereka seharusnya memberikan motivasi kepada murid untuk belajar misalanya sentiasa mengingatkan mereka pemantauan sentiasa dilakukan oleh guru semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku. Hal ini kerana hasil pemerhatian terhadap murid dapat memberi ruang untuk seorang guru sama ada menggunakan strategi pemulihan ataupun pengayaan terhadap murid. Oleh itu, murid akan sentiasa bersungguh-sungguh untuk menjalankan setiap aktiviti yang diberikan oleh guru.

3.1.7 FORMAT PENYERTAAN TINGGI Mok Soon Sang (2012), berpendapat teknik ini menggunakan pelajaran untuk mentakrifkan tingkah laku murid apabila mereka tidak menjawab soalan guru secara langsung. Hal ini merujuk kepada guru memecahkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada bahagian-bahagian kecil. Guru akan melibatkan murid dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang berpusatkan murid. Strategi-strategi lain adalah dengan selalu memanggil murid untuk membuat demonstrasi misalnya. Hal ini kerana terdapat beberapa kumpulan yang tidak

suka menjawab persoalan , maka guru mencari alternatif lain seperti mengalakkan mengalakkan murid melakukan aktiviti di mana secara tidak langsung mereka mengikuti pembelajaran dan menjawab segala pertanyaan guru terhadap mereka. 3.1.8 KESAN GELOMBANG Halizan Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009) berpendapat teguran atau tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku akan turut memberikan kesan kepada murid-murid lain di dalam bilik darjah. Hal ini bermakna sekiranya guru dapat memberikan teguran dan tindakan disiplin kepada murid-murid yang bermasalah dan pada masa yang sama murid-murid lain juga mengambil iktibar daripada tindakan tersebut, maka guru tersebut dikatakan berjaya menguruskan disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan. Kesan gelombang ini berlaku secara efektif apabila guru mempunyai tiga ciri ini semasa menjalankan tindakan mendisplinkan murid iaitu jelas, tegas dan serius. Apabila memberikan teguran, guru perlu menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan. Elakkan daripada memberikan teguran secara umum. Sebagai contoh, guru menegur seperti „‟Kamal berhenti bercakap dengan Johan, buka buku muka surat 28 dan buat latihan A”. Guru juga boleh memberikan arahan atau teguran terhadap salah laku murid dengan memberikan akibat kepada salah laku tersebut dalam arahan. Sebagai contoh, “Lee Meng duduk di tempat awak atau saya akan potong markah kumpulan awak 5 markah”. Sekiranya cara ini dilakukan dengan tegas dan berkala untuk semua murid, murid-murid akan mendapat mesej cara pengurusan guru di dalam bilik darjah. Untuk memudahkan pengetahuan mengenai model ini, berikut merupakan ciri-ciri utama Model Pengurusan Kounin dalam bentuk peta minda.

Kesan Gelombang

Withitness Pertindanan

Format Penyertaan Tinggi

Ciri-Ciri Utama Model Pengurusan Kelompok Kounin

Kelancaran

Mengalakkan Akauntabiliti

Kepekaan Kelompok

Momentum

Peta Minda 1 : Ciri-Ciri Utama Model Pengurusan Kelompok Kounin

4.0 MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS Model ini telah dipelopori oleh Rudolf Dreikurs. Menurut Halizan Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), model ini menekankan kepentingan guru memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Mereka juga harus diberi autonomi untuk membincangkan salah laku di dalam bilik darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah. Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah tingkah laku. Beliau berpendapat disiplin kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah yang demokratik. Disiplin dapat dilihat melalui murid-murid yang mempunyai kawalan kendiri berdasarkan kepentingan

persekitaran. Maka, disiplin yang berkualiti terbentuk di dalam bilik darjah yang mengamalkan demokrasi, iaitu guru dan murid dapat bekerjasama membuat keputusan dalam pengurusan bilik darjah. Walaubagaimanapun, apabila murid gagal mendapat rasa kepunyaan, kadangkala mereka akan menggunakan cara yang salah untuk memenuhi keperluan tersebut. Mereka akan cuba menarik perhatian guru dan rakan, mencabar kekuasan guru, membalas dendam atau menunjukkan kelemahan. Berikut dijelaskan secara ringkas empat motif utama berlakunya salah laku dalam kalangan murid.

3.1.1 MENDAPATKAN PERHATIAN Menurut Choong Lean Keow (2009), murid inginkan perhatian daripada guru dengan

sengaja supaya membangkitkan kemarahan guru melalui cara-cara seperti berlawak jenaka atau berkelakuan lucu. Mereka juga gemar mengetuk pensel atas meja. Hal ini turut disokong oleh Halizan Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009) yang menyatakan sesetengah tingkah laku mengganggu dilakukan secara aktif da nada juga yang membuatnya secara senyap (pasif) seperti mengusik rakan-rakan tanpa disedari oleh guru atau mengambil barang-barang rakan tanpa kebenaran secara tersembunyi. Maka guru perlu mencari cara untuk memberikan perhatian kepada murid yang mendatangkan kesan yang positif. Guru tidak memberikan perhatian kepada tingkah laku yang diingini. Sebagai contoh, di sebalik kenakalan Abang, guru memuji Abang apabila dia berjaya menyiapkan kerja-kerja dengan baik. Secara tidak langsung guru memberikan pilihan kepada murid sama ada untuk terus membuat perkara yang tidak sepatutnya dan tidak mendapat perhatian atau membuat sesuatu yang disukai guru serta mendapat perhatian. Seterusnya guru bimbing murid untuk memilih cara mendapat perhatian yang betul.

3.1.2 MENCABAR KUASA Sebagai seorang guru, anda mempunyai hak untuk mengekalkan disiplin bilik darjah dan mengawasi tingkah laku murid. Adakalanya tindakan guru menyebabkan murid berasa tertekan dan dipinggirkan. Oleh itu, mereka bertindak mencabar kewibawaan guru seperti enggan memberikan kerjasama. Sebagai contoh, mereka sengaja melanggar peraturan bilik darjah yang ditetapkan dan sengaja lupa untuk membawa buku –buku yang diperlukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam keadaan sedemikian, guru seharusnya cuba mencari jalan penyelesaian. Antaranya menurut Choong Lean Keow (2009), guru cuba kekalkan persekitaran pembelajaran yang positif. Mereka juga harus tenang dalam menangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin. Guru yang mengenal punca kelakuan mereka akan memberi tindak balas yang positif emosi murid.

3.1.3 MEMBALAS DENDAM Menurut Choong Lean Keow (2009), hal ini merujuk kepada apabila murid terasa tidak diberikan layanan yang adil yang ditunjukkan melalui cara-cara seperti mencuri, berlawan, bermusuh-musuhan dan merosakkan harta sekolah. Namun menurut Halizan Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009) pula, dalam sesetengah keadaan ada juga murid yang bertindak membalas dendam secara pasif. Mereka tidak menunjukkan tingkah laku yang

memberontak secara aktif tetapi lebih memencilkan diri, murung, moody, tidak ambil kisah dan beremosi. Ada dalam kalangan mereka yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, guru seharusnya sedar tingkah laku murid yang cuba membangkitkan kemarahan guru dan pihak sekolah adalah disebabkan mereka berasa tertekan dan disakiti. Guru harus mengambil pendekatan yang bijak, cuba mengawal dan memahami emosi yang dialami oeh murid tersebut. Pada masa yang sama , dapatkan kerjasama daripada murid-murid lain untuk tidak meminggirkan murid tersebut dan bersama-sama membantu untuk saling memahami perasaan rakan-rakan mereka di dalam bilik darjah.

3.1.4 MENUNJUKKAN KEKURANGAN Tujuan utama murid yang bertingkah laku sebegini adalah supaya mereka tidak dihiraukan dan dibiarkan dengan dunia mereka sendiri. Mereka akan cuba mencapai matlamat ini dengan menunjukkan kekurangan diri. Sebagai contoh, mereka gagal membuat aktiiti yang disuruh, gagal bekerjasama dalam kumpulan, tidak mencuba atau menolak untuk mengambil bahagian. Dengan itu, guru perlu peka apabila terdapat murid-murid sebegini di dalam bilik darjah. Beri peluang kepada mereka menunjukkan keupayaan dan hargai usaha mereka. Kenal pasti minat mereka tanpa meminggirkan murid-murid lain. Guru perlu sabar dan minta kerjasama daripada murid-murid serta guru-guru lain yang mengajar di dalam bilik darjah tersebut. Guru patut menyedarkan murid dan berbincang dengan murid tingakan salah yang telah diambil dalam suasana yang mesra dan tidak terancam. Menurut Halizan Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), Dreikurs mencadangkan guru boleh bertanya secara langsung kepada murid. Contohnya, „Adakah awak mahu cikgu beri lebih perhatian kepada awak?‟ atau „ Adakah awak cuba untuk menunjukkan bahawa saya tidak boleh memaksa awak membuat latihan ini ?. Peraturan untuk menyelia tingkah laku di dalam bilik darjah perlu dibincangkan bersama oleh guru dan murid. Berikan kesedaran kepada murid, tingkah laku yang diingini akan membawa akibat ang menyenangkan manakala tingkah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan bersama akan membawa akibat yang menyusahkan. Bagi Dreikurs, dendaan tidak patut dijalankan di dalam bilik darjah. Dendaan menunjukkan cara guru membalas dendam terhadap perbuatan murid. Contohnya, murid menyakiti guru, melalui dendaan guru seolah-olah membalas dendam dengan menyakiti hati murid. Dendaan juga menunjukkan kekuasaan mutlak guru. Dendaan selalunya memalukan murid dan mungkin akan membawa kepada kesan yang lebih negatif dan sepatutnya diganti dengan akibat-akibat logikal yang telah dipersetujui bersama antara guru dengan murid.

Untuk memudahkan pengetahuan mengenai model ini, berikut merupakan ciri-ciri utama Model Pengurusan Kounin dalam bentuk peta minda.

Mendapat kan Perhatian

Menunjukkan Kekurangan

Cirii-Ciri Utama Model Akibat Logikal Dreikurs

Mencabar Kuasa

Membalas Dendam

Peta Minda 1 : Ciri-Ciri Utama Model Pengurusan Kelompok Kounin

ANALISIS MODEL YANG DIGUNAKAN UNTUK MENANGANI TINGKAH LAKU SUPAYA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERJALAN DENGAN LANCAR.

Kajian telah dilakukan terhadap 3 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan dalam sebuah kelas Tahun 6 Bunga Raya yang mempunyai tingkah laku tertentu. Tingkah laku pelajar lelaki menunjukkan mereka sering bergaduh, membuli, tidak menyiapkan kerja rumah dan mencuri. Manakala tingkah laku yang ditunjukkan pelajar perempuan pula mereka tidur dalam kelas, bercakap-cakap semasa guru mengajar, makan di dalam kelas dan suka menconteng sesuatu. Jika lihat daripada sudut tingkah laku pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang ditunjukkan, guru boleh menfaatkan Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Akibat Logikal Dreikurs yang merupakan model disiplin yang harus diterapkan terhadap murid-murid tersebut. Hal ini kerana menurut Choong Lean Kiew (2009), Model Pengurusan Kelompok Kounin ini menitikberatkan dari segi strategi dan teknik pengajaran yang dapat mengekalkan minat dan semangat murid untuk belajar tatkala menurut Mok Soon Sang (2012), Model Akibat Logikal Dreikurs yang bermatlamat agar

murid-murid akan belajar secara koperatif, tanpa hukuman atau ganjaran kerana setiap orangnya memberi sumbangan aktiviti dalam bilik darjah. Analisis ini akan dihuraikan dengan mengaitkan model-model berikut kepada dua aspek tingkah laku pelajar dan tingkah laku perempuan. Tingkah laku pelajar lelaki ini lebih sesuai jika Model Akibat Logikal Dreikurs yang digunakan oleh guru dalam menangani masalah tersebut. Menurut Dreikurs, individu yang bertingkah laku buruk adalah akibat kekurangan keperluan kepunyaan dalam, dan memberti sumbangan kepada, sesuatu kumpulan sosial yang berinteraksi dengannya. Untuk memenuhi kekurangan keperluannya, individu itu akan berusaha menggunakan tingkah laku yang tidak diingini untuk mencapai matlamatnya. Oleh itu dapat dilihat tiga orang pelajar lelaki ini menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini berlaku. Maka, guru harus bersiap sedia dengan langkah-langkah yang efektif untuk menangani tingkah laku yang tidak diingini. Berikut merupakan beberapa situasi yang dilakukan oleh pelajar lelaki. Pelajar yang bergaduh sering kali dapat kita lihat di mana-mana sahaja. Menurut Mok Soon Sang (2012), langkah pertama guru berusaha mengenal pasti matlamat tersilaip murid, dengan memberi perhatian kepada responsnnya terhadap tingkah laku buruk itu sambil memerhati bertindak balas muridnya. Sebagai contoh, guru memberikan murid tersebut pilihan sama ada tidak lagi bergaduh antara satu sama lain atau mengalami

kecederaan tubuh badan yang akan dialami dalam pergaduhan. Selain itu juga, guru boleh menenangkan mereka dan menangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin ( Choong Lean Keow,2009). Sebagai contoh, guru harus memberi peluang kepada mereka untuk menceritakan hal sebenar. Guru jangan sesekali membuat keputusan secara terburuburu untuk mengelakkan salah faham. Justeru, guru perlu memberi motivasi kepada kepada ketiga-tiga lelaki ini mengenai keburukan pergaduhan ini. Dengan ini, mereka lebih memahami tujuan dan punca masalah tingkah laku tersebut yang sekadar mengundang masalah sahaja. Seterusnya menurut Mok Soon Sang (2012), guru harus menentang matlamat tersilap itu dengan memberi keterangan yang munasabah, bersama dengan perbincangan logik yang tersilap diaplikasikan. Sebagai contoh, situasi membuli rakan apabila pengajaran sedang dijalankan guru menerangkan bahawa tingkah laku akan membawa akibat yang menyusahkan diri sendiri dan akan menerima balasan yang telah ditetapkan seperti mendapat kerja rumah tambahan atau tidak dibenarkan aktiviti yang disukainya. Bagi Dreikurs, dendaan tidak patut dijalankan di dalam bilik darjah yang hanya menunjukkan cara guru membalas dendam terhadap perbuatan murid. Selain itu juga menurut Choong Lean Keow (2009), Dreikurs percaya bahawa guru harus memberi darjat autonmi dan

tanggungjawab kepada murid-murid. Apabila mereka menyedari akibat tingkah laku bermasalah masing-masing, barulah dapat diminimumkan tingkah laku tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengesyorkan strategi lima langkah sebagai penyelesaian terhadap salah motif yang wujud ini iaitu pastikan motif murid yang berkenaan, bantu dia memahami motifnya, bantu dia gantikan matlamat yang salah dengan yang bermanfaat, galakkan dia bersifat komited terhadap matlamat baru dan bantu dia menyedari konsekuen akibat tingkah lakunya. Selain itu, guru harus mengelakkan rampasan kuasa dengan menarik balik imej autoriti guru, tetapi menurunkan kuasa kepada murid yang bertingkah laku buruk misalnya memberi peluangnya mengarah dan membuat keputusan. Hal ini berkait rapat dengan tingkah laku dalam situasi mencuri barang rakan yang telah dilakukan oleh pelajar lelaki tersebut. Berkemungkinan mereka berasa tertekan dan dipinggirkan. Oleh itu, mereka bertindak mencabar kewibawaan guru seperti enggan memberikan kerjasama dan melanggar peraturan yang ditetapkan (Halizan Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel , 2009). Oleh itu, ketika ini guru harus mengelakkan diri daripada beremosi kepada murid tersebut. Selain itu juga, untuk situasi ini guru juga boleh menggunakan bahan pembelajaran

berbentuk maujud atau berbantukan computer. Hal ini supaya mereka yang tidak ingin melibatkan diri dalam aktiviti kelas sehingga melakukan kerja seperti mencuri ini dapat dihindarkan. Tambahan lagi menurut Choong Lean Keow (2009), model ini menerapkan supaya guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi yang terbuka dan saling hormat-menghormati antara murid-murid. Akhir sekali untuk situasi tidak menyiapkan kerja rumah yang ditunjukkan pelajar lelaki dapat diatasi dengan model ini berdasarkan guru yang senantiasa memberi galakan kepada murid bermasalah dengan memberi peneguhan atas usaha mereka walaupun terhadap sedikit sahaja Hal ini untuk mengelakkan pembelajaran yang kan membosankan mereke sehingga mereka lalai dan tidak berminat untuk menyiapkan kerja. Sebagai contoh, guru akan memberi ganjaran apabila kerja rumah akan disiapkan misalnya memberi hadiah mahupun melakukan aktiviti kegemaran murid tersebut. Guru juga boleh sentiasa memberikan peneguhan positif seperti memberi pujian setelah murid melakukan aktiviti pengajaran misalnya latihan yang diberikan. Hal ini akan menyebabkan murid terasa mereka dihargai dan diiktiraf pencapaian yang dilakukan walaupun dalam kadar yang sedikir. Walaubagaimanapun, model ini yang menekankan strategi yang digunakan adalah guru seharuskan mendapatkan perhatian yang sepenuhnya daripada murid sebelum memberi arahan atau membuat penerangan. Menurut Halizan Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), guru melibatkan murid dangan aktif dalam aktiviti yang berpusatkan murid.

Di samping itu, saya telah memilih Model Pengurusan Kelompok untuk mengatasi tingkah laku pelajar perempuan yang bertingkah laku tidak memberansangkan seperti tidur dalam kelas, bercakap-cakap semasa guru mengajar, makan dan menconteng. Hal ini kerana model ini bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah. Untuk situasi murid yang tidur di dalam kelas, teknik model withitness. Jika dilihat tindakan guru menurut Choong Lean Keow (2009), mereka harus sentiasa peka terhadap bunyi di dalam bilik darjah dan semasa memberi bimbingan pastikan tidak membelakangkan murid yang lain. Hal ini untuk mengelakkan murid mengambil kesempatan untuk tidur. Guru memainkan peranan dalam menangani reaksi terhadap tingkah laku murid. Sebagai contoh guru menegur atau menyuruh rakannya membangunkan rakan yang tidur di dalam kelas tersebut. Situasi seterusnya ialah murid yang bercakap-cakap semasa guru mengajar. Hal ini dapat diatasi dengan menggunakan kesan riak yang terdapat dalam model ini. Apabila seseorang murid yang melakukan tingkah laku buruk yang mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya, teknik ini sangat sesuai digunakan. Kesan gelombang ini dapat memberikan teguran dan tindakan disiplin kepada murid-murid yang bermasalah dan pada masa yang sama murid-murid lain juga mengambil iktibar daripada tindakan tersebut. Namun tiga ciri harus dijalankan semasa tindakan disiplin murid ini dilakukan iaitu terdiri daripada jelas, tegas dan serius. Sebagai contoh, guru melakukan teguran kepada tiga pelajar perempuan berbual yang berbunyi “ Aina, cuba jawab soalan yang cikgu kemukakan sebentar tadi!” dan sambil memandang dua lagi rakannya itu. Hal ini akan menyebabkan kedua-dua rakanya itu akan turut berhenti bercakap dan menumpukan perhatian terhadap soalan yang diajukan kerana takut mereka juga akan ditanya soalan. Walaubagaimanapun, guru harus mengelakkan diri daripada melakukan teguran secara umum tetapi lebih kerap melakukan teguran secara spesifik iaitu berfokus terus terhadap seorang murid yang melakukan tingkah laku yang tidak memberansangkan. Model ini yang terdiri daripada teknik kelancaran. Hal ini menurut Halizan Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009), kelancaran dan pelaksanaan aktiviti dalam bilik darjah memainkan peranan penting untuk mengawal salah laku di dalam bilik darjah. Melihat daripada situasi tingkah laku yang ditunjukkan pelajar perempuan ini iaitu menconteng, kita dapat melihat murid kelihatan bosan dan tidak memberi perhatian. Hal ini kerana mereka tidak faham dan tidak bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran. Oleh itu, guru seharusmya menyampaikan pengajaran yang tidak tersekat-sekat. Mereka juga harus memberikan arahan-arahan yang wajar dan mudah difahami. Maka, murid ini akan teransang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan. Tambahan pula Choong Lean Keow (2009) berpendapat, guru seharusnya merancang awal agar dapat mengawal

berlakunya perkara yang tidak diingini. Guru seharusnya memahami jika selalu menukarnukar tugasan atau memberhentikan tugasan yang seronok dilakukan oleh murid-murid akan mengalakkan mereka untuk tidak terlibat aktif dalam pengajaran. Oleh itu, aktiviti seperti menconteng buku dan kertas akan timbul. Akhir sekali untuk situasai murid yang makan di dalam kelas. Mereka ini merasakan mereka tidak diperhatikan dan pengajaran secara sehala dilakukan oleh guru tersebut. Oleh itu, dengan berpandukan model ini, dalam teknik kepekaan kelompok , tingkah laku ini dapat diatasi dengan mudah. Teknik ini merujuk kepada kebolehan guru untuk mengekalkan penglibatan aktif murid dan mewujudkan minat mereka. Tindakan yang biasanya guru harus lakukan ialah guru sentiasa mengelilingi kelas sambil meminta murid menunjukkan hasil kerja masing-masing (Choong Lean Keow, 2009). Hal ini akan mengelakkan murid untuk melakukan tingkah laku seperti curi-curi makan di dalam kelas kerana mereka selalu diperhati dan guru menunjukkan sikap yang prihatin terhadap mereka di dalam kelas. Dalam teknik ini juga, guru boleh mengemukakan soalan yang bercorak suspen terhadap murid tersebut. Walaubagaimanapun, tindakan lain yang dapat dilakukan ialah guru pergi ke tempat duduk ketiga-tiga murid tersebut sambil berkata “ Anda bertiga masih belum mula lagi. Sila ambil perhatian bahawa anda perlu hantar sebelum anda balik hari ini. Esok kita akan mulakan satu topik bari”. Hal ini untuk mengalakkan mereka meneruskan pembelajaran tanpa disekat dengan tingkah laku seperti makan di dalam kelas. Mereka lebih fokus dan tiada masa melakukan tingkah laku negatif demikian. Justeru, guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap ahli kumpulan mempunyaqi akauntabiliti dalam pembelajaran dan memastikan pembelajaran optimal berlaku. Kesimpulannya, pengurusan disipilin bili darjah yang berkesan perlu mempunyai asas pengurusan disiplin yang kukuh. Oleh itu, guru harus megambil langkah untuk merancang satu bentuk pengurusan disiplin bilik darjah masing-masing. Kedua-dua teori ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk guru merangka saru bentuk pengurusan yang sesuai dengan situasi guru di dalam bilik darjah masing-masing. Sesuatu pengurusan yang berkesan untuk suatu bilik darjah tidak semestinya sesuai untuk semua situasi. Guru harus bijak menilai dan membuat pertimbangan yang menjurus kepada situasi sendiri. Tindakan disipilin yang berkesan ditentukan oleh keupayaan guru untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak wajar dan mengekalkan tingkah laku yang wajar. Pengetahuan yang luas di dalam pengurusan disiplin bilik darjah ditambah dengan pengalaman yang ada akan membantu guru mensintesis satu pengurusan yang kondusif untuk kegunaan sendiri di dalam bilik darjah masing-masing. Sehubungan itu, setiap murid juga perlu faham bahawa tingkah laku mereka mempunyai konsekuen negatif dan positif.

REFLEKSI KENDIRI

Pembuka bicara, pertama sekali saya sangat bersyukur saya kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Apa yang dapat saya gambarkan semasa menerima tugasan ini ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi kewangan,pembahagian masa, pembahagian tugas serta mendapatkan maklumat dan menilai dari pelbagai sumber yang bersesuaian untuk tugasan saya. Namun setelah diberi penerangan daripada oleh pensyarah Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku iaitu Puan Vasuki Muniandy, saya dapat memahami serta memudahkan saya merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dan rakan-rakan telah membahagikan setiap tajuk dalam tugasan tersebut mengikut keselesaan masing-masing. Saya telah mendapat tugasan tentang ciri-ciri Model Akibat Logikal Dreikurs dan Model Pengurusan Kelompok Kounin. Saya dapati bahawa setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami dan dikaji. Pada mulanya, saya sukar untuk memahami teori model disiplin pengurusan tingkah laku ini. Hal ini kerana agak sukar untuk saya mencari maklumat dan mengkaji model disiplin pengurusan tingkah laku ini . Namun, setelah saya memperolehi maklumat daripada senior dan rakan serta berkerja keras mengenali dan mengkaji lebih mendalam mengenai kedua-dua teori kini saya dapat membuat huraian dan menambahkan ilmu saya mengenai teori ini dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Berdasarkan model-model pengurusan disiplin yang telah dibaca, sayadapati, kesemua model yang telah dinyatakan boleh saya gunakan untuk merangka satu bentuk pengurusan yang sesuai dengan situasi disiplin di dalam bilik darjah kelak. Pada pandangan saya sendiri, tidak semestinya saya menggunakan hanya satu model sahaja untuk menyelesaikan sesuatu situasi dalam bilik darjah. Saya rasa, sebagai seorang guru kelak, saya perlulah pandai menggabungkan langkah-langkah dan teknik-teknik yang terdapat di dalam kesemua model yang dinyatakan supaya masalah disiplin murid dapat diatasi dengan berkesan. Sebagai seorang guru, saya perlu bijak mengaplikasikan model yang telah dikaji dengan situasi yang berlaku memandangkan tidak semua situasi atau masalah disiplin yang timbul di dalam sesebuah bilik darjah adalah sama. Gabungan langkah-langkah dan teknikteknik daripada model-model yang bersesuaian sebenarnya, mungkin lebih mudah untuk menyelesaikan masalah disiplin dalam sesuatu situasi.

Antara perkara penting yang saya pelajari dalam kajian ini ialah kesan riak yang merupakan salah satu ciri model pengurusan kelompok kounin. Sebagai seorang guru, kita seharusny bijak untuk mengendali sesebuah kelas apabila tingkah laku yang tidak wajar. Kesan riak ini yang merupakan teguran dan tindakan guru terhadap perlajar yang melakukan kesalahan akan mempengaruhi pelajar lain. Strategi pengurusan Kounin telah membawa galakan pembelajaran yang aktif. Bahkan Strategi beliau telah digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan masa kini kerana kajian menunjukkan bahawa cara beliau adalah paling berkesan dalam pengurusan bilik darjah. Oleh itu, saya sendiri harus menerapkan model ini dalam mengawal tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah kelak. Selain itu juga dalam Model Akibat Logikal Dreikurs yang saya kaji ini saya dapat belajar untuk mengawal disiplin bilik darjah bukan semata-mata dengan hukuman. Hal ini kerana tindakan hukuman guru akan membawa malu kepada murid yang dihukum itu. Dalam model ini, Dreikurs mengalakkan guru untuk percaya strategi paling berkesan menangani masalah tingkah laku ialah pencegahan. Sebagai seorang bakal pendidik juga, dalam model ini telah mengajar saya untuk bertindak secara demokratik dan stail pengajaran dengan menurunkan kuasa kepada murid agar setiap murid dapat menyumbang sebagai ahli bilik darjah. Melalui model ini juga, saya mendapat input yang baharu iaitu semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan . Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar memberikan perhatian kepadanya. Oleh itu, guru harus bersifat sabar dalam menangani masalah tingkah laku pelajar. Kesimpulannya, melalui kajian yang telah saya lakukan mengalakkan saya untuk yakin dalam mengawal tingkah laku di dalam bilik darjah kelak. Hal ini kerana saya telah didedahkan dengan kedua-dua model yang sangat bermakna kepada saya yang akan berdepan dengan murid dalam generasi yang semakin mencabar ini. Tingkah laku dan disipilin yang baik harus saya terapkan di dalam diri pelajar dari awal lagi. Bahkan disiplin yang merupakan suatu jenis latihan yang melahirkan individu supaya menjadi insan yang berakhlak mulia, berfikiran rasional, sanggup mematuhi undang-undang dan hak-hak individu lain, bertanggungjawab serta sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Penghujung bicara, saya begitu bersyukur sekali lagi kepada Tuhan serta gembira kerana dapat juga saya siapkan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun pelbagai halangan terpaksa saya hadapi sepanjang proses melaksanakan tugasan ini .

REFLEKSI TUTORIAL

Kumpulan saya telah ditugaskan untuk menjalankan tutorial yang bertajuk susunan fizikal bilik darjah. Melalui tugasan ini saya dapat mempelajari benda baharu mengenai susunan yang sistematik yang seharusnya diaplikasikan oleh guru di dalam kelas apabila kami terpaksa menjalankan kajian pada bilik darjah yang telah disediakan. Oleh itu, hasil kajian saya mengenai susunan bilik darjah tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu diubah suai untuk memperoleh susunan bilik darjah yang lebih sistematik. Pada pendapat saya, susun atur fizikal di dalam bilik darjah boleh menampak autoriti, stail pengajaran seseorang guru, menimbulkan rasa kepunyaan dan membolehkan interaksi di dalam kelas. Bilik darjah yang teratur, kemas dan bersih dapat memberikan gambaran keselesaan kepada murid dan mereka hendak berada di dalam bilik tersebut. Keadaan ini memberikan kesan kepada kemampuan guru seperti saya akan menguruskan kelas dengan berkesan. Selain itu pelbagai lagi garis panduan yang telah saya pelajari tentang penggunaan ruang di dalam bilik darjah. Antara garis panduan yang telah saya pelajari ialah susunan bilik darjah yang membenarkan guru memantau murid dengan mudah cepat. Hal ini bermaksud susunan mesti memberikan peluang kontak mata antara guru dengan murid. Saya juga harus mengelakkan susunan yang menghalang pergerakan guru ke tempat duduk murid kelak. Selain itu juga, susunan bilik darjah ini merangkumi pemandangan murid yang mesti jelas dan tidak terhalang apabila pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila guru mengajar, murid mesti dapat melihat persembahan guru dengan mudah tanpa mengalih kerusi atau berdiri. Selain daripada itu, tugasan ini telah memberi impak positif kepada saya yang seorang guru harus memberi perhatian kepada pencahayaan, pengudaraan dan perabot. Faktor pencahayaan amat penting. Dalam iklim yang panas dan lembap ini, guru mesti memastikan pintu dan tingkap sentiasa dibuka untuk pengudaraan. Manakala, perabot, khusunya kerusi dan meja mesti mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Untuk tujuan kelesaan, saiz kerusi dan meja mesti sesuai dengan peringkat tahap umur murid.

Di samping itu, kebersihan di dalam bilik darjah harus diambil berat seorang guru. Kebersihan di dalam bilik darjah merupakan tanggungjawab guru dan murid yang menggunakan bilik tersebut. Guru mesti memastikan kelas mempunyai tong sampah, penyapu, bekas pengumpul debu yang disapu. Jadual bertugas perlu disediakan dan guru mesti sentiasa memantau kebersihan kelas, seeloknya sebelum dan selepas pengajaran. Sekiranya meja murid mempunyai ruang penyimpanan, guru perlu menyemak sekurangkurangnya sekali untuk memastikan murid tidak menggunakannya untuk membuang sampah. Kesimpulannya, saya mempelajari sesuatu daripada tugasan yang telah diberikan. Saya harus lebih bijak dengan susunan bilik darjah untuk mendapatkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Walaubagaimanapun, saya berpendapat cara susun atur meja bergantung kepada pendekatan pengajaran dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.

BIBLIOGRAFI

BUKU

Chong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku. Kuala Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Lumpur :

Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMAN SESAWANG

http://www.docstoc.com/docs/29096700/Pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku. Dilayari pada 15 Februari 2013