You are on page 1of 13

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA

Sejauhmanakah kejayaan teori feminisme dalam di dalam perjuangan kaum wanita di Malaysia. 1.0. Latar Belakang Teori Feminisme. Tokoh-tokoh falsafah pada Era Yunani menganggap kedudukan wanita adalah rendah berbanding kaum lelaki. Malahan Thomas Aquinas, seorang ahli falsafah yang kuat pegangan agamanya menyatakan bahawa wanita sebenar tidak lengkap tanda kehadiran lelaki. Dalam tradisi masyarakat bangsa arab sebelum kehadiran Islam, kaum wanita dianggap tidak penting dan dipandang rendah oleh masyarakat malahan bayi perempuan yang baharu lahir juga akan ditanam hidup-hidup. Di barat, pandangan dan tanggapan klasik akhirnya bergoyah pada penghujung tahun 1700-an, apabila kedengaran suara yang meragukan padangan kuno terhadap kaum wanita. Mary Wollstnecraft, seorang pengarang A Vindication Of The Light Of Women (1792) merupakan tokoh wanita terawal yang menyuarakan pandangan bahawa kaum wanita mesti bangun dan tidak hanya bergantung kepada kaum lelaki sahaja. Wollstcraft mendapat ilham berkenaan persamaan hak bersuara lelaki dan wanita dalam kerajaan menerusi tulisan Thomas Paine (1791-1792) dalam bukunya yang berjudul The Right Of Man. Namun, selepas pandangan Mary Wollstnecraft muncul pula Margaret Fuller (18451969) dalam bukunya Women In The 19th dan John Stuart Mill dalam karyanya The Subjection Of Women. Dalam karya-karya ini membincangkan mengenai dominasi lelaki, ideologi yang bersifat phallosentrik dan konsep patriarki yang mula mencabar tradisi dan tanggapan lelaki terhadap biologi wanita dan apabila memasuki abad ke-20, muncul pula Jane Tompkins yang bangkit memperjuangkan ketrampilan wanita. Antara kelompok-kelompok teori feminisme ini dirujuk kepada tiga perkara iaitu Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. Teori Feminisme Amerika lebih memberi perhatian kepada aspek tekstual, manakala Teori Feminisme Britain pula cenderung kepada pengaruh Marxisme dengan mengfokuskan kepada penindasan terhadap kaum wanita. Teori Feminisme Perancis pula menitikberatkan aspek dalam jiwa atau dikenali sebagai psikoanalisis. Jika dilihat ketiga-tiga kumpulan teori ini berbeza dari segi pandangan dan metodologi namun ketiga-tiga kumpulan ini membawa matlamat yang sama iaitu memperjuangkan hak dan menyelamatkan wanita daripada pandangan negatif dan penindasan. Seterusnya, kelompok pendokong teori ini dibahagikan kepada dua era atau dua gelombang. Kelompok gelombang utama bermula dari tahun 1890 sehingga tahun 1920. Kumpulan ini lebih menumpukkan kepada aspek persamaan hak dan .
teori feminisme 1

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA


mereka berjaya mencipta satu bentuk identiti wanita di mana mereka telah mendapat hak yang sah dan kebebasan. Manakala, gelombang kedua pula lebih radikal dengan menuntut kepentingan wanita secara menyeluruh dan ianya dikenali dengan feminisme gender. Seterusnya, feminisme perancis pula tercenderung kepada aspek-aspek kejiwaan wanita. 2.0. Perlaksanaan dasar wanita negara. Perlaksaanaan dasar wanita negara diwujidkan kerana kerajaan telah menyedari pelbagai kepentingan wanita dan mengakui bahawa strategi-strategi yang khusus perlu dibentuk supaya potensi wanita dapat dioptimumkan. Maka, satu usaha diperlukan untuk membantu memberi panduan dan serta hala tujuan dalam penyertaan wanita terhadap proses pembentukkan negara. Maka, kerajaan telah membentuk satu dasar yang khas untuk wanita iaitu Dasar Wanita Negara (DWN) pada tahun 1989. Antara objektif perlaksaan dasar wanita negara ialah untuk menjamin perkongsian yang saksama dai antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat di samping mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan serta mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Malaysia. Antara strategi perlaksanaan yang dijalakan seperti memperkukuhkan Unit Hal Ehwal Wanita (HAWA) sebagai jentara pembangunan negara. Bagi meningkatkan kemajuan wanita, HAWA kini diletakkan di bawah kementerian perpaduan negara dan pembangunan sosial. Jika dilihat dalam satu aspek, tindakan meningkatkan kualiti hawa adalah wajar kerana pembelaan terhadap hal ehwal wanita akan lebih dipertingkatkan. Selain itu, pihak kerajaan telah mengorientasikan dasar dan tindakan agensi kerajaan supaya memasukkan proses perancangan, perlaksanaan dan pengawasan program-program ,mengintegrasikan wanita. Dalam penggubalan dasar, perundangan, peraturan dan program, mestilah melihat implikasi yang akan ditanggung oleh wanita baik dari aspek positif dan negatif. Maka, satu sistem yang komprehensif hendaklah diwujudkan bagi memngelakkan kesan-kesan negatif terhadap dan juga mengesan rintangan dan masalah sama ada dari segi undang-undang, amalan dan tindakan yang wajar diambil. Semua prodram pembangunan mestilah mempunyai strategi yang menguntungkan wanita dalam setiap penglibatan bermula daripada peringkat awal perancangan sehingga diperingkat tempatan dan nasional. Seterusnya ialah, mengadakan pendidikan dan latihan yang bertujuan untuk menyedarkan pihak pentadbiran kerajaan .
teori feminisme 2

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA


mengenai isu wanita. Ianya bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dan komitmen institusi kerjaan, program latihan kepekaan gender sentisizing dipelbagai peringkat hendaklah diadakan secara konsisten. Selain itu, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga harus berusaha melibatkan semua organisasi bukan kerajaan dan badan-badan sukarelawan dalam setiap program yang akan dilaksanakan. Bantuan seperti kewangan, teknikal dan nasihat hendaklah mendapat peruntukkan secara berterusan bagi menggalakkan dan mempertingkatkan perkhidmatan dan kualiti mereka. Ianya juga bertujuan untuk membasmi diskriminasi terhadap wanita. Maka, segala kelemahan-kelemahan undang-undang telah dibaiki dan dikenal pasti. Tumpuan yang lebih juga diberikan kepada kawasan-kawasan yang kurang maju di kawasan luar bandar, wanita yang tidak berdaya dan cacat serta wanita yang diberi peluang pendidikan. Selain itu, kerajaan juga telah membuat peruntukan anggaran belanjawan negara yang perlu untuk peruntukkan yang telah diubah suai bagi memenuhi projek dan pembangunan wanita. Antara pelan tindakan mengikut sektor yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membela dan menaikkan kedudukan wanita ialah mengintegrasikan wanita dalam pembangunan. Dalam mencapai matlamat ini, HAWA akan memainkan peranan dengan mengadakan hubungan dengan semua badan kementerian yang lain. Ini bertindak sebagai pusat penyelarasan, pengesan dan proses isu-isu untuk dikemukakan kepada naciwid untuk mendapatkan pandangan, nasihat dan syor-syor untuk tindakan pihak kerajaan dan pihakpihak lain yang berkenaan. Selain itu, sektor kesihatan juga telah mewujudkan satu dasar kesihatan negara yang mengambil kira keperluan dan taraf kesihatan kaum wanita. Konsep kesihatan yang komprehensif perlu meliputi aspek kesihatan jasmani, mental dan emosi. Maka, satu mekanisma perlu diwujudkan bagi memudahkan penyertaan berbilang sektor bagi menjamin penyerbaran perkhidmatan kesihatan yang adil terhadap setiap kawasan dan menentukkan usaha yang cekap dan berkesan selaras dengan prioriti-prioriti tempatan. Selain itu, ianya juga berperanan dalam menggalakkan perkembangan ilmu dan amalan perubatan cara moden dan tradisional contohnya seperti amalan bidan yang mengikut tradisional. Pihak kerajaan juga mengadakan undang-undang yang dapat memberi perlindungan kepada pesakit daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memberi rawatan dan ubatan serta perlindungan kepada mangsa-mangsa rogol dan keganasan sama ada dalam bentuk keselamatan dan juga daripada publisiti yang menjatuhkan maruah dan keperibadian mereka. .
teori feminisme 3

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA


Selain itu, menurut YB Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Malaysia, penglibatan wanita di dalam arena politik merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi. Memperkasakan wanita di dalam arena politik mempunyai potensi untuk membawa perubahan di dalam masyarakat. Penglibatan mereka di dalam badan-badan pentadbiran di peringkat kebangsaan dan juga tempatan boleh membawa kepada dasar-dasar dan undang-undang yang memfokuskan kepada wanita, kanak-kanak dan keluarga. Tetapi walaupun halangan-halangan untuk menyertai parliman-parlimen peringkat

kebangsaan dan tempatan telah pun dihapuskan hampir di setiap negara, ia masih tidak mencukupi untuk memberikan keseimbangan gender di dalam pentadbiran. Walaupun ruangan dan proses-proses politik telah terbuka, bilangan wanita di dalam jawatan-jawatan yang boleh membuat keputusan masih tidak meningkat secara otomatik. Pada permulaan zaman kanak-kanak, wanita menghadapi diskriminasi yang berbeza daripada peringkat bawahan pendidikan kepada gaya sosial semasa yang meragui kecekapan mereka sebagai pembuat keputusan. Diskriminasi ini, termasuklah beban kerja wanita yang jauh lebih berat, tidak menggalakkan serta menghalang wanita daripada menyertai politik serta meninggalkan kurang masa dan tenaga untuk kehidupan umum. Kerajaan, dengan kerjasama pertubuhan wanita dan parti politik, mempunyai peranan yang penting dalam menyokong kuasa politik wanita. Mereka melakukannya dengan menyokong isu-isu yang sensitive terhadap gender di kalangan pegawai atau menubuhkan forum-forum dasar yang komprehensif, seperti kementerian wanita dan biro-biro. Sungguhpun begitu, pandangan serta tindakan terhadap gender yang berubah dalam kerajaan dan politik, walaupun berjaya, harus disusuli dengan sumber-sumber yang bersesuaian termasuklah kemahirankemahiran yang sepatutnya. Penglibatan wanita di dalam badan perundangan negara, kerajan tempatan dan proses-proses keamanan bukan sahaja dapat merubah keadaan politik semasa ia juga merubah masa depan, memandangkan dengan adanya wanita di dalam arena politik juga akan mengubah pandangan masyarakat terhadap wanita dan gadis dan peranan mereka di dalam membuat keputusan.

.
teori feminisme 4

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA


3.0. Pendidikan, latihan dan pekerjaan. Dari aspek pendidikan dan latihan, terdapat peruntukan undang-undang yang menghapuskan gambaran-gaambaran yang boleh merendahkan imej dan maruah wanita. Keterbukaan aspek pendidikan dan latihan tanpa mengira gender telah memberi peluang kepada wanita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi contonya dalam aspek pendidikan di ipta serta penglibatan wanita dalam pendidikan yang berunsurkan latihan contohnya sebagai juruterbang, mekanik dan pelumba kereta. Buktinya dalam laporan perangkaan pendidikan malaysia yang menunjukkan perbezaan berkenaan sudah berlaku sejak 1980an. Pada 1992, kemasukan pelajar wanita ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) jauh lebih tinggi berbanding lelaki pada 1982. Hal ini mungkin disebabkan oleh kesedaran ibu dan bapa untuk menghantar anak perempuan ke sekolah sekitar tahun 1970-an rentetan daripada kempen pendidikan yang dijalankan pada ketika itu. Menurut Ali Suradin, Juliana Mahpol Dan Fara Nur Asma Dalam Jurnal Seminar Wanita Era Baru (2005), menyatakan bahawa sebelum 1970-an, penyertaan kanak-kanak perempuan ke sekolah tidak memberangsangkan kerana ideologi masyarakat pada masa tersebut yang beranggap kanak-kanak perempuan hanya layak di dapur dan tidak dilihat sebagai anak yang membantu keluarga kerana akan meninggalkan keluarga dan mengikut suami apabila mereka berkahwin kelak. Namun, setelah merdeka, kerajaan telah mewujudkan satu dasar yang mementingkan setiap sumber tenaga yang ada bagi pembangunan negara termasuk sumber tenaga wanita. Manakala, penglibatan wanita dalam pendidikan yang berbentuk latihan seperti vokasional menunjukkan peratusan yang memberangsang dimana menurut Mohamed Rashid Navi Bax dalam Ali Suradin, Juliana Mahpol Dan Fara Nur Asma Dalam Jurnal Seminar Wanita Era Baru (2005), berdasarkan penemuan kajian graduan Politeknik ynag dilakukan pada tahun 2003, mendapati peratusan pelajar yang bergraduasi adalah sebanyak 57 peratus bagi pelajar lelaki manakala pelajar perempuan adalah sebanyak 45.9 peratus. Keputusan ini menunjukkan satu kejayaan yang besar kerana bidang yang ditawarkan oleh Politeknik memerlukan kemahiran tertentu dalam bidang perindustrian, pertanian dan pertukangan. Selain itu, dalam Program Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasioanal di UTHM sesi 2004/2005 menunjukkan hanya sebelas orang pelajar lelaki daripada lima puluh empat orang jumlah pelajar secara keseluruhannya. Walaupun begitu, mereka masih perlu untuk menjalankan kursus yang memerlukan tenaga fizikal seperti lelaki dan tenaga kerja di bengkel. Peranan yang dimainkan oleh pekerja wanita terutamanya sama ada pada peringkat bawahan seperti buruh sehingga ke peringkat pemimpin .
teori feminisme 5

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA


membawa makna yang besar kepada sebuah negara yang sememangnya memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja mahir tetapi berkebolehan memikul tugas yang diamanahkan. Menurut Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam

Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Jimilah Harun, dalam Ali Suradin, Juliana Mahpol dan Fara Nur Asma Dalam Jurnal Seminar Wanita Era Baru (2005), pekerja wanita diakui lebih teliti, cerewet dan jujur dalam melaksanakan tugasannya. Perubahan dalam penglibatan pola kerjaya wanita juga ketara kerana wanita turut turun padang bagi industri minyak dan gas. Dalam jurnal yang berjudul Jurutera Wanita Khidmat Mereka Teruji menyatakan bahawa kini penglibatan wanita dalam syarikat esso malaysia adalah sebanyak sepuluh peratus. Secara amnya, kejuruteraan merupakan profesion yang mencabar dan perlu diteroka oleh kaum wanita namun mereka harus kebal dari sudut fizikal dan mental. Manakala dalam sektor pekerjaan Di Malaysia, penglibatan wanita-wanita di dalam bidang pekerjaan, walaupun masih rendah, telah meningkat daripada 44.7 peratus pada tahun 1995 kepada 47.3 peratus pada tahun 2004. Semakin ramai wanita-wanita kini yang terlibat di dalam sektor pekerjaan, peningkatan yang amat ketara apabila sektor perindustrian berada di tahap yang tertinggi pada tahun 1980-an.

Sumber carta: laporan Malaysia- mencapai matlamat pembangunan milenium. Inisiatif-inisiatif oleh pihak Kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan terhadap laluan kepada pendidikan pada tahap yang tinggi telah membantu memberikan kekuatan kepada .
teori feminisme 6

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA


sejumlah peratus wanita-wanita Malaysia yang lebih besar, dan lebih banyak lagi telah diperhatikan bergerak menuju pekerjaan-pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Menurut statistik yang didapati daripada kajian semula Rancangan Malaysia ke-8 yang telah dilakukan pada jangka masa pertengahan, bilangan wanita yang telah menjadi pembuat undang-undang, pegawai atasan dan pengurus telah meningkat daripada 5 peratus pada tahun 2000 kepada 5.3 peratus pada tahun 2002. Usaha-usaha untuk membuat pengiraan terhadap kerja-kerja yang tidak berbayar telah mendapati bahawa wanita-wanita menjalankan kerja penjagaan yang lebih tinggi (75 peratus daripada wanita berbanding dengan 24 peratus lelaki), yang berjumlah kira-kira 76 bilion ringgit, atau 12 peratus daripada Jumlah Kasar Produk Domestik (GDP) Malaysia. Kemiskinan di kalangan rumahtangga yang diketuai wanita telah berkurangan disebabkan program-program menjana pendapatan untuk ibu-ibu tunggal dan miskin serta

menyumbangkan tempat tinggal yang asas dan selamat kepada golongan yang disasarkan. Pertambahan bilangan wanita di dalam pasaran buruh akan memerlukan mereka mengimbangi tanggungjawab mereka di tempat kerja dengan keluarga yang bersaing rapat di antara satu sama lain. Pengurusan masa yang fleksibel di tempat kerja, kemudahan-kemudahan penjagaan anak-anak yang selamat dan berkualiti tinggi serta termasuklah teleworking yang akan menyokong penglibatan tenaga kerja wanita yang meningkat. Kekurangan dalam kemahiran pengurusan dan profesional selalunya menjadi penghalang kepada peluang-peluang untuk wanita maju kepada jawatan-jawatan profesional yang lebih tinggi. Peluang latihan pendidikan serta vokasional untuk wanita perlu untuk menggalakkan penglibatan mereka dalam lapangan-lapangan yang membawa kepada pekerjaan-pekerjaan yang berpendapatan tinggi dalam kesemua sektor. Wanita secara umumnya kekurangan kemudahan kepada maklumat pinjaman dan pasaran untuk mempertahankan perniagaan mereka,

.
teori feminisme 7

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA


4.0. Peruntukan undang-undang. Di dalam peruntukkan undang-undang, kerajaan telah menyemak dan meneliti undangundang yang dirasakan kurang sesuai dan kerajaan melibatkan wanita dalam penggubalan pelaksanaan undang-undang yang baharu. Menurut undang-undang hak asasi manusia, semua manusia dilahirkan dengan kebebasan dan mempunyai hak yang sama. UN Declaration of Human Rights All human beings are born free and equal in dignity and rights Art 8 (1) Federal Constitution All persons are equal before the law & entitled to the protection of the law Selain itu, pihak kerajaan juga mengadakan biro pengaduan dan nasihat yang bertujuan untuk membantu golongan wanita yang ditindas. Perlembagaan persekutuan member peruntukan bahawa manusia adalah sama di sisi undang-undang namun begitu di bawah perkara 8(2) tidak mengiktiraf bahawa seks tidak boleh dijadikan asas diskriminasi. Walaupun begitu, dari segi dasarnya, kerajaan Malaysia dengan rasminya telah memberikan komitmen bahawa wanita dan lelaki mempunyai taraf yang sama seperti yang dinyatakan dalam rancangan Malaysia keenam, dasar kebangsaan wanita 1989, rancangan tindakan wanita dan pembangunan 1997, ratifikasi konvesyen pbb mengenai penghapusan diskriminasi ke atas wanita 1995 (pdkw) dan penerimaan perisyitiharan Beijing muktamar sedunia tentang wanita dan dasar tindakan. Pkdw yang menjamin hak-hak kemanusiaan wanita berdasarkan prinsip persamaan antara lelaki dan wanita. Justeru itu, kerajaan Malaysia bertanggungjawab sekiranya hak-hak wanita dinafikan oleh sesiapa di Malaysia. Didalam dasar wanita Selama berpuluh-puluh tahun pertubuhan-pertubuhan wanita telah berkempen untuk meminda undang-undang yang mendiskriminasi wanita. Pada tahun 1985, dengan inisiatif beberapa pertubuhan wanita, National Council of Women's Organisation (NCWO) telah

mengemukakan satu memorandum kepada kerajaan memohon supaya beberapa undangundang yang mendiskriminasi dipinda, seperti: Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961, Akta Pembahagian Harta Pusaka 1958, Akta Pekerjaan 1955, Akta Cukai Pendapatan, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, Ordinan Imigresyen 1959 dan undang-undang berkaitan dengan rogol. Tiga belas tahun kemudian, hanya Akta Pembahagian Harta Pusaka , Akta Cukai .
teori feminisme 8

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA


Pendapatan dan undang-undang berkaitan dengan rogol sahaja yang telah dipinda. Akta Penjagaan Kanak-kanak akan dipinda tidak lama lagi untuk memberikan wanita hak penjagaan yang sama. Ini bermakna, reformasi undang-undang yang lainnya belum lagi dilaksanakan. Dalam bidang undang-undang Syariah, pertubuhan-pertubuhan wanita telah mengemukakan tiga memorandum utama kepada kerajaan untuk mereformasikan undang-undang keluarga Islam, undang-undang jenayah Syariah dan juga pentadbiran sistem pengadilan Syariah bagi menjamin kesaksamaan dan keadilan bagi semua pihak, iaitu wanita dan juga lelaki. Undang-undang Mendiskriminasi Wanita Diskriminasi yang terdapat dalam undang-undang sivil dan Syariah gagal menepati keperluan-keperluan wanita, dan juga ianya tidak mencerminkan penceburan serta sumbangan wanita terhadap masyarakat dan ekonomi negara. Contohnya, Ordinan Imigresen tidak memberikan hak kerakyatan kepada suami asing wanita Malaysia, manakala isteri asing lelaki Malaysia boleh diberikan kerakyatan. Walaupun begitu, isteri asing lelaki Malaysia itu masih juga terdedah kepada diskriminasi, kerana hak-hak kewarganegaraan mereka tertakluk kepada budi bicara suami mereka. Maka itu dalam kes-kes keganasan rumahtangga, penceraian atau pengabaian isteri, para isteri asing boleh diisytiharkan sebagai penduduk haram di bawah undang-undang imigresyen sekiranya suami mereka tidak memohon status yang sah untuk tinggal di negara ini. Manakala beberapa undang-undang yang lain pula perlu dipinda lagi untuk mencapai hak-hak yang sama, seperti Akta Cukai Pendapatan. Walaupun ianya telah dipinda supaya taksiran berasingan antara suami dan isteri boleh dilakukan, namun masih terdapat diskriminasi di dalamnya. Ini kerana pihak isteri tidak dibenarkan menolak dari cukainya bagi membiayai suami yang tidak bekerja atau yang bekerja di rumah atau untuk menyara anak-anak mereka. Ini disebabkan bahawa peruntukan pembiayaan anak-anak hanya diperuntukkan kepada pendapatan suami sahaja. Kempen gigih untuk Akta Keganasan Rumahtangga akhirnya telah berjaya digubal pada tahun 1994, dan telah terlaksana dua tahun kemudiannya. Namun begitu, kerana ianya tertakluk kepada Kanun Keseksaan, maka itu pelbagai masalah perlu pula dihadapi oleh mangsa-mangsa keganasan rumahtangga untuk mendapatkan perlindungan. Antara masalah.
teori feminisme 9

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA


masalah ini ialah rintangan birokrasi dan diskriminasi gender. Dengan itu kumpulankumpulan wanita merasa wajar untuk menyampaikan memorandum kepada kerajaan agar beberapa pindaan dapat dibuat pada akta tersebut untuk mengemaskan peraturan dan prosedur supaya perlindungan yang secukupnya dengan cepat dan mudah dapat diberikan kepada pihak mangsa. Dalam bidang undang-undang Syariah pula, wanita Islam mengalami kesulitan untuk mendapatkan penyelesaian dalam kes-kes penceraian, poligami, penjagaan, nafkah dan hakhak harta benda. Masalah wujud pada dua bidang utama: masalah pemahaman dan pentafsiran Syariah itu sendiri dan ketidakselarasan undang-undang keluarga antara negeri-negeri di Malaysia yang mendorong ke arah peruntukan undang-undang dan standard perlaksanaan yang berbeza-beza. Maka itu, halangan poligami dalam sesuatu negeri boleh diatasi dengan menikah di negeri yang lain yang mempunyai syarat yang longgar mengenainya. Pegawai yang mentadbir dan melaksanakan undang-undang itu lazimnya prejudis terhadap wanita kerana kepercayaan peribadi mereka bahawa wanita dan lelaki tidaklah setaraf di dalam Islam. Oleh itu, walaupun undang-undang mungkin memberikan wanita hak-hak yang sama, namun perlaksanaannya adalah selalunya berat sebelah dan mendiskriminasi wanita. Selain itu, dwisistem perundangan iaitu sistem mahkamah sivil dan sistem mahkamah Syariah, telah membuatkan bidang kuasa mereka berlapis-lapis dan kadangkalanya berkonflik. Antara konflik undang-undang sivil dengan undang-undang Syariah ialah di bidang hukum keluarga dan jenayah, yang telah menyebabkan kesukaran kepada wanita serta mendedahkan pihak wanita kepada kelemahan. Contohnya, ada undang-undang yang telah digubal tetapi tidak diselaraskan untuk kedua-dua sistem ini untuk manfaat wanita Islam dan bukan Islam. Insiden baru-baru ini ialah keputusan kerajaan untuk meminda Akta Penjagaan bagi memberikan hak penjagaan yang sama kepada wanita bukan Islam, tetapi tiada usaha yang serupa untuk memberikan hak yang sama kepada wanita Islam yang tertakluk di bawah undang-undang keluarga Islam. Bidang kuasa yang berlapis juga membawa kepada konflik dan kerumitan apabila salah seorang dari pasangan suami isteri itu memeluk agama Islam, kerana ia memberikan kesan terhadap hal-hal penjagaan, nafkah anak-anak dan hak harta benda. Dalam bidang jenayah pula seperti dalam kes rogol bawah umur, perlindungan kanakkanak di bawah Kanun Keseksaan bertentangan dengan peruntukan undang-undang Syariah

.
teori feminisme 10

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA


negeri yang menuntut bahawa kanak-kanak yang sama boleh didakwa kerana hubungan seks haram atau mengandung di luar nikah. Manakala undang-undang dan dasar yang adil perlu digubal, perlu juga usaha-usaha bersepadu dilakukan untuk mendidik wanita akan hak-hak mereka, serta memupuk peluang supaya mereka mudah untuk mendapatkan hak-hak itu. Terlalu lazim bahawa norma masyarakat, amalan budaya dan prasangka melanggar hak undang-undang yang telah diperuntukkan untuk wanita. Fenomena berat sebelah berdasarkan jantina dalam keputusan kes-kes mahkamah sivil dan juga Syariah melanjutkan lagi ketidakadilan yang dihadapi oleh wanita. Tindakan: 1. Melaksanakan dengan sepenuhnya Dasar Kebangsaan Wanita, PDKW dan Dasar Tindakan Beijing, serta meminda perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengiktiraf bahawa seks tidak boleh dijadikan asas diskriminasi. 2. Mengkaji semula serta pinda semua undang-undang sivil dan Syariah, termasuk prosedur-prosedur yang mendiskriminasi wanita, setelah bermusyawarah secara terbuka dan telus dengan pertubuhan-pertubuhan wanita, dan berasaskan kepada beberapa memorandum yang telah dikemukakan oleh pertubuhan-pertubuhan wanita kepada kerajaan. 3. Meminda Undang-undang Keluarga Islam yang mendiskriminasi wanita, supaya ianya benar-benar berlandaskan kepada prinsip-prinsip kesaksamaan, keadilan, kemerdekaan dan ketatasusilaan sebagaimana yang terdapat di dalam Al-Quran. 4. Menyelaraskan semua Undang-undang Keluarga Islam bagi semua negeri dan selesaikan konflik bidang kuasa antara undang-undang sivil dengan undang-undang Syariah. 5. Mewujudkan mahkamah Keluarga untuk menangani kes-kes keluarga Islam dan bukan Islam dan melantik hakim-hakim wanita ke mahkamah Syariah. 6. Memberikan kemudahan latihan peka gender untuk semua pegawai perundangan, hakim dan penguatkuasa yang memberi khidmat kepada wanita. .
teori feminisme 11

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA


5.0.Kesimpulan Tuntasnya, teori feminisme telah membawa kepada perubahan kaum wanita di Malaysia kerana jika dilihat sebelum 1980-an, tanggungjawab dan peranan seorang wanita hanya di rumah dan menguruskan rumah tangga sahaja. Tahap pendidikan dalam kalangan wanita juga amat rendah kerana ideologi masyarakat malaysia pada suatu ketika dahulu amat sempit. Bagi mereka, hanya anak lelaki yang dapat mengubah dan menjadi tempat bergantung keluarga contohnya seperti ideologi masyarakat cina yang sangat mengharapkan anak lelaki dalam keturunan mereka dan anak perempuan dibiarkan terabai. Namun selepas kemerdekaan, kerajaan mula melihat kepentingan wanita dalam pembangunan negara, maka, banyak usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan agar golongan wanita juga dibenarkan untuk berdiri sama tinggi dengan golongan lelaki. Macapada ini, bukan perkara asing lagi jika, di institusi pengajian sama ada teori mahupun pengajian berbentuk latihan di monopoli oleh golongan wanita. Hal ini kerana tiada diskriminasi yang dijalankan terhadap golongan wanita di dalam sektor pekerjaan. Jika dilihat, ramai golongan wanita yang melibatkan diri dalam pertahanan negara, terlibat dalam sistem pemerintahan negara dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Untuk mendapatkan kemajuan bagi sesebuah negara, ianya bukan dilihat daripada aspek gender tetapi kebolehan dan keinginan mereka untuk melakukannya. Selain itu, pelbagai kelebihan juga diberikan kepada golongan wanita contohnya seperti cuti bersalin, peruntukan undang-undang, koc untuk wanita dan sebagainya. Jika dilihat ramai wanita yang telah berjaya menempa nama di persada dunia disebabkan oleh penerimaan teori gander oleh masyarakat dan diterapkan dalam dasar negara contohnya seperti datuk Nicol David Penggubalan Dasar Wanita Negara ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan lagi penyertaan wanita di dalam pembangunan secara lebih berkesan, sistematik dan bermakna. Memandangkan bahawa wanita memainkan peranan yang penting di dalam dan di luar rumah serta merupakan sumber ekonomi yang penting, matlamat kerajaan adalah untuk menjadikan wanita sebagai rakan yang sama penting dalam usaha membina negara.

.
teori feminisme 12

TEORI PENGAJIAN MALAYSIA

BIBLIOGRAFI Ainon Muhammad (2001, Mac 15). Modenisasi Dan Implikasinya Terhadap Peranan Serta Fungsi Kaum Wanita. Dewan Masyarakat. Khairunnisa Ahmad Hamidi Dan Zakaria Mustafa (2012). Politik Gender: Perbandingan Peranan Wanita Dan Proses Politik Dalam Malaysia-Jepun: Halangan Dan Prospek. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Maimunah Ismail, Arbaiyah Mohd Isa Dan Norhashiah M.Hashim. Jurnal Projek Ekonomi Wanita: Indikator Dalam Pembangunan Lestari Mohammad Razak Idris (2000). Dilema Wanita Bekerja. Dewan Masyarakat. Ungku Maimunah Mohd. Tahir (2012). Apabila Teori Feminis Ternyata Tidak Diperlukan: Satu Kajian Kes. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

.
teori feminisme 13

You might also like