You are on page 1of 11

Surat Kiriman Rasmi

Anda selaku setiausaha kelab bola jaring sekolah anda yang ingin mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan pasukan bola jaring sekolah yang lain. Tuliskan surat jemputan tersebut.

Pendahuluan - Alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, nama panggilan penerima dan tajuk Isi-isi - Menjemput Kelab Bola Jaring Sekolah Menengah Taman Anggerik mengadakan perlawanan persahabatan - Butir-butir perlawanan seperti tarikh, masa dan tempat perlawanan - Tujuan mengadakan perlawanan mengukur kebolehan pasukan sebelum bertanding ke peringkat zon dan mengertakan hubungan antara dua pasukan

Penutup - Berharap supaya kelab yang dijemput dapat memberi maklum balas secepat mungkin - Ucapan terima kasih, tandatangan, nama pengirim serta jawatan

Kelab Bola Jaring, Sekolah Menengah Taman Seri Ayu, 75000 Plentong, Johor Darul Takzim. ________________________________________ Pengerusi, Kelab Bola Jaring, Sekolah Menengah Taman Anggerik, 75000 Plentong, Johor Darul Takzim. 5 April 2014 Puan, Jemputan ke Perlawanan Bola Jaring Persahabatan

Berhubung dengan perkara di atas, saya berbesar hati menjemput Kelab Bola Jaring Taman Anggerik di bawah pimpinan puan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola jring kelab kami.

2. Berikut saya nyatakan butir-butir lanjut mengenai perlawanan itu:


Tarikh Waktu Tempat : 31 April 2014 (Sabtu) : 4.00 petang : Gelanggang bola jaring, Sekolah Menengah Taman Seri Ayu

3. Perlawanan ini diadakan bertujuan untuk mengukur kebolehan pasukan sebelum bertanding ke peringkat zon. Selain itu, perlawanan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara dua pasukan.

4. Kami berharapa agar jemputan ini mendapat pertimbangan dan maklum balas daripada pihak puan secepat mungkin. Kerjasama dan perhatian daripada pihak puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas, Azliza (AZLIZA AZMEER) Setiausaha, Kelab Bola Jaring, Sekolah Menengah Taman Seri Ayu

Kelab Pengguna sekolah anda ingin mengadakan satu lawatan sambil belajar ke kilang Nestle. Sebagai setiausaha kelab tersebut, tuliskan sepucuk surat kepada pengurus kilang bagi menyatakan tujuan tersebut.

Pendahuluan - Alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, nama panggilan penerima dan tajuk Isi-isi - Tujuan surat ingin mengadakan lawatan sambil belajar - Butir-butir lawatan seperti tarikh, waktu, jumlah peserta dan guru pengiring - Tujuan lawatan mengetahui lebih mendalam tentang pemprosesan hasil keluaran syarikat tersebut - Meminta agar pihak syarikat memberi penerangan semasa lawatan diadakan

Penutup - Berharap agar permohonan diluluskan - Ucapan terima kasih - Tandatangan, nama pengirim dan jawatan

Kelab Pengguna, Sekolah Menengah Sri Serdang, 43000 Serdang, Selangor Darul Ehsan. ________________________________________ Pengurus, Nestle Products Sdn. Bhd., 4, Lorong Persiaran Barat. 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 1 Oktober 2013 Tuan, Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar