Berlatar belakangkan lagu “Suratan atau Kebetulan” dendangan Kenny,remy & martin membawa aku menulis cerita kali

ini. Kisah ini agak panjang dan aku tak memaksa kalian membaca sehingga ke penghujungnya. Tapi, jika kamu punyai masa, perasaan, keinginan dan nafsu untuk meneruskan pembacaan ini, silakan. Cerita ni aku pernah dengar satu ketika dahulu. Tak ingat berapa lama jangka masa sejarahnya tapi ia cukup untuk ku simpan serba sedikit jalan ceritanya dalam memori ingatanku. Mungkin kerna sekarang aku kerap tersentap, kerap terasa, kerap sebak di hati menyebabkan aku terngiang-ngiang cerita yang satu ini. Mungkin korg tanye ape cerita nya kan? Aku berusaha untuk kembali mengingati hampir keseluruhan kisahnya, aku cuba. Aku cerita ya. Kisahnya adalah mengenai sepasang suami isteri bernama Karim dan Diana. KARIM, seorang lelaki yang penyayang, kacak, namun cepat putus asa. Amat menyayangi Diana tetapi selalu gagal menunjukkan cinta dan kasih sayangnya. Hatinya sayang pada Diana tp dia tidak pernah berusaha mempamerkannya. Hati nya ego. Sekuat tembok besar China. Dia juga seorang yang baran dan tidak belajar dari kesilapannya. Kelemahan tertinggi Karim adalah tidak pandai membahagikan masa dan stress yang dihadapi. Semakin berat beban yang dihadapi, semakin tidak seimbang hidupnya DIANA. Seorang wanita yang amat peramah serta pemarah.dia mempunyai ramai kawan lelaki di zaman mudanya namun dia amat menyayangi Karim sepenuh hatinya. Hidupnya hanya untuk Karim. Suaminya adalah segalanya. Dari zaman mereka mula bercinta hingga sekarang, Karim tetap lelaki pujaan nya walaupun Karim jarang sekali menunjukkan kasih sayangnya dan sering sakiti hati Diana. Diana juga cepat dan mudah terasa hati walau Karim tidak sengaja melakukan sesuatu perkara yang melukakan hatinya. Hubungan cinta mereka selama 6 tahun dari zaman kolej membawa mereka ke jinjang pelamin. Pertengkaran, pergaduhan, salah faham berlaku berjuta-juta kali sepanjang hubungan mereka namun mereka tetap bersama. Bak kata orang, dah memang jodoh. Apa pun terjadi, mereka tetap disatukan. Dipendekkan cerita, sejak perkahwinan dimeterai, Karim terasa lebih stress dengan hidupnya. Beban kerja yang banyak, masalah kewangan, masalah dirinya sendiri

menyebabkan dia kurang meluangkan masa bersama Diana. Disebabkan terlalu sibuk dengan kerjayanya, hinggakan dia terlupa dengan hari ulangtahun kelahiran Diana. Perkara itu menyebabkan Diana terasa sangat sedih walaupun dia mengharapkan suatu kejutan dari Karim. Karim juga mula tidak mempedulikan Diana. Diana berusaha mendekati nya, menunggu Karim setiap hari pulang dari kerja. Waktu kerja Karim tidak menentu. Selalunya bila Diana bangun untuk pergi kerja, Karim masih belum bangun. Karim hanya pulang bila Diana sudah tidur di malam hari. Hujung minggu juga Karim habiskan masa bersama kawan-kawannya. Diana hanya menunggu Karim dengan penuh sabar dan hatinya berbunga walaupun dapat tengok Karim hanya seketika. Tiap-tiap hari, sebelum Diana pergi kerja, dia akan siapkan Karim sarapan, dia takut Karim tak sempat nak breakfast. Selalunya begitu, Karim bangun lambat dan tak sentuh pun breakfast tu. Bila malam, bila Karim pulang, Diana bangun. Tanya pada Karim, “sayang dah makan? Kalau belum saya panas kan lauk untuk awak”. Kadang2 Karim tak pedulikan pun Diana. Dia penat. Dia letih. Die kerja seharian. Bila Diana cuba mendekati nya, untuk berbincang mengenai hubungan mereka, Karim melenting. Karim marah. Dia kata Diana tak faham dirinya. Karim marahmarah Diana. Mereka bertengkar, bergaduh. Namun, apabila setiap kali waktu tidur, Diana akan berkata. “sayang, boleh tak saya tidur atas dada awak?saya tak dapat tidur kalau tak tidur atas dada awak. Esok saya dah tak dapat jumpa awak satu hari.” Karim akur. Setiap malam Diana akan tidur di sisinya. walau mcamana pun perjalanan hari mereka. Walau pun mereka bertengkar, mereka jumpa hanya sekejap. Penghujungnya Diana akan tidur di atas dada Karim. Rapat. Lena. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Usia perkahwinan mereka mencecah usia setahun. Namun, hari yang dilalui sama seperti dulu. Karim tetap lupa dengan hari-hari istimewa mereka. Sehinggakan hari lahirnya sendiri pun dia lupa.Diana membuat kejutan di Hari lahir Karim namun Karim tak pulang-pulang hingga ke tengah malam. Dengan kepenatan Diana menunggu Karim, dia bangun, siapkan makanan untuk karim tetapi Karim terus ke bilik dan tidur. Seperti biasa, Diana tetap minta untuk tidur di atas dadanya. Mcmana karim menolak pun, Diana tetap pujuk rayu untuk tidur di atas dadanya.

Satu hari, di Hari Ulangtahun perkahwinan mereka, Karim sudah berjanji dengan Diana untuk menyambutnya bersama. Diana tunggu Karim. tunggu. Tunggu. Tunggu. Karim tetap tak pulang. Diana pasrah dan tunggu Karim di bilik. Dia tertidur. Apabila Karim pulang, dia melihat Diana tidur di katil dan tidak menyambut kepulangannya. Karim diam. Karim mandi dan terus hendak tidur. Tapi pada malam itu, Karim pelik. Karim tidak boleh tidur. Karim tengok Diana. Karim rasa janggal kenapa malam tersebut Diana tidak meminta untuk tidur di atas dadanya?Diana merajuk ke? Karim tetap diam. Karim biarkan Diana. Karim ego. Esok hari Karim tersedar dari tidur. Karim lihat Diana masih tidur di sisinya. Karim hairan kenapa Diana masih tak bangun untuk pergi kerja. Karim panggil Diana. “Diana, Diana..” namun Diana tak menjawab. Karim pergi dekat, panggil lagi, “Diana..diana sayang..”. mata Diana tertutup rapat. muka nya pucat. Karim pegang tangan Diana. Sejuk. Kaku. Keras…. Karim terduduk. Diana pergi meninggalkan Karim. Rupanya Karim tidak tahu langsung yang Diana mempunyai penyakit barah otak yang kronik. Seluruh ahli keluarga bertanyakan kepada Karim kenapa tak membawa Diana pergi berjumpa doctor dan mendapatkan rawatan. Karim terdiam. Tak terkata. Tak tahu nak menjawab apa. Seminggu berlalu, Karim terjaga dari tidur. Dia mandi dan hendak pergi kerja. Pagi itu dia bangun awal. “lapar pulak” kata karim. dia pegi ke dapur. Diangkat nya tudung saji kt atas meja makan. Kosong. “hmm, Diana lupe nak masak kot” detik Karim. dia pergi kerja. Bila malam, dia pulang. Malam tu hujan. Gate rumah terkunci. “hish, ni msti si Diana yg kunci ni” karim marah. Dia jerit, “Diana! Diana! Bukak gate ni”. Namun Diana tak keluar. Karim terpaksa keluar membuka gate sendiri dalam keadaan basah sambil memaki-maki. Masuk rumah, Karim tgk rumah gelap. Tadi hujan, sejuk pulak. Rase lapar. Karim gi dapur. Angkat tudung saji, Kosong. “haih, tak masak lagi hari ni.” Karim marah. Dia naik atas. Tgk Diana takde. Karim mandi dan terus masuk tidur. Tapi pada malam itu, Karim pelik. Karim tidak boleh tidur Lgi. Karim rasa janggal kenapa malam tersebut Diana tidak meminta untuk tidur di atas dadanya?Diana merajuk ke? Karim tetap diam. Karim biarkan Diana. Karim ego.

Tiba-tiba Karim tersedar, die terdengar Diana suara Diana berkata “sayang, boleh tak saya tidur atas dada awak. Esok kita tak dapat jumpa lagi.” Karim bangun. Dia panggil Diana,. “Diana! Diana!”. Namun tiada jawapan. Karim terdiam. Dia bersandar ke katil. Dia mengucap. Karim tunduk. Menitis air mata Karim. Dia lupa. Diana dah tiada. Diana dah pergi. Pergi untuk selamanya…

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful